Nuffnang BH

Aug 8, 2017

Anak Manja Melampau

Assalamualaikum. 

Hari ni terdetik nak membebel pasal anak-anak. 
Dah menjadi mak ni, semakin hari semakin nampak la perangai anak-anak nak membesar. 
Macam-macam perangai seram dengar.

Uih anak-anak sekarang perangai nauzubillah. 
Kalau tak control memang sakit jantung 24jam la mak bapak. 
Dapat pulak mak bapak yang asyik percaya kan anak memang masak la. 
Pastu main lepas tanggungjawab kat cikgu sekolah.

Pagi tadi sempat berborak dengan Biras. 
Suri rumah dan ada buat perkhidmatan transit bebudak sekolah. 
Salah seorang anak transit dia buat perangai. 
Mak dia pulak jenis nampak anak semua betul. 
Anak selalu la sakit perut dan tak hadir ke sekolah. 
Alasan sebab kerja sekolah tak siap sebenarnya. Pandai menipu.

Mak bapak pulak jenis busy cari duit then jenis menghamburkan 
duit ke pihak sekolah dengan harapan cikgu galas tanggungjawab 
mendidik anak-anak termasuk hal kebersihan anak-anak.

Adui Tarik rambut sendiri kalau aku jadi cikgu tu. 
baju kotor pon mak salahkan cikgu. 
Dah kenapa mak bapak sekarang ya. 
Kalau aku dulu kalau baju, kasut kotor memang mendapat la. 
Penghormatan kat cikgu tu kemain tinggi. Dan cikgu tak pernah salah.

Tapi sekarang cikgu la penyebab semuanya. 
Anak teruk perangai cikgu salah sebab tak tegur, anak tak buat kerja sekolah
cikgu yang salah sebab bagi kerja sekolah banyak. 
Mak bapak semakin lupa diri agaknya.

Aku rasa paling struggle bab nak bagi perhatian kat anak-anak. 
Mungkin dulu masa dibesarkan mak ayah orang susah. 
So nak mendapatkan sesuatu tu sangat la payah. 
Bila mak bapak dah merasa peritnya kehidupan mak bapak tekad tak nak 
anak alami benda yang sama.

Maka mak bapak sogokkan anak-anak dengan kemewahan. 
Tu sebab anak-anak jadi manja, tak tahan lasak, asyik nak yang mudah je. 
Salah mak bapak jugak.

Belum masuk bab mak bapak pilih kasih, anak mental down, 
anak bosan belajar, anak hilang minat belajar. Hui mencabar nya. 
Mari lah berdoa yang kita ibu bapa ni sentiasa alert dengan keperluan 
dan tanggungjawab terhadap anak-anak kita.

Dijauhkan anak-anak dari anasir yang tak elok ni. 
Sebelum nasi menjadi bubur, baiklah kita ambil langkah pencegahan. 
Beringat sebelum terkena. Post ni pun bebelan untuk ingatan diri sendiri.


Wassalam.