Nuffnang BH

Apr 27, 2017

Resepi Ice cream Sumi viral

Assalamualaikum,



Setelah sekian lama baru dapat tahu resepi sedap untuk buat Ice cream Malaysia atau ice cream batang yang popular masa zaman kita kecik-kecik dulu.

Paling penting rasa tak muak dan berbaloi bila nak makan atau nak jual.
Hari tu aku buat untuk berniaga masa hari sukan sekolah. Alhamdulillah laku.

Ok jom check resepi:

1 tin susu pekat
1 tin susu cair
4 tin air masak
Secubit garam
Sumi dua bungkus kecil

*bahan atas ni boleh buat 20batang ice cream sumi ya.
*boleh ganti sumi dengan Choki-choki

Kacau semua bahan-bahan kecuali sumi sehingga garam larut.
Sumi potong kepada 4 bahagian dan anggaran 2 biji sumi dalam satu batang ice cream.
Dan masukkan sumi ke dalam fridge. 
Makan sejuk-sejuk masa waktu panas memang layan.

Selamat mencuba.