Nuffnang BH

Feb 28, 2017

Norahwax ingat Norah Ingat Organik


Product Buang Bulu – Norahwax Organic Hair Removal (100% bahan asli dan bebas bahan kimia).

Bahan-bahan -

Mengandungi bahan semulajadi yang bermanfaat untuk kulit  seperti Madu, Lemon dan Minyak Tea Tree. Kandungan madu memastikan kulit kekal lembab selepas waxing. Kandungan ekstrak lemon mencerahkan kulit terutamanya di bahagian bawah lengan. Kandungan minyak Tea Tree pula melembutkan dan melicinkan kulit anda.

Norah berfungsi  :

1. Menanggalkan bulu dari akar
2. Melambatkan pertumbuhan bulu
3. Menjadikan kulit bebas bulu lebih lama
4. Ekstrak lemon dan tea tree oil membantu melembutkan kulit
5. Mencerahkan bawah lengan

Boleh digunakan untuk mencabut bulu di bahagian:
1. Kaki
2. Tangan
3. Ketiak
4. Upperlips
5. Misai
6. Janggut
7. Jari
8. Miss V

Follow Instagram: norahwaxwangsamaju_rodiah
Whatsapp:             017 927 0848


Feb 24, 2017

Paid Review dalam business

Assalamualaikum

Semenjak dua menjak aku aktif melibatkan diri dalam perniagaan (Jual instant shawl #escarves dengan #norahwax) aku perasan sesuatu.

Chewah sebut acah-acah business woman berjaya sangat ni. Aku dapat baaaaanyaaaakk sangat ilmu. Ilmu dunia dan dunia akhirat. Banyak kisah-kisah inspirasi aku dapat. Bila yang senior-senior kongsi ilmu nak daki tangga kejayaan.

Yang junior macam aku kena bijak pilih jalan, susur galur nak kecap kejayaan. Banyak la kena fikir. Selangkah salah, jatuh gagal mula semula. Begitu. Lepas tu bukan fikir dunia je, akhirat sekali kena jaga.

Ok hari tu ada imam muda ke PU apa tah comment pasal artis review product kan? Bila upah artis promote barang kita the nanti artis tu guna ke kreatifan dia nak suruh follower ig dia beli. Maka untung la barang laku sebab artis yang promote kan?

Tahukah kamu apa hukum upah artis untuk buat review?

Haram ok. Haram hukum bila bayar artis buat review BILA artist tu tak jaga aurat dia. promote product dalam keadaan separuh telanjang. Eh kasar kan bunyi dia.

jangan ambil mudah bab halal haram ni. Lagi besar dugaan bila masa tu perniagaan dah maju, duit dah banyak, boleh gelap mata. Lupa halal haram.

Peringatan untuk diri sendiri, kalau nak berniaga pilihlah product, kawan-kawan, supplier yang berada di landasan yang benar. Yang selalu ingatkan Allah memerhatikan kita. Akhirat itu benar, dan mati itu bila-bila masa.

Banyak kena jaga, contoh berniaga baju; elak dari model/testimony yang membuka aurat. Eh bukan tu jela. Banyak lagi. Bab kewangan bab pengurusan. Semua kena jaga.


Nak senang bukanlah senang kan? Selamat maju jaya. Pesanan dari businesswoman yang acah-acah nak berjaya. 



Feb 23, 2017

senaman hilangkan buncit

ehsan google image
Assalamualaikum.

Bukak dashboard tadi nampak satu keyword hit search engine untuk blog aku. “senaman hilangkan buncit”. Terus macam terpampan. Chewah Bahasa kau. 

Hello baru lepas breakfast nasi goreng telur mata  + ikan masin bulu ayam pastu minum bandung cincau, dessert ada biskut Bijan Kacang.

Tengah sedap elok sedut air bandung rasa macam nak tersembur keluar. Terus insaf. Hahahah. Ok masalah perut buncit ada di mana-mana. Ayat sedapkan hati. J

Dulu aku ada masalah tu, now bukan tak ada tapi kurang sebab aku berjaya kempiskan sedikit masa pantang anak ke dua. Masa tu kerap tungku dan jaga pemakanan.

Pastu ingatkan diri sila sedar diri yang gemuk akan datang kembali kalau tak jaga pemakanan. Meh sini nak share apa aku selalu jumpa kalau google cara hilangkan perut buncit.

1.       Jangan minum ice. A big NO ok.
2.       Buat senaman, push-up, plank. Buat tanpa tinggal.
3.       Jaga makan, kurang gula.

Cukupla aku kasi tiga ni je. Bagi banyak-banyak pon bukan buat pon kan? Jujur jela. Hahhaha. Tips paling power aku nak kasik ialah

SILA SEDAR DIRI. KALAU BERANGAN JE TAK AKAN KEMPIS PERUT TU. (ini cakap kat diri sendiri nih) selalu jadi lepas gigih google tapi tak buat or langgar je pantang.

Sekian. 

ambil dari google 



Noorkhiriah Nekad berhenti berlakon jual Jus Kesihatan

Assalamualaikum. 

Ha sensasi tak tajuk. Walau dah lapuk akak gigih cari berita pasal pelakon kesukaan akak ni. Tak lain tak bukan Noor Khiriah la. Suka sangat dengan bakat dia berlakon. Nak pulak kalau bergandingan dengan bestfriend dia yang kuat melatah tu si Ida Moin.

Cerita paling terkesan tengok Khiriah ni berlakon yang cerita dia sesat tu. pakai jubah hitam dan akhirnya meninggal kena langgar kereta depan rumah. amboih tragik uih. Selalu gak ulang tayang cerita tajuk Jubah Hitam kalau tak silap.

Ok la bukan nak cerita pasal lakonan kak Khiriah tapi lebih tertarik dengan apa yang dia bagitahu:

Buat waktu ini, Noorkhiriah ingin memberikan tumpuan kepada perniagaan jubah Muslimah dan jus. "Jus yang saya jual bagus untuk merawat dalaman wanita. Kalau ada yang hendak mengetahui lebih lanjut, mereka boleh ikuti Instagram saya di bawah nama @khiriah17," katanya yang mengaku turut berminat menyertai program berbentuk Islamik selepas bersara daripada bidang seni. 




Dan dengan besar hati nya akak nak umumkan yang akak pon in sha Allah akan jadi sebahagian dari team Kak Khiriah untuk menyebarkan benda elok khususnya kepada kaum wanita. Jus BidanDara. In Sha Allah di lain waktu pasti aka nada perkongsian pasal JusBidanDara.

Antara khasiat Jus BidanDara ialah; wanita yang ingin kekal sihat bertenaga, merawat masalah dalaman seperti keputihan, gatal-gatal vagina, menghilangkan bau badan, melawaskankan pembuangan dan banyak lagi.

Sesuai diminum oleh semua wanita seawal umur 16 tahun. Larangan keras kepada ibu mengandung, orang yang makan ubat berjadual dan berpenyakit kronik sahaja.


Siapa yang berminat nak dapatkan Jus ni boleh whatsapp ye 017 – 927 0848. Postage setiap hari dan COD di WangsaMaju, KL. 


Feb 22, 2017

Norahwax - remove unwanted hair

Assalamualaikum

Tak menang tangan nak layan whatsapp customer tanya pasal Norah ni. Ok maaf ye kalau akak lambat reply. Alhamdulillah ramai dah berani cuba. Yeay.

Paling banyak soalan, kak macamana nak guna? Nak guna bahagian mana? Berkesan ke kak? Dan macam-macam lagi.

Ok meh akak explain okeh:  siapa yang tak pernah cuba waxing, waxing ni salah satu cara membuang bulu di seluruh badan. Cara lain yang biasa orang buat ialah shaving or guna veet (tak sure apa nama dia) or tweezing. Pilihan berbeza ikut keselesaan.

Macam aku ni pendedahan untuk waxing memang nan ado. So memang tahu shaving aje la sejak dahulu. Sejak tahu waxing guna Norah ni hidup memang berubah. Okei over. Tapi seriously sesi memanjakan diri jadi sangat menggembirakan.

Norah diperbuat daripada madu, lemon, dan minyak tea tree. Bebas kimia dan selamat untuk semua jenis kulit ok. cara nak guna pun mudah. 

Oh ye bila guna Norah, kalau dulu memang setiap 3 hari dah kena shaving kan, now tunggu 3-4 minggu baru kena waxing semula. Bagus kan?

Ok la itu je akak cerita untuk kali ni. Please follow Instagram akak boleh tengok testi dan info lain; norahwaxwangsamaju_rodiah  atau whatsapp akak explain lebih lanjut. 
017 – 927 0848

Pasang wallpaper dan cantikkan rumah

Assalamualaikum.

Dalam mood nak cantikkan rumah, hari tu dah beli wallpaper, dah beli langsir tapi semua terbengkalai letak tepi dulu. Penat shopping tak habis lagi. Hahhaha. oh beli wallpaper kat Kaison Setapak Central RM19.90 untuk satu roll tu. 

Semalam baru gigih nak start tampal wallpaper. Dan Sabtu Ahad kami habiskan masa untuk siapkan kerja rumah tertangguh dan suami start pasang wallpaper bilik anak bujang.

Kemain excited bila dah pasang it turn macam apa yang aku bayangkan. Tenang dan cantik. So kumpul duit lagi nak cantikkan rumah.

Anak bujang pon tak sabar nak suruh beli katil dia. nak hias bilik. Semoga lepas siap nanti dia ada keberanian nak tidur dalam bilik sendiri.

Nanti dah betul-betul siap share lagi. Next nak aim cantikkan dapur. Chaiyok.

Good Luck suami n anak bujang

Nampak kat FB ada akak tu share gambar dapur dia. Tarik rambut sendiri bila tengok orang boleh kemas dapur camni. akak jeles. 

kemas sangat ni. haishhh


Celebrate Birthday Mak tersayang

Assalamualaikum.

Kejadian sambut birthday mak kali ke 65. Kejadian tahun lepas baru tahun ni nak cerita. Hari lahir mak jatuh pada 27 November 1951. Baru berkesempatan. Seronoknya Ya Allah.

Masing-masing berebut-rebut nak bahagiakan mak. Sebab kami hanya tinggal mak seorang. Memang selalu bergaduh adik beradik kalau mak turun KL. Masing-masing sibuk nak suruh mak datang rumah masing-masing dan nak belanja mak.

 Memang kecoh. J

Kami sambut birthday mak agak lambat. Siang tu bawak mak jalan-jalan shopping then surprise kan mak dinner kat SIXTY9 ISLAMIC STEAKHOUSE TAMAN MELAWATI. Yes again kat tempat favourite. Masa awal-awal dah booked untuk 20 orang then mintak satu slice kek.

Masa kek datang, waiters nyanyi ramai-ramai. Mak macam tergamam. Ya Allah that feeling. Seronoknya.





Feb 21, 2017

Resepi Cupcake Chocolate mudah dan sedap

*second time buat tak pakai butter tapi pakai marjerin Cap Pelangi, jadi gebu dan lembut sangat walau dah sejuk. Guna butter bau dia harum tapi kurang gebu tapi masih lembut. 

Assalamualaikum.

Im excited. Yeay. Alhamdulillah selama ni asyik tak jadi je kalau buat, semalam cuba lagi buat muffin chocolate pulak.
Rezeki semuanya menjadi siap suami puji, anak pon gembira. Eh. Hahhaha resepi simple sangat-sangat. Lepas ni kalau anak ada jamuan kat sekolah tak payah la cuak nak beli lagi. Jimat mak.
Ikhwan siap bawak bekal ke sekolah nak bagi kawan-kawan.

Dapat resepi kat Instagram,

150gram marjerin
150gram castor sugar
3 biji telur
Essen vanilla
175gram tepung self raising
1tbs baking powder
5 tbs Serbuk koko
Bakar pada suhu 170c selama 20minit.

Cara-cara:

Masukkan bahan ikut turutan dan mix sampai semua bahan sebati.
Gula castor + marjerin, telur, essen vanilla, tepung, baking powder, serbuk koko.
Isikan dalam ¾ penuh nanti dia kembang.
Sedap dimakan ketika panas.

malas nak comot so masukkan dalam plastik je then picit

muka memang tak menawan tapi rasa tertawan

Feb 20, 2017

Tudung Raya warna sedondon

Assalamualaikum.

Tak sampai sebulan Nayla3.0 macam pisang goreng panas. Stock menggunung dah slow-slow kena tarah jadi bukit kecik.

Akak syak sebab warna dia cun sangat ni. Ada yang beli pakai sedondon untuk majlis sekolah la, kenduri kahwin la. Macam-macam.


Nak jugak? Whatsapp akak ok. 017-927 0848











Rawatan Terapi Sonotron untuk Gout mak

Asslamualaikum

inilah mesin Sonotron tu
Entah apa mimpi aku bawak mak cuba rawatan Sonotron. Ye aku pernah tulis pasal Sonotron lama dulu. Masa tu ada niat nak cuba tapi keinginan tak kuat. Lepas mak dah mengeluh betul-betul tak larat dengan Gout dan kebas tangan (masalah saraf) baru-baru ni baru aku nekad call book appointment dan terus pergi. Lagipon dekat je. Di Sri Gombak. Satu kawasan tempat aku bersalinkan Raudah dulu.

Sebelum ni kerap bawak mak untuk bekam. Tapi mak macam takut sikit bila libatkan darah ni plus mak kata tak ada kesan pon. Lol. Paham perasaan mak nak cepat sembuh. Sakit bukan sekelip mata hilang emak ku syg.

Aku ulang balik untuk siapa boleh cuba rawatan ni okeh.

Rawatan Terapi Sonotron merupakan:

Rawatan bebas pembedahan kerana dikendalikan secara luaran oleh pakar terapi. Terapi sonotron memberi kelegaan serta-merta tanpa penggunaan ubatan atau dadah. Menggunakan teknologi Amerika Syarikat, mengeluarkan PANCARAN DISCAJ KORONA BERFREKUENSI RENDAH (0.43 MHz.

Rawatan sonotron diperakui selamat oleh pengamal perubatan. Ia tidak meninggalkan sebarang kesan sampingan, selain pesakit akan berasa lemah selama beberapa jam selepas jam menjalani rawatan. Bagaimanapun ianya hanyalah sementara dan pesakit akan bertambah pulih. insyaAllah.

Bronkitis (Jangkitan saluran pernafasan)
- Selesema/kahak/batuk
- Stroke
- Gout
- Asma (Lelah)
- Kayap/Ekzema/Kudis
- Sakit Pinggang/Pinggul
- Sakit siku/jari/lengan
- Migrain
- Angin ahmar (Strok)
- Resdung
- Sakit sendi lutut
- Kaki terseliuh
- Bengkak pada tapak kaki
- Luka
- Ulser
- Masalah kulit/ jerawat
- Gastrik

Masa aku pergi kebetulan jumpa baby umur nak masuk dua bulan selesema so dia datang nak buat treatment kali kedua. Mak dia kata Alhamdulillah berkesan untuk anak dia. Aku ada baca, kanak-kanak atau baby yang buat rawatan ni kahak akan keluar sekali dengan najis.

Banyak jugak review pasal Sonotron ni. Dah banyak orang sedar dan yang tak mahu bergantung dengan ubat dan semestinya untuk elak dibedah.

Review Pusat Terapi Sonotron Shafa Sri Gombak;

Bawak mak pergi untuk dapatkan rawatan tangan mak yang kebas tu, tapak tangan mak tu tak rasa dan tak boleh genggam, lepas tu mak kata setiap malam akan rasa panas tapak tangan sampai tak boleh tidur. Tapak tangan pon bengkak je. Selain tu mak ada penyakit darah tinggi dan kencing manis tapi terkawal Alhamdulillah.

Mak jugak ada gout. Selalu serang bahagian kaki, pinggul dan peha. Jadi sebab mak banyak sangat penyakit jadi focus kepada tangan kebas dulu. Staff dia recommend untuk buat 3 kali sesi berturut-turut untuk nampak keberkesanan rawatan. Setiap sesi kena ada jarak 8 jam.

alat ni dia just halakan kat kawasan yang sakit sahaja. (30minit minima)


Untuk next month boleh cuba untuk focus kaki, peha dan pinggul untuk gout mak. Rawatan ni kena buat selalu. Paling bagus konsisten la selama beberapa bulan. Untuk gout, rawatan ni bertujuan untuk hilangkan rasa sakit bengkak dan tak perlu makan ubat gout.

Tahu kan dalam jangka masa panjang ubat-ubat tu semua ada kesan kepada buah pinggang dan organ lain. 

Harga lebih murah berbanding klinik lain. Untuk kanak-kanak satu sesi RM30 untuk setengah jam. Untuk dewasa RM50 untuk setengah jam. Bergantung kepada jenis penyakit ye.

Staff friendly semua dia jawab dengan baik. Kalau tengok gambar aku share rawatan ni sebenarnya dia halakan alat dia macam hair drayer tu pastu dia keluarkan bunyi yang agak kuat. Boleh mintak penutup telinga tapi mak aku tak nak. Dia halakan di tempat yang sakit selama 30 minit. Ada haba ye (suam-suam). Kalau tengok betul-betul nampak cahaya biru kat muncung alat tu.




Mak aku siap tanya boleh ke nak beli mesin tu. lawak la mak ni. Nak suruh abang aku yang Doctor beli katanya. Mesin mahal mak ku sayang.

Siapa nak cuba alamat seperti kat bawah ni. Dinasihatkan call and book dulu takut full.

Pusat Terapi Sonotron Shafa  
Physical Therapist
Address: 57, Jalan SG 3/10, Taman Sri Gombak, 68100 Batu Caves, Selangor, Malaysia
Phone:+60 3-6189 0757
Facebook : https://www.facebook.com/Sonotronshafa1/

Banyak lagi Tempat lain yang ada juga tawarkan khidmat Sonotron, ini ada beberapa tempat.

Klinik Keluarga Dr Hj Mohd Khadzali 
No. 3, Rumah kedai, Jalan AU 5C/K, Ulu Kelang, Ampang,
54200 Kuala Lumpur.
Tel: 03 – 41083716
Isnin-Khamis (9 pagi-1 tgh, 5 ptg-7 mlm, 8.30 mlm-1 mlm)
Jumaat (9 pagi-12 tgh, 5 ptg-7 mlm, 8.30 mlm-1 mlm)
Sabtu (9 pg-1 tgh), Ahad (7 ptg – 1 malam)

AN-NUR SPECIALIST HOSPITAL
No 14 & 16, Medan Pusat Bandar 1, Seksyen 9,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: +603 8926 6060 | Fax: +603 8926 6067

Klinik Dr Fauziah
No 15, Jalan 2a/1, Off Jalan Ulu Yam Bandar,
Baru Selayang Fasa 2a, 68100 Batu Caves, Selangor.
Tel: 03-61890753

Selagi ada daya kita cuba ikhtiar ye mak. In sha Allah.

Feb 17, 2017

Review Estadia Hotel Melaka - tempat reunion best

Tempat terbaik untuk stay kalau pergi berjalan ke Melaka.

Ini kisah tempat kami stay masa Reunion geng BFFs Diploma in Banking – Mayoonees tahun 2016. After 10 years graduate the first reunion.

Aku highly recommend Hotel Estadia kalau korang ada reunion atau sengaja nak bercuti kat Melaka. Lokasi dia memang betul-betul kat tengah-tengah bandar Melaka. Harga bilik tak terlalu mahal bawah RM 200. Strategic sungguh.

Naik kereta 5 minit je kot sampai dah Kota A Famosa. Boleh pergi muzium kapal dll juga. Hari tu masa on the way ke hotel nampak kakak tu minum air tembikai. Yang buat meleleh air liur sebab dia tebuk tembikai dengan straw dan minum terus ok.

Sangat dekat dengan Dataran Pahlawan. Boleh jumpa Menara Taming Sari, Asam Pedas Selera Kampung, tempat beli barangan produk tempatan (Pahlawan Walk) macam cencaluk, sos cicah, dodol dan bermacam makanan tradisi. Landmark dia betul-betul berhadapan Menara Taming Sari. Akan nampak signboard Asam Pedas Jr. beratus juga aku borong aritu beli TShirt dan makanan.

Bilik selesa, staff super friendly, breakfast spread dia not bad la dan boleh diterima mulut dan perut. Ok yang aku suka pasal staff dia baik pekerja hotel atau pun penjaga boutique, tukang sapu, guard, tukang tolak barang semua ramah gila. Senyum dan ucap selamat sejahtera. Human contact tu bagus.
Estadia ni hotel di bawah seliaan Hatten Hotel. Tapi Hatten lagi mahal dan dah lama establish. Boleh google la. Hatten tak la semesra Estadia. Itu first impression masa aku turun jenguk Lobby Hatten Hotel.

Best nya Estadia ni dia di bawah satu building dengan Hotel dan Dataran Pahlawan Bridge. Semua customer akan parking di bangunan yang sama. Untuk customer Estadia Hotel dikhaskan untuk parking di level 4, 5 dan 6. Kiranya Lobby Estadia level 3, so dari lobby bila jalan akan melalui open boutique yang boleh korang shopping (baju/kasut/beg/toys) dan ada restaurant menuju ke Mahkota Parade Mall.









Boleh cuba ok.
*terpaksa ambil gambar di internet sebab gambar dalam phone hilang ke mana tah

Feb 16, 2017

apa yang tak kena Buku pertama Fattah amin

Assalamualaikum. 
amik google image jerr
Weh gigih aku cari artikel pasal jenis-jenis buku ni woi. Sebab penangan buku Fattah amin ni la. Bagus juga la bila kecoh so orang macam aku teringin nak tahu kebenaran pastu rajin la nak google. Baru la tahu keturunan mak nenek buku ni hhhaha.  

Kan kecoh pasal orang pertikai nape dia boleh jual buku pulak. dia bukan bertauliah dan macam-macam lagi pastu ada la suara sumbang, kritikan dan macam-macam la. Semua sibuk bagi pendapat.

Aku baca dari sini apemazing

1. Buku latihan.
2. Buku teks.
3. Majalah.
4. Novel
5. Collective item. Ha yang ni Fattah amin buat. macam Hafiz Hamidon buat tuh. Tengah popular buatla.
Penulis cakap - Collective item ini boleh juga jadi seperti baju, mug, key chain. Dan, ia juga boleh jadi seperti kalendar dan buku! Faham?
Satu lagi kau kena ingat, collective item ini memang ya mahal dari harga biasa. Itu normal dik.
6. Buku Agama.
7. Buku terpakai.
8. Buku tak laku kau.
9. Buku pinjam.
10. Buku ilmiah.
11. Buku motivasi.

Berbalik pada isu Fattah ni, jadilah pengguna bijak. Agak-agak bermanfaat beli la. Kalau tak bermanfaat tak payah la. Tak payah nak kutuk-kutuk. Buat tambah dosa je.
ini lawak ok
Ha lagi satu aku baru jumpa lirik lagu baru si W.A.R.I.S tajuk TEPUK. Ada lirik bawah ni. Tak ada siapa nak pertikai ke?..ok itu karya dia. biarla kan? Hahahha ok gelak diam-diam sudah.

Tepuk tepuk (x2),
Tepuk amai-amai,
Tepuk tepuk (x2),
Tepuk ramai ramai
(repeat).

Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu,

Tepuk baby pandai
You know wa caya sama lu.

Bila sudah pandai janganlah jadi hantu
Janagn mandai mandai
Sebab dato hattan tahu.

Petang-petan tolak stroller
Rasa macam high roller,

Sambil-sambil makan yoghurt
Tengok orang buat yoga
Jam tepat pukul lima
Masa untuk tengok finding Nemo.

Stroller masuk dalam bimmer
Balik rumah now here we go..

Tepuk tepuk (x2),
Tepuk amai-amai,
Tepuk tepuk (x2),
Tepuk ramai ramai
(repeat).

Tepuk seblah tangan
Memang takkan bungi
Tepuk dua tangan bagi hilang rasa sunyi.

Tepuk laju laju biar sampai lalat mati
Tepuk dahi orang nanti takut makan hati.

Takdehal tukar lampin
Sama macam pakai sampin
I’m a daddy now and I’m swaggin’

Parent squad is what I’m yellin’
Siap pakai wangi wangi
Sebab jap lagi nak ambik mommy,

Dress you up like a rap star
‘Cuz you both are my cita hati.

Tepuk tepuk (x2),
Tepuk amai-amai,
Tepuk tepuk (x2),
Tepuk ramai ramai
(repeat).

Bila dah besar baby
Nak jadi apa?
PM, doktro, tentera, ataupun jurutera,

Kalau nak jadi rapper,
Kena tunggu det bersara
Jadi dari sekarang baby kena belajar baca.

Mommy tak kisah
Baby nak jadi apa.

Asal kerja halal
Tak susah ibu bapa.

Apa baby suka
Buat mommy dan det bangga
Kami sentiasa doa baby akan berjaya.

Tepuk tepuk (x2),
Tepuk amai-amai,
Tepuk tepuk (x2),
Tepuk ramai ramai

(repeat several times).

Feb 15, 2017

Resepi Kek Coklat Mudah

Assalamualaikum.

Masa hari cuti lepas aku sempat buat kek Coklat. Masih baru dalam buat kek. Kalau tanya siapa yang makan kalau aku baking ni jawapannya ialah diri sendiri yang makan. Sebab utama ialah suami dan anak tak makan pun. Geram je. Kek Keju ke kek Coklat ke, kirim salam ok. mereka tekak Melayu asli makan kuih muih je. Hahahhaha. Dan tujuan nak baking pon sebab nak pandaikan diri je. Bukan la craving sangat pon. Dan seperti biasa; masih belajar. Kek pertama aku baked jatuh ke lantai. Membazir ok membazir. Jatuh semasa proses mengalihkan kek.

Tergamam seketika pastu terus move on baked Kek Coklat. Kek tu kena betul-betul sejuk dan biar semalaman baru la rasa kek orang jual. Hahhahah don’t ask me why tapi itu la yang jadi. Kek moist dan sila jangan derhaka dengan resepi ganti dengan benda lain ok. contoh minyak jagung tukar kepada minyak masak. Bantat la kek ko. Sekian ye.

Kek ni sesuai untuk peminat Coklat.


Bahan-Bahan;

1 ½  Cawan Tepung Naik Sendiri
1 Cawan Minyak Jagung
1 Cawan Gula Kastor
¾  Cawan Serbuk Koko
1 Cawan Susu Cair
1 Sudu Teh Serbuk Vanilla
1 Biji Telur


Cara-Cara;

1. Pukul telur dalam bekas, sehingga berbuih.
2. Masukkan minyak, susu, gula, serbuk koko dan vanilla. Gaul sebati.
3. Masukkan tepung. Gaul sebati lagi, tetapi jangan terlalu lama.
4. Tapis semua adunan kedalam loyang. Guna penapis teh je.

5. Kukus selama 45 minit / Bakar (180'c) selama 45 minit


sumber asal ikut resepi akak ni Blog Buat Wanita