Nuffnang BH

Aug 1, 2017

Jemputan Temuduga Terbuka Pada 3 & 5 Ogos 2017

Assalamualaikum,

Memanjangkan hebahan dari JobsMalaysia.

Merujuk perkara di atas, sekiranya tuan/puan berminat dan memenuhi syarat & kelayakan yang ditetapkan, tuan/puan dijemput menghadiri temuduga terbuka seperti ketetapan berikut:-

1) TEMUDUGA TERBUKA

Tarikh : 3 Ogos 2017 (Khamis)                                                                    
Masa : 9.30 pagi – 1.00 petang.

Tempat Temuduga : Pusat Jobsmalaysia K.Lumpur, T2-3, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Pudu Sentral, Kuala Lumpur
Tel : 03-2026 2058/2066

Majikan: PUSAT PEMERIKSAAN KENDERAAN BERKOMPUTER (PUSPAKOM)

Jawatan: Kerani Insuran (L/P) 10 kosong

Kelulusan:-
Diploma Insuran/Pemasaran/Pengurusan dengan 1 tahun pengalaman
Atau
SPM/STPM dengan 2 tahun pengalaman insuran
Kemahiran Microsoft Office
Fasih bertutur BM & BI
Perwatakan & Karektor menarik
Bukan bumiputra & Fresh Graduate digalakkan memohon

2) MINI JOB KARNIVAL SEMPENA PROGRAM MOBILE CTC

Tarikh: 5 OGOS 2017 (SABTU),
 Masa: 8.00 PAGI - 5.30 PETANG

Tempat: KOMPLEKS SERI BINTANG, JALAN 3/91A, TAMAN SHAMELIN PERKASA,
56100 KUALA LUMPUR

Aktiviti:

i.    TEMUDUGA TERBUKA - 24 MAJIKAN
ii.   PAMERAN AGENSI KERAJAAN
 
Mohon kerjasama tuan/puan menghebahkan program ini kepada saudara-mara, sahabat-handai jiran-tetangga dan lain-lain. Sila hadir dengan membawa resume dan sijil-sijil berkaitan (asal & salinan) dan berpakaian kemas dan sopan.

Sekian terima kasih