Nuffnang BH

Dec 27, 2016

Resepi Donut Cheese Chocolate senang

Assalamualaikum

Hari tu dah janji dengan anak nak buat donut so alang-alang tu nak share resepi donut yang tiba-tiba viral kat fb.

Bukan sekadar donut biasa, sebab ni donut ber cheese dan sebab rajin tambah pulak coklat dalam dia.
Coklat masakan tak sempat beli so hentam jela coklat yang ada. Sedap jugak. Yang pasti donut ni even sejuk pon masih lembut.

Bahan-bahan:
Yis
Air suam
Marjerin
Gula
Tepung gandum
Mozarella cheese
Susu pekat
Coklat
gula icing

*tips: kalau guna mozarella cheese makan masa panas kalau sejuk cheese jadi kurang ummpp. 
         Guna Yis baru dan tak terdedah kepada angin. 
         Aku buat donut memang tak tabur gula. tak suka. 

1. Bancuh satu sudu gula dgn stengah gelas air suam. Then kacau dgn stengah paket yis. Restkan 20minit bagi kembang.


2. Lepas 2ominit Yis tadi dah kembang baru bancuh Setengah gelas air suam kacau dengan 2 sudu susu pekat manis. tak ada gambar.
3. 500gram tepung gandum gaul dgn 2 sudu besar marjerin. Masukkan yis kembang tadi dan air susu suam td.


4. Uli Doh bagi tak melekat. Restkan dlm 30minit tutup elak doh bg kena udara.

5. Dah siap boleh tekap ikut acuan dan biar doh lg 30minit biar naik sket lg. Penting untuk restkan lagi doh lepas buat bentuk ok. ikut pengalaman aku yang tak restkan doh memang keras donut aku.
6. Boleh letak filling selain cheese and chocolate tapi aku tak pernah cuba.
7. goreng minyak panas api perlahan. dah rupe telur dinosour pon ye gak hahahhaha

cheese & choc

#kakdiahmasak

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.