Kesan Minum Susu Tiruan

Rodiah Amir
0

Kecoh dalam berita bila tular tentang kes susu mahal tiruan yang berleluasa. Masa baca dekat FB dan tengok dekat online newspaper dah seram sejuk sebab sebijik macam susu Raudah minum sekarang. 

Tidak syak lagi bila baca punya baca susu yang ditiru ni ialah Susu Mead Johnson - Enfalac A+ Langkah 1 yang ni khas untuk baby 6M above. Raudah pulak minum susu up sikit Enfagrow 1-3 tahun tu. 


Kesan Minum Susu Tiruan

Mesti ibu bapa frust terbeli yang tiruan. Kantoi start di Johor kemudian timbul report di Melaka dan latest di Selangor. 

Susu ni seriuosly mahal ok. Aku beli pun sebab Raudah ada eczema dan masa baby lagi dia agak memilih susu. 



Tapi bila cuba je susu ni terus dia suka. High maintenance betul. Abang kau dulu minum Dugro je nak oi. 

Cuba susu ni pun sebab ada sales person dia promote masa shopping groceries dekat Aeon Big Wangsamaju lama dulu. 

Part paling sedih adalah kesan bila anak minum susu tiruan ni, ada yang muntah-muntah dan kulit melepuh. 

Naik bintat-bintat merah tu. Ada yang teruk kena admit to hospital sebab sekali pakej muntah-muntah. Alahai takut betul bila libatkan nyawa ni. 




Siapa la yang tak berhati perut tu, sanggup pilih duit dan melihat nyawa melayang. Memang kerja gila. 

Pengeluar susu ni, Mead Johnson ambil langkah selamat dengan educate pengguna untuk kenal pasti susu tiruan dan dia kongsi tips-tips di website mereka.


Cara Kenal Pasti Susu Tiruan Enfalac A+

Dalam kenyataan rasmi Mead Johnson ada terangkan cara nak kenal pasti susu tiruan dengan melihat pek pembungkusan susu tersebut. Susu yang dihebohkan ni ialah susu Susu Enfalac A+ Langkah 1.




Pesanan dari mead Johnson adalah:

Yang Original mempunyai bungkusan sedikit kembung. Manakala susu tiruan mempunyai lipatan tajam di kedua-dua bahagian bungkusan.

Pendek kata yang tiruan angin tak ada, tapi yang original jual banyak angin dari susu hahahhaha.
As KKM advise before kalau tak yakin cari lah pengganti lain. Kalau dah sakit kan susah. Susu apa pulak aku nak bagi Raudah kali ni. hurmm.

Boleh lawat website dan facebook mereka untuk keterangan lanjut. Pengguna juga boleh membuat aduan dekat sana.


Untuk ibu bapa yang ada anak minum susu ni kena berhati-hati dan monitor tahap kesihatan anak. Kementerian Kesihatan pun nasihatkan kalau gagal nak kenal pasti susu tiruan atau asli, baik tukar je susu terus. 

credit google image


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)