3 Petua Merawat Selesema Dan Batuk Bayi

Rodiah Amir

3 Petua Merawat Selesema Dan Batuk Bayi

Sabtu lepas memang aku satu hari down disebabkan cirit birit. Seksa jiwa raga. Aku mula sakit ulang alik ke tandas adalah malam Jumaat sampai la ke pagi Sabtu. Dapat bayangkan tak kesengsaraan tu?

Tak cukup dengan cirit birit, selepas tu giliran anak-anak pula demam dan batuk. Hujung minggu dah habis guna tenaga, tambahan pula cuaca yang panas serta kurang rehat. 

Then sepatutnya aku kena attend dua jemputan Walimatulurus yang akhirnya tak dapat pergi atas alasan kesihatan tak mengizinkan. 

Maaf tuan rumah tak dapat penuhi jemputan. Hari Sabtu juga paksa diri keluar cari jubah untuk Ikhwan sebab dia terlibat dalam persembahan sekolah. 

Hari Ahad Alhamdulillah kesihatan beransur pulih dan Hari Ahad juga berlangsungnya Majlis Convocation anak sulong tersayang di Audititorium MPAJ. Meriah tak ingat padahal baru Taski je weh, 


google image


Petua Semulajadi Merawat Selesema Dan Batuk

Kesinambungan apa yang berlaku pada Sabtu dan Ahad, telah mengakibatkan kami sekeluarga hilang tenaga. Kasihan anak-anak. Ahad tu Raudah mula demam, selesema dan batuk. 

Ikhwan pula dah bertukar suara lepas je majlis tamat. kalau dia demam waktu hari persembahan risau juga. Mujur Isnin aku dan suami bercuti tapi masih penuh aktiviti check-up di Klinik Kesihatan dan pendaftaran pakej bersalin.

Selesai semua, urusan aku sempat bawa Raudah jumpa doctor. Sekadar mendapatkan nasihat supaya tidak ada yang serius. 

Doctor berikan ubat 3 serangkai (demam + selesema + batuk) dan ubat titis mata sebab mata Raudah ber tahi. Tanda dalam badan panas.

Oleh sebab Raudah baru setahun 6 bulan jadi aku agak keberatan nak bergantung kepada ubat klinik sahaja.

Tak sempat nak beli kunyit hidup jadi aku guna bahan yang ada kat rumah nak stop kan selesema Raudah. 

Jadi apa aku buat ialah aku guna kaedah alternative seperti kunyit, bawang putih, bawang merah dan vicks. Selawat dan doa supaya disembuhkan.


Kunyit

Ambil kunyit hidup dan sagat/tenyeh kunyit tadi pada penyagat atau permukaan kasar macam belakang lesung batu. 

Tujuan nak dapatkan hampas kunyit dan kemudian sapu pada batang hidung bayi. In sha Allah selesema akan kering. 

Untuk anak yang ada kulit sensitive sila cuba buat test pad dahulu sebelum sapu pada bahagian kulit lain.


Bawang Putih + Olive Oli + Vicks

Bakar bawang putih sehingga sedikit hangus. Penyekkan dan gaul bersama satu sudu minyak zaitun/ minyak masak / minyak baby dan masukkan sedikit vicks. gaul sebati. 

Macam masak kek kan? Sapu di telapak kaki, betis, dada, belakang badan dan bahu bayi selepas mandi. Urut bayi agar dia selesa. Semakin kerap sapu semakin cepat Nampak hasilnya.



Bawang Merah

Oleh sebab bawang merah dah habis aku guna sesuku besar bawang Holand dan letak kan di dalam bilik tidur baby. kalau guna Bawang Merah boleh guna 3 atau 4 biji dan haruslah dibelah dua. 

Letak di dalam bilik di mana baby berada. In sha Allah selesama akan kering. Baby tidur pun nyenyak. Kebiasaan Raudah atau Ikhwan semasa baby kalau selesema mesti akan di ikuti dengan batuk. 

Oleh sebab baby tak pandai nak buang kahak/hingus jadi akan akibatkan kahak terkumpul dan tekak menjadi gatal dan mula lah penyeksaan kedua iaitu batuk. 

Nak rawat batuk kena make sure selesema hilang dahulu. So petua kat atas memang untuk stopkan selesema. Bila Selesema hilang in sha Allah batuk akan berlalu pergi.

Paling penting monitor suhu anak semasa demam dan bawa berjumpa doctor untuk dapatkan pandangan. 

Aku pernah up entry berkaitan Tips Selesema lain boleh juga dijadikan panduan. 


Tags