Nuffnang BH

May 26, 2017

Kek Coklat Layer Cheese yang mudah dan sedap

Assalamualaikum, 
Untuk resepi Kek ni kena buat dua adunan. 
Satu untuk kek coklat dan satu untuk lapisan cheese. 
Tak susah dan berbaloi kalau nak cuba.
Jom tengok bahan-bahan.

Adunan kek

Bahan (A) - Masak atas api perlahan sehingga gula cair dan sejukkan dahulu
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat

Bahan (B) - 1 cawan tepung naik sendiri
Bahan (C) - 3 biji telur pukul sampai kembang


Cara-cara:
- masukkan (C) dlm adunan koko (A) yg disejukkan tadi kaup balik..
- kemudian masukkan (B) sedikit demi sedikit hingga tepung habis, kaup balik hingga adunan mesra sebati..


Bahan utk lapisan Cheese

250gm creame cheese - aku guna jenama Tatura
60gm gula kastor
25ml air
1 bj telur
25gm tepung gandum

Cara-cara:

- pukul semua bahan KECUALI telur
- pukul sampai kembang, gebu..
- masukkan telur pukul lg
- Kek atas ni adunan coklat dah habis. tak nampak bekas lain dah, sebat je apa jumpa. :)

*boleh guna acuan yang dikehendaki.  Jika guna loyang lapik loyang dgn baking paper.
*masak 10 minit atau lebih ikut size acuan selang seli mcm buat kuih lapis.
*wrap loyang/acuan supaya air kukusan tak menitik.. buat hingga adunan habis..

step 1: kukus masak adunan coklat dahulu,
step 2: lapis dengan adunan cheese pula, kukus masak,
step 3: lapiskan semula dgn adunan coklat, kukus hingga masak


SELAMAT MENCUBA !!!

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.