Nuffnang BH

Apr 7, 2017

Resepi agar-agar sumi

Assalamualaikum. 

Ter rajin pulak sebab masa balik kampung hari tu teringin nak makan dessert sejuk. 
Cuaca kan tengah panas sekarang. 
Tetibe datang idea nak cuba resepi agar-agar sumi.
Ni inspired dari ice cream yang pernah viral dulu. 
Ice cream sumi.

Agar-agar ni sesuai makan waktu cuaca panas, 
lepas tu telan sumi ni sejuk-sejuk lalu kat tekak.
Pergh nikmat sangat ni.

Ok jom tengok bahan-bahan kena ada untuk buat aga-agar sumi.
Oh ye kali ni aku tak pakai agar-agar yang panjang tu (macam suun lutsinar) 
tapi aku cuba guna serbuk agar-agar.
Agar-agar panjang paling bawah sekali
*Beza dia ialah aku rasa, kalau guna serbuk agar-agar kena lebih lama nak tunggu dia keras.


Hanya 3 bahan diperlukan, serbuk agar-agar 20gram, susu cair, air masak 600ml.
Masukkan air + susu cair dan Didihkan. 
Masukkan serbuk agar-agar dan kacau seketika.
Sumi hancurkan kepada ketulan sederhana kecil. 
Masukkan sumi, bancuhan agar-agar ke dalam loyang.

Sejukkan. Dan siap untuk dihidangkan. 
Siap.