Nuffnang BH

Aug 21, 2017

Kenduri Kahwin & Itik salai di Juasseh, Kuala Pilah

Assalamulaikum

Semalam pergi jemputan kenduri pihak lelaki kawan satu office kat Kampung Juasseh Kapitan, Kuala Pilah. Makan masa dalam dua jam dari KL.

Masa pergi ikut Highway PLUS kena tol rm8.20 dan balik ikut highway LEKAS dan tol mahal dari itu. Benci Malaysia sebab ni.  Masa pergi jalan clear dan balik purposely nak avoid jem so ikut LEKAS. 


Selamat Pengantin Baru Ajoi dan Myrra. Semoga Berpanjangan jodoh ke akhir hayat dan berjaya tempuhi segala halangan. 

Selain daripada menghormati jemputan tuan rumah of corse la kan, aku memang suka kan Negeri Sembilan. I just like it. The food and the natural. Ewah beromputih sangat.

Oleh sebab aku memang sukakan kawasan kampung/gunung cam kat nesmilan (baca N.9) ni maka gigih la pergi.

Kalau datang Nesmilan, memang tak sah kalau tak stop gerai-gerai tepi jalan jual binatang salai ni. Macam semalam aku beli Itik dan ikan keli Salai. Masak lemak cilipadi pedas-pedas pergh memang terangkat.

Semalam lalu nampak jugak la orang jual petai, berlambak okeh tapi nafsu pada petai nan ado. Lebih focus kepada Itik dan Ikan keli Salai.

Harga memang dari dulu kot sama je:
Itik Salai RM40 sekor;
Ikan keli Salai RM10 untuk 5 ekor,
Telur masin RM7 untuk 6 biji,
Daging Batang Pinang Salai RM45/kg

Itik ni besar macam Angsa kan?


second gerai beli 
Tak tahu mahal ke murah tapi sebab jarang-jarang dapat membeli maka beli la Itik dan Ikan Keli Salai. Terbayang menu nak buat dah ni. Tunggu Semangat datang. Ahhahha.


Nanti singgah Gerai Atok Itek Salai ya, borak dengan pakcik ni dia suruh tag kat fb, ingat kan dia page. rupanya kena add kat fb. kelakar je dia. Nak describe mana satu gerai pon payah jugak. Sama jela, tapi dia rasanya 12km sebelum sampai Ulu Bendul. 

oh abaikan whatsapp tu masa ni ramai pulak cari #norahwax. 

Sampai pukul 1 Petang, duk makan-makan then teruskan perjalanan beli binatang salai then sempat singgah Hutan Lipur Ulu Bendul. Cuaca memang panas hari semalam. Singgah beli makanan dan duduk tepi air terjun.

Air Bersih, pokok dan persekitaran terjaga. Sampah tak nampak bersepah dan masuk dan parking masih percuma. Sorry gambar malas nak snap sebab tangan penuh dengan barang dengan kain kembang princess masuk hutan. :)

Paling gembira budak kecik dua orang tu la. Mandi dalam 15 minit je lepas tu menggigil. On the way balik dah terbongkang kenyang dan penat mandi. Padahal tak berenang pon.

Settle semua singgah Ampang drop Itik adik kirim, then singgah dinner umah biras. Lepas Maghrib baru sampai rumah. Seharian keluar tapi hati banyak senang. Alhamdulillah.


Nikmat mana lagi mahu ku dustakan. 

Aug 18, 2017

Tony Roma’s lunch with officemate

Assalamualaikum.

Hari tu sebab Terpengaruh dengan lunch promo dekat Tony Roma’s maka gigih ajak officemate makan 
di Sunway Pyramid punya branch. 

Selalu datang Sunway hanya untuk makan Sushi King J

Makan dengan aman sebab tak ramai masa tu dan portion makanan besar yang ambil masa juga la kalau nak habiskan. Kenyang dan berbaloi-baloi.

Untuk set lunch yang di order memang dapat free roti (tak taw nama apa dan juga soup of the day) soup yang available pada hari tu ialah chicken and potato. My officemate ambil chicken and aku ambil potato. Suka sebab pekat and creamy soup dia.

For starter kami order Onion Loaf.  Second try rasa. Ok not bad. Tak la rasa pure bawang. Cruncy and makan dengan sos dia. boleh makan 3 orang.

menara Onion Loaf

ice lemon tea & potato soup
sedap cicah dengan potato soup


air ni gelas besar so boleh share dengan kawan sepatutnya

ulang tayang sebab kagum dengan bentuk dia

lamb sausage ke apa nama dia

officemate try chicken grill 

Officemate cakap dia kurang berkenan makan ayam yang dia order, tak ada perasa sangat.  Tapi menu yang aku order aku puas hati. Cukup rasa. 

Sesekali nak ubah selera ok je makan macam ni. Boleh try okeh. Harga pon tak la mahal sangat. 

Aug 17, 2017

Nak ketiak cerah sila jangan bercukur

Assalamualaikum.

Dah lama tak sharing manfaat waxing dengan semua.
Ada sesetengah manusia amat sensitive dalam menjaga penampilan diri.
Baik luaran mahupun dalaman.

Ada yang bertuah tu, tak perlu jaga sangat pun badan masih ok.
Ada yang malang tu hormone kemain banyak terus berbulu penuh satu badan.

Wah menakutkan sangat. :(

Selalu dengar cerita dari kawan-kawan terseksa dengan kehadiran bulu di tempat yang tak sepatutnya.
Paling common ialah kaki, sebab tersalah langkah masa kecil nak cuba-cuba cukur bulu kaki dengan pisau cukur.

End up bulu tumbuh lebih kasar dan banyak. Terus tak boleh terima kenyataan bulu tumbuh macam jantan.

Itu kes kaki, kalau kes ketiak pulak, ketiak jadi gelap dan kusam.
Siap pakej badan berbau sebab pori tersumbat.

Lepas bercukur pori tersumbat dengan deodorant bercampur daki lepas tu bulu tak dapat tumbuh dengan sempurna. Tersumbat.

Boleh akibatkan jerawat/nanah sekaligus badan berbau. Sakitnya la hai. Itu pengalaman sendiri. walhal setiap kali mandi mesti sental kuat-kuat.

Tapi lepas waxing ketiak ni, masalah tu dah tak timbul. Alhamdulillah syukur sangat.
Ketiak lebih cerah dan masalah bau hilang terus.

Kalau lupa nak apply deodorant pon tak risau.

Tu sebab masih setia menjadi pengedar wax dan pengguna tegar J

Siapa nak tahu lebih lanjut or nak berkongsi pengalaman boleh whatsapp Kak Diah 017-9270848





Jaga aib di media social kerana mulut badan binasa

Assalamualaikum.


Pagi tadi sempat tengok video makcik mengamuk.

Satu je tak berkenan penggunaan Bahasa.

Nak judge kenapa makcik mengamuk tak boleh la kan sebab kita bukan tahu semua benda.

Tapi bila dengar mak cik ungkit pasal keturunan lepas tu cabar orang untuk berjumpa.

Kita ni manusia lemah makcik, dan kita tak tahu setakat mana kesabaran orang.

Buatnya orang tembak makcik di tengah jalan sebab sakit hati

Atau orang guna cara halus nak senyapkan makcik.

Ngeri la.

Satu lagu kes nyata; memang aku kenal berlaku sampai kena buat report polis.

Takut keselamatan terancam. Punca bila mulut sendiri celupar.

Berkata-kata seolah-olah tiada akal. Bila dah rasa terancam baru sedar diri dalam bahaya.

Sama juga hal nya bila libatkan masalah keluarga.

Elak la dari bercerita, buat kenyataan, post sindiran di laman social.

Stop berpura jadi mangsa keadaan. Tuduh orang lain salah, kita manusia sempurna.

Banyak sangat keburukkan. Macam buka pekung di dada.

Kan ada pepatah:
Jangan tepuk air di dulang nanti dipercik muka sendiri
Jangan sebut aibnya orang nanti terbuka aib sendiri.


*gambar ihsan google image

Aug 16, 2017

Lunch dekat Restoran Rebung Dato Chef Ismail


Assalamualaikum. 

Dulu pernah makan kat Restaurant Chef ni kat tempat lama kat Bangsar tu. tempat tu dah la hazab nak parking (tepi jalan) dan masa tu tak ingat tahun berapa tapi food dia tak la sedap sangat. Now dah improves a lot.

Dato Chef dah move to new place dekat Tasik Perdana, so far pergi tadi tak jem pun dan parking banyak (parking bertingkat). Hari ni ada officemate belanja satu level. Alhamdulillah. Rezeki. Semoga dimurahkan rezeki orang yang belanja.

Harga per person kalau tak silap less than RM50/head. Makanan berkualiti, fresh, semua cukup rasa. I think dia sedap masakan yang menggunakan santan. Then dessert durian dia terbaik. Makan dengan pulut.

Ada pilihan lauk pauk kampung dengan nasi ulam/nasi minyak/nasi putih. Kerabu, sambal, masak lemak siput sedut, rebung, ikan patin, kari daging dan macam-macam lagi.

Ada jugak pilihan mee/ bihun (sup, kari, laksa), rojak, ABC, kuih goreng-goreng. favourite ialah buah Melaka, dan lempeng sambal ikan bilis. Eh banyak la pilihan. Rugi tak pergi.

Masa makan tadi ada juga Chef Florance Tan, dia welcome and beramah mesra dengan guest yang datang. Rasanya dia pon ada share dengan Dato selain Dr Syeikh Muszaphar Shukor. Ini tekaan sahaja ya.

This is second time pergi dan orang memang ramai. Makanan mencukupi dan berbaloi untuk lunch. Ada bilik kalau nak buat private event or farewell. Its good make a phone call for reservation.

Restoran Rebung Dato Chef Ismail
Address: Cascade Parking Bukit Aman, 5-2, Jalan Tanglin, Tasik Perdana, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia

Phone: +60 3-2276 2525

keropok lekor & ikan bakar tu memang superb

Buah melaka superb lembut and melt in mouth & serawa durian power & lempeng lembut

Pilihan lauk pauk

makan kena ambil portion kecil baru rasa semua

siput sedut sedap
Hiasan luar 

ATIEHILMI.COM FIRST GIVEAWAY; UKHWAH KERANA ALLAH


Click banner kalau nak join
Assalamualaikum,

Bismillahirrahmannirrahim. 

Kali ni join super mudah kelolaan AtieHilmi. 

Simple dan saja cuba nasib.

Ni hadiah yang di tawarkan :)


Aug 14, 2017

Chocolate Fan Giveaways by Sii Nurul


Assalamualaikum,

Terbuka hati nak join GA ni sebab hadiah dia adalah coklat. Yeay.

Moga-moga ada rezeki menang. Aamiin.

Yang nak join boleh click banner atas ni.

Tarikh tutup esok taw: 15 August 2018.


Good luck awak semua. 

Aug 13, 2017

Vertigo atau Dizziness atau kepeningan


Bismillahirrahmanirrahim.

* entry lama tapi baru teringat nak post

Kepenatan sebulan ni setiap minggu penuh dengan aktiviti kami sekeluarga. Kalau tak balik kampung atau keluar berjalan pasti ada tetamu datang menziarah. Tetamu tu kan rezeki.

Sering kali urut dada. Ada yang datang mengejut ada yang dah plan tapi masih terperanjat. Apa pon tak boleh. Ahhahaha. Dah memang resmi keluarga, in sha Allah melayan tetamu bagai raja. Pantang arwah abah kalau layan ala kadar.

Dulu masa aku masih remaja, bawak kawan ke rumah masa tengah makan arwah abah pesan jangan berhenti makan selagi kawan belum berhenti makan. Kenyang macamana kau tak boleh stop dulu. Takut nanti kawan malu nak datang lagi.

Arwah abah kalau layan tetamu memang tip top. Setiap masa nak suap makanan. Sampai kami pernah jelous abah lebihkan tetamu dari anak sendiri. dah dewasa ni baru paham perasaan tu.
Terima kasih abah. J

Dah selalu sangat penat dah tak dapat rehatkan badan dan diri. Makan pulak tak jaga. Sekali datang penyakit, pakej nikmat kesihatan di Tarik memang terduduk la. En suami baru-baru ni ambil mc sebab dia pening-pening mual. Bukan mengandung. Hahhahha.

Rasa tunggang langgang dunia ni dia kata. Nak kata low blood mungkin juga la. Doctor cakap hari tu masalah dengan telinga dia. selain fungsi untuk mendengar doctor kata telinga fungsi untuk balancekan manusia. Kalau ada masalah kat saluran tu memang tak balancela.

Google kalau nak tahu lanjut.

Dan hari ni suami alami masalah sama. Aku pon rajinkan diri google apa penyakit kalau symptom macam tu. dan keluar info pasal Vertigo.

*ini aku copy sebijik2 dr google ok. jangan percaya bulat-bulat seeloknya jumpa doctor dengar penerangan.

Apa itu Vertigo: 

merupakan suatu kondisi dimana tubuh merasakan pusing pada bagian kepala. Biasanya penderita vertigo akan merasakan lingkungan sekitarnya mengalami pergerakan dan berputar – putar tak tentu arah, sehingga akan membuat kebingunngan. Vertigo memiliki banyak sekali penyebab yang dapat dijelaskan secara ilmiah. Secara umum, vertigo menyerang dan mempengaruhi sistem keseimbangan tubuh, yang akan menyebabkan munculnya efek pusing dan ingin terjatuh.

Berikut ini adalah munculnya penyebab vertigo :

Gangguan pada telinga bagian dalam – Gangguan pada bagian telinga dalam merupakan salah satu penyebab utama munculnya gejala vertigo pada tbuh manusia, seperti telinga berdenging terus meneruss.

Gangguan pada bagian otak atau syaraf sensori –Penyebab lainnya dari kemunculan vertigo adalah gangguan pada bagian otak dan juga syaraf sensori yang akan menyebabkan munculnya gangguan vertigo.

Ye ini aku jumpa dekat sini halosehat

Kena berehat dan makan ubat doctor bagi. Alhamdulillah lepas beberapa hari suami semakin sihat. 

Apa pun dapatkan nasihat doctor dan pembacaan kat Google ni sekadar tambah pengetahuan sahaja pk. Jangan ikut bulat-bulat.

Semoga bermanfaat. 

sumber google image

Aug 12, 2017

Jaga tepi Kain orang atau Prihatin?

Otak macam mereng sebab aircond dekat office sejuk seolah-olah ternak penguin yang nak main atas ais. 

Gila babeng bila jari semua rasa kebas, keras nak keluarkan jari nak type keyboard pon macam apa je.

Berapa banyak dah aku minum air suam ni. 

Dah satu hal pulak bila minum banyak nak kencing. 

Kau tahu banyak kerja tak jalan kalau cuaca sejuk sangat. 

Dah macam default kalau suhu sejuk melampau otak aku automatic beku sekali. pakej ni.

Nak pulak hari ni hari Jumaat. 

Lagi la Semangat tu merudum. 

Rasa nak humbankan muka ke bantal. 

Tidur dalam sejam dua. Tak boleh tidur lama. 

Banyak sangat nak kena hadap. Kena fikir. 

Masa bukan stop woi bila aku tak ada mood atau luntur Semangat sebab sejuk mencengkam ni.

Aku susah hati ni. Jangan ada suara sumbang sibuk tanya kenapa aku nak luah kat internet. Eh blog aku. pedulik la nak tulis apa. L

Biar nanti bila aku baca semula blog, kalau masih ada hayat la. Aku boleh senyum yang aku pernah ada perasaan macam ni.


Satu perasaan yang pernah aku rasa

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Di saat ini aku rasa lebih baik aku tidak berfikir apa-apa
.
Mahu bertenang dan kosongkan fikiran tapi lagi banyak yang mendatang
.
Sungguh banyak perkara yang bermain di otak tapi satu pun tidak keluar dengan teratur.
.
Apa system di dalam sana alami gangguan kah?
.
Rasa mahu kembali ke zaman lepas
.
Zaman aku tidak peduli tentang masa hadapan
.
Betul aku dalam persimpangan
.
Seolah mata dibutakan
.
Bagai meraba dalam gelap. Itu keadaan aku sekarang.
.
Cuba cari cahaya tapi belum ketemu.
.
Sakitnya bila terlalu banyak cabang untuk dipilih dan kau gagal nak pilih.
.

Cabang mana untuk ku? 
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Aug 11, 2017

Tutorial - Cara buat Banner Blog Guna Microsoft PowerPoint

Assalamualaikum, 

Nak share tutorial yang mudah ya amat yang hanya guna Microsoft Power Point sahaja untuk buat banner blog korang.


Sesuai untuk beginner dan dah bosan sangat pakai banner yang sama je. 

Apa perlu ada hanyalah Microsft Powerpoint dan gambar yang cantik. 

1. Buka PowerPoint apps - Home - New Slide - Blank

2. Then pilih tab Design - Page Setup - Slided sized for : Pilih "Banner"

- Orentation pilih Landscape dan boleh decide nak besar mana Banner dengan adjust Width & height. 


3. Boleh cuba-cuba masukkan Shape/text/picture. 

- tekan tab Insert - Picture / text / Shape ikut tahap kreativiti anda. 


4. Contoh banner aku sekarang. Sebab tengah tak ada mood nak letak gambar sendiri maka aku tepek gambar google sahaja. 

5. Bila dah selesai edit semua, masa nak Save as - pilih "save as type: JPEG file. 

Selesai. Boleh upload kat blog :)


Aug 9, 2017

Kerja Kosong 2017

Salam Sejahtera

Merujuk perkara di atas, sekiranya tuan/puan memenuhi syarat dan berminat, tuan/puan  dijemput menghadiri temuduga seperti ketetapan berikut:-

TEMUDUGA TERBUKA
Tarikh: 12 Ogos 2017 (Sabtu)
Masa: 9.00 pagi - 4.00 Petang
Tempat: PEJABAT TENAGA KERJA RAWANG, Lot 3, Jln RP 4/1, Rawang Perdana, Rawang

Pertanyaan hubungi tel: 03-60916533/60920925 PTK Rawang

Pelbagai Jawatan kosong ditawarkan & Khidmat Nasihat Perundangan (Akta Kerja 1955)
Sila bawa resume dan Sijil Akademik (asal & salinan) berkaitan serta berpakaian kemas

Mohon kerjasama tuan/puan untuk membuat hebahan kepada semua saudara-mara, sahabat-handai, jiran tetangga dan lain-lain.

Sekian terima kasih

Nota:


Untuk mendapat maklumat program Temuduga Terbuka dan Karnival anjuran kami di seluruh negara, sila ke www.jobsmalaysia.gov.my. Di laman utama- klik Aktiviti & Peristiwa dan Kalendar. lakukan ini dari masa ke masa.


Eczema - skin problem

Assalamualaikum. 

Dah lama tak update pasal Raudah yang ada eczema start dari umur 5 bulan tu. 
Alhamdulillah now dah masuk 1 tahun 2 bulan. 

keadaan dia semakin hari semakin elok. 
Dah berjaya lepas stage yang kritikal tapi masih amalkan apa yang boleh dan tidak untuk dia.

Dari segi pemakanan memang totally avoid crab, udang, kekacang dan telur. 
Itu paling bahaya untuk Raudah so far. 

Untuk mandian masih lagi setia pakai mandian dermaveen. 
Untuk minyak sapu dan sebagai lotion aku selang seli lotion dermaveen – minyak habatussauda – dan sekarang minyak Argan. 
Sapu setiap kali lepas mandi dan kalau dia menggaru.

Sekarang skin area yang paling teruk adalah bahagian siku dan tapak kaki bahagian atas. 
Tak pernah tak kering dan selalu dia garu. 

Memang kalau menggaru aku akan sapu vicks atau minyak angin yang berangin khas untuk gatal-gatal. Pastu sapu pulak la minyak argan tu.

Alhamdulillah aku tak bergantung lagi pada cream yang aku beli dr Klinik Dr Kevin. 
Telinga dia pon dah tak berdarah. 
Syukur sangat. 

Nak kata 100% cantik kulit dia memang tak la, tapi dah cukup bersyukur bila dia tak berdarah dan boleh tidur nyenyak bila malam.

Nasihat aku untuk mak-mak yang ada masalah  eczema jangan putus asa. 
In sha Allah ada jalannya. Sedar tak sedar lama dah aku tak makan udang dan ketam. 

Berpantang punya pasal. Demi anak ku turutkan.


Apa pun syukur Ya Allah. 

Abah kita kaya kerja kat KLCC

Assalamualaikum.

Selamat pagi. Akak memang suka buat entry pagi buta sebab masih banyak idea nak membebel pastu akak buat la scheduled post. 

Jangan la heran kalau korang yang baca (ada ke yang baca) waktu petang tapi akak ucap selamat pagi uols.

Tengah duk susun semula jadual kerja sebab macam lost track sebab semalam bercuti dapat mesej dari Cikgu sekolah Ikhwan. 

Nak tergelak baca. Cikgu Siti terdengar perbualan Ikhwan dengan kawan-kawan dia; 

Ikhwan cakap:
“Ayah kita kaya, kerja kat KLCC, kalau nak duit mintak kay ayah kita.”

Oh my Allah, anak ku. Siapa ajar kau nak oi. Sejak bila ayah kau kerja KLCC? 
Dan sedap pulak tu offer orang kalau nak duit mintak kat ayah ye, kalau duit tu mengalir lama dah mak kau ni mintak shopping then pergi spa anak oi. 
Pastu mak tak payah kerja nak.

Adui ini agak membimbangkan ye. Setakat rumah ada swimming pool, ada lift Ikhwan rasa kaya sangat dah agaknya. Orang lain lagi kaya la anak bertuah. 

Apa la dalam fikiran dia ya. Kami terlajak mewahkan dia ke? nak kena tukar semua jadi nampak sederhana ke?

Pernah dulu Ikhwan cakap yang adik dia Raudah beruntung, tak perlu naik tangga sampai tingkat 5, tak duduk kat flat, tak merasa naik Kenari. Sebab dia merasa semua tu. merasa susahnya kehidupan. Ala bukan la susah sangat sampai kais pagi makan pagi. Sedang-sedang je pon.

Masih lagi mencari jalan macamana nak ajar Ikhwan ni. Betul lah aku pernah baca pasal didik anak ni:

Your Child will follow your example Not your Advice.


Puas kita beri nasihat, perbuatan kita juga yang dia follow. 

Aug 8, 2017

Anak sekarang memang manja melampau kan?

Assalamualaikum. 

Hari ni terdetik nak membebel pasal anak-anak. 
Dah menjadi mak ni, semakin hari semakin nampak la perangai anak-anak nak membesar. 
Macam-macam perangai seram dengar.

Uih anak-anak sekarang perangai nauzubillah. 
Kalau tak control memang sakit jantung 24jam la mak bapak. 
Dapat pulak mak bapak yang asyik percaya kan anak memang masak la. 
Pastu main lepas tanggungjawab kat cikgu sekolah.

Pagi tadi sempat berborak dengan Biras. 
Suri rumah dan ada buat perkhidmatan transit bebudak sekolah. 
Salah seorang anak transit dia buat perangai. 
Mak dia pulak jenis nampak anak semua betul. 
Anak selalu la sakit perut dan tak hadir ke sekolah. 
Alasan sebab kerja sekolah tak siap sebenarnya. Pandai menipu.

Mak bapak pulak jenis busy cari duit then jenis menghamburkan 
duit ke pihak sekolah dengan harapan cikgu galas tanggungjawab 
mendidik anak-anak termasuk hal kebersihan anak-anak.

Adui Tarik rambut sendiri kalau aku jadi cikgu tu. 
baju kotor pon mak salahkan cikgu. 
Dah kenapa mak bapak sekarang ya. 
Kalau aku dulu kalau baju, kasut kotor memang mendapat la. 
Penghormatan kat cikgu tu kemain tinggi. Dan cikgu tak pernah salah.

Tapi sekarang cikgu la penyebab semuanya. 
Anak teruk perangai cikgu salah sebab tak tegur, anak tak buat kerja sekolah
cikgu yang salah sebab bagi kerja sekolah banyak. 
Mak bapak semakin lupa diri agaknya.

Aku rasa paling struggle bab nak bagi perhatian kat anak-anak. 
Mungkin dulu masa dibesarkan mak ayah orang susah. 
So nak mendapatkan sesuatu tu sangat la payah. 
Bila mak bapak dah merasa peritnya kehidupan mak bapak tekad tak nak 
anak alami benda yang sama.

Maka mak bapak sogokkan anak-anak dengan kemewahan. 
Tu sebab anak-anak jadi manja, tak tahan lasak, asyik nak yang mudah je. 
Salah mak bapak jugak.

Belum masuk bab mak bapak pilih kasih, anak mental down, 
anak bosan belajar, anak hilang minat belajar. Hui mencabar nya. 
Mari lah berdoa yang kita ibu bapa ni sentiasa alert dengan keperluan 
dan tanggungjawab terhadap anak-anak kita.

Dijauhkan anak-anak dari anasir yang tak elok ni. 
Sebelum nasi menjadi bubur, baiklah kita ambil langkah pencegahan. 
Beringat sebelum terkena. Post ni pun bebelan untuk ingatan diri sendiri.


Wassalam.