Resepi Stew Kambing Sedap

Rodiah Amir

Nak share resepi simple siap kurang dari sejam. Resepi diberi nama Stew Kambing. Aku belajar resepi ni lepas tengok rancangan memasak di Astro. 

Selalu di makan dengan roti bakar. Boleh juga dimakan dengan nasi putih. Ikut Selera masing-masing. 

Menu ni sesuai jugak dibuat untuk jamu tetamu datang ke rumah. Kalau jamu tetamu dengan kambing mestilah suka kan? 


Resepi Stew Kambing Sedap

kecuali tetamu korang tak makan kambing. Setakat ni resepi stew kambing digemari oleh suami, anak-anak dan juga adik beradik aku. Nak buat pun mudah. 




Stew Kambing  Sedap dan Simple

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Kambing perap, nak guna kambing tanpa perap pon boleh
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Bawang besar
  • Kentang
  • Tomato
  • Putik jagung ganti lobak merah
  • Cili boh
  • Sos tiram
  • Daun ketumbar
  • Tepung jagung




Cara-Cara Masak Stew Kambing

~ Goreng kentang separa masak dan kemudian tumis bawang-bawang yang dihiris dengan cili boh. Nak pedas letak banyak cili boh.

~ masukkan kambing perap yang dipotong kecik. Kambing beli yang dah siap perap kat Aeon. Didihkan seketika.

~ masukkan air, dan bahan lain kemudian biar menggelegak. Jangan lupa perasakan dengan garam.

~ tepung jagung dibancuh dengan sedikit air dan masukkan untuk pekatkan kuah. Siap.

Selamat mencuba😊


*semakin lama masak semakin sedap stew ni.

Goreng kentang supaya kentang tak hancur sangat. 
senang dan simple sangat ni

Tags