Nuffnang BH

Jan 25, 2017

Resepi mudah kek oren Sunquick

Assalamualaikum.

Sepanjang buat eksperimen buat kek dengan guna oven kecik cenonet kat rumah tu ada dalam dua kali juga la kek masuk tong sampah. Sian sangat. So gigih la search tip camne nak kasik kek gebu, lembut dan ringan.

Jumpa satu blog, sila serang ramai-ramai blog tu. Blog BUATWANITA nama dia. Terima kasih awak. 

Suka sebab cara penceritaan resepi amatlah mudah dan clear. Semangat sebab nak cuti CNY kan? Pastu gigih la nak kasik anak impress mak pandai buat kek. Lol.

Ada tiga kek dalam otak nak cuba. Kek Red Velvet, kek cheese dengan Kek Oren Sunquick. Paling rumit Kek Red Velvet, so mula dengan Kek simple ya amat of cos Kek Cheese atau Kek Sunquick la dulu ye.

Aku park dulu resepi ni, nanti dah siap rupa paras aku share lagi tips versi aku pulak. jom sesiapa nak buat sama-sama.

Bahan-Bahan;

- 2 Cawan Tepung Naik Sendiri
- 1 Cawan Minyak Jagung
- 1/2 Cawan Gula Kastor
- 6 Sudu Besar Oren Sunquick
- 1 Cawan Susu
- 1 Biji Telur (Gred A)
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla

Cara-Cara;

1. Pukul telur dan minyak dalam bekas hingga kembang.
2. Masukkan gula, esen vanilla dan sunquick. Pukul sebati.
3. Masukkan susu dan tepung secara bergilir-gilir.
4. Pukul adunan secara perlahan sehingga sebati.

5. Kukus selama 45 minit / Bakar (180'c) selama 45 minit.

Nampak gebu dan menyelerakan kan?

Jan 24, 2017

Perangai suka bertangguh

Assalamualaikum.

Kau tahu perasaan aku sekarang ni berkecamuk. Banyak aku baca kisah orang-orang berjaya, dengan kata-kata Semangat diaorang update apa diaorang dah capai bila masuk je tahun 2017. Bila compare dengan diri sendiri bagai langit dengan bumi.

Haishh bila fikir semula, banyak cita-cita, idea datang bergolek. Nak berjaya nak tambah pendapatan. Tapi dek kerana perangai suka bertangguh aku la aku selalu give up. Nak pulak ada anak kecik ni memang payah kalau perangai bertangguh tu banyak.

Oleh sebab perangai bertangguh la aku melepas banyak peluang. Sebab aku selalu fikir, tak apa masih ada masa, masih ada kesempatan. Boleh kot. dengan kot tu la aku teruskan je kehidupan tanpa rasa bersalah.

Dah penghujung 2016 aku baru terasa bosannya bekerja sampai putih mata pastu menghadap orang-orang bodoh. Bukan bodoh pon sebenarnya. Bijak. Bijak ambil peluang suruh orang selesaikan kerja diaorang. Bijak kan tu? dah umur menginjak 31 tahun baru sedar nak cari pendapatan sendiri supaya aku boleh bersenang lenang kat rumah.

Punya la lambat keinsafan datang menjenguk. Dan aku tak tahu la masih belum terlambat ke kalau aku baru nak terjaga.

Memang aku dah mula kan pon sedikit sebanyak menjual ni. Tapi aku tak konsisten. Aku pemalas. Apa lagi boleh diharap kalau Semangat berbusiness kau turun naik. Nak update info malas, nak buat iklan malas. Malu dengan diri sendiri.

Bulan January 2017 dah nak habis pon. Target jualan semua dah buat masa akhir tahun lepas. Tapi kalau ikut prestasi memang menjunam habis ni? Apa nak jadi woi. Nak tunggu keajaiban datang ke? Orang semakin lama semakin maju, semakin yakin diri. 

Aku??

Aku nak berjaya tapi terlalu banyak alasan aku bagi. Sedih la. Aku harap aku taip aku tempek kat blog moga satu hari bila aku baca semula, masa tu aku boleh senyum puas hati. Aku nak masa aku baca semula post ni aku dah berjaya. Aku nak rasa perasaan tu.


Moga Allah permudahkan apa yang aku rancang. Kita merancang sebaik mungkin tapi percayalah Perancangan Allah yang Maha Terbaik. Adalah hikmah kenapa Allah sekat nafsu aku berbusiness. Aku tengah cuba positive ni. 

bila tiada jodoh dan bercerai

Assalamualaikum.

google image
Hari ni baca pasal berita Hanez Suraya sahkan dia telah failkan penceraian dengan Romie.  
Ada gambar mereka sekeluarga.
Gambar yang menyentuh hati mestilah gambar anak perempuan dia yang masih kecil.

Sedih.

Mula la keluar comment bukan-bukan.
Statement memadankan muka, kisah lama.
Siapa paling malang nasibnya mestilah anak.  
Anak yang menjadi mangsa.

Bila ibu bapa tidak sefahaman walau atas apa jua sekali pun alasan
Anak yang harus belajar menerima.

Belajar menerima kesan akibat salah pilih dan salah buat keputusan.
Sebab tu bila dah ada tanggungjawab dan namanya ibu bapa
Setiap apa jua tindakan dan perbuatan amatlah perlu berhati-hati
Sebab ada yang terbabit untuk setiap keputusan kita buat.
Masa bujang masa tiada komitmen, kesan akibat masih mampu kita kawal.
In sha Allah.

Aku tak la pernah lalui penceraian, nauzubillah.
Tapi bila tengok orang sekeliling, bila jadi mangsa penceraian.
Allahurabbi. 

Berdoa sangat yang terkesan akan dipermudahkan urusan.
Memang berbeza untuk anak-anak yang dapat perhatian ibu dan bapa,
Kalau dibandingkan anak yang tak dapat perhatian, erti kata lain didikan bukan lah di bawah satu bumbung.
Anak-anak membesar, belajar ikut tauladan. Ikut siapa ada dalam lingkaran kehidupan mereka.
Apa lingkaran ajar, apa lingkaran buat; maksud aku orang-orang dalam lingkaran.
Peranan mereka penting.

Silap caturan anak-anak rasa kekurangan. Rasa rendah diri, jadi memberontak.
Sebab apa? Sebab mereka rasa tak adil.
Tuhan tak adil jadikan mereka tak dapat apa orang lain dapat.

Nauzubillah.

Untuk yang baru mahu membina empayar keluarga, buatla yang terbaik
Bila berkeluarga maksudnya sedia mengikat komitment.
Sedia menurunkan ego, sedia untuk belajar dan sedia untuk berkorban.
Untuk siapa? Untuk orang yang kita sayang.
Keluarga.

Tapi bila sudah memang rezeki berjodoh tiada, maka fikir-fikirkan tentang
Kesan kepada anak, stress dalam kehidupan, kesediaan hidup berseorangan di hari tua, dan kewangan.

Berjaga-jaga.


Jan 20, 2017

cikgu kelas sebelah dan bantu mereka yang perlu

Assalamualaikum. 



Kita diberi kesempatan untuk hidup sekali je.

Allah suruh guna peluang setiap saat setiap detik untuk berbuat baik.

Kalau tak mampu buat yang besar buat yang kecil.

Ikut semampu diri untuk buat.

Oleh sebab kita kadang terlalu leka dengan kesusahan kita tempuh sehari-hari

Kita tak sedar kesusahan orang lain hadapi.

Lagi teruk dan lagi susah dari diri sendiri.

Aku follow satu cikgu Nama Mohd Fadli Salleh.

Banyak dia buat kerja amal dan hebahkan di FB.

Dia juga seorang penulis.

Dia suka menulis apa yang berlaku di depan mata.

Allah lintaskan orang yang susah dalam kehidupan untuk dia tolong.

Jadi aku dengan besar hati berkongsi saluran untuk yang lain sama membantu.

Perkara pertama follow atau see first cikgu Mohd Fadli Salleh.

Nanti dia akan update saluran untuk siapa dia akan bantu.

Moga usaha yang sedikit akan membantu mereka yang kurang bernasib baik.


blogger buat review pasal 


Planning bercuti ke Terengganu dan craving

Assalamualaikum.

Minggu ni perasaan macam tergantung. Perasaan terpaksa dan perasaan nak cepat sihat.
Bermingguan di uji nikmat kesihatan di tarik.
Hilang selera makan dan macam-macam jadi.
Jadi bila seksa Ujian tu dah lepas baru la timbul nafsu nak makan, nak berehat, nak bergembira.

Semalam adik beradik perempuan bincang nak bawak mak ke Pulau Perhentian Terengganu.
Aku rasanya memang tak dapat join la kalau nak scuba diving bagai sebab Raudah masih kecik.
Tapi memang dah cakap dengan suami, next place untuk bercuti aku nak ke Kuala Terengganu.
Aku nak breakfast Nasi Dagang  pastu petang-petang nak lepak duduk tepi Pantai makan ice jagung dengan seafood celup tepung.

Itu impian la tu. sekarang tengah gigih baca pengalaman family beranak kecik bercuti.
Siapa ada pengalaman sila share dengan aku. terima kasih.

Untuk craving pagi ni, aku nak makan kek. Dah sampai office mana nak beli kek nya.
Terbayang Kek Secret Recipe “ Absolute Chocolate” harga RM13 per slice.

Aku nakkkkkkkk sekarang. Nakkkkkk. Ok menggila la sengsorang. 


Jan 19, 2017

Jom sahut cabaran Money saving challenge 2017

Assalamualaikum.

Masih ingat dulu aku pernah buat tabungan si Hijau.
dalam setahun jugak aku dapat RM1200 lebih kurang.

lepas tu aku stop sebab aku guna duit untuk pindah rumah.
Arwah dah duit-duit tu.
Segar lagi memori aku dengan duit-duit tu. hahhaha

Now aku masih belum buat apa-apa tabungan lagi.
Kalau ikut dah dikira lambat ni.

Suami ada tunjuk simpanan Oren dia.
Setiap kali dia dapat tambah note Oren setiap kali tu dia akan sengih macam kerang busuk.
Dah macam angau pon ye jugak.

Aku yang tengok pon jelous tapi aku tak kuat nak simpan Note Oren.
Dia kuat hahhahha.

Awal-awal tahun hari tu ada orang viral cara simpan duit.
simpan by weeks la, hari la memacam.
Mana yang senang nak follow korang buat je ok.

Aku panjangkan share je ni, Aku rasa masih sempat kalau nak follow menabung.
Nanti hujung tahun kita tengok ok tak tercapai.

ini untuk anak-anak
kalau malas nak fikir hari-hari boleh la start menabung by bulan



ini simpanan by week
paling banyak table, cara ni paling mencabar



Jan 16, 2017

Resepi Kuih Keria Viral Keria Tower versi aku

Aku rasa tak layak pon nak share resepi,
Sebab bukan menjadi sangat kadang-kadang.
Jadi or sedap kat tekak aku tak bermakna jadik kat tekak orang lain kan?

Orang tengah sibuk buat kuih keria antarabangsa dari Melaka tu.
Itu tahun lepas. Tahun ni belum datang angin viral.

Aku tak teringin pon saja nak jadi sebahagian benda viral.
Supaya Suami nampak aku rajin dan bagus.
Hahahahhahaha.

Mula-mula beli Sweet Japanese Potato ni nak buat puri Raudah.
Sekali Raudah tak boleh makan. Meragam perut.
Maka dengan apa yang ada kat dapur jadilah keria comel.


Bahan-bahan:

Untuk Keria

Rebus Keledek 200gram dan lenyekkan.
Uli dengan tiga sudu tepung gandum + 1 sudu Soda Bikarbonat.
Aku suka buat kecik-kecik dan goreng api slow dan minyak panas.
Fail goreng maka tak sedapla Keria kau.

Untuk sira:

Brown sugar, gula batu dan sedikit air, dan sedikit garam. Cairkan garam + Gula jatuhkan keria yang dan digoreng dan golekkan.
Longgokkan atau kau hias la Keria macam tower.

Tips:
  • Jangan banyak sangat tepung nanti Keria kau boleh jadi batu.
  • Tak suka manis tak payah letak letak Gula batu semasa Sira. Aku saja nak cuba.
  • Keria tak leceh macam donut kena tunggu bagai. Boleh rebus, uli dan goreng, dan makan.




Kegagalan ikut resepi Puteri Ayu Cheese

cantik dalam gambar walau rasa sendu di alam realiti

Hari tu aku excited buat Puteri Ayu Cheese kan?


Siap bangga bawak jumpa adik beradik bagi mak rasa.
Kau confident nak terima kritikan konon. Hahahhaha

Pagi tu patutnya aku boleh bersiap awal sebab gathering kat rumah Abang Yan.
Tapi gigih nak buat Puteri Ayu Cheese walau salah satu bahan penting tak ada.

Degil nak derhaka resepi.
Akibatnya ialah Kuih aku keras, ptui.

Tapi aku dah tahu la mana silap dia.
So aku share tips la mana boleh buat and tidak. 

Tips:
  • Jangan buat kuih ni secara gelojoh, sebab nama pon puteri kena lemah lembut.
  • Semua bahan-bahan kena ada baru resepi menjadi In Sha Allah.
  • Sebab kena dua kali kukus so penting kau mahir guna alatan kat dapur. Tutup pengukus jangan bagi berair.
  • Api kena slow masa kukus.
  • Agak leceh buat kuih ni kalau kau nak dua warna atau lebih. Renyah.
  • Beli acuan banyak-banyak sebab malas nak basuh lepas tu. 

Sesiapa nak cuba buat, jangan la tak jadi pulak. aku kan nak senang tapi hasil gempak hahahha.

 #KakDiahCuba

keadaan kesihatan 2017 - permulaan

google image

Apa khabar tahun 2017 anda? Aku masih tunggang langgang.

Bersemangat gile nak buat macam-macam sempena tahun baru end up kucar kacir.
Kesihatan turun naik, acah-acah nak demam tak jadi demam.
Bila aku start demam teruk dan memang confirm demam masa balik dari Kampung Pahang
7hb Jan lepas. Pahang panas sungguh.

Sampai malam Ahad terus Isnin terbaring kaku.
Isnin MC dan Selasa aku gagahkan diri  datang pejabat.
Berbakul-bakul nasihat aku dapat suruh balik dan check darah.
Bukan aku tak nak. Banyak aku fikir.

Nak pulak ada baby ni. Kalau sangkut denggi, aku admitted.
Hai macamanalah agaknya.  Kesian baby and Ikhwan.
Suami memang SuperHero aku. Dia la yang jaga, cari makan, mandikan baby and Ikhwan.
Semua kerja dia buat.

Rabu masih datang Office dan aku datang bulan after almost 8 months melahirkan.
Sakitnya Ya Allah.
Dah sama sakit contraction aku rasa.
Khamis gagahkan diri ke Klinik sebab penakut Denggi.

Doctor kasi ubat suruh makan dan monitor Jumaat masih demam atau tidak.
Sabtu datang buat blood Test. Sabtu datang lepas lunch then around 5 petang.
Klinik called kata negative denggi just demam virus.

Alhamdulillah. 

Sekarang masih demam.
Selera makan betul-betul hilang. Dari 52kg sekarang tinggal 47kg sahaja.

Doakan aku.

Breastfeeding kali ni teruji sungguh.
Rezeki Raudah Sakinah.


Jan 5, 2017

Hai 2017 dan bye 2016

Assalamualaikum.



Putar balik apa berlaku 2016.

Awal-awal tahun struggle siapkan document untuk pembelian rumah dan
Melayan mabuk mengandung, melayan nervous nak bersalin dan
Kehidupan setiap bulan ke klinik untuk check-up.

Mengandung dan melahirkan.

Dapat baby girl comel and tembam macam kuih pau in May2016.
Bersalin normal dengan doktor pilihan hati.
Sepanjang proses mengandung, melahirkan dan berpantang macam-macam jadi.
Alhamdulillah semua lepas dengan jayanya.
Bersalin sebelum puasa dan habis pantang terus masuk rumah baru.
Bulan Syawal. Masih mood Raya masa tu.

Kesihatan anak kedua.

First time anak kena jaundice dalam tempoh agak lama.
Berulang alik ke klinik di kampung.
Doctor sahkan anak eczema pada usia 4/5 bulan.
Sekarang keadaan terkawal.

Masuk rumah baru

Tahun 2016 jugak pindah masuk ke rumah baru.
Hujung July selepas habis pantang.
Tak sempat nak habiskan hari-hari terakhir kat rumah lama.

Semangat memasak

Rasanya menginjak ke hujung-hujung tahun Semangat memasak untuk family membuak-buak.
Tu dalam gambar banyak pasal makanan je.
Tiba-tiba rajin cuba resepi viral kat FB.

Start berbusiness

Cuba nasib jadi dropshipper untuk product tudung. Instant shawl to be exact.
Instant shawl labuh jenama scarves.
Masa pilih nak jual tudung ni sebab fikir nak sampaikan mesej dalam berdakwah.
Masih cantik walau bertudung dan menutup aurat dengan sempurna.
Lepas tu start slow-slow jadi agent Norahwax Organic Hair Removal.


Relationship, business dan others yang turun naik Semangat nya macam roller coster.
Semoga tahun mendatang ni aku lebih berdisiplin, lebih berjaya dan dipilih untuk berbakti kepada agama.