Nuffnang BH

Aug 1, 2017

Honest review - Cuci dan gunting rambut di Salon Muslimah AFIYA, Dataran Wangsa

credit to google

credit to google

Assalamualaikum,

Tahun lepas pernah survey Salon Muslimah area KL (WangsaMaju dan kawasan sekitar). Sebelum ni masih gagal nak menjaga aurat bila potong rambut. Paling darurat tak tahan memang pergi Quick Cut bahagian Muslimah tapi still Perempuan Cina yang guntingkan.

Sejak dari dulu memang suruh mak je potongkan, lepas mak tak larat adik yang jadi pengganti tukang gunting rambut. Sekarang dah susah sebab tak selalu cuti sama. Nak gunting rambut kena tunggu cuti balik kampung.

Pernah sekali gunting rambut di Sri Rampai Business Park dekat Salon Muslimah AlZahrah. Masa tu potong sahaja dah kena RM35++. Ini seingat aku la. Aku rasa mahal then tak friendly pulak tu. Budak muda. Memang sekali je la pergi situ.

Bawah ni ada senarai harga yang aku sempat snap. Boleh refer. 


Salon Muslimah AFIYA ni pulak terjumpa sebab dia bangunan sederet dengan kedai barangan bayi ManjaKu dan Klinik Anda (Klink ibu mengandung). Suami yang suruh pergi sini. Suami yang belanja so memang ikut jela.

Untuk hari tu aku kena RM45. Cuci dan potong pendek, boy cut. Ini aku request ikut buku mean ada ikut style buku la. Kalau potong sahaja bodoh-bodoh dan cuci staff dia kata RM35 sahaja. Shampoo pun aku ambil yang biasa je.


Sejujurnya aku suka sangat. Mula-mula dia cuci tu syiok gila. Kebetulan kepala tengah pening selesema. Bersopan la dia pegang kepala dan cara urut tu. Dari shampoo, urut kepala, badan dan cuci rambut semua best. Rasa nak tidur.

Lepas cuci baru start gunting rambut. Hampir nak tertidur sudahnya. Overall puas hati sebab staff friendly, berbaloi apa yang dibayar. The staff ingatkan yang kalau next time kalau datang Jumaat-Ahad kena buat appointment elak balik dengan tangan kosong. Kebiasaan penuh.

Kat Salon Muslimah AFIYA ni bukan setakat ada cuci potong rambut je, dia ada mani pedi, urut badan, facial, jual barang kecantikkan dan baju-baju. Nanti dah bersalin boleh la cuba urut dia tuh.

Oh ya ini alamat terkini Salon ni, kalau dulu dia buka di Taman Melati tapi dah start kat Dataran Wangsa Bulan Oktober 2016. Staff kata bulan August ni akan ada banyak promosi. 

Address: 42, Jalan Dataran Wangsa 1, Dataran Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Hours: 10:30AM–7:30PM
Phone: +60 3-4131 1222

Semoga entry ni bermanfaat untuk Muslimah yang mencari tempat nak gunting rambut okei.



No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.