Hari Ke 13 Berpuasa Perangai Macam Budak-Budak

Rodiah Amir
0

Hari Ke 13 Berpuasa Perangai Macam Budak-Budak

Assalamualaikum,

Hari ke 13 berpuasa tapi ini hari kedua rasa macam lembik giler.

Semalam salah makan mee waktu sahur. Habis sakit perut cirit. Laki aku pon tak terkecuali. Tapi masih maintain puasa. Alhamdulillah.

Mungkin sebab kapur yang ada dalam mee kuning tuh. Even aku dah basuh agak lama tapi yela kan benda nak jadi.

Hari ni pulak sebab teringin nak minum Indocafe suam, semalam buatla. Sekali hangin jugak badan. Omg dah tua sangat badan ni. Sampai semua benda tak boleh ambil.

Hari ni jadi longlai plus asyik lapar aje. Dugaan betul la. Pagi tadi sahur nasik dengan ayam goreng. tapi pukul 10pagi perut dah ketar.

Baca pulak blog orang share menu berbuka dan sahur. Menangis dalam hati. Terus tanam nekad nanti nak ajak suami pergi makan sedap-sedap.

Sekarang macam teringin ayam goreng garing dengan roti canai. Dah dua hari berturut makan ayam goreng kot. adeh.

Nak roti canai tapi nak kuah kari power. Pergh..  lambat lagi nak berbuka. Tabahlah.


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)