Review Hotel - Pengalaman Menginap Di Grand Continental Terengganu

Rodiah Amir

Pengalaman Menginap Di Hotel Grand Continental Terengganu


Assalamualaikum, alahai penatnya hari Isnin yang sendu ni. Walau sendu kena gagahkan diri sebab minggu ni, minggu sibuk di office. Nak kena move to a new place. High involvement pulak tu lagi rasa malas aje.

Baru balik bercuti dari Kuala Terengganu. Masih segar in Sha Allah ingat apa berlaku. Pahit dan manis nanti aku kongsi kan.

Aku nak kongsikan pengalaman kami bercuti di Terengganu dan menginap di Grand Continental. Buat pertama kalinya anak aku demam panas secara mengejut waktu bercuti dan berkejaran ke klinik pagi buta.  

Review-Hotel-Grand-Continental-Terengganu


Aku mulakan entry ke Kuala Terengganu dengan tips pemilihan hotel Ke Kuala Terengganu. Sebab aku sendiri tak jumpa entry yang betul-betul membantu bila buat itinerary.

Jadi aku prepare entry ni khas untuk yang tak pernah jejak kaki ke Kuala Terengganu. Aku bertolak dari KL ke Kuala Terengganu pada 9.30pagi dan sampai di Hotel di bandar KualaTerengganu pada pukul 3.40 petang. 

Tiga kali kami berhenti di RnR untuk makan, berehat dan suami sempat lelapkan mata sekejap. Power nap sebab dia seorang saja yang memandu. 




Tips Pilih hotel di Kuala Terengganu


3 perkara yang korang kena consider apabila memilih hotel di Kuala Terengganu. Aku menulis berdasarkan pengetahuan yang sangat terhad tentang Terengganu. 

Nak lagi senang tanya saja kawan atau saudara mara yang tinggal di sana. 3 perkara penting ialah: 


Lokasi:

Lokasi hotel dengan semua tempat yang kita nak pergi. Sekurang-kurangnya kena dekat dengan kemudahan seperti tempat makan dan klinik. 

Hotel aku pilih kali ni ialah di Tengah bandar iaitu Hotel Grand Continental. Sesuai untuk yang tidak kisah hiruk pikuk, easy access untuk semua tempat, dan hotel sekadar tempat tidur bukan berehat.


Rate:

Harga hotel. Beli waktu harga murah. Biasanya apa aku buat ialah, aku book dulu tanpa buat bayararan di Agoda dan tempah awal. 

Sesekali check la kot Agoda ada buat promosi dan buat perbandingan sebelum sampai tarikh Agoda suruh bayar. 

Kalau korang jenis tak berkira, abaikan tips ni. 

Selalu apa aku lakukan ialah aku akan bandingkan harga termasuk breakfast. Room with breakfast. 

Kalau nak selamat lebih baik ambil yang ada breakfast kecuali dah tahu nak cari makan di mana atau ada tour guide tunjuk tempat makan. 

Untuk aku yang ada anak kecik aku nak less hassle. Tak payah peningkan kepala makan di hotel sahaja. 


Tarikh:

Tarikh juga antara benda penting kalau nak pilih hotel sewaktu bercuti. Semua orang akan ambil kesempatan bawa anak-anak dan keluarga waktu cuti sekolah, 

Jadi kena siapkan mental fizikal nak hadapi segala kemungkinan dan pentingnya cari hotel yang boleh tampung keperluan pelanggan terutama ketika hotel penuh. 

Bercuti di Terengganu, sila elak tarikh cuti umum yang berunsur keagamaan/hari Jumaat. Aku pergi masa cuti Awal Muharram dan memang hari Jumaat. 

Di Kuala Terengganu, Jumaat hari cuti dan kebanyakkan kedai tutup. 


Pengalaman-Menginap-Hotel-Grand-Continental-Terengganu




Pengalaman Menginap Di Grand Continental Terengganu


Setelah banyak kali buat carian akhirnya kami pilih Hotel Grand Continental. Salah satu sebab hanya hotel tu saja yang ada dna aku pilih lokasi tengah bandar. 

Aku banyak cari maklumat di Trivago, Traveloka, Agoda termasuk baca review pengguna. Setelah sampai di Terengganu aku tertarik dengan Hotel Seri Malaysia berdasarkan lokasi yang strategik dan  hotel nampak masih baru. 

Harga bilik Hotel Grand Continental yang aku bayar ialah sebanyak RM390 untuk tiga hari dua malam pakej breakfast. Bilik no 818. Check in pada 21 September dan check out pada 23 September 2017. 

Setelah banyak kali fikir, end up aku pilih Hotel Grand Continental. Berdasarkan pengalaman dan kepuasan diri aku beri 3/5 star sahaja.


Kenapa kami frust dengan Hotel Grand Continental?


Perkara pertama yang buat kami menyirap adalah tiada parking mencukupi untuk pelanggan. Ada tapi sangat limited. 

Kena tahu juga yang tiada lift dari parking ke lobby. Jadi gigihlah angkat luggage besar naik tangga. Waktu kami sampai masih ada kekosongan tapi lepas tu kami keluar dan bila balik semula ke hotel parking dah penuh. 

Staff hotel cadangkan untuk kami park kereta di padang yang banyak semak kat sebelah hotel Grand Continental. Lalang dia banyak. Memang menakutkan. 

Oleh sebab tak ada pilihan kami ambil keputusan untuk letak kereta di sebelah jalan berhadapan hotel. Kami alihkan kereta pada pukul 4.45pagi (sebab risau jadi apa-apa dekat padang tu). 

Lepas tu kami dapat saman bertulis. lol. Waktu check in staff beritahu yang pool ditutup sebab malam sebelum tu berlaku Monsun dan akibatkan kaca pecah. 


Bilik-Hotel-Grand-Continental-Terengganu



Bahagian mana yang pecah aku tak dengar tapi kaca masuk ke dalam pool. Tak selamat untuk mandi manda. 

Okaylah pejam mata bab tu. Tapi tak sangka lepas tu banyak pula benda yang jadi. 

Antara kenangan pahit bercuti di Terengganu ialah anak aku demam panas mengejut. Aku rasa sebab cuaca yang terlalu panas. 

Bahang pantai tu kan kalau tak biasa memang boleh kena strok haba. Jadi sekitar 1 pagi kami keluar untuk cari klinik yang dibuka 24 jam. 

Bila tanya dengan staff yang jaga kaunter dia boleh jawab tak ada klinik yang beroperasi 24 jam. Memang kecewa sebab kami terkontang-kanting cari maklumat sendiri. 

Dengan anak tak sihat dan merengeknya. Stress. Patutnya dia cadangkan la mana-mana klinik walaupun jauh sedikit dari tengah bandar. 

Kami ambil keputusan keluar dan cari sendiri. Alhamdulillah jumpa walaupun terpaksa drive jauh sikit. 

Pengalaman pahit kedua ialah kami tersekat dalam laluan lalu lintas acara "Larian Jambatan". Apa yang kelakar ialah "Larian Jambatan" yang diadakan pada pukul 2.00pagi dan tamat pada pukul 4.00pagi. 

Bayangkan semua laluan tengah bandar, masuk ke hotel di TUTUP oleh pihak Polis. Kecewa dengan tindakan penganjur dan [ihak Polis dengan response mereka. 

Ditutup sebab risau ganggu larian tu dan bila kami tanya solusi jalan mana boleh lalu jawapan yang diterima tak membantu langsung. 

Memang mati akal bila tak tahu mana nak tuju dengan anak demam panas. Akhirnya kami berhentikan kereta tepi jalan dan tunggu larian habis. Sampai hotel semula sekitar waktu Subuh. 

Waktu check in katil banyak rambut terus call housekeeping minta tukar bedsheet. Perabot dalam bilik perabot lama, tapi masih boleh diterima akal dan tidak berbau mahupun kotor. 


Room-Hotel-Grand-Continental-Terengganu



Tandas dalam keadaan baik. Sarapan rasa dia biasa sahaja dan pilihan pun ala kadar. Cukup untuk alas perut. 

Aku tak pasti kenapa kami tabah sangat hadap segala benda tak best sepanjang bercuti di Terengganu. Mungkin sebab dapat makan Ikan Celup Tepung sedap jadi memang kami pejam mata bab hotel. 

Setakat itu saja aku dapat kongsi pengalaman kami bercuti di Terengganu. Nak repeat di masa hadapan tapi biar kenangan pahit kami tempuh tu hilang dulu. 



Tags