Nuffnang BH

Sep 30, 2016

Temuduga Kerjaya Skim Latihan 1M Peringkat Zon Selatan 2016

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan, pihak Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) akan mengadakan Program Temuduga Kerjaya SL1M Peringkat Zon Selatan 2016 seperti butiran berikut :-

Tarikh            :           12 & 13 Oktober 2016 (Rabu & Khamis)
Masa             :           8.00 pagi – 6.00 petang
Tempat         :           Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor
                                  Johor Bahru, Johor

118 syarikat bersama lebih 10,000 jawatan kosong menanti anda!

Sila hadir dengan berpakaian kemas dan bawa bersama dokumen yang mencukupi bagi melancarkan proses sesi temuduga, seperti berikut:

1.         Resume lengkap bergambar
2.         Salinan kad pengenalan diri
3.         Salinan sijil-sijil berkaitan

Jumpa anda di sana!

sumber: JobsMalaysia Administrator

Saya Jual Brownies Kasih Sayang Sedap

Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji bagi Allah.

Menceburkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan.
Sebagai hobi dan mencari duit poket sampingan.

Sesiapa berminat boleh contact & follow:

Whatsapp: 017 927 0848
Instagram: https://www.instagram.com/rodiahamir/
Facebook: https://www.facebook.com/cikdieya


Brownies Kasih Sayang:

*Self pick up: LRT WangsaMaju on Tuesday & Thursday. 
*whatsapp to discuss further. 

Medium Size - RM37 (8x8inc)





Nayla 2.0 instant shawl labuh saya jual

Bismillahir Rahmanir Rahim

Segala puji bagi Allah.

Menceburkan diri dalam perniagaan kecil-kecilan.
Sebagai hobi dan mencari duit poket sampingan.

Sesiapa berminat boleh contact & follow:

Whatsapp: 017 927 0848
Instagram: https://www.instagram.com/rodiahamir/
Facebook: https://www.facebook.com/cikdieya


Nayla 2.0 
















Sep 28, 2016

Bila orang salah anggap penulisan kita

Bismillahirrahirrahim.

Kejadian minggu lepas dihubungi seseorang yang berkaitan dengan salah satu entry aku postkan berkaitan sebuah hospital. Kalau ikut hati ni malas nak throwback semula. Sebab rasa terbeban. Masa aku tulis entry tu niat aku nak bantu hospital tu clearkan nama (orang tak salah anggap atleast).  

Bila jadi macam tu semangat aku nak menulis dan berkongsi maklumat terbantut. Jadi malas. Malas cari masalah walaupun aku tahu aku dah buat dengan cara yang betul.

Tapi tadi terbaca entry di blog favourite – Hamka. Bagaimana nak jadi penulis? Apa sahaja yang jadi, apa yang kita alami kita tulis kat blog atau diari. Sekurangnya nanti boleh buat rujukan masa depan.

Pergi baca lebih la kat blog dia. Baru lebih paham.

Apa aku suka ialah pesanan Hamka:

Jangan takut salah tulis, jika takut salah tulis, nanti tak ada orang tahu salah anda dan matilah anda bersama ilmu yang salah. Tulislah supaya orang boleh tegur salah kita, atau kita boleh tegur salah orang atau paling kurangpun tegur salah diri sendiri, tertakluk pada mana mana yang tak salah-woha!


Jadi mari teruskan menulis. 

Semak kelayakan Unit Dekoder Percuma MYTV

Bismillahirrahmanirrahim. 

Tahniah kepada mereka yang terpilih untuk terima decoder percuma dari MYTV ni. Aku bukanlah sebahagian dari yang bertuah tu.

Kalau korang terpilih maksudnya korang adalah salah seorang rakyat Malaysia yang terpilih untuk menyertai Projek Pendigitalan Penyiaran Nasional.

Sebanyak 2 juta set dekoder percuma (MYTV Basic) diberikan kepada isi rumah terpilih di seluruh negara.

Say Alhamdulillah.

Kalau korang nak tahu korang adalah yang terpilih atau tak boleh la check dekat link ni mytvbroadcasting 

Segala info tentang MYTV dan dekoder ada dalam tu. Aku tak dapat so malas lah nak baca lebih-lebih. hahahhaha. 

So far saluran yang disiarkan ialah TV1, TV2, TV3, TV Alhijrah, ntv7, 8TV, TV9 dan Bernama News Channel (BNC) serta jumlah saluran akan bertambah dari semasa ke semasa.

Sep 27, 2016

Kisah berpelukan AF teguran ambil iktibar

Baca berita tentang artis perempuan yang ditegur ex artis sebab isu maksiat secara live tu. aku harap berita tu masuk la front page surat khabar esok. Jangan pilih kasih pulak sebab siarkan pasal isu tudung uqasha aje. Sekurangnya bila jadi tajuk utama, atleast pihak berkuasa bukak mata. Mana tahu nanti lahirlah program tingkatkan akidah manusia.  

Siapa tahu.
*screenshot abby


























Bila syaitan dah tak payah buat kerja syaitan ini lah jadinya. Bertepuk tangan syaitan tengok manusia berbalah. Pernah baca dalam buku Tarbiah Sentap by Adnin Roslan. Ada penerangan tentang dakwah secara berhikmah. Masing-masing boleh beli dan rujuk.

Bila baca apa yang keluar dari individu –individu terlibat ni nak mengucap panjang sudahnya. Sebab itu Islam menasihati untuk diam ketika sedang marah. Bahaya untuk akidah, bahaya untuk diri.
Seruan untuk ibu bapa, kakak, abang, adik. Jagalah akhlakmu. Jaga akidahmu. Dunia semakin mencabar. Ingatlah dunia semakin tua. Yang hidup akan mati. Dan setiap perbuatan akan ada pembalasan. Baik pembalasan untuk perbuatan baik mahupun jahat.

Kiamat tu wujud. Syurga neraka pon ada.


Aku juga masih mencari diri sendiri, mencari jalan yang benar menuju abadi. Diri sendiri pon tak baik mana pun. Beringatlah. Kalau sedar diri dari Allah cari la jalan dekatkan semula. 
*picture amik google




Sep 26, 2016

Berminat nak berniaga tapi tak tahu macamana

As Salam,

Alhamdulillah untuk kehidupan sekarang. Aku diberikan peluang untuk explore benda baru dalam hidup. Aku sibukkan diri dengan mencari sumber-sumber yang boleh bantu aku dan keluarga untuk teruskan kehidupan. berniaga. 

Niat aku nak bantu keluarga. Nak gembirakan orang. In Sha Allah. 

Aku sejak berniaga ni otak kemain ligat hari-hari fikir macamana nak survive. Kalau dulu kehidupan aku hanya pergi kerja, sibuk dengan hal anak-anak dan rumahtangga, pastu penat bekerja. Benda alah tu ulang macam forever dan ever macam selamanya.

Rezeki Allah nak bagi. Ketemukan aku dengan jalan-jalan yang aku pun tak pasti betul atau tidak. Aku main tala saja selagi aku tak jauh dari Allah.

Betul la orang kata. Sekali kau berniaga ni, Semangat ketagih dia tu Allahuakbar. Islam pon dah kata 9/10 rezeki tu datang dari perniagaan.

Dulu aku akui. Aku penakut. Sangat-sangat. Lama aku pendam. Lama aku tahan. Negative is everywhere. Aku langsung takut nak cuba.

Malu. 

Yes malu paling banyak. Padahal kalau kenal aku in person aku la orang paling laser dan tak malunya. Yes. Sebab aku ni jenis yang memang kaki bahan orang. Suka berlawak. Tak rasa aku kelakar  pun tapi orang selalu gelak kalau dengan aku. eh perasan. Hahahhah.

Sampai la satu masa aku terfikir. Kenapa orang boleh dan aku tidak. Aku banyak alasan sangat agaknya. Akhirnya umur nak cecah 31 tahun ni la baru aku start berjinak-jinak merpati menghampiri peluang perniagaan. Apa je dekat aku sambar.

Aku rasa faktor paling utama bila kau dah ada Semangat tapi kau hangat-hangat taik ayam je nak berniaga, tandanya kau kena berkawan dengan orang-orang yang juga punya minat sama iaitu berniaga.

Berniaga ni kena kuat Semangat. Kena selalu positive dan perlu kuat mental fizikal. Dan sebagai permulaan aku bermula sebagai dropshipper. Nanti aku sambung lagi pengalaman tak seberapa aku ni. 

In sha Allah.

Boleh la share sedikit sebanyak tips sebagai orang yang baru je nak mula menapak.
In sha Allah.


Moga membantu. 

Sep 23, 2016

Sentiasa selalu

Alhamdulillah.

Terima kasih Allah.

Terlalu banyak nikmat Allah turunkan.

Sentiasa lah berfikiran positive.

Sentiasa senangkan urusan orang lain.

Sentiasalah berbuat baik.

Sentiasalah bersedekah.

Sentiasalah berkawan dengan orang yang selalu ingat Allah.

Sebab kita tak tahu bila waktu kita bakal dipanggil.

Sebab kita tak tahu apa Allah dan aturkan untuk kita.

Sebab rezeki itu kalau tertulis untuk kita memang akan jadi milik kita.

Sebab kun fayakun.

Sebab bila kita mudahkan urusan orang, Allah akan mudahkan urusan kita.

Sebab bila kita bersedekah makin bertambah rezeki kita.


Sebab kaffarah itu benar. 

Permohonan maaf Penarikan entri penutupan GMC

As Salam.

Pada Rabu lepas, 21 September saya telah dihubungi oleh pihak Gombak Medical Centre (GMC) (saya lupa nama saudara – maaf), yang meminta saya untuk menarik semula entri berkaitan penutupan GMC, membuat kenyataan mohon maaf atas kesilapan fakta yang dikongsi dan datang bertemu beliau untuk sesi penerangan lanjut.

Dan saya bersetuju untuk membuat pengakuan yang dijanjikan seperti dibawah;

Dengan ini secara rasminya; Saya pemilik blog rodiahamir.blogspot.com pernah memuat naik satu entri bertajuk kisah disebalik penutupan Gombak Medical Centre pada 11 August 2016 dengan ini dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf dan menarik semula entri berkenaan KERANA entri tersebut mempunyai kesilapan daripada segi fakta. 

Saya memohon maaf atas segala kesulitan yang telah timbul dan untuk sebarang soalan dan keterangan lanjut anda dinasihatkan untuk terus menghubungi pihak GMC.

Apa yang terjadi saya jadikan sebagai satu pengalaman dalam penulisan dan kehidupan.


Sekian Terima kasih. 

Sep 22, 2016

Letih

As Salam,

Pagi tadi saya telak tarik semula entry berkaitan Penutupan Gombak Medical Centre yang pernah saya post in August this year.

Entry yang tak cukup info dan tak tepat.

Akan ada penerangan. In sha Allah.

Saya sedar saya masih berhutang tentang itu.

Saya mohon maaf.

Hidup saya agak sibuk. Perjalanan saya padat.

Moga Allah permudahkan.

Sep 21, 2016

KARNIVAL & EKSPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN (KEKK) 2016 & ASEAN SKILLS COMPETITION (ASC) 2016

Salam Sejahtera

Merujuk perkara di atas, tuan/puan dijemput hadir beramai-ramai untuk menyertai aktiviti seperti di bawah:-

Kepada yang ingin menghadiri temuduga terbuka, sila berpakaian kemas dan bawah semua sijil-sijil asal dan salinan.
Mohon bantuan tuan/puan menghebahkan program ini kepada keluarga, saudara, jiran dan rakan-rakan.

Sekian terima kasih


KARNIVAL & EKSPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN (KEKK) 2016 & ASEAN SKILLS COMPETITION (ASC) 2016

1) KARNIVAL & EKSPO KEMAHIRAN KEBANGSAAN (KEKK) 2016

Tarikh : 24 – 26 September 2016
Lokasi : Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor

Pengenalan:

Karnival dan Ekspo Kemahiran Kebangsaan 2016 (KEKK 2016) merupakan satu festival kemahiran yang diadakan bagi mempromosikan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (Technical and Vocational Education and Training, TVET). Peneraju utama program ialah Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kerja Raya.

Aktiviti:

1. Malaysia Book of Records
a. Largest TVET Apprentices Assembly in Fashion Haircut
b. Largest TVET Apprentices Assembly in Motorcycle Servicing
c. Jahitan Manik Bunga Raya Terbesar
2. National Robot Challenge 2016
3. Karnival Kerjaya (Dikendalikan oleh JobsMalaysia)
4. Fun Run KEKK 2016
5. International TVET Conference
6. Auto show
7. Try A Skill
8. Skills Training Exhibition
9. Battle of The Band
10. Pelancaran IPMA Race
11. Gerai jualan
12. Konvokesyen
13. Ceramah kerjaya
14. Bengkel dan seminar kemahiran
15. Demonstrasi kemahiran
16. Persembahan artis tempatan


2) ASEAN SKILLS COMPETITION (ASC) 2016

Tarikh : 23 - 28 September 2016
Lokasi : Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS), Serdang, Selangor

Pengenalan:

The ASEAN Skills Competition occurs every two years and is the biggest vocational education and skills excellence event in the ASEAN country that truly reflects global industry. The Competitors represent the best of their peers and are selected from skills competitions in ASEAN Member countries and regions. They demonstrate technical abilities both individually and collectively to execute specific tasks for which they study and/or perform in their workplace
.
One of the main legacies of the ASEAN Skills Competitions is to give visibility and importance to professional education, as one of the true tools of socioeconomic transformation. The Competition also provides leaders in industry, government and education with the opportunity to exchange information and best practices regarding industry and professional education. New ideas and processes inspire school-aged youth to dedicate themselves to technical and technological careers and towards to a better future.

Senarai Penyertaan:
• Malaysia
• Thailand
• Vietnam
• Indonesia
• Singapore
• Philippines
• Cambodia
• Laos
• Myanmar

Bidang Kemahiran Yang DIpertandingkan:
Bil Bidang Kategori

1 Plumbing & Heating Construction & Building Technology
2 Electrical Installation
3 Bricklaying
4 Painting & Decorating
5 Cabinetmaking
6 Refrigeration & Air Conditioning
7 Electronics Manufacturing & Engineering Technology
8 Mechatronics
9 Mechanical Eng. Design - CAD
10 Mobile Robotics
11 CNC Maintenance
12 Industrial Automation
13 Welding
14 Fashion Technology Creative Arts & Fashion
15 Graphic Design Technology
16 Hairdressing Social & Personal Services
17 Beauty Therapy
18 Cooking
19 Restaurant Service
20 Information Network Cabling Information & Communication Technology
21 IT Software Solutions For Business
22 IT Network System Administration
23 Web Design
24 Automobile Technology Transportation & Logistics
25 Aircraft Maintenance

Rujukan:

www.wsasean.org
Admin JobMalaysia
Pusat JobsMalaysia (JMC) Kelana Jaya
No.2, Jalan SS 5B/2,
SS 5 Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan
Tel : 03-7873 5100 / 03-78735101

Sep 18, 2016

Lunch kat Bulgogi Brothers

As Salam,

Hari tu kakak kesayangan ajak makan bimbap kat Bulgogi Brothers kat Paradigm Mall. Untuk sesiapa yang rasa ragu-ragu tentang halal status Bulgogi ni eloklah jangan masuk. Untuk aku.. in sha Allah. Bukanla aku membabi buta makan sesuatu tanpa selidik. So tepuk dada tanya iman. Buat rujukan bukan hentam dan taram ok.

Meruap-ruap semangat dari office dah jenguk-jenguk blogger yang pernah pergi makan kat sana. Siap screenshot menu apa nak makan.

Harga dan service layanan tip top. Harga mampu bayar. Setimpal dengan kualiti. Kalau perasan restaurant Korea and Japan ni amat pentingkan kualiti makanan dan kesegaran. Tu sedap makan tu. Macam aritu aku makan set lunch.. ada nasi side dish, sup beef kimchi.. dia rasa masam-masam amat kena dengan tekak aku. Air pulak dia hidang teh jagung. Jatuh cinta terus ok. Nasi dia terpaling jatuh hati. Air n side dish boleh tambah banyak kali.

So layan jela gambar bawah ni.





Masih tak boleh move on.

IKEA & birthday celebration

As Salam.

Mata tak boleh nak lelap so terasa nak share kenangan yang harapnya nanti masa akan datang di izinkan tuhan aku boleh baca semula dan tersenyum.

Petang tadi 1st time jejak kaki ke Ikea Cheras. Ramai orang. Tapi masih ok compare to Ikea Damansara. Besar..bersih dan baby friendly. Selesa dan bersih baby room and tandas dia.

Bila masuk situ semua barang nampak perlu beli. Nafsu. Alhamdulillah tak teruk damaged tadi. Nanti nak kena repeat sebab hajat nak beli hiasan rumah tak tercapai. Rambang mata.

Kisah celebration birthday Ikhwan Hafeez yang ke 5 masih belum tamat. Konsep dia celebrate 5 tahun sekali. Jimat duit kih3.

Dah berniat nak sedekahkan something kat anak-anak HUFFAZ so sempena cuti panjang keluar la mencari barang-barang. Rasanya setiap kali keluar Ikhwan sendiri yang akan ingatkan dan tanya dah beli ke belum.

Alhamdulillah.

Sepanjang proses memilih, menyusun, membungkus, semaksima mungkin aku libatkan dia. Biar dia belajar. Biar dia pandai berdikari.

Dan pelajaran untuk kami as parent jugak. Keluar cari barang dengan anak kecil memang perlu kesabaran paling tinggi. Perlu ready mental fizikal. Perlu banyak pit stop. Sekejap nak ke tandas..sekejap nak susu..sekejap nak berdukung. Lama sikit lapar pulak. Dan proses tu berulang sampai barang-barang yang dicari dijumpai.

Senyum sendiri bila fikir semula.

Moga nanti bila kami dah tua anak-anak mampu melayan..mampu menahan..
mampu bersabar dengan karenah kami. Moga Allah izinkan.

Biasala kalau menaip waktu malam ni emosi lain sikit.

Pernah baca kalau kita nak ajar kita bertanggungjawab terutama anak lelaki belikan dia binatang peliharaan. Biar dia mula belajar apa erti tanggungjawab. Dan aku pilih guinea pig. Ikut pilihan Ikhwan dia nak hamster. Hamster kecik sangat. So guinea pig ni sedap la kalau nak pegang. Kami kasi nama Lulu. Semoga jodoh panjang dengan Lulu.

In sha Allah.


Welcome our new family member.. Lulu




Sep 13, 2016

Menu Malam Raya AidilAdha


 As Salam,

Ini cerita malam sebelum Hari Raya AidilAdha. Malam yang sepatutnya jadi malam ‘mantai’ bertukar jadi malam makan dengan tidur perut kekenyangan.

Ini husband aku yang ajar. Sebelum kahwin aku tak pernah guna istilah tu. mantai refer to hari orang bersibukkan menyediakan juadah dan persiapan lain menjelang hari raya.

Janji macam biasa lepas makan malam akan start masak juadah Raya. Lepas tu ke bulan sudahnya. Kenyang sampai hilang mood nak buat kerja.

Alasan. :) :) :)

Oleh sebab zam yang teringin nak makan kambing so dia la yang beli and masak. Konsep dia siapa teringin dia yang buat from A to Z.

Tapi sepanjang dia memasak, start dari potong-potong sampai campurkan perencah buat aku banyak kali urut dada.

Ambil gula pastu tak tutup penutup dan tak masukkan semula ke tempat asal. Tak apa sabar.
Guna pinggan dan letak dalam sinki. Sabar lagi.

Sabar..sabar..sabar.

Sampai habis makan sudahnya gula tak tutup lagi. Hahhaha. Ini tak boleh jadi.
Aku ada satu penyakit kalau dah ambil sesuatu barang kena letak tempat dia semula. Sebab nak masak yang lain pulak. kalau biarkan mau menggunung barang-barang.

Serabut depan mata.

Dapur je. Bahagian rumah lain aku maafkan lagi. Sebab aku pon buat. Lol.
Memandangkan masih lagi belajar konsep toleransi dan sabar maka apa yang dia buat aku tolong simpan dan kemaskan.

Kalau ikut sejarah darah muda; lama dah kena sound. Ahhahaha.

Tapi kang kalau sound dah dia tak mau masak sampai bila-bila. Aku jugak yang rugi.
Jadi mempersembahkan makan malam sebelum Raya:


Kambing bakar + salad + fries + buah Tembikai. 


Alhamdulillah untuk rezeki. 

Sep 9, 2016

Live update KlCC Lrt station - train power supply problem 9 sept 2016

As salam,

Live update sambil bersila. Elok bertapa tepi power plug sbb batery hp nak habis.

Dari wangsamaju dah problem bila train stop mengejut dua kali.

Alhamdulillah tak ada kemalangan berlaku. Kali kedua dalam minggu ni.

RapidKL kena buat sesuatu.

Tadi hanya beberapa meter sahaja train nak sampai ke platform tp stop due power supply failure.

Sempat la bergelap selama 15minit. Sempat bukak tingkap kecemasan kecil dlm train tu risau ada yg sesak nafas.

Dua minit lepas tu semua staff kelam kabut. Berlegar legar. Ada staff perempuan suggest untuk drive manual train so boleh gerakkan ke depan sedikit. Selamat untuk penumpang keluar.

Tapi end up ada staff dia berjaya buka pintu last train 4 coach. Pintu yg patut aku keluar. Sudahnya keluar kena membongkok lalu bawah palang.

First time jadi macam ni. Ingat hari tu teruk rupanya kali ni lagi teruk. Kalau la train stop kat tengah-tengah terowong tadi lagi naya.

video

Sep 7, 2016

Corningware Rosetta, Tarbiah Sentap & 1000 dot to dot

#Throwback

As Salam
Kisah jumaat penghulu hari. Rasa seronok bila start pagi dengan surah Al Kahf. Perasaan dirahmati Allah tu semacam. Nikmat tu bahagia. Alhamdulillah terima kasih Allah. Walau untuk perkara-perkara kecil untuk buat aku rasa gembira.

Pagi- pagi terbaca entry blogger jual caserole set [6 piece], Design: Rosetta yang kalau kat luar harganya RM629 dan dia let go RM350 (save almost 50%!). Reason of selling -unwanted gift/contest prizes.

Follow blogger ni sebab kagum dia selalu menang hadiah kalau join contest. Tak menang besar atleast ada jugak dia menang hadiah saguhati. Kalau aku jangankan contest, lucky draw pon mengecewakan.
Aku memang mengidam mangkuk gini. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal terus mesej beli dan buat bayaran.

In Sha Allah nanti nak pick up kat rumah dia, dia bagi lagi discount RM50 sebab collect sendiri. Ya Allah happynya. Beli je dulu mesti guna nya, bisik janji pada diri sendiri. Hahhaha janji-janji berterbangan bebas di angkasa. Moga janji di tepati.

Lepastu tengahari pergi shopping happykan diri kat bangunan sebelah office je. MPH. Shopping buku ni memang berhantu sikit. Genre yang jadi igauan skang dakwah, tarbiyah, motivasi dan art.

So far itu jela terapi buat masa sekarang. Cuba cari masa untuk diri sendiri tapi masih belum punya rezeki. 

sambung titik ke titik



aku dah khatam buku ni. 10*


*sedikit pesanan. semua patut baca buku Semusim di Barzakh in sha Allah dapat kembali ke pangkal jalan.
*Tarbiah sentap aku baru nak mula. Dah ada sampai siri ke 3 pon. 
* melukis & mewarna tak ada bakat main so main sambung-sambung titik pon jadila. 
*image semua ihsan google

Sep 6, 2016

Resepi unbaked Strawberry Cheese Cake mudah

As Salam,

Sempena Hari Raya Haji yang bakal menjelma ni aku nak share satu resepi dessert yang senang dan berbaloi dibuat. Siapa suka cheese dan memang selalu gagal bakar kek, sila cuba buat.

Bahan-bahan yang diperlukan:

6 keping digestive biscuit or biskut merry or oreo
2 sudu Butter
Whipping cream kotak kecil
Cream cheese 250gram
3 sudu Gelatin
5 sudu air panas
Yogurt strawberry
Buah strawberry
1 cawan Gula

Cara-cara:

Hancurkan biskut sampai agak halus. Aku guna blender je.
Cairkan butter dan gaul dengan biskut hancur dan masukkan dalam Loyang.
Tekap bagi padat dan masukkan dalam fridge dalam 10 minit.

*guna loose Loyang base tin
*aku campur terlalu banyak butter jadi keras kematu biskut tu bila disejukkan.
*guna kertas minyak.

Blend whipping cream sampai kembang, kemudian masukkan cream cheese, yogurt,gula dan akhir sekali masukkan gelatin yang telah dikacau dengan air panas. Tuang adunan ke dalam Loyang. Untuk cantik susun hirisan strawberry di sekeliling Loyang.

Racik strawberry kecik2 dan campak ke dalam adunan. Dalam dua bijik kecik cukup.

*aku tersalah beli cooking cream. Masih sedap tapi kurang best la tekstur dia.
*jangan letak strawberry banyak sgt dan racik biar kecik sebab dia akan pecah belahkan kek kau. Buruk jadinya. Strawberry hiasan sila hiris senipis mungkin baru cantik.



titiskan dan sebelum lorek
hentam jela jadi corak apa pon

Untuk hiasan atas kek (refer gambar atas)

Racik strawbery, masukkan sedikit gula dan sedikit air. Masak sampai pekat. Titiskan di atas adunan dan lorekkan dengan pisau, lidi, chopstick atau apa-apa je alatan kau ada. Ikut creativity. Masuk dalam fridge semalaman. In sha Allah menjadi.





Selamat mencuba.