Nuffnang BH

Nov 7, 2016

#honestreview Rawatan Eczema terbaik perlu tahu

Bimillahirrahmanirrahim. 

As Salam.

Entry lepas entry susah hati anak kena eczema asyik menggaru sampai mak bapak bagai nak hilang nyawa. Kali ni nak share review pasal satu Klinik di Wangsa Delima yang provide best consultation sebab doctor sangat friendly, calm dan paling penting guna safe product untuk pesakit eczema. 

Syukur Alhamdulillah atas pertolongan Allah berikan. 

Tak sempat nak snap gambar apa bagai tapi kalau waze sangat la senang nak jumpa Klinik ni. Ada satu dekat Wangsa Maju – Desa Setapak kalau tak silap dan kalau nak waze masukkan address Klinik Mediviron Wangsa Delima. Yang ni focus kepada penyakit kulit. Semua bahan bacaan dan promotion/campaign kat dinding klinik pasal selulit, kedut, eczema etc. 

Sekali lagi aku ulang tayang address: landmark paling senang nak jumpa Klinik mediviron adalah depan WangsaWalk Mall, bangunan sebaris dengan Bank Islam. 

Dr Kevin Menezes
Klinik Mediviron Wangsa Delima
No 5, Kedai D Wangsa, Block 1C
Jalan Wangsa Delima 12
Wangsa Maju
53300 Kuala Lumpur

Tel: 03-41428640
Fax: 03-41428634

Consultation hours:

Monday - Friday : 9am-10pm 
Saturday : 9am-9pm
Sunday : 2pm-10pm

Doctor Kevin explain sambil conteng kertas; Eczema berasal dari perkataan Latin bermaksud Kulit Kering, so doctor kata kalau kering kena la lembapkan. Kan senang tu, itu kata dia la. Dia tak tahu gelisah melanda aku semenjak anak sakit.  
tulisan doctor cakar ayam
Tapi betul la kalau anak sakit ni mak bapak jadi hilang pertimbangan. Segala benda jadi kelam kabut. Alhamdulillah Doctor Kevin advised ada dua step kami as parent kena ikut: mandikan dan lembapkan. 

1.       Baby bath – shower bath and oil 
Aku tunjukkan yang previous doc kasi jenama Ezerra tapi doctor kata yang tu tak cukup moist. So dia recommend DermaVeen memang betul-betul moist. Sebab sekali minyak dalam tu. 

2.       Moisturising lotion – pun guna apa doctor suggest. 

Sebelum doctor recommend shower bath, cream sapu and lotion Doctor dah soal siasat apa cream yang aku sapu kat Raudah. Aku pon beria tunjuk gambar yang aku snap hari tu. doctor geleng kepala bila aku sebut aku sapu cream Hydrocort. A big NO sebab itu adala STEROID. BAHAYA. 

Sedih mak nak. Patut la bijik-bijik merah and gatal kau berulang-ulang. Puas mak pantang makan. Kau tetap menggaru. 

ubat makan, cream sapu, lotion and shower & bath oil

 

Tips:

1. Kena control eczema dari baby. If sampai 6 tahun then still jadi maksudnya kena dapatkan further treatment. Kalau after 6 years dah tak kena so putus terus penyakit tu dengan baby. 

2. Setiap orang ada Eczema cuma teruk atau tidak sahaja. So memang kena jaga supaya tidak diserang Eczima iaitu dengan menjaga kelembapan kulit. Of cos selain dari tu kebersihan dan makanan. 

3. Untuk Asian kebanyakkan serasi dengan Cetaphil dan DermaVeen. Dermaveen lebih murah sedikit berbanding Cetaphil. Doctor kata banyak je product untuk Eczema tapi harganya MAHAL. 

4. Since aku memang fully BF aku tanya la aku kena pantang makan or tak, doctor bagitahu yang tak perlu pantang pon. Sangat jarang gatal-gatal eczema disebabkan oleh factor makanan. Tapi cuba la elak kan kacang sebab penyakit allergic kacang memang wujud kan?

Pastu kalau ikut Doctor Pakar Kanak-Kanak dia suruh aku buat allaergic test. Doctor Kevin sarankan tak payah buat allergic test sebab kos dia mahal (600++) dan kalau buat pon nanti result dia tak begitu membantu. 

Alhamdulillah, kami kena bayar RM240 untuk cream sapu, ubat gatal (makan), mandian dan lotion. Balik tu aku terus mandikan anak aku then apply cream tu. pastu sapukan lotion seluruh anggota badan termasuk kulit kepala. 


Raudah nampak selesa lepas siap semua. Malam tu dia tidur lena. Pagi tu dah nampak perubahan. Merah-merah dah slow-slow hilang. First time dia lena tidur semenjak 24 October 2016. Now ketika entry ni ditulis kulit Raudah dah putih cerah macam telur rebus. Geram. 




kulit jadi kasar dan menggerutu


belakang scarry tengok..depan apatah lagi

No comments: