Tikam Belakang, Sentap dan Melindungi

Rodiah Amir
0
Assalamualaikum.

Sekarang dalam kehidupan seharian Allah turunkan beberapa moment yang buat aku rasa ‘sentap’. not really sentap la but Allah buat aku fikir. Beruntungnya aku dikelilingi orang yang positive. Menyedarkan aku bahawa dunia ni penuh dengan orang kejam tapi masih wujud orang yang baik-baik.

Ok jangan pening sebab aku sekarang berada dalam keadaan yang mana, aku nampak true colour manusia.

Bermuka-muka ka? Aku tak tahu sebab aku bukan berada di dalam kasut mereka. Bertindak mengikut situasi mungkin.

Cuma hari-hari berdoa aku dicampakkan dalam circle orang yang selalu positive, orang yang memandang benda baik sahaja.

Tips yang aku nak kongsi kalau nak positive, tinggalkan tabiat negative, bersangka baik dengan semua benda (keadaan, orang,benda, takdir) dan paling penting PUT HIGH TRUST ON ALLAH.
ALLAH IS THE BEST PLANNER

Ewah senang la kau cakap kau tak rasa. Habis kau nak suruh aku rasa baru aku boleh nasihat??
Come on. Agama Islam itu sendiri adalah nasihat. So haruslah lapang dada kalau saling mengingati ok??

Kita tak baik tapi kita cuba jadi baik. Sekian.



Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)