Nuffnang BH

Sep 6, 2016

Resepi unbaked Strawberry Cheese Cake mudah

As Salam,

Sempena Hari Raya Haji yang bakal menjelma ni aku nak share satu resepi dessert yang senang dan berbaloi dibuat. Siapa suka cheese dan memang selalu gagal bakar kek, sila cuba buat.

Bahan-bahan yang diperlukan:

6 keping digestive biscuit or biskut merry or oreo
2 sudu Butter
Whipping cream kotak kecil
Cream cheese 250gram
3 sudu Gelatin
5 sudu air panas
Yogurt strawberry
Buah strawberry
1 cawan Gula

Cara-cara:

Hancurkan biskut sampai agak halus. Aku guna blender je.
Cairkan butter dan gaul dengan biskut hancur dan masukkan dalam Loyang.
Tekap bagi padat dan masukkan dalam fridge dalam 10 minit.

*guna loose Loyang base tin
*aku campur terlalu banyak butter jadi keras kematu biskut tu bila disejukkan.
*guna kertas minyak.

Blend whipping cream sampai kembang, kemudian masukkan cream cheese, yogurt,gula dan akhir sekali masukkan gelatin yang telah dikacau dengan air panas. Tuang adunan ke dalam Loyang. Untuk cantik susun hirisan strawberry di sekeliling Loyang.

Racik strawberry kecik2 dan campak ke dalam adunan. Dalam dua bijik kecik cukup.

*aku tersalah beli cooking cream. Masih sedap tapi kurang best la tekstur dia.
*jangan letak strawberry banyak sgt dan racik biar kecik sebab dia akan pecah belahkan kek kau. Buruk jadinya. Strawberry hiasan sila hiris senipis mungkin baru cantik.



titiskan dan sebelum lorek
hentam jela jadi corak apa pon

Untuk hiasan atas kek (refer gambar atas)

Racik strawbery, masukkan sedikit gula dan sedikit air. Masak sampai pekat. Titiskan di atas adunan dan lorekkan dengan pisau, lidi, chopstick atau apa-apa je alatan kau ada. Ikut creativity. Masuk dalam fridge semalaman. In sha Allah menjadi.





Selamat mencuba. 

No comments:

Post a Comment

Terima kasih sudi comment.