Nuffnang BH

May 30, 2017

Puasa pertama Ikhwan dan tentang Raudah

Assalamualaikum.

Selamat berpuasa semua. Hari ni masuk hari ke empat umat Islam berpuasa.

Harap semua menggunakan peluang berpuasa sebaiknya (pesanan untuk diri sendiri)
So far puasa hari kedua, Ikhwan berjaya puasa dua hari dan berbuka pada pukul 4.30 petang.

Hari pertama dia berbuka lepas bangun tidur.

Kesat-kesat mata buat muka sedih terus la aku tanya nak berbuka ke?
Nak tapi takut mama garang macam singa. Hahahha

Bangga sangat dah dia berpuasa.

Sepanjang dia berpuasa tak ada satu pun keluhan dia lapar or haus.
Enjoy je.

Cuma pagi hari pertama dia hampir tersasul makan kuih raya.
Hahahhaha

Hari kedua masa waktu sahur hidung tiba-tiba berdarah.
Alahai. Tak cukup air. Badan panas.

Tapi gigih nak berpuasa.

Petang tu keluar beli juadah berbuka sebab tak larat masak.
Beli air manga terus tergoda tak tahan nak buka puasa.

Dan hari semalam dah start puasa di rumah pengasuh ada makanan favourite dia
Chicken sandwhich cheese. 
Memang lunch terus la.

Untuk Ikhwan yang tahun ni 6 tahun aku masih bagi kelonggaran.
In sha Allah by 7 years aku akan mula tegas sikit.

In sha Allah.

So far bagi aku tahun ni berpuasa mencabar sebab aku menyusukan Raudah.
Memang susu drop gila.

Aku dah start campur formula milk.

I have too or else kasihan Raudah tak cukup calcium.
Maafkan mama ye nak. Mama try my best for you.

Tengah monitor kot susu tu akan make eczema dia worst ke.
So far ini hari kedua. Doanya semuanya ok la.

Kalau tak kena beli susu lain la gamaknya.
So far flare tak naik. Menggaru pon tak sangat.

Alhamdulillah.

Semoga kami sekeluarga dimurahkan rezeki. Aamiin.


Jom kenal Fatih Seferagic

Assalamualikum.

Qari favourite  aku, Fatih Seferagic Imam muda Bosnia. 

Masa tu umur dia 19 tahun dia dah start dikenali (or mungkin lebih awal) sebab berjaya jadi Imam dan hafal AlQuran.


Suara memang terbaik.

Menusuk Jiwa. Dengar lama-lama boleh mengalir air mata.


Hebatnya kuasa Allah. 


May 27, 2017

Viral Kurma ada lipas

Assalamualaikum,

Viral kat FB pasal kebersihan buah kurma yang selama ni Rakyat Malaysia makan bila tiba bulan Ramadhan kan?

beria kakak tu kata dia beli buah kurma dan bila belah/kupas buah tu dalam dia ada lipas. Bukan lipas aku rasa, tapi bubuk. Ala macam kutu beras tu.

lepas tu keluar pulak isu Najis kelawar,  virus Corona dari najis tu la, memacam. Then ada la kenyataan balas balik dari Dr yang selamat kalau sebelum makan kau basuh. Cukup.

Sebelum keluar isu ni tak pernah la pulak aku kupas buah kurma woi, basuh pun jarang sebab kebanyakkan kurma aku beli dan makan kelihatan bersih pada mata kasar. Alamak kantoi pengotor hahahha.

Lepas je tahu pasal tu baru la aku basuh dan make sure aku belah dulu kurma tu takut ada binatang. Yang dah tertelan aku pasrah jela. Hahhahah

Oh sekarang aku addict buat kurma shake taw.

ehsan google image
Dulu masa menyusu anak sulong pernah buat kurma, susu dan badam. Lepas tu minum sekali je sebab pekat sangat dan manis. Loya tekak.

Lepas peristiwa tu terus tak suka susu dan kurma. Tapi sekarang dah masuk hari kedua aku buat kurma shake. Letak 3 buji kurma dan segelas susu pastu blend. Kalau ada ice memang heaven.

Kalau nak rasa smooth je bila minum korang rendam dulu kurma dan buang kulit luar dia. tapi aku suka minum jadi serdak-serdak. Sedap. Malas nak rendam terus je blend.

Resepi pun simple yakmat. Boleh la buat minum masa puasa nanti.

Antara kelebihan kurma untuk kita nak berpuasa ni memang banyak. Selain memberikan tenaga segera sebab kurma paling cepat diproses dan diserap, kurma jugak penguat memori, penawar racun, merawat penyakit dan mengubati gangguan usus dan sembelit.

Wah banyak kan khasiat. Patut la RasullAllah kata Kurma bagus dan jadi makanan Sunnah.

May 26, 2017

Kek Coklat Layer Cheese yang mudah dan sedap

Assalamualaikum, 
Untuk resepi Kek ni kena buat dua adunan. 
Satu untuk kek coklat dan satu untuk lapisan cheese. 
Tak susah dan berbaloi kalau nak cuba.
Jom tengok bahan-bahan.

Adunan kek

Bahan (A) - Masak atas api perlahan sehingga gula cair dan sejukkan dahulu
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1 cawan minyak
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat

Bahan (B) - 1 cawan tepung naik sendiri
Bahan (C) - 3 biji telur pukul sampai kembang


Cara-cara:
- masukkan (C) dlm adunan koko (A) yg disejukkan tadi kaup balik..
- kemudian masukkan (B) sedikit demi sedikit hingga tepung habis, kaup balik hingga adunan mesra sebati..


Bahan utk lapisan Cheese

250gm creame cheese - aku guna jenama Tatura
60gm gula kastor
25ml air
1 bj telur
25gm tepung gandum

Cara-cara:

- pukul semua bahan KECUALI telur
- pukul sampai kembang, gebu..
- masukkan telur pukul lg
- Kek atas ni adunan coklat dah habis. tak nampak bekas lain dah, sebat je apa jumpa. :)

*boleh guna acuan yang dikehendaki.  Jika guna loyang lapik loyang dgn baking paper.
*masak 10 minit atau lebih ikut size acuan selang seli mcm buat kuih lapis.
*wrap loyang/acuan supaya air kukusan tak menitik.. buat hingga adunan habis..

step 1: kukus masak adunan coklat dahulu,
step 2: lapis dengan adunan cheese pula, kukus masak,
step 3: lapiskan semula dgn adunan coklat, kukus hingga masak


SELAMAT MENCUBA !!!

May 25, 2017

Hadiah untuk Hari Guru

Assalamualaikum, 

Ok walau dah lambat dan memang dah lepas pun Sambutan Hari Guru kat sekolah Ikhwan tapi aku masih gigih nak mencari hadiah untuk cikgu Ikhwan.

Memang busy teramat bab nak cari hadiah ni.

Ilham tu nak muncul susah. Tadi masa lunch sempat singgah beli hadiah yang aku rasa praktikal kalau kasik cikgu Ikhwan.

Kalau aku jadi cikgu dia aku suka je sebab semua benda aku boleh guna.

Aku beli bunga clip, beg plastic kot nama dia dengan kotak kayu. Walau murah tapi aku rasa ohoi puas hati kalau dapat.

Ikhwan mesti senyum simpul kalau aku bagitahu nak suurh bagi cikgu ni.

Dari tahun lepas niat nak sedekah makanan kat sekolah Ikhwan tapi masih belum ada rezeki. Moga Allah mudahkan cara aku nak bersedekah. 
Aamiin.

Alhamdulillah Ikhwan ditemukan dengan cikgu-cikgu yang baik. Yang ambil berat pasal perkembangan dia.

Anggap macam anak sendiri pulak tu. ikhwan tu cikgu ingat sebab dia mulut becok.

Pastu kalau balik sekolah Ustaz suka borak dengan dia. apa la dia cerita pasal rumah kat Ustaz agaknya. Jangan yang bukan-bukan sudah. Naya.

Apa pun Jasa Cikgu memang tak terbalas di dunia. Ilmu yang dicurahkan tu di amalkan sampai dewasa begitu besar pahalanya.

Selamat hari Guru untuk semua Guru di seluruh dunia. Baik yang rasmi nya seorang guru atau guru jadian macam suri rumah tu. 
ahaks.

May 24, 2017

Dah berusaha tapi masih gagal

Assalamualaikum.

Aku sebenarnya ada tabiat yang bila aku dah berusaha banyak benda bila benda tak jadi macam aku predict mula la aku give up.

Walhal kalau ditengok usaha memang tak banyak mana pun.
Memang patut tak dapat result best. Tapi tu la namanya manusia kan?

Rasa macam dah banyak dah buat, tapi hasil masih yilek.
Tengah melatih diri juga ni. Melatih agar orang menerima apa adanya aku.

Penting ke penerimaan orang?

Sebenarnya kalau in real life as long as orang dalam circle kau selesa
Atau tak kena bad effect atas tindak tanduk dan kehadiran kau

Tak payah pedulik la apa pandangan orang.
Teruskan kehidupan.

TAPI

Kalau kau peniaga dan kau nak barang aku laku, kau kena ambil peduli apa pendapat orang sekeliling.
Potential customer orang cakap.

Dah kalau menjual syok sendiri memang hazab la. Sebab penjual ni jual pon sebab nak selesaikan masalah orang.

Orang ada masalah rambut gugur orang create shampoo santan, orang nak kulit flawless beribu orang hasilkan product berasaskan kolegen, nak kurus orang buat ubat kurus.

Macam-macam.

Sebenarnya letih menjadi seorang peniaga/penjual, orang yang menjual bla3.
tak kire kau business owner, agent, stokis hatta dropshipper. 

Sedangkan aku yang scale nya kecil je pon dah separuh mati nak upload marketing content kat media social, inikan pulak kalau business owner.

Hoi seram.

Zaman sekarang dah tak banyak pilihan. Sama ada kau buat dan jalan terus atau kau stop enjoy je apa kau ada.

Memang betul saat diri kita dipaksa untuk move adalah moment paling banyak diri kita belajar dan berkembang. Sakit tapi berbaloi.

Satu je selalu aku buat kalau tengah down, tulis balik apa aku dah buat dan ingat balik apa aku perlu kejar. Walau kadang-kadang tak berkesan pun cara tu tapi kita kan banyak pilihan.

Selagi boleh positive teruskan positive sampai bila-bila.


May 23, 2017

Permohonan Maaf David Teoh dan video viral kena lempang

Kecoh minggu lepas pasal David Teoh kena tampar kan?
Tak sempat dia nak habiskan pantun.

Aku tengok video yang viral tu rasa macam krik..krik..krik
Ramai la pihak menyalahkan satu sama lain.

Mat over.. over sangat sampai orang claim dia hanya nak ampu PM.
Rosham Nor pulak berat sebelah, batu api pulak tu. siap kutuk secara live.
David Teoh pulak lagi sendu tak sempat habiskan pantun dah kena lempang.

Pelik manusia sekarang weh.

Mana maruah, adap tah. Tercampak habis. Terkoyak.
Tadi baca pulak David Teoh diminta buat permohonan maaf terbuka sebab biadap depan PM.
Of course la mamat tu tak nak. Dia tak rasa dia biadap.

Habis Mat Over kena apa-apa tak?
Rosham Nor kena tuduhan hasutan tak?

Eh pelik la. Kalau nak hukum, biar hukum semua.

Begitu sangat keadaan kat Malaysia ni. Bukan apa taw, bukan nak kecoh.
Ingat eh, apa berlaku ni anak bangsa yang muda mudi semua perati je
Perati jadikan ikutan.

Hoi malu lah sok luse anak-anak buat pastu bila mak bapak tegur nanti anak-anak menjawab
Bapak pun pernah lempang orang depan PM.

Apa nak buat masa tu maka ber hu hu hu je la.

Parah sangat dah masyarakat kita ni.
Nak tegur dah tak boleh, suh beradap dah lepas kemana adap tuh.

Teruk.



Reader tanya pasal PTPTN

Assalamualaikum.

ada terima email dari reader pasal PTPTN. Dia tanya aku sebab aku ada la buat beberapa entry share pengalaman aku tentang PTPTN.

Entry paling banyak view entry ni : kenapa Pilih Ujrah
Dan ada lagi entry-entry lain pasal PTPTN & Ujrah. google okei.


Untuk reader ni dia sedikit keliru pasal bayaran balik dan masih belum bekerja. dah grad pada tahun 2016 dan masih tidak bekerja dan akan menyambung pengajian.
Dan selama tempoh dia  menamatkan pengajian, dia masih tidak mampu membayar bayaran balik PTPTN.

Aku bukan orang terbaik yang bagi pandangan ya tapi kalau minta pendapat free je aku kasik.

Point yang aku terlepas pandang jadi kat diri sendiri:

1.       Aku sambung degree dan PTPTN dah suh aku start bayar loan masa Diploma. Sepatutnya aku kena inform/check PTPTN yang aku sambung belajar. Silap aku; buat assumption yang PTPTN tahu aku sambung. Sedikit salah paham disitu.

2.       Restructuring or change to Ujrah. aku ambil masa agak lama sebelum aku tukar kepada Ujrah. dari segi calculation aku rugi la sebab bertangguh.
Jadi nasihat kepada yang meminjam, jumpala PTPTN check status loan anda.

Berbalik kepada soalan reader tu: dah Grad, belum bekerja dan nak sambung pengajian. Sila rajinkan diri call PTPTN sendiri dan confirmkan status pinjaman dan mintak advise PTPTN sendiri cara pembayaran semula etc.

Biasanya melalui phone call ni jarang dapat solution. Its good korang walk in ke kaunter dan mintak PTPTN print kan jadual pembayaran baru clear.

Reader ada tanya pasal: Upah pengurusan

adakah upah pengurusan pembiayaan tu akan meningkat atau jumlahnya kekal Rm2k? Dan jika saya plan untuk membayar keseluruhan pinjaman pada tahun2 akan datang, masihkah jumlah keseluruhan hutang pinjaman saya Rm22k atau bertambah oleh kerana tunggakan yg tidak dibayar?

Ni akak jawab ya:

Upah pengurusan ni memang dia akan charge setiap bulan sehingga la kita habis hutang dengan PTPTN. Kalau dulu tak silap dia akan charge atas baki tertunggak, memang masak la banyak kan. now sama kot. tapi confirmkanlah. Kalau tak bayar dia charge principle + upah + penalty. Itu yang aku paham.


 Harap akak membantu kau dik. nak tolong banyak pon tak dapat. Ni je la mampu tolong. 

May 22, 2017

Hero seorang Cinderella dan muka burn

ehsan google image
Assalamualaikum orang Malaysia.

Apa khabar? akak sedih kulit muka terbakar bahang panas kat Melaka.
Balik dua hari je kot, tak berjemur pon.

Melaka kan panas pantai, walaupun rumah mak mertua jauh ya amat dari Pantai.
Burn jugak muka aku.

Habis muka macam udang kara kena bakar.

Aku pepagi kecoh pasal muka ni sebab dua orang dah tegur aku pakai Blusher ke?
Lagi sorang tegur muka semakin glowing.

Chewah. Sendu ke apa?
aku tengok kat cermin muka macam apa tah.
Menakutkan.

Dah kenapa tajuk lain cerita pasal muka kau burn kakdiah oi. Hahahhaha
Maaf kan akak. Melayan perasaan sekejap.

Apa pun pagi ni terperasan ada cerita pasal Fattah Amin dengan Fazura.
Hoi cantiknya lah Fazura. Suka dia berlakon jugak.

Pastu semalam ada tengok asto dia interview la si Fattah dengan fazura.
Oh # lain dah, dah jadi #fattzura

Masa tengok takdela si Fazura or Fattah ni over.
Takde adegan gedik-gedik compare dengan artis yang terdahulu. Kih3

Bila Fazura bahasakan diri dia kakak and si Fattah ni adik so gossip-gosip diaorang bercinta tu akan dapat dikawal la agaknya.

Eh dulik la kan. hahahha.

Apa pun aku macam nak tengok cerita ni sebab Fazura kalau berlakon cerita macam Princess ni dia berlakon best.

Macam cerita Cinta Manisnya Cinta di Cappadoica tu. sweet aje.
Ok lah nak share tu je, semoga esok seterusnya kulit aku cantik macam Fazura.

Muka tengah sengsara ni hormon pon jadi tak tentu arah. Rasa nak tepek kertas je tutup. 

Ok bai.  


May 18, 2017

Eczema journey dan menuju 1 tahun Raudah

Assalamualaikum.
Lompat bintang 10 kali.

Alhamdulillah lagi 2 hari Raudah genap satu tahun.
20 May 2017. Jauh lagi perjalanan in sha Allah.

Bersyukur di atas segala rezeki yang Allah kirimkan.
Perjalanan membesarkan Raudah walau baru nak menapak 1 tahun amatlah mencabar.

Kerana pertama kalinya menjaga anak yang ada eczema.
Semua yang Allah aturkan cukup cantik 

Alhamdulillah.

Kalau masih ingat aku mula berkongsi pasal Raudah kena Eczema pada Nov 2016.
Mula start teruk pada usia 5 bulan.

Kali ni aku nak kongsikan dan recall balik perjalanan untuk setiap entry yang aku pernah tulis:

Nov 2 2016, Raudah di sahkan Eczema oleh Pakar Kanak-Kanak Taman Melawati. Menggunakan sepenuhnya Steroid dan waktu ni masih buta pasal Eczema dan bahaya steroid. Baca sini

Nov 7 2016, tak sanggup tengok anak sengsara berkenalan dan jumpa Doctor Kevin di Klinik Mediviron.  - Baca sini

March 6 2017, dari Nov16 ke tarikh ini telah beberapa kali beli cream dari Doctor Kevin. Kesihatan Raudah ok sehingga kami jadi lalai dalam menjaga Raudah. First time handle anak kena serangan eczema, more to food allergic. - Baca sini

March 16 2017, cuaca Malaysia sangat la panas dan cuaca adalah factor terbesar Eczema datang semula. Masa ni mental up and down sebab kalau Raudah selesema confirm dia akan jadi kuat menggaru dan eczema dia pon naik sekali. memang non stop dia selesema - Baca sini

Mar 17 2017, mental down habis. Sebelum tu dah berjinak-jinak dengan pembacaan pasal bahayanya Steroid dan cuba tak mahu nak bergantung dengan ubat doctor dan rawat secara semulajadi. Tapi beli semula cream doctor bila rashes tak elok jugak. berair.  - Baca sini

March 20 2017, join group sokongan eczema di FB. Mula kenal ramai penjual dan pesakit eczema. Mula start membaca lebih lanjut dan banyak dihujani penjual cream eczema homemade. - Baca sini

Apr 2 2017, beli Habibi oil tapi tak beri kesan pada Raudah, dan ada kenalan FB yang suruh cuba Lafiera Serum. Pun saiko gila orang-orang yang approach. End up semua aku tak percaya.   - Baca sini

Apr 08 2017, mencuba Minyak dari Dubai. Mahal tapi nak sihat punya pasal. Sebba tak mampu maka cuba sebotol je la. – Baca sini

Apr 13 2017, minyak TheMajlis dah nak habis dan dapat idea nak cuba habbatussauda. Tahu tentang full moon dan banyak lagi.  - Baca sini

Masih belum berkesempatan nak review pasal minyak Habbatussauda tapi yang pastinya aku suka. Alhamdulillah. Harap yang baca dapat manfaat. Aamiin.

Ketagih minum Nescaffe Ais waktu pagi

Assalamualaikum. 

Ko taw pagi ni kemain lapar rasa nak telan gajah kasik cepat kenyang
Tapi lepas minum nescaffe ais terus perasaan lapar tu berlalu pergi
Memang dari dulu tabiat ada ketagihan minum nescaffe ais di waktu pagi.
Bila dapat minum tu pergh..

Rasa macam sel-sel otak bercantum terus emosi tak terkawal.
Kau tahu perasaan jadi hyper active??
Bila rasa perasaan tu nak meletup kat dada
Terlebih gula/manis agaknya.

Minggu lepas aku tak tahu mana silapnya
Gatal-gatal eczema ke? Menyerang.
Habis merah gatal-gatal di muka, bintik di tangan dan kaki.
Menyirap je nak garu.

Ingat tak ada yang perasan tapi ada dah yang tegur pagi tadi.
Terasa artis sangat.
Mungkin gabungan hormone nak period pun bergabung maka terhasil lah.
Muka gatal nak garu tapi hati meronta kata jangan.

Sesambil google pasal eczema google la jugak kesan minum nescaffe: Sumber Saripetua

Prof Suhaila Mohamad dari Fakulti Sains dan Sains Makanan, Universiti Putra Malaysia (UPM), berkata kafein bersifat diuretic (tindakan yang menyebabkan banyak air dikumuhkan).

"Bagi orang dewasa pula lazimnya sifat yang diuretic menyebabkan individu yang mengambil kafein akan kerap membuang air kecil," katanya.

Kesan pengambilan kafein yang sedikit:
1.Mengganggu corak tidur.
2.Meningkatkan degupan jantung.
3.Meninggikan tekanan darah.
4.Kerap membuang air kecil.
5.Tangan terketar-ketar perlahan.
6.Kurang selera makan.

Kesan pengambilan kafein dengan jumlah yang banyak:
1.Resah dan gelisah.
2.Sukar menumpukan perhatian.
3.Sakit kepala.
4.Sukar tidur.
5.Keliru dan kadang-kala berhalusinasi.

Kafein dalam pemakanan:
Secara umum kafein lebih banyak ditemui dalam kopi (54 peratus), teh (43 peratus), minuman kola dan ­­ubat-ubatan (3 peratus).

Fakta: 

- Kafein adalah sejenis ‘ubat’ (drug) yang dihasilkan secara semula jadi dalam daun dan biji benih. Ia juga boleh dihasilkan secara tiruan dan ditambah ke dalam sesetengah makanan.

- Kafein dikategorikan dalam kumpulan ubat yang sama dan kadang kala digunakan untuk merawat lelah.Bertindak menstimulasi sistem saraf tengah menyebab­kan peningkatan dalam degup jantung dan sifat waspada (alertness).

Kebanyakan orang yang sensitif dengan kafein mengalami pertambahan dalam tenaga dan ‘elevation mood’.
Ada dalam daun teh, biji kopi, coklat, kebanyakan minuman soda dan sesetengah ubat melegakan kesakitan.

Lepas baca info kat atas ni terus macam angguk-angguk sendiri. Harap menambah ilmu korang jugak.
Apa pun kalau nak benda ber caffeine janganlah over. Yang teruk diri sendiri ok.   

May 17, 2017

Baju Raya sedondon 2017 – Ini Barulah Champion

Assalamualaikum. 

Officially start awal May hari tu aku join Jemaah Team ShaZaha

Alhamdulillah.

Jadi aku nak war-warkan baju yang aku tengah promote sekarang; Baju Raya Champion.

Oh bukan setakat Baju Raya je taw, ada Telekung Exclusive, Khimar, Niqab dan banyak item baru.

Untuk beli boleh whatsapp aku:


Diah - 017 – 927 0848 
or
 Page FB – qaqdeahrepubliq 



Pictures FB Clearances

Assalamualaikum..

macam terjaga dari mimpi nak check semula gambar yang di post kat FB. 
gambar-gambar lama.
sumpah malu dan berdosa.

lepas menginjak usia 30an aku menjadi begitu teliti. 
cenderung untuk takut berbuat dosa walaupun Nampak kecil bagi sesetengah orang.
dan bukan pada gambar sahaja.

bahagian lain pun. 
doakan aku terus istiqamah nak audit diri.

aku mohon sesiapa yang baca blog aku, yang kenal aku dan pernah upload & tag gambar yang tak menutup aurat; minta jasa baik untuk delete.

dosa mengalir tanpa henti. 
Takut. 

May 16, 2017

Sambutan hari lahir suami

Assalamualaikum,


Berjaya habiskan hari tanpa suami selama 3 hari 2 malam.
Wah macam bercuti kan bunyi dia..

Tapi hazabnya jaga dua makhluk bernyawa ni.
kus semangat. 

Suami ada team building di Taman Negara for 2nd time.
Tahun lepas pon pergi Taman Negara, tahun ni repeat lagi.

Best la agaknya kot kat sana.
Aku even orang Pahang tak pernah jejak kaki ke sana.

Dan kebetulan tanggal 14 May adalah ulang tahun kelahiran suami.
Hari Ahad. 

Selamat ulang tahun suami.

Oleh sebab timing tak kena maka sambutan untuk suami
sekadar buku/card ucapan + kek yang dibuat dengan kasih sayang.

Chewah.

Alhamdulillah menjadi kek kukus.
Kalau tak jadi confirm makan sendiri tak tunjuk suami.

Hahhahah. 

Walau penat suami happy dan suka.

Ikhwan as usual excited nak tunjuk apa yang dibuat khas untuk abah dia.
Dah tua nak buat surprise pon habis idea.

Mungkin tunggu Celebration dengan anak dara 20 May ni.

Cukup setahun umur in Sha Allah. 

Later aku share resepi kek Coklat layer cheese ni.
In sha Allah. 

Untuk Suami:

Saya tak pandai melahirkan kata-kata romantik untuk tunjuk kasih sayang saya, 
Saya doakan segala yang terbaik untuk awak. 

Insya Allah. 

hitam-hitam si tampuk manggis, walau hitam rasanya manis..eh

buku/card ucapan untuk abah..special

happy birthday suami

May 15, 2017

Jualan Pecah Roket sempena Hari ibu - Aisyah Telekung Jimat sehingga RM69

Assalamualaikum. 
.
.
"Apaaaaa jimat SEHINGGA RM69 ringgit?😱apa betul kah yang saya baca ni"?
.
Iyeee betul 😍suka tak?
.
Harussss sukaaaa waduh waduh gawat ni mata dah nampak dah warna yang berkenan tu haaa warna fossil grey,lavender purple eh banyak pulak😂
.
.
Berita baik untuk bonda kanda dinda di luar sana sempena hari ibu HQ menawarkan harga yang sangat istimewa tau!
.
.
Harga normal untuk Aisyah RM179 tau tapi kini! Dengan pembelian 5 pasang Aisyah
Telekung Bonda Kanda Dinda akan dapat harga RM110 setiap item😍
.
.
Apa yang best sangat TELEKUNG AISYAH ni👇🏻👇🏻

~ Material Premium Le'Satin
~ Bahagian telekung ada Border Lace , ada manik (Stone) pula tu
~ Fabrik yang tidak panas dan tak melekat pada badan
~ Fabrik yang tak ringan dan tak terlalu berat, selesa dipakai dalam waktu yang lama
~ Kekemasan pada bahagian muka dan dagu

Lain2 yang BEST/SPECIAL dengan EAT

* Pernah keluar Harian Metro
* Cipta rekod hampir ribuan unit telah terjual
* Rata2 belikan untuk hantaran serta hadiahkan untuk Ibu
* Majoriti akan beli 2 unit keatas sebab Mak mertua 1 , Mak sendiri 1
* Ramai sangat puji cakap cantik ! Ini tak tipu
* Delivery ambil masa 2-3 hari sahaja
* Tak perlu pakai anak tudung pun
.
.
Amaran❗❗❗
.
Sale berlangsung 3 hari bermula hari ini dan akan habis pada 16 Mei jam 11.59 malam 😎
.
.
Cepatlah, tunggu apa lagi! Nak tak? Nak bagi DISKAUN ni!! 😅
Meh whatsapp no ni👇👇👇👇
.
017 927 0848
017 927 0848
017 927 0848
.
.
*Tidak termasuk postage*🚚
.
#qaqdeahrepubliq
#ShaZaha