Nuffnang BH

Mar 30, 2017

random talk

Assalam,

Aku rasa aku sedang melalui satu fasa sentap, mereput, 
mengecut, macam nak hilang sikit demi sikit kat muka bumi. 
Bukan hilang habis tapi jadi makhluk transparent. 
Ada pon taka pa, tak ada pon lagi la tak apa.

Kalau dulu jangan tak tahu aku dikelilingi la jugak makhluk yang aku boleh ajak borak, 
but semakin menginjak usia, 
bilangan makhluk berkurangan. 
Entah kenapa. 
Factor persekitaran yela memang tak boleh elak.

Lepas tu macam kitaran kehidupan sangat, 
parasite-parasit kembali datang. 
Goyahkan semua yang ada.
Life sekarang pon bukan macam dulu. 
Dulu sibuk penat pon aku semakin membesar dengan jayanya. 
Sekarang aku penat semakin turun berat badan. 
Sebab dulu kalau ada yang tak kena hentam makan benda sedap-sedap, 
badan masih kuat nak terima.

Sekarang dah berusia tak berani makan bukan-bukan. 
Nak pulak anak kedua alegic semua benda.
Terus hilang selera. 
Sekarang ni apa sahaja mendatang dalam hidup aku punya peel like tadah je.

Ada masalah aku memang bengang tapi tadah je. 
Penat buat kerja rumah aku tadah je. 
Eh penat. Dulu muda larat la nak bising. 
Dah tua ni hadap jela. 
Nak buka mulut pon dah tak larat. 
Malas fikir.
Ni suami nak outstation. Haishh penat nya nak fikir.


Malas. 

Tujuan Berniaga Dalam Islam


Assalamualaikum.

Tertanya-tanya jugak kenapa Islam menggalakkan umatnya berniaga. Nabi ada cakap kan, 9/10 dari sumber rezeki tu datangnya dari perniagaan. Pernah baca ada orang tu bagitahu macam ni,”Kita bekerja bukan untuk mendapatkan rezeki, kita bekerja kerana ikut perintah Allah, supaya kita tidak meminta-minta kepada makhluk.”

Jadi aku pun semak semula diri. Apa sebenarnya niat aku nak berniaga ni? Google la semua dan aku jumpa tujuan-tujuan berniaga di dalam Islam. Aku rasa good to share. 

Aku panjangkan artikel ni sekurang-kurangnya dapat membantu dan memberi inspirasi kepada sesiapa yang baru berjinak nak berniaga okei.

1. Menegakkan syariat atau hukum Allah.
2. Dalam Perniagaan,kita akan dapat kawan yang akan memberi syafaat yang akan membantu kita di Siratul Mustaqim.
3. Mengajar kita bertolak ansur.
4. Mengajar kita melariskan barang – pandai bercakap,pandai menyampaikan.
5. Melahirkan orang yang sabar dalam memendam rasa hendak marah.Sabar bila orang marah dengan kita.
6. Boleh melahirkan orang yang cerdik,pandai bertindak dan berfikir dan merancang dalam apa jua keadaan.
7. Melahirkan orang yang berakhlak tinggi dan berbudi pekerti.
8. Dapat menambah ilmu,wawasan atau general knowledge.
9. Jujur dan amanah.
10. Boleh kita berzakat.
11. Melahirkan orang yang samahah (pemaaf )

12. Memenuhi keperluan umat Islam dan menyediakan barang-barang Islam. 

Dan kalau dah terlalu berniaga jangan fikirkan DUIT sahaja adalah segalanya. Kena tahu batas okei. Kita sama-sama berjaya in sha Allah. 

Mar 29, 2017

Bermula dengan Dropship

Assalamualaikum.


Hai semua. Nak berkongsi info kalau ada yang minat dengan business. Sebelum pergi melangkah jauh meh sini nak nasihat apa perlu korang buat kalau korang memang minat berniaga tapi nak bermula dengan yang kecil-kecilan.

Nak berniaga kena ada duit kan? Itu halangan terbesar tapi sekarang dah ada pilihan yang tak perlukan modal/duit yang banyak untuk berniaga. Cara paling mudah ialah menjadi Dropshipper. 

Apa itu Dropship?
  1. Dropship adalah memerlukan anda mempromot barang tersebut dilaman sosial,laman-laman pengiklanan dan sebagainya.
  2. Anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut, iklankan.
  3. Bila anda dapat tempahan, anda hanya perlu hubungi supplier produk tersebut dan supplier itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda.
  4. Sebut pula pasal harga, anda jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar supplier tersebut dengan harga agent.

Itu serba ringkas maksud Dropship. Mudah kan? Dropship paling bagus untuk peniaga nak timba ilmu dan pengalaman.

Kalau siapa follow blog Blog pakdi.net dia pun promote mendaftar jadi dropshipper register kat https://yosh.my/

Boleh baca lebih lanjut kat website tu ya. 

Apa itu Yosh.my?

Yosh.my merupakan komuniti perniagaan berasaskan dropship yang utama di Malaysia. Yosh.my menghubungkan peniaga dan pembekal produk bagi melakukan urusan jual beli secara dropship.

Sebenarnya ada beberapa lagi website yang uruskan dropship ni tapi sebab aku hanya study dan baca beberapa review so aku cadangkan Yosh la. Kalau ada yang pernah cuba yang lain boleh share di ruangan comment.


Selamat berjaya. 

Mar 28, 2017

Automate post free application untuk social media

Assalamualaikum.


Manusia kan selalu suka jump into conclusion. Biasa orang yang jump into conclusion ni sebab dia tak ada ilmu atau tak cukup ilmu. Kebiasaan kalau tak pernah buat atau alami sedap-sedap rasa je judge apa yang kita buat.

Contoh paling senang, publish post di blog la. Mungkin sebab tak pernah buat scheduled post so bila orang lain buat dan publish masa working hour mula la nak tuduh orang mengular. Padahal orang tu dah siapkan pon entry tu lama sebelum waktu post.

Ini pentingnya ilmu ya. Tak tahu kena gali. Tak tahu kena bertanya. Bukan serkap jarang. Tak kisah ilmu free ke ilmu berbayar ke.

Itu kalau bagi contoh untuk blog, sama case juga auto post untuk laman social macam Facebook, Instagram, Twitter. Jangan tak tahu kalau orang business amat-amat penting untuk buat posting (personal branding) dan jugak iklankan service mereka.

Macam mustahil 24/7 melekat pegang handphone kan? Semata-mata nak upload pasal business. So orang-orang business ni guna apps la untuk scheduled kan post. Macam aku la. Mana ada masa nak pegang phone.

So meh sini aku share sikit ilmu tak seberapa ada ni apa aku guna kalau nak scheduled post. Hari tu dah study sikit beberapa apps yang boleh kita scheduled kan post/status kat lama social. Yang memang aku guna sekarang adalah Hootsuite. Banyak kawan guna Buffer.

Tak semua apps ni boleh ‘talk’ dengan laman social kita ya. Macam Buffer hanya untuk Twitter, Facebook, Google Plus and LinkedIn, manakala Hootsuite boleh Auto post to: Facebook groups / profiles / business pages, LinkedIn company pages / groups, Google+ pages, Twitter, Foursquare, Wordpress, Mixi.

Sebab Buffer tak ada auto post to Instagram maka aku guna Hootsuite. Lagi satu untuk Hootsuite ni kalau untuk Instagram dia tak akan auto post tapi dia akan bagi reminder untuk post je pada waktu ditetapkan. Memang rules Instagram sebab dia nak live update. Kalau Facebook ok je.

Kat bawah ni adalah link website yang explain further ciri-ciri apps yang available untuk korang download dan guna. Kena rajin baca dan study je.

credit/source: 


Harap membantu. 

Mar 27, 2017

Jemputan Menghadiri Karnival Kerjaya Di Kompleks Kem. Kewangan Presint 2 Putrajaya Tarikh 30.3.2017

Hai semua pencari kerja.

Jom sama-sama meriahkan program Karnival Kerjaya anjuran KEMENTERIAN KEWANGAN dengan KERJASAMA JOBSMALAYSIA.



Karnival Kerjaya Sempena Hari Terbuka MOF Putrajaya 2017 Dengan Kerjasama JobsMalaysia Selangor dan Perbendaharaan, Kementerian Kewangan Malaysia

Tarikh : 30 Mac 2017 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi – 4.30 petang
Tempat : Dewan Galeri & Ruang Legar Dewan Utama, Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2, Putrajaya

Aktiviti :

1. Temu Duga Terbuka
Keterangan lanjut hubungi:-
- Pusat JobsMalaysia Kelana Jaya

Tel : 03-7873 5100/5101

Mar 25, 2017

Norah wax Feedback

Assalamualaikum. 

Hai Awak semua, 

Nak share testimoni customer guna Norahwax . 

1. customer yang ni pertama kali guna, sebelum ni dia hanya guna Veet kalau nak buang bulu. bila dah berNorah ketiak jadi cerah dan kemerahan. amboi sangat ni. 

 2. customer yang ni pulak siap ber Norah secara berjemaah. ha baguslah tu. adik buat untuk kakak, kakak buat untuk adik okei. sweet aje.  Apa pun customer puas hati.
 3. customer ni even 1st time guna dia dah expert sebab nak guna Norah memang senang. Lagipon akak akan guide siap video sekali cara guna. in sha Allah boleh. 

Nak tengok testimoni lain?? Nanti akak share lagi. So sesiapa nak ber Norah boleh contact akak. Jangan malu okei. 

Whatsapp - 017 9270848 
 instagram - norahwaxwangsamaju_rodiah

Mar 24, 2017

Komposer Johan Nawawi meninggal dunia

Assalamualaikum.

Membaca berita kematian Komposer dan juga suami kepada Nora, Johan Nawawi meninggal dunia. 

Jom sedekahkan AlFatihah pada Allahyarham.

Sesungguhnya orang yang di uji itulah orang yang kuat jiwanya.

Setiap yang hidup pasti mati. Ini giliran dia, giliran kita tah bila.

Sebelum nyawa di ambil, rebutlah peluang menambah amalan. 

In sha Allah.

Cuaca sejuk pagi ni, hujan dan mendung hampir di semua tempat. 

Perasaan sedih tu aku rasa ada di mana-mana.

Teringat arwah abah.

Rindu. 

sumber: astroAwani




Jus Bidan Dara Rawatan Dalaman Wanita

Assalamualaikum


Nak bercerita tentang Jus Bidan Dara (JBD) yang tengah hot sekarang ni. JBD merupakan Supplemen tambahan khusus buat wanita untuk kekal sihat, bertenaga dan merawat masalah dalaman seperti keputihan, gatal-gatal vagina, hilang hanyir haid, serta membasmi bau badan yang tidak disenangi.

JBD boleh diamalkan setiap hari walaupun ketika :-
🚩 period
👩berpantang
👶menyusui bayi

Boleh diamalkan oleh :-

👧 Anak gadis seawal usia 16 tahun
👱 Wanita yang telah berkahwin
👵 Wanita yang telah putus haid

Dilarang keras:-

ibu mengandung
ubat berjadual
sakit kronik

Kelebihan Jus Bidan Dara:-

👰 Mengurangkan kedutan, membantu menyegar dan menyihatkan  badan
👱 Mencantik dan menaikkan seri wajah
😘 Mengatasi masalah kencing tidak lawas
💪 Meningkatkan sistem daya tahan tubuh serta menstabilkan  hormon
💆 Mengurangkan tekanan dan stress
👸 Membantu menganjalkan kulit serta tubuh badan
😍 Mengetat dan menganjalkan vagina
💖 Menghilangkan bau badan dan mulut
💝 Menegangkan payudara
💘 Mengencang otot kewanitaan
💕 Menghalang bau tidak enak serta gatal-gatal
💏 Menambah keharmonian suami isteri
💑 Meningkatkan keinginan serta mempercepatkan rangsangan  seksual

Harga :- RM45 sahaja tidak termasuk Postage

Sebarang pertanyaan dan order, sila Whatsapp 017-9270848


Mar 23, 2017

Jawapan win untuk yang netizen mengamuk bila Beauty And The Beast ditangguhkan tayangan

Assalamualaikum.

Bermacam reaksi dari Netizen masa filem Beauty and The beast ditangguhkan tayangan dia kat Malaysia. Baik rakyat biasa mahupun artis semua nak kongsi pendapat. 

Pensyarah: Ahmad Farami Abdul Karim, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dah sediakan jawapan/penerangan untuk semua soalan/keluhan kebanyakkan netizen yang aku rasa masuk akal. 

Saya share dari jawapan ni saya ambil dari website Astro Awani 

1. "Kalau ada adegan bunuh dan rompak, 'hang akan ban filem tu jugak ke'? Bukankah itu pun langgar undang undang???"

Boleh ada adegan bunuh dan rompak. Tapi dalam etika dan garis panduan penyiaran, perlu ada 'poetic justice' (yang jahat dihukum setimpal atau ada keinsafan hujung cerita dan paparan pembunuh serta perompak harus negatif).

Tapi gay dalam cerita Hollywood diraikan. Cerita gay selalunya menang award. Skrip Hollywood simpatetik terhadap watak gay. Masyarakat disuruh insaf dan menerima homoseksualiti.

2. "Ombak Rindu ada rogol boleh pulak lepas wayang"

Ini falasi 'false comparison'. Dua filem berkenaan perlu dinilai berdasarkan merit masing-masing. Adanya rogol dalam filem Melayu BUKAN justifikasi untuk abaikan homoseksualiti B&B. Sekiranya satu dapat diatasi, kesannya lebih baik berbanding membiarkan kedua-duanya.

"Bestiality (hubungan seksual dengan haiwan) dan Stockholm Syndrome (jatuh cinta dengan penculik) dalam Beauty and the Beast boleh pulak"

'False comparison. Kalau ada adegan 'bestiality', ia juga akan ditapis seperti 'gay moment'.

4. "Just ada satu karektor dalam tu openly gay and tertarik dengan watak lelaki..itu saja ... walhal bukan aksi lucah pun"

Lucah tak semestinya eksplisit. 'Gay moment', idea homoseksualiti, pandangan dan sentuhan 'suggestive' dalam B&B juga lucah (indecent) berdasarkan sensitiviti tempatan.

5. "Tak payah tengok kalau tak suka"

Walaupun ada ahli masyarakat yang tak tengok, penerimaan 'gay moment di pawagam (domain awam) tetap memberi signal homoseksualiti adalah 'socially acceptable'.

6. "Nak sekat-sekat macamlah orang tak boleh tengok online"

Tengok online, itu private domain. Tanggungjawab sendiri. Tapi dalam public domain, ada pertimbangan lain. Ada implikasi sosial dan budaya. Maka, perlu ada kawalan.

7. "Benci aku, senstitif sangat bila nak majunya?"

'Maju' dengan menerima 'gay moment' di domain awam? Maju bermaksud celik norma etika tempatan, mampu menilai dengan kritis propaganda dan normalisasi LGBT. Maju, bila bebas daripada penjajahan budaya.

8. "Takut terpengaruh, iman senipis bawang ke?"


'Resistance' terhadap normalisasi LGBT didorong iman yang belum menipis dalam komuniti.

9. "Homoseksualiti dah lama dalam masyarakat. Apa kaitan dengan filem??"

Memang dah ada lama dah, sejak zaman Nabi Luth A.S. Tapi, homoseksualiti cuba dinormalisasi melalui filem kontemporari. Ini menyebabkan 'desensitisation' (cair sensitiviti) masyarakat terhadap penyimpangan LGBT.
Fikirkan juga tentang kesudahan kaum Nabi Lut.

10. "The world has moved on and it's time we equip our young children with the facts of life of this present day and age."

Kita perlu sama 'move on', walaupun ke arah yang salah? Ada hadith sahih menggesa tidak meniru mereka, 'moving on' bersama mereka sejengkal demi sejengkal.
Kita ada pegangan nilai tersendiri yang jelas dan bersifat tetap.

11. "Bodoh lah nak sekat".

Cerdik, sebab ambil kira sensitiviti majoriti, dan kesan jangka masa panjang. Bodoh, bila utamakan Emma Watson berbanding maslahah awam.

13. "I hope malaysia will be open-minded enough to let it be shown"

Perlu 'open minded' untuk faham etika relativisme budaya - apa yang biasa di Amerika Syarikat (AS) tak semestinya dapat diterima di sini. Di AS sendiri, pawagam di Alabama boikot B&B. Jangan kita lebih sudu daripada kuah.

14. "Our self-appointed guardian of morality -- the Censorship Board. They think they're doing the parents a favour, not realising they're a bit behind time."

Your liberal parental sensibilities are insignificant. Kalau Censorship Board tak buat kerja, majoriti ibu bapa akan persoalkan tanggungjawab moral agensi tersebut.

15. "Why some parents think their kids are easily swayed n influenced by movies?"


In sociology, kids learn/internalise values and cultural norms through mass media. Ini disebut 'socialization process'.

- end - 

Ini adalah point aku pulak untuk menjawab kritikan Netizen yang tahu nak complaint je. Yang terkadang aku pun terikut-ikut. Manusia sikapnya sambil lewa dan suka bercakap tanpa ilmu.

Point no 2 perumpamaan nampak kawan makan tahi adakah kita juga mahu makan tahi?
Point no 5 mengamalkan konsep kubur masing-masing
Point no 6 jangan jadi penyebab dan bendung selagi boleh
Point no 7 kenapa bukan semua aspek nak maju, ni setakat filem nak open minded nak maju
Point no 8 statement bongkak - iman setebal lemak mana pon belum tentu boleh tahan semua dugaan

Mar 22, 2017

Mula-mula Beauty & The Beast lepastu Power Rangers pulak bakal di banned

Assalamualaikum. 

Seminggu ni kecoh yang filem Beauty And The Beast di banned sebab ada babak Gay. Tayangan filem Disney, Beauty and the Beast di Malaysia terpaksa ditangguhkan selepas filem itu mengundang kontroversi atas beberapa sebab termasuk penampilan watak ‘homoseksual’.

Aku tak berapa minat sangat kartun dia, tapi macam marah, why nak masukkan babak gay dalam cerita kartun? Why cartun? Motif? Bongok. Kartun kan target dia memang untuk kanak-kanak. Nampak sangat la agenda cuba nak tanam benda salah dalam otak kanak-kanak yang masih tak tahu apa-apa tu.

Tayangan seluruh dunia pulak tu. Membenarkan tayangan bermaksud membenarkan apa yang cuba di sampaikan dalam filem tu. Gay adalah tak salah. NO. HARAM untuk Orang Islam. Dilaknat Allah.


Di Malaysia Kuasa untuk isu penapisan filem terletak kepada Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang menjadi agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN). Untuk isu filem Beauty and The Beast, LPF tidak terbabit dengan keputusan menunda tarikh tayangan TETAPI Walt Disney Malaysia berasakan ia patut ditunda berikutan isu dalaman (sensitiviti). 

Tapi baca pulak pagi ni yang cerita ni dah diluluskan pun tayangan di Malaysia. akan mula ditayangkan 30March2017 TANPA POTONG babak GAY. Urut dada. 


Lepas tu ada pulak ura-ura kemungkinan cerita Power Rangers pon bakal di banned, itu pun tahu bila baca blog benashaari dan mamakembartiga khabarnya ada unsur LGBT sebab ‘Power Rangers Kuning – who is questioning her sexuality’. baca sini sumber BBC News




Sekarang kan ada setiap Sabtu Tv2 pukul 9.00 ke pukul 9.30 pagi tah cerita Power rangers Dino Charge. Aku sekeluarga follow cerita tu. walau dah tahu sangat ending dan jalan cerita tetap jugak nak tengok. Mengimbau betul kenangan kecik-kecik dulu. Bangun awal pagi nak tengok Tomato Man, Dragon Ball, Sailormoon, Doraemon dan macam-macam lagi la. Dulu tak perlu Astro, cukup je rancangan kat channel TV1, & TV2. 

Kalau perasan kan semua cerita sekarang ni boleh dikatakan semua nya tak sesuai ditonton anak-anak kita yang masih suci tu. bab seksi tu memang dah tahu la kan, babak cium-cium ni, selambak je ada dalam kartun. Kalau kebiasaan kami kat rumah tengok cerita CSI contohnya, ada babak cium mesti cepat-cepat Ikhwan tutup mata pastu tanya mama dah ke? Dah boleh bukak mata ke? Alahai sedihnya. End up akan tukar channel je.

Kita bertanggungjawab apa anak kita akan jadi in future. Kalau selalu biar anak tengok drama cintan cintun, Sinetron Indonesia lepastu anak selalu berangan dan tak berpijak di dunia nyata sila lah buat sesuatu ya. Kita orang dewasa mampu untuk berfikir waras (harapnya) tapi anak-anak yang baru nak matang ni apa yang dia nampak itulah yang disangka nya betul.

Kesan dia bukan sekarang,cepat atau lambat pasti ada. Jom jaga anak-anak kita. 

Mar 21, 2017

Daftar anak darjah 1 Tahun 2018/2019

Assalamulaikum.

Apa yang aku perasan kalau tahun lepas pendaftaran darjah 1 secara ONLINE hanya dibuka untuk sekolah di Negeri Selangor. Tapi mulai tahun 2017 pendaftaran ONLINE TELAH DIBUKA kepada semua Negeri di Semenanjung Malaysia manakala pendaftaran masih lagi secara manual bagi Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM merupakan satu gerbang untuk melakukan transaksi berkaitan permohonan kemasukan ke sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Siapa yang perlu memohon?

Berikut maklumat kelahiran dan sesi persekolahan:-

Lahir pada 02.01.2010 sehingga 01.01.2011 (sesi persekolahan 2017)
Lahir pada 02.01.2011 sehingga 01.01.2012 (sesi persekolahan 2018)

Tarikh pendaftaran online dan serahan borang/ dokumen yang lengkap ke sekolah bermula 1 Mac hingga 30 April 2017.

Untuk pendaftaran sila click link ni - Sistem Pendaftaran Atas Talian KPM

Harus Daftar sebagai PENGGUNA BARU dan isi segala maklumat yang diperlukan. 
Kalau ada kemushkilan Boleh refer Link ni - Frequently ask question



Macam aku dah register anak aku yang lahir tahun 2011 (darjah 1 pada tahun 2018), awal tahun 2017 aritu sebelum pendaftaran ONLINE dibuka. Sebab sebenarnya boleh register anak seawal dua tahun dari tahun dia sepatutnya masuk darjah 1. Aku pergi sekolah dan bawak document diperlukan (sijil kelahiran, Kad Pengenalan, sampul surat+setem, bil utility).

Kisahnya kan sebelum ni yang pendaftaran ONLINE hanya untuk mohon sekolah di Negeri Selangor SAHAJA. Jadi confuse bila Negeri lain pun dah start daftar online.

Kes macam aku ni, aku TIDAK PERLU daftar ONLINE sebab aku dah buat secara MANUAL iaitu aku dah submit permohonan dan isi borang di Sekolah pilihan. Hanya perlu tunggu call dari pihak sekolah dan surat yang bakal di poskan.

Dua kali aku call sekolah takut kerani salah information. Kerani tu bagitahu, Sebenarnya system ni dicipta untuk memudahkan ibu bapa nak check status dapat ke tidak anak masuk ke sekolah yang dipohon. Bagi kes manual macam aku nanti sekolah call sendiri. Siapa dah register online senangla check online sahaja. 

Kau bayangkan sebelum system ni wujud, gigihlah kerani nak call semua penjaga. Apa pun masih ada masa untuk mohon dan serahkan dokumen diperlukan ke sekolah ok.

itu sahaja aku dapat kongsikan. moga dapat manfaat. Selamat mendaftarkan anak. Anak pon dah nak start sekolah pon tanda tuanya aku. 


Maafkan Bahasa rojak yang aku gunakan. 

Mar 20, 2017

Group sokongan Eczema Malaysia (NAAE)

Assalamualaikum

Selagi namanya tak sihat dan tak jumpa penyelesaian untuk anak Eczema ku yang seorang itu selagi tu la entry pasal Eczema akan bertebaran di blog aku ni. Mohon memahami. Segala yang berlaku nak aku catatkan semoga yang lain dapat manfaat, tak banyak dapat la sikit kan?

Ok sebelum terlupa; hanya product Moogoo dan Buds sahaja merupakan product Organic (yang selamat) yang available kat market (pharmacy) sekarang. Baru aku tahu Cetaphil tu tak Organic. Hey berdosa tuduh. Eh ni tak tuduh ya, ini adalah fakta yang diberitahu oleh group sokongan Eczema Malaysia. Mereka ada explain tapi aku masih belum sempat baca (later baca).

Kisah dia macam ni, kan aku runsing anak Eczema kan? Jadi aku carilah group-group sokongan yang boleh layan segala pertanyaan aku berkaitan Eczema. Bila jumpa maka aku request untuk join. Ada dua aku request tapi so far hanya ada satu yang approved. Alhamdulillah. Dipermudahkan Allah urusan. Group tu nama Eczema Malaysia (NAAE).

Ini website Group ekzemamalaysia tapi last active 2015. Tapi facebook dia memang active. Rasanya sharing banyak kat Fb facebook-ekzemamalaysia

Maka pada suatu hari ada seorang ibu post pasal cream anak dia pakai, hampir sama dengan anak aku guna jadi aku pon terfikir why not aku post the same thing and open for opinion ada steroid tak? (btw aku baru tahu bahaya steroid).

Ramai la yang cakap baik buruk and ada jugak yang guna cream yang sama. Sedih. Terus ragu-ragu. Tapi betul la cream tu bahaya. Sebab kulit Raudah makin nipis. Ke salah aku ni? Doctor cakap cream tu selamat. Cream tu klinik buat. tapi tetap tak sedap hati jugak.

Cream tu power. Satu bekas kecil satu Rm60. Pakai malam esok siang elok dah. Ah sudah. Soalan dia sampai bila nak pakai cream tu kan? Objective sekarang adalah nak Raudah sihat disamping itu mengawal cost sebab aku tak berapa nak mampu. 

Demi anak kami cuba. Sobs.

Bila baca file kat groups tu share rupanya banyaklah cream yang ada di Pasaran yang ada dalam otak aku nak cuba ni rupanya tak digalakkan guna. Bukan sebab Steroid sahaja tapi bahan bahaya seperti mineral oil dan bahan synthetic lain. Ada Carcinogen (yang boleh sebabkan cancer) dan bahan bahaya lain.

Antara cream yang aku CADANG nak cuba tapi TAK BOLEH GUNA ialah Sebamed, Shaklee Herbal Blend, Cetaphil, dan Ezzera (aku pernah cuba) Huwaaa. Pilihan semua di tangan awak-awak semua ya. Tak ada ilmu kena cari.

Solution aku sekarang adalah try and test apa sesuai untuk raudah. Habuk, pemakanan, cuaca, baju, sabun dan lain-lain sedang diuji. Cheese nampaknya boleh. Tapi process food memang tak boleh langsung. Ayam Raudah ok. Masih panjang perjalanan kami. Moga Allah mudah dan izinkan. Aamiin.

Untuk ubat sapu pulak aku akan cari satu serum yang telah dicadangkan oleh seorang insan mulia yang tergerak hati nak nasihat aku dan berkongsi ilmu pasal eczema ni. Dia ahli Farmasi. Nanti kalau berjaya aku share pulak. 

Disclaimer: penjual or owner product sila jangan kecam saya ya. Saya tak berniat nak jatuhkan perniagaan anda semua.




Mar 17, 2017

Eczema datang lagi

Assalamualaikum.

Akak penat. Akak baru kembali bekerja di Hari Jumaat lepas emergency leave selama dua hari. Anak memerlukan penjagaan khusus. Elok je eczema dia reda, selesema pulak menyerang. Allahuakbar. Besar cabaran jadi mak ni. Silap hari bulan mau gila tambah berat badan jadi kingkong.

Tak nak gemuk. Tidak.

Dilemma akak bila penat, tertekan asyik la mencekik. Lepas makan nasi makan cupcakes. Lepas tu gatal lagi makan jeruk makan benda lain. Eh. Air masak tak mau nak air sirap. Letak chia seed. Amboi sihat kan?hahhahahah

Akak patut bertenang tapi akak gagal.

Nak cerita masa anak berdarah-darah sebab menggaru gatal, bawak la ke klinik doctor yang selalu rawat baby tu. doctor tu pegang-pegang sikit, bercakap dalam 30 patah, angguk-anguk bila akak cerita dan dia geleng-geleng kepala tanda tak perlukan ubat lain melainkan cream yang klinik bekalkan. Hanya itu ya tuan puan.

Keluar muka terkulat-kulat nurse panggil suruh buat bayaran. RM80. RM60 untuk cream sapu dan RM20 untuk consultation. Hoi mahal la. Cream tu memang berkesan akak tak nafikan, tapi standard rate consultation kau tu doctor buat akak tak dapat terima. Dah la muka kau macam orang mereng disarungkan bantal suruh tidur je. Cakap pon sikit je. 
Apeni..

Tapi akak redha jela dia charge kalau melawan pun ada guna ke? Mestilah tidak. Lagipun suami akak yang bayar. Hahhahah. Akak malas nak claim kat company akak. Nanti lambat dapat.

Berbalik cerita doctor tadi, akak nak suruh anak jadi doctor la. Akak dulu pemalas, cannot jadi doctor. Sempat 4 bulan je duduk dalam lab, belajar timetable acid ke apa tah akak lupa. Pastu akak cannot tahan. Akak pilih prinsip account. Ternyata pilihan akak tepat. Hahahhah Alhamdulillah.

Sekarang elok je baby dari eczema dia, selesema la pulak. complicated sungguh. Semalam sempat akak jadi burung hantu. Sekejap-sekejap baby bangun. Batuk kuat betul. Terganggu tidur dia. baby marah bila batuk pastu menangis, marah akak tak paham baby, pastu akak marah suami. Ok la kan? Suami macam mangsa segalanya kan. Itulah nasib seorang suami. Kena berkorban okei.


Hari ni akak kat office tapi jiwa akak kat rumah. jadi cepatlah habis waktu kerja nak balik nak belek anak pulak. 

Mar 16, 2017

Baby 10 bulan masih lagi Eczema

Assalamualaikum. 

Raudah lagi seminggu nak masuk 10 bulan. 
Bermaksud 5 bulan menghidap eczema.
Sedih.
Alhamdulillah.
5 bulan perjalanan yang memang naik turun. 
Melibatkan emosi.

Dah cuba minyak, dah cuba cream doctor dan lotion doctor cadangkan.  
Memang berkesan cream tu tapi cost dia buat aku mengucap.
Satu bekas kecik tu RM60. Bertahan tak sampai sebulan ikut penggunaan.
Penggunaan pulak bergantung pada kesihatan Raudah.
Kalau cuaca panas semakin kerap la gatal-gatal dia menyerang.
Ruam bijik naik. Bila naik boleh menggaru sampai berdarah.
Dia elok untuk beberapa ketika dan datang semula.

Banyak factor untuk eczema:
- Allergic
- Pakaian
- Peluh
- Sabun
- Cuaca panas
- Makanan

Memang kena pandai-pandai elak .  
Baju kena tukar, cadar, kebersihan semua kena beratus kali ganda kena tukar.
Tak boleh panas berpeluh dan tak boleh terlalu sejuk kulit kering.
Kena sedang-sedang.
Macam-macam product aku baca kat internet. 
Shaklee herbal blend, Moogo, Cetaphil, Sebamed
Dan rasanya ikut serasi atau tak lah dengan baby. 

Kau tahu kadang-kadang rasa nak menjerit. menangis.
Kalau tengah malam tengah kita penat. Rasa macam nak biar je baby menangis.
Tapi tak sampai hati. Selalu doa kalau baby sakit biarlah pindah kat aku.

Paling teruk dua minggu lepas, cuaca panas melampau
Berdarah telinga Raudah garu + kulit belakang telinga nipis + berair
Eczema dia serang bahagian muka, telinga.
Harapan aku nak Raudah sihat. Tak nak dah dia menggaru.
Sekarang masih lagi bertahan guna lotion dan mandian jenama Dermaveen.
Next aku nak beli semula cream doctor tu.
Pakai jimat-jimat.

Ada satu kenyataan yang aku baca pasal Eczema:

"Eczema tidak dapat diubati tapi dapat dikawal"

Terus Hati tisu. 


Mar 14, 2017

Kita sering KECEWA & SAKIT JIWA bila sering berharap pada manusia


Berharap manusia paham apa kita rasa
Berharap manusia menghargai kita
Berharap manusia sedar kehadiran kita
Berharap manusia sentiasa ada untuk kita
Jadi berhentilah berharap pada manusia.

“ketika melakukan sesuatu kebaikkan, jangan mengharapkan ucapan terima kasih ataupun balasan manusia. Berharaplah hanya kepada Allah.”

Kata bijak pandai “ jangan mengharapkan ucapan terima kasih kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Malah ada di antara Hukama berkata,

“sekiranya kita mengharapkan ucapan terima kasih daripada manusia nescaya kita akan menjadi orang yang sakit jiwa”.

Ayat atas ni memang aku tak nafikan. Betul sangat-sangat. Setiap kali ingatkan diri, jangan terjatuh dengan perangkap syaitan. Jangan berharap pada manusia. Patutnya diri lebih cool dan tawakal kepada Allah. Dah doa dan usaha.

Betul kehidupan kita kat dunia ni memang takdirnya kena berdiri di atas kaki sendiri. bila Allah selalu turunkan ujian dan kita tercampak seorang diri dalam kehidupan maksudnya Allah nak biasakan kita yang satu masa nanti, dalam kubur kita seorang jugak.

Tak akan ada anak, suami, isteri, harta yang teman kita melainkan bekalan akhirat. Bukan aku bijak pandai bila aku bercakap pasal kebaikkan. Jauh lagi perjalanan, tapi dah namanya Islam, Islam tu adalah nasihat. Maka marilah nasihat menasihati.