Nuffnang BH

Apr 13, 2017

minyak Habatussauda untuk kulit eczema

Assalamualaikum,

Kalau ikut kiraan hari ni hari ke7 aku guna minyak TheMajlis. 
Aku pernah cerita kesan dia kat Raudah pada hari ke2 pakai.

Kalau ikut keserasiaan memang la, tapi kalau ikut kewangan memang boleh botak kepala mak nak.
Bayangkan 50ml harga RM170 sebotol. 
Hari ke7 pakai botol dah tinggal suku.

So my next plan ialah aku kena cari minyak lain. 
Minyak yang semestinya tak membahayakan.

Terbayang dalam otak minyak habatussauda. 
Sebab pernah baca dalam group sokongan Eczema yang dia sapu minyak habbatusauda.

As long as bukan cream doctor yang ada steroid tu mak gagahkan lagi.
For now memang sarung tangan still on. 
Kalau cabut dia menggaru habis luka-luka.

Itu pun si Raudah bijak. Dia gigit sarung tangan then Tarik nak bagi cabut. 
Tapi mama lagi cerdik dik, mama ikat dengan getah gelang bagi ketat sikit. 
Bluek.

Memang kebetulan ada beli kapsul habbatussauda ni. 
So esok boleh terus pakaikan kat Raudah. 
Oh ye, aku pakai dulu sebelum cuba pada Raudah. Kang takut apa-apa.

Semalam juga baru dapat info tentang full moon. 
Dalam Islam pon ada galakkan untuk berpuasa ketika bulan penuh.

Ada satu kajian mengatakan yang bila full moon, bakteria/virus akan active dan berlawan dengan immune system. (kurang pasti)
That’s why kalau eczema, flare akan naik even dah pantang makan dan sapu minyak.

Alhamdulillah Raudah tak begitu teruk, harapnya hari ni dan seterusnya dia akan elok la.
Nanti aku cari lagi pasal full moon aku share la. 

Basically journey mencari penawar untuk Raudah tidak pernah stop.

Aku doakan anak kat luar sana juga dipermudahkan urusan dan diberi kesembuhan. 
Aaminn. 


No comments: