Nuffnang BH

Apr 2, 2017

Merawat Eczema Baby

Assalamualaikum

Aku masih lagi dalam perjuangan mencari minyak/serum/cream yang bebas steroid untuk anak kedua aku yang berusia 10 bulan. Dan aku juga semakin menunjukkan tanda-tanda eczema menyerang tapi hanya di bahagian tapak tangan dan jari. Kalau dulu gatal-gatal dan beberapa hari kemudian ianya sembuh tapi sekarang macam tak mahu sembuh.

Anak aku pulak masih gatal di bahagian telinga, tangan, siku, dan jari kaki. Bahagian lain Alhamdulillah tidak seteruk bahagian yang aku sebut tadi. Ya memang berkurangan tapi masih lagi menggaru.

Cream yang doctor bekalkan masih lagi aku sapu tapi amat jarang kecuali waktu kritikal sahaja. Aku ada mencuba Minyak Habibi (Olive Oil) yang aku beli di FB dan sample serum Lafiera yang aku dapat dari kenalan FB.

Semuanya aku cuba untuk sembuhkan anak aku. ikhtiar. Dan aku cuba bukan membabi buta. Aku juga cuba pada diri sendiri. Selain makanan yang perlu dipantang dan kebersihan memang kena jaga. 

Aku ada join group sokongan Eczema dan aku juga banyakkan membaca. Sungguh ada hari-hari aku down dan keliru. Bila aku dah pantang habis-habisan tapi gatal tetap melanda. Anak bermasalah jugak.

Sedih memang tak payah nak cakap. Pernah aku salahkan diri sendiri sebab anak menderita eczema. Aku tahu berdosa. Tapi Allah tak zalim, saat aku down Allah akan sejukkan hati aku dengan berita-berita masih ada orang/baby yang lagi teruk nasibnya berbanding aku.

Segala makanan, kebersihan, aku cuba jaga. Aku kawal. Aku masih lagi mencari penawar untuk legakan gatal ni semua. Doakan aku.


Percubaan seterusnya adalah nak cuba minyak “TheMajlis”. Nanti serasi aku kongsikan kisahnya. Yang pasti segala yang aku cuba keutamaan haruslah tiada steroid, organic dan selamat. In sha Allah.