Nuffnang BH

Jul 28, 2017

Perlu ke Habiskan Antibiotik bila sakit

Assalamualaikum,


Rasanya sejak dewasa (baca mampu pergi tanpa mak/abah) pergi ke klinik setiap kali sakit dan dapat ubat, doctor akan remind untuk habiskan Antibiotik.

Biasa kalau demam contohnya, kalau hari ke tiga masih demam dan suhu tinggi kebarangkalian nak dapat  Antibiotik adalah tinggi.

Aku selalu bermasalah nak makan dan habiskan ubat ikut jadual doctor. Makan ubat bila betul-betul tak larat je. Tu sebab kalau dapat Antibiotik aku selalu tak makan langsung. Doctor selalu pesan Antibiotik kena habiskan.

Tak boleh makan separuh nanti jadi penyakit dalam diri. Selama berbelas tahun la rasanya ingatan tu kekal dalam otak aku. sampai jadi mak sekarang ni aku rasa pesanan doctor masih terpahat di otak.
TAPI…..Bila baca artikel dekat berita Harian Online tadi terus usap muka.

Pakar Kata TAK PERLU HABISKAN ANTIBIOTIK  Baca lanjut kat sini

PARIS: Sekumpulan pakar penyakit di Britain mencadangkan supaya amalan menghabiskan antibiotik dihentikan kerana ia adalah antara punca masalah peningkatan rintangan ubat.

Dah nama pon PAKAR mestilah banyak kajian mereka buat ka ex.

Lepas tu jumpa pulak artikel pasal Pengamal Perubatan yang tamak (banyak penyakit disebabkan virus tapi diberikan Antibiotik, hanya penyakit yang disebabkan Virus sahaja dirawat dengan antibiotik) dan ayam yang dicucuk dengan Antibiotik untuk menggalakkan pertumbuhan.

Nak untung punya pasal, cucuk ayam lepas tu manusia makan ayam yang terima akibatnya.  

"Antibiotik ini bukan saja tidak menyembuhkan demam, malah ia akan menyebabkan bakteria dalam badan menjadi kebal dan apabila bakteria ini menjadi penyakit, pemberian antibiotik tidak lagi dapat membunuh bakteria berkenaan,"

Pengambilan antibiotik secara berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti ruam, muntah, fungsi buah pinggang menurun dan mengganggu fungsi hati, selain berlaku interaksi antara ubat yang tidak bersesuaian dalam badan.

Boleh baca lebih lanjut kat artikel ni   Berita Harian Melaporkan

Jaga diri, jaga kesihatan semua. Anugerah kesihatan la paling berharga. Zaman ekonomi gawat ni semua pihak akan letak keuntungan no satu. 

Dah tak kira betul ke salah. tu semua campak tepi. Bukan jatuhkan hukuman untuk semua tapi kebanyakkannya macam tu la.

Moga kita semua dilindungi.





Jul 27, 2017

kepochi nya Rakyat Malaysia terlebih prihatin

surat kabau BH pon masuk cite ni

Malaysian memang kepochi. :)

Semalam dah baca berita pasal kebocoran maklumat dari sebuah klinik, ujian Darah penyanyi No 1 Malaysia Datuk Siti Nurhaliza dan katanya sedang hamil.

Kalau betul Alhamdulillah dan tahniah. Semoga selamat melahirkan. Kalau tidak mengandung masih belum ada rezeki Allah nak bagi.

Sedih la sikap manusia. Langsung tak ada hormat. Hak privasi orang suka hati je didedahkan. Itu pasal artis, dapat bayangkan benda lain di luar skala yang lebih besar impaknya.

Memang dulu aku pon pernah terkena penyakit tak boleh simpan sesuatu cerita. Contohnya aku dapat tahu siapa yang buat cerita pasal seseorang, hati tak tenteram selagi tak share dengan bff. Selagi tu hati meronta-ronta. Sebab tak rasa aman kalau sorang diri je pendam.

Rasa kalau share dengan bff tu akan rasa lega. Sebab akan melepaskan sakit hati/ tak puas hati berjemaah. Masa tu fikir nak sedapkan hati je.

Padahal berdosanya la aku. siap ajak/ pengaruh orang lain berbuat dosa. Tak pasal-pasal dosa pon dapat sekali.

Itu dulu masa muda belia, dah masuk 30 an ni rasanya hormone tu dah menurun. Dah kurang kisah pasal kehidupan orang lain. Cuma lebih kisah apa depan mata, macamana nak urus kehidupan sendiri sampai malas nak ambil port pasal orang lain.

Sama kes atas ni la, si penyampai/pembocor makluamat ni terlebih excited. Sampai lupa amanah bekerja. Tak baik taw.

Yelah masa tengah rasa nak jadi baik, tengah sedar dosa pahala baikla kukuhkan perasaan tu dalam dada. Bukan bila bercakap je pasal kebaikkan terus dilabel ustazah jadian. Dulu selalu kena cop macam tu. kisah la pulak kan?



Jul 25, 2017

Makan bila stress & stress kena makan

Assalamualaikum. 

Last week memang down habis, so memang asyik merengek la kat suami. Stress macam-macam perkara dan kesihatan yang memang on off ni lagi la menambah bara yang ada.

Aku tak tahu orang lain tapi kalau aku dan suami kalau stress mula lah nak mencekik yang sedap-sedap. (Ya selain itu mendekatkan diri kepada Allah adalah yang paling utama).

Dengan anak kecik sekarang nak berjalan mencari tempat makan memang payah. Nikmat makan tu bagai di Tarik slow-slow.

Dengan Raudah punya perangai sekarang ni, ampun maaf di pinta. Memang sekarang kalau makan, suami akan mula makan dulu layan Ikhwan kemudian aku suapkan Raudah. Lepas anak dara kenyang baru aku boleh makan. (sedih weh sedih).

Itu pon makan tak aman mana sangat sebab Raudah akan sibuk mintak dukung, mintak perhatian, mintak dibelai.

Lempang baru taw. Hahahhaha.

Jumaat lepas, stress punya pasal lepas je habis kerja terus makan di Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati. Tak teringin makan lamb dan ubah selera makan new item in menu pulak la. Alhamdulillah semua puas hati.

Starter aku ambil Tuna Salad. Pastu order Buffalo Wings (kepak ayam di salut BBQ Sauce). Sedap kena selera. Suami makan chicken chop, dan Ikhwan order Kid’s set fish & chip. Untuk drink minum ice lemon tea dan ice blended chocolate.

Wewuuuu. Stress memang tak habis la tapi hati terubat sikit. Suami kata makan tempat favourite adalah terapi paling berkesan untuk kami. Dan aku amatlah setuju bila suami yang belanja. Hahhahaha.

Total bill RM108++.

Aku rindu betul kehidupan lama, kehidupan kurang tekanan. Kerja dan ekonomi. Lepas je Malaysia implement GST ni, makin terancam pendapatan dan jugak tahap keamanan hidup aku. dan aku rasa orang lain pun sama jugak agaknya.


Ini kes aku laki bini bekerja, yang kes suami je bekerja, isteri jaga anak-anak. Kes anak ramai, kes isteri/suami/anak yang sakit. Lagi sedih kehidupan mereka. Dengar khabar tahun depan ekonomi dijangka lagi parah. Bersiap sedia kah kita? 

Baru perasan banyak kali rupanya aku up pasal makan kat Sixty9 Islamic Steakhouse Taman Melawati, dah boleh jadi duta kot hahahha. Ini antara yang sempat aku share kat Blog ni. 


Masa mula-mula terjebak makan

Cuba set breakfast Egg Benedict yang sedap nak arwah

Makan masa CNY Holiday

Celebrate Birthday Datin tersayang



Jul 21, 2017

Bukan semua kau dapat apa yang kau suka

murung dan sedih
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Hidup ada naik turun

Ada hari kau positive gila vavi

Orang cakap apa pun kau campak tepi

Ada hari kau cukup down dengan apa yang melanda diri

Rasa macam nak lari, duduk tepi sudut nangis sampai puas

Bukan hari-hari kau akan jadi sekuat badang

Ujian datang lagi

Sampai bila nak ulang balik episod duka ni

Sampai bila dapat bertahan


Sampai bila??

Jul 18, 2017

Makan Mr. Dakgalbi di SS15 Courtyard Petaling Jaya

Assalamualaikum.

Nampak cheese keliling tu? ha kena makan cecepat. nanti cheese mengeras kurang ummmppphhh. 

Ni gara-gara teringin nak makan makanan Korean maka hapuskan mengidam tu mencuba Mr Dakgalbi di  salah satu branch dia di SS 15 Courtyard , 47500 Subang Jaya, Selangor. Best tempat ni aman je. Banyak pilihan kalau nak makan benda lain. Kalau lagi satu yang aku tahu ada dekat Citta Mall, tapi situ selalu penuh. Banyak lagi branch lain boleh google aje.  

ini noodle dgn ayam salut cheese
Hari tu ambil set untuk 2-3 orang makan. Harga dalam RM70++. Ada promotion cheese ring. Masing-masing hantu cheese so tersangat lah gembira. Dia akan kasik sepinggan mee dan sepinggan nasi. 


Ada few side dish macam kimchi, sup, daun salad dan jeruk radish. Semua sedap. Oh dan dia kasik sky juices yang kesemua ni boleh refill. Korang jugak boleh order air lain kat menu.

ada dalam nasi sekali dia masak lupa dah nama
Apa perlu korang buat ialah, masa sampai pilih menu dan nanti staff dia akan tolong masakkan live depan mata korang. Lepas tu setel. Less than 15mins pon boleh siap.

balut dengan salad ni pon sedap woi.
Untuk first time aku suka sangat la rasanya sebab aku boleh terima rasa Korean tu. kalau yang belum pernah cuba dan agak picky eater aku nasihatkan cuba makan Korean food kat foodcourt. 

masih menelan air liur membayangkan kesedapan dia
Biasakan dulu tekak uols. Dah boleh telan baru boleh cuba Dakgalbi ok.  




Kimchi tu after second time refill. Kimchi dia sedap. tinggal ketul-ketul ayam. tak larat nak habiskan. Overall puas kena repeat teringin nak makan yang berkuah pulak next time. 

yeayyy. 

Jul 17, 2017

Open House dan Kenduri Kahwin di Bulan Syawal yang mulia

Assalamualaikum.


Weekend lepas berjaya memenuhi undangan open House dan juga jemputan perkahwinan kawan satu office.

Jadi aktiviti Sabtu ke Seksyen 16, Shah Alam dan kemudian menuju ke Gombak untuk jemputan Open House rumah kawan suami.


Happy dapat beli baju ni. Masa tu ada sale kat Jaya Jusco WangsaMaju. Macam cantik sangat dah anak sendiri pakai. hiihihih. 


Kenyang perut suka hati. Cuaca baik, anak-anak memberi kerjasama yang baik. Cuma jalan sedikit jam. Masing-masing keluar beraya rasanya.


Ulang tayang nasi sebab sedap sangat lauk-lauk dia. 


Gambar dengan tuan rumah dengan anak dia yang tomei angat. 


 Sebaya Raudah cuma Rizqi tua bulan sahaja. 


 Anak bujang yang pandai nak melawa. pergi sekolah bawak perfume. Pening kepala mak nak.


Ahad pula, ke Gombak sekali lagi untuk majlis perkahwinan. Seronoknya tak ingat. Lama dah tak merasa feeling makan lauk kenduri. Then petang menuju ke Ampang adik buat makan-makan kecil-kecilan.


Alhamdulillah untuk semua rezeki. 


Jul 15, 2017

suatu ketika pernah muda

Gambar masa muda-muda. 
Nak gelak pon ada. 


p/s: Please jangan kutuk

Jul 14, 2017

Bila anak kecil yang ingatkan kita

Assalamualaikum,

Lama dah tak share pasal anak sulung kesayangan dunia akhirat #ikhwanhafeez

Pejam celik dah nak masuk 7 tahun. Tahun depan darjah satu. Cepatnya masa berlalu.

Please jangan besar cepat sangat. 

Tak sempat nak belek anak sekarang tapi cuba gigih cari masa supaya Ikhwan tak rasa terabai.

Masa minggu lepas ada COD Norahwax, masa tu deal dengan customer jumpa kat Sri Rampai.

Dah alang-alang tunggu maka breakfast kat Old Town. Tempat favourite nak makan roti bakar.

Masa dalam kereta lagi Ikhwan dan tanya;

Mama..tempat ni ada Halal kan? senyum-senyum jela sebab dah biasa sangat soalan dia.

Masa shopping groceries dia la jadi tukang check cari logo Halal.

Masa awal-awal dulu macam terkejut jugak, macamana dia begitu ‘prihatin’

Dah selalu dia tanya so setiap kali nak masuk kedai or beli barang make sure ada logo halal.

Segan jugak anak kecik yang ingatkan kita.

Tak sangka kan Allah turunkan peringatan melalui anak-anak syurga kita.

Semoga semakin dia membesar semakin dia ingatkan kami dengan agama.

In sha Allah.


Random talk business

Pos yang aku peram sampai sekarang aku tak sambung menulis pasa business. 

Nanti ada mood aku kongsi lagi. 


"Kalau sedia maklum aku ada join kelas online untuk tambah ilmu aku nak berbusiness.

Kalau tanya balik diri sendiri kenapalah aku start berniaga, alasan paling munasabah aku boleh bagi ialah masa tu aku bosan kerja makan gaji.

Aku nak berniaga supaya masa aku lebih banyak dengan keluarga. Supaya aku ada duit lebihan dan dapat tambah pendapatan keluarga.

Dan bila aku dah masuk sendiri dunia business yang aku tengah buat ni (ala kecil je tak seberapa ni ) aku rasa macam nak patah semula je. Tinggalkan je terus. Hoi rasa menyesal pon ada.

Hoi penat. Aku buat dari A to Z. paling penat bila kena buat keputusan. Dan nak konsisten. Aku ada baca konsistent ni adalah proses. Bila libatkan proses ia memakan masa yang agak lama. Nak bertahan tu.


Setahun pun tidak lagi aku masuk kancah business tapi aku laburkan duit pergi menuntut ilmu dengan senior yang aku rasa aku boleh terima cara dia. "

Jul 13, 2017

Reunion di Hari Raya

Assalamulaikum. 


Masa nak jemput kawan-kawan datang makan masa ni hati macam tenang aje. Tak serabut, urusan dipermudah. Alhamdulillah. Aku jemput tetamu datang bermula 3pm sehingga makanan masih ada. kalau tak memang makan biskut raya jela. 


Dari pemilihan menu, cari balang kuih raya, alas meja, beli bahan mentah kami buat dalam masa seminggu. Seronok. Apa yang aku belajar is Suami sangat SUPERB. Bab kemas rumah, basuh pinggan mangkuk boleh serahkan pada suami. Suami la yang isi kuih, bersihkan rumah, kemas meja dan lain-lain.
Aku of course la memasak je kat dapur. Hoi boleh tahan mencabar.

Menu tak seberapa tapi cukuplah untuk jamu kawan-kawan. Kami plan untuk hari Sabtu jemput rakan taulan aku, dan Ahad jemput adik beradik. Risau jemput ramai-ramai tak terlayan. Alhamdulillah. Plan menjadi.

Menu pada hari Sabtu ialah; nasi impit, kuah kacang, rendang ayam, buah, brownies, dan mee kuah. Goreng nugget untuk kanak-kanak. Air oren free flow. Anggaran dalam 20 kepala atau lebih yang datang. Nasi impit dalam 33 bungkus kecil tu, rendang dua ekor ayam sebab plan nak bawak ke Hari Ahad, mee kuning dua bungkus.


Aku mula memasak se awal 7 pagi. Memang start from zero. Potong bawang and siang ayam masa tu jugak. Masa pukul 3 petang pon masih ada yang tak siap. Pressure tak ingat sebab Raudah nak attention. Terus terbayang kalau masuk rancangan My Kitchen Rules mesti kalah teruk sebab tak tahan pressure.

Dari senarai jemputan, semua tetamu datang. Yeay. Yang memang awal-awal reject memang tak kira la. Akhirnya dapat jumpa kawan masa Diploma, last jumpa 2006. Kawan-kawan degree, kawan-kawan training FSTEP. Seronok ya Allah. Semuanya dah beranak pinak.

On Saturday pintu di tutup pukul 8p.m.

Penat memang tak ingat. Sebab all out on Saturday maka bangun pagi Ahad aku muntah nak demam. Sempat breakfast roti canai before top up bahan masak untuk adik beradik pulak.


Semoga next time ada rezeki nak jamu orang makan lagi. Feeling sambut orang datang dan tengok orang happy tu best sangat-sangat. 

Alhamdulillah. 

Jul 11, 2017

Resepi kuah kacang simple dan sedap

Assalamualaikum, 

Tak pernah terbayang senang yakmat nak buat kuah kacang. 
Sebab kalau ikut resepi mak miah dan pantang larang benda paling payah aku nak kena buat is sangai kacang. 
Pastu buah kulit kacang kena tampi-tampi. Kena buat lepas sejuk.

Ya Allah bercinta ok. tapi lepas tengok Mak Mertua masak kuah kacang plus aku ikut resepi Kak Azie Kitchen yang pandai masak tu, memang sebelah mata je boleh siap la kuah kacang.

Aku gabung cara dan resepi maka terhasil lah kuah kacang sedap. 
Aku ikut resepi dan guna cara mak mertua goreng kacang memang jimat masa. 

Sesuai untuk yang kejar masa. Rasa tak lari jauh lah. Masih sedap.
Kena selera suami sebab aku tak sempat nak merasa penat layan tetamu.

Nah resepi dan cara masak:

Bahan bahan:

600 gm kacang tanah – resepi asal disangai tapi aku goreng dengan sedikit minyak. Sama je sedap.
5 biji bawang besar – dihiris
½ cawan cili kering - dikisar
1 cawan gula melaka
Minyak untuk menumis
2-3 cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara:

Goreng kacang dengan sedikit minyak. Setelah rangup, angkat dan sejukkan. Blender kacang dengan sedikit air. Kulit aku tak buang. Jaga-jaga jangan sampai hangit kacang tadi.

Tumis bawang besar yang dihiris, setelah naik bau masukkan cili kering. Tumis sampai naik minyak. Masukkan kacang dan air.


Bila dah menggelegak masukkan gula Melaka dan garam. Perasakan. 
Adjust ikut kesedapan tekak. 

Gambar Kuah Kacang sendiri tak sempat nak snap so pinjam gambar Google jela. 


Jul 3, 2017

Ikan Patin masak Asam Tempoyak berpisah tiada


Assalamualaikum, 

Ini throwback masa menyambut orang Bahau datang beraya kat rumah.

koi kan orang Pahang. 

Kisahnya mereka datang berduyun-duyun seolah satu kampung kekdahnya.

Jadi mak kata diaorang kalau datang mesti nak makan ikan Patin masak tempoyak masakan kebanggaan orang Pahang.

Sebab Ikan Patin kat tempat lain tak sedap or tak sama rasa ikan Patin Sungai Pahang. Itu aku setuju sangat.

Sebab adik ipar dapat Harga menawan sekilo RM15/kg, normal price RM17/18 per kg maka mak kata beli la sesedap rasa. Untuk total RM150 dapat lebih kurang belas-belas ekor ikan rasanya.

Masak habis pada hari tu.

Kemain berselera orang makan. 

Mak duetkan ikan tu dengan rebus ulam daun mengkudu, daun-daun yang tak dikenal pasti dan timun. 

Sambal belacan akak aku buat mendapat pujian ramai sebab podeh nak mampus tapi nak sedap dimakan.

Hanya gambar ikan patin sahaja yang berjaya di ambil gambar. 

Yang lain ke laut sebab sibuk buat air minum berkoyan-koyan, nasi satu tab besar seolah ada kenduri doa selamat.

Begitulah kalau keturunan keluarga besar.

Alhamdulillah. Tetamu kan rezeki.

sekuali Giant dimasak

cerita Raya 2017

Hai Assalamualaikum semua,

Salam Syawal ke-9. Gigih hari pertama masuk bekerja. Ada yang masih bercuti ke? Untung la masih bercuti. Ruitn harian dah bermula tapi hati tak rela sangat hahhaha. Ikhwan ke sekolah, Raudah ke pengasuh. Aku suami isteri bekerja.

Kami balik dari Pahang hari Sabtu, cuak takut Ahad jem melekat. Sekali adik bagitahu dia balik pagi Ahad tu jalan smooth je. Orang semua dah balik bekerja agaknya. Baguslah. Masa aku balik Sabtu tu kereta agak banyak tapi tak ada lah jem teruk. Cuma hujan di Genting Sempah dan lepas tu ok aje.

Alhamdulillah Syawal berjalan lancar. Tak ada adegan perang, Cuma penat melampau aje. Tahun ni #turnrayarumahmertua di Melaka. Jadi balik hari terakhir berpuasa (Sabtu) around 7am, sampai pukul 9am. Sesak kat jalan dapat di elakkkan. Persiapan kat Melaka pon tak la melampau sibuk Cuma memang dah namanya perempuan kerja kat dapur seniasa ada.

Hari Raya pertama Cuma menziarah nenek dan rumah pak cik je dan selebihnya sambut tetamu datang rumah. Tak banyak gambar posing Baju Raya. Nak tangkap gambar ber-4 sekarang punya lah hazab. Baru paham kenapa mak ada dua anak tak ada gambar gojes. Jahahhahhah.

Raya kedua kami celebrate birthday bapa mertua. Beli kek secret recipe dan adik ipar sponsor KFC. Menangis terharu apak bila anak cucu nyanyikan lagu Allah Selamatkan kamu. Apak ni sweet taw. Kalau bab anak nak balik ke apa mesti keluar air mata.

Raya pertama makan dengan meriah nya, ada rendang ayam, kari daging, nasi impit dan kuah kacang. Semua aku balun. Masuk Raya kedua lembik  habis buang semua makanan. Raya kedua sadis sket asyi terdampar kepenatan dan muntah.

Raya ketiga bersemangat semula sebab nak balik kampung tercinta. Ohoi ingat orang Pahang dah start slow beraya rupanya ramai lagi tetamu. Mak cerita berduyun orang datang. Baik sebelah mak atau pun sebelah arwah abah. Alhamdulillah.

Turn Pahang semua balik beraya dengan mertua dulu so ok la, Raya kedua onwards baru penuh rumah. semua sudut ada keluarga tidur. Adik beradik 10 orang macam tu la.

Mak cerita start Raya pertama buat RENDANG + LODEH, raya kedua buat BIHUN SUP, raya ketiga masak LAKSA + RENDANG LAGI,raya keempat jamu tetamu dari Bahau dengan IKAN PATIN MASAK TEMPOYAK, SAMBAL BELACAN, ULAM,  raya kelima ULANG BIHUN SUP sebab dah blur nak masak apa campur PENATTTTTTTTT.

Kuih raya dah habis stock masa hari Raya ke empat. So kira siapa bertuah merasa lah makan biskut Raya, yang kurang bertuah makan serdak dengan kerepek je. Hahhahahha. Overall meriah sangat Raya tahun ni.

Aktiviti biasa ziarah kubur, kasik duit Raya, dan Cuma kurang bergambar je. Tahun ni Mak usu (masih study USM) pon kasik Ikhwan n Raudah duit Raya. Pastu suami bagi adik-adik bawah aku duit Raya. Rezeki mereka. Alhamdulillah. Tak banyak tapi ikhlas tu paling penting.


Tahun ni tak jumpa lemang. Sedih. Nanti kena cari makan kat KL. Huhuhuhuh. Itu je cerita Raya 2017. Semoga Raya korang pon bahagia. Gambar kita upload kemudian. 


Chios.