Reunion di Hari Raya

Rodiah Amir
Assalamulaikum. 

Masa nak jemput kawan-kawan datang makan masa ni hati macam tenang aje. Tak serabut, urusan dipermudah. Alhamdulillah. 

Aku jemput tetamu datang bermula 3pm sehingga makanan masih ada. kalau tak memang makan biskut raya jela. 


Reunion di Hari Raya

Dari pemilihan menu, cari balang kuih raya, alas meja, beli bahan mentah kami buat dalam masa seminggu. Seronok. 

Apa yang aku belajar is Suami sangat SUPERB. Bab kemas rumah, basuh pinggan mangkuk boleh serahkan pada suami. Suami la yang isi kuih, bersihkan rumah, kemas meja dan lain-lain.







Aku of course la memasak je kat dapur. Hoi boleh tahan mencabar.

Menu tak seberapa tapi cukuplah untuk jamu kawan-kawan. Kami plan untuk hari Sabtu jemput rakan taulan aku, dan Ahad jemput adik beradik. 

Risau jemput ramai-ramai tak terlayan. Alhamdulillah. Plan menjadi. Menu pada hari Sabtu ialah; nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, buah, brownies, dan mee kuah. 

Goreng nugget untuk kanak-kanak. Air oren free flow. Anggaran dalam 20 kepala atau lebih yang datang. 

Nasi impit dalam 33 bungkus kecil tu, rendang dua ekor ayam sebab plan nak bawak ke Hari Ahad, mee kuning dua bungkus.
 
Kalau buat Rendang Ayam Pencen Style Negeri Sembilan elok sangat guna Pressure Cooker. Mudah kerja. Isi cepat lembut. 




Aku mula memasak seawal 7 pagi. Memang start from zero. Potong bawang and siang ayam masa tu jugak. Masa pukul 3 petang pon masih ada yang tak siap. 


Pressure tak ingat sebab Raudah nak attention. Terus terbayang kalau masuk rancangan My Kitchen Rules mesti kalah teruk sebab tak tahan pressure.

Dari senarai jemputan, semua tetamu datang. Yeay. Yang memang awal-awal reject memang tak kira la. Akhirnya dapat jumpa kawan masa Diploma, last jumpa 2006. 

Kawan-kawan degree, kawan-kawan training FSTEP. Seronok ya Allah. Semuanya dah beranak pinak. On Saturday pintu di tutup pukul 8p.m.

Penat memang tak ingat. Sebab all out on Saturday maka bangun pagi Ahad aku muntah nak demam. Sempat breakfast roti canai before top up bahan masak untuk adik beradik pulak.


Semoga next time ada rezeki nak jamu orang makan lagi. Feeling sambut orang datang dan tengok orang happy tu best sangat-sangat. 

Alhamdulillah. 
Tags