Nuffnang BH

Aug 30, 2016

Kerja Kosong Temuduga Terbuka Sempena Mini Karnival Ibu Tunggal

Salam Sejahtera,

JMC UTC Kuala Lumpur akan mengadakan Temuduga Terbuka Sempena Mini Karnival Ibu Tunggal dengan kerjasama Kementerian Sumber Manusia, Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) dan Persatuan Ibu Tunggal (NGO) seperti di butiran berikut:

 Tarikh:      04 September 2016 (Ahad)
Masa :      8.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat:      Kompleks Sukan MPKJ, Seksyen 15, Bandar Baru Bangi 
(Bersebelahan NIOSH dan Bangi Gateway)
Majikan:      15 Majikan (Jawatan Profesional dan Bukan Profesional)

Sehubungan dengan itu, saudara/saudari dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program ini. Sila berpakaian kemas dan membawa foto, salinan sijil/dokumen yang secukupnya. Sebarang pertanyaan, sila hubungi talian 03-20262058 (JMC UTC Kuala Lumpur).

Terima kasih             


 Dapat info dari JobsMalaysia Administrator. So saya kongsikan di sini. 

Aug 25, 2016

Karnival Pekerjaan JobsMalaysia “Urban Launchpad for Youth” 27 Ogos 2016


Karnival Pekerjaan JobsMalaysia

“Urban Launchpad for Youth”

Akan diadakan pada 27 Ogos 2016 (Sabtu)

Bertempat di:

International Youth Centre [IYC] Cheras Kuala Lumpur

Jam : 9.00 Pagi – 5.00 Petang


Untuk Keterangan Lanjut Sila Hubungi

Karnival Pekerjaan : 03-2026 2058 (En. Zul) Atau 03-8320 2715 (En. Zham)

Latihan Softskill & Penginapan : 03-9171 9205 En. Marzuki


Anjuran : Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT)

Dengan Kerjasama : JobsMalaysia dan Pusat Belia Antarabangsa (IYC)


Terima kasih


JobsMalaysia Administrator



sumber :

Karnival Pekerjaan JobsMalaysia - “Urban Launchpad For Youth”

Aug 23, 2016

Mohon Ujrah semudah A B C

As Salam,

Dapat Soalan pasal Ujrah dari reader; 






Aku dah pernah cerita pasal Ujrah ni, cuma kali ni aku ulang sekali lagi dalam versi yang lebih pendek.


Penguatkuasaan PTPTN mengenai Ujrah
Penawaran Ujrah adalah terbuka kepada semua peminjam pinjaman konvensional (kecuali penerima WPP bukan peminjam) termasuk peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan.

Bagi mana-mana peminjam yang mempunyai lebih dari satu (1) pinjaman konvensional [ macam kes aku diploma dan degree], penggabungan data pinjaman akan dilakukan bagi melayakkan peminjam memohon pertukaran Ujrah. WAJIB.  

Kalau tak puas hati dengan tempoh bayaran balik boleh buat rayuan dan kemukakan salinan slip gaji terkini atau penyata KWSP atau penyata pendapatan (bagi yang bekerja sendiri).

Boleh lanjutkan tempoh bayaran had umur sehingga 60 tahun tertakluk kepada rundingan dan persetujuan.

Cara Permohonan - Minta dokumen tawaran di kaunter PTPTN di cawangan PTPTN seluruh negara.
Perjanjian yang lengkap di isi beserta setem hasil (RM 10 – 2 keping) hendaklah segera dipulangkan di kaunter atau melalui pos kepada mana-mana Pejabat PTPTN Negeri  selewat-lewatnya 14 hari daripada tarikh surat tawaran. Lepas 14 hari dah tak valid dan kena isi borang baru.

Urusan permohonan in sha Allah boleh siap dalam masa satu hari dengan syarat dokumen lengkap dan ada stem hasil. 


* Nota Tambahan: "Bagi PENERIMA BIAYA yang lewat membayar mana-mana ansuran bulanan sebagaimana yang ditetapkan oleh PERBADANAN, PENERIMA BIAYA adalah bertanggungjawab untuk membayar ta'wid (pampasan) kepada PERBADANAN dikira pada kadar 1% setahun atas baki bulanan di atas amaun yang lewat dibayar. Amaun ta'wid (pampasan) terhadap kelewatan membayar adalah dikira dari tarikh ansuran kena dibayar sehingga bayaran diterima oleh PERBADANAN". 

dan bila kau meminta untuk menjadi kuat

Dugaan semakin banyak kau mintak kat Allah nak jadi kuat.

Ceritanya bila kau dilimpahi berjuta nikmat rezeki yang Allah beri. Tak kira pasal kesihatan, hal keluarga, hal makanan. Semua Allah bagi free.

Dan kemudian kau meminta lagi. Ya Allah jadikan aku hamba yang kuat hati nya, kuat menempuh dugaan hidup, kuat berdepan manusia-manusia yang mencabar dan kuat dari segala segi.

Dan blink..

Anak kau ditarik nikmat sihatnya, ditarik selera makannya. Merengek tak ke sudah. Hilang selera makan dan main nya. Lagi teruk. Bila isi perut ditarik keluar. Maka berjejes lah rumah. tunggang langgang bagai tongkang pecah. Kelam.


Selesai hari pertama. Di tengah malam. Pada malam kedua, anak kedua pula memulakan cerita. Percayalah, Allah amat sayang hambaNya.

Selesai segalanya. Kau di ajar kuat melalui ujian yang Allah kirim. Kuat akhirnya. 

Kau yang minta untuk kuat maka Allah bagi cara dan jawapannya. Dan kini kau dapat apa kau pinta. Nikmat Allah yang mana yang kamu dustakan?

Aug 19, 2016

Anak tanya apa itu kiamat?

As Salam,

Malam semalam sebelum Ikhwan Hafeez terlelap dia sempat cakap kat aku, kawan dia nama Qaseh umur 6 tahun cakap Kiamat berlaku pada hari Jumaat. Terpegun sekejap. Aku tanya Ikhwan tahu ke kiamat tu apa? Dia geleng.

Lepas tidurkan Raudah Sakinah, aku bercerita sikit pasal kiamat. Kang cerita yang heavy panjang pulak sudahnya tak paham.

Aku cakap kiamat ni bila Allah suruh Malaikat letupkan bumi, matikan semua manusia, binatang dan semua yang ada atas bumi. Mama mati, abah mati, adik, semua akan mati.

 Allah tak bagitahu bila akan berlaku tapi Kiamat berlaku pada hari Jumaat. Lepas semua mati Allah akan panggil semua makhluk. Yang buat baik, tolong ibu bapa, solat semua duduk sebelah kanan. Yang jahat, tak dengar kata-kata, tak solat akan duduk sebelah kiri.

Nanti Allah panggil, wahai yang kanan marilah masuk ke syurga. Wahai yang kiri masukla ke dalam neraka.

Terus Ikhwan menangis, sedu sedan. Aku tanya kenapa? Dia takut. Bila sebut semua akan mati dan pasal Syurga Neraka. Aku mula explain hal syurga neraka dari dulu lagi. Pasal aurat. Dia paham agaknya.


Maha Suci Allah, kecil je teguran Allah bagi tapi kesan mendalam kat diri sendiri. Malu. 

Google image

Aug 16, 2016

Bila anak sendiri kena penyakit berjangkit HFMD

As salam.

Last week kami suami isteri terpaksa ambil giliran jaga anak sakit. First time anak kena penyakit berjangkit hand foot & mouth disease (HFMD). Sebelum ni aku tahu penyakit ni hingga kat lembu je. Hahhaha. Risiko penyakit ni untuk kena adalah tinggi kalau anak tinggal di taska. Anak aku tinggal di rumah pengasuh pun boleh kena. Isk isk isk.

Tapi sekarang penyakit dah tak kenal tempat dan siapa mangsanya. Silap sikit je rasakanlah. Aku ingat lagi, last anak aku berhubungan dengan dunia luar ialah masa kami shopping groceries kat Aeon Wangsamaju. Memang ramai gila orang masa tu.

Dah perasan dia dah lembik badan tak larat jalan. Malam tu dia start demam dan merengek. Aku lap badan dengan kain basah. Suhu masih terkawal. Pagi esoknya terus bawak jumpa doctor. Sah kena HFMD.

Doctor punya explanation macam sudah tiada peluang untuk hari esok. Buat cuak aje. Menjaga anak yang kena HFMD memang mencabar jiwa dan raga. Puas la aku google do & don’t.

Punca : virus yang cetuskan penyakit ini biasanya ialah Coxsackie A16, dan virus lain seperti virus coxsackie A atau enterovirus 71. [hanya penyakit yang disebabkan oleh bacteria sahaja yang diberikan antibiotic tetapi virus adalah tidak].

Tempoh sakit: virus akan stay dlm dua hingga enam hari, ulser hingga hari ke tujuh, dan blister/ lepuh sampai ke 10.

Tanda: demam panas [39c], blister/lepuh, ulser, sakit tekak dan kepala.

Tips penjagaan; jaga kebersihan, sentiasa cuci tangan, asingkan pakaian dan tempat tidur. Kuarantin.
Apa aku buat sepanjang jaga Ikhwan adalah utamakan kebersihan dan memang aku paksa makan dan minum. Risau jangkit ke adik dia yang baru 2 bulan tu. Alhamdulillah dah sihat after seminggu. Siang aku focus kepada Ikhwan dan malam aku jaga baby. Suami jaga Ikhwan.

Tips lain: sakit ni kena monitor demam/selesema/batuk. Berpotensi demam dengan suhu tinggi secara mengejut. Kalau demam tinggi bahaya boleh lead to sawan. Selesema pulak boleh bahayakan paru-paru.

Tips pujuk minum/makan: bagi anak minum guna straw. Untuk ulser aku beri ubat jel dibekalkan oleh klinik. Setiap kali nak telan setiap kali tu suruh sapu. Aku ada beli spray sebagai tambahan tapi Ikhwan lebih prefer gel picit. Sebelum letak kasi demo kat anak supaya anak tak boleh kelentong kita kata sakit or tak sedap.

Letak air sejuk [kurangkan pedih] dalam bekas dan kena ada target untuk habiskan. Bercerita dengan anak or berlumba siapa habiskan air dahulu dapat hadiah. Trick ni berkesan.

Buat agar-agar or jeli yang lembut dan bagi makan bubur. Ikhwan bosan minum air kosong so aku buat air sirap kurang manis so baru dapat Tarik minat dia.


Apa-apa pun make sure anak aktif, makan dan minum. Gembirakan la hati dia supaya cepat sembuh. Alhamdulillah blister Ikhwan tak teruk mana so aku hanya focus pada demam dan ulser sahaja. 

tapak kaki dia yg ada blister..kaki masih ok lagi

tangan pon tak nampak sangat.. cuma tompok2 merah sahaja

paling kritikal bibir & lidah. lidah lupa snap

Aug 6, 2016

#honestreview Philips Steam Generator Iron


buah hati baru
As salam,

Sejak aku kecik memang selalu aku berangan nanti dah besar nak rumah besar, TV besar, peti ais besar. Pendek kata semua besar. Pastu alat-alat elektrik dengan perabot semua canggih dan mahal.  Begitu sekali impian tapi tak pernah terfikir pon mampu ke nak dapat? Hahhahah. Dah besar, berkahwin dan menjadi mak orang ni aku slow-slow cuba penuhi impian tu.

Baru-baru ni setelah sekian lama aku pendam dan baca je status kat FB orang beli iron Philips kegilaan wanita-wanita seluruh dunia (over) akhirnya dapat juga aku hadiahkan Philips Steam Generator Iron GC9622 + Free Iron Board (400g Steam Boost) untuk diri sendiri. yeaa. Alhamdulillah.

Aku tak yakin nak join kutu kat FB beli iron ni so kumpul la duit sendiri. dengan prinsip, sikit-sikit akhirnya cukup jua tabung. Kih3.

Sebelum aku ni aku dah pernah beli steam iron yang sangkut tinggi tu, pakai dua tahun pastu kecundang siap tangan kena wap panas. Pernah guna Iron biasa mak-mak kita dulu pastu pernah terpengaruh beli iron yang orang promote kat shopping mall tu. macam travelling iron.  Tapi tak practical langsung dan mahal.

ni la iron yang aku terpengaruh tu.
mahal ok melayang rm250
Sepanjang 5 tahun kahwin, suami iron sendiri baju and seluar kerja sebab aku tak suka iron kemeja. Boleh buat aku stress. Migraine ok. tapi sekarang dengan rela hati aku ironkan. Suami juga tersenyum gembira. Hahhahah.

Iron Philips ni ringan, board besar gedabak senang nak iron, pastu tak yah nak beria gosok. Cepat je hilang kedut. Shawl dua muka pon kacang aje nak iron. Semua jenis kain amatlah senang digosok tanpa risau terbakar.  

Seminggu punya baju untuk aku dan suami tak sampai sejam nak kena berdiri. Jimat tenaga, jimat elektrik, sihat tubuh badan dan berganda pahala tolong iron baju suami.
Lepas ni menabung untuk penapis air beralkali. Dah aim brand yang aku suka. So jom start menabung.

handsomenya..
macam-macam la yang bagusnya..



Aug 5, 2016

Hokkaido Baked Cheese Tart yang sedap

As salam,

Tadi ada urusan di KLCC, masa nak touch card ke arah train ternampak satu booth kecik tengah jual tart.

Nama tart tu ialah Hokkaido Baked Cheese Tart. 
nak tahu lebih lanjut sejarah semua boleh baca kat website dia.  

Cantik je susunan tart tu seolah-olah memanggil suruh dibeli. Hiihihih.
Aku memang suka makan tart. Kalau pergi bakery mesti cari Portugese Egg Tart.
Rasa lemak-lemak dia yang buat termimpi-mimpi.

Amboi over explain pasal tart hahahhah.

Sesuai sangat untuk siapa gilakan cheese sebab dia letak 3 jenis cheese dalam tu.
Memang lemak berkrim. Boleh dimakan ketika hot, frozen [rasa macam ice cream], chilled or room temperature.

So far aku suka masa dia warm2 gitu..cheese cair. Meleleh.

Kedai dia di Malaysia ni ada kat Avenue K, Berjaya Time Square, Sungei Wang Plaza and later dia nak buka kat Sunway Pyramid.

Untuk satu tart dia jual rm5.80. beli 6 dapat lagi murah.

So cuba la beli dan rasa. Pasti puas hati.






Aug 2, 2016

Cara didik anak solat 5 waktu - tips dari Wardina Safiyyah

Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the surau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORTANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!


Aug 1, 2016

Pesan Ibu

Anak-anakku,

Waktu semakin menghambatku, menjadikan daku lemah dan semakin lesu.
Daku sering lupa dan mudah berasa
Fahamilah tatkala diulang-ulang bicaraku, usah kau tunjukkan wajah sinismu
Pabila kurang pendengaranku, jangan dijeritkan kata-kata yang ditujukan padaku

Daku semakin tua anakku..
Jiwaku mudah sayu, tersentuh perasaanku dengan lirikan matamu yang terserlah ketidaksabaranmu
Pandanganku kabur dan kudratku tidak segagah dahulu
Mudah tertumpah suapan makanan dari tanganku, terlepas pinggan dan cawan mengotori meja makanmu
Bersabarlah denganku

Lututku semakin lenguh, melambatkan pergerakanku
Bantulah aku bangkit berdiri, hulurkan tanganmu memudahkan langkahku atau memapahku jika perlu
Usah pula bau tubuh usangku membangkitkan loyamu

Daku kesunyian anakku, ingatanku sering mengimbau kenangan lalu
Menjadikan daku suka bercerita
Berilah masa buatku duhai anakku
Perhatianmu amat daku senangi

Ditakdirkan daku sakit terlantar
Doaku agar dikau dapat melayaniku, bersabar dengan ragamku dan mampu membersihkan diriku yang terpaksa bergantung sepenuhnya denganmu
Saat-saat akhir hayatku, semuga tetap dikau menjagaku sebagaimana bayi kecil yang tiada mampu

Pemergianku usah diiringi dengan tangisan, doakan agar dimudahkan daku di alam sana
Tiada lagi tambahan bekalan buatku selain doa darimu
Semuga dinilai di sisiNya dikau sebagai anak yang soleh kerana telah kau tunaikan segala tanggungjawabmu terhadap orang tuamu ini

Terima kasih anakku..dipertemukan kita hendaknya agar bersama di syurgaNya nanti

Kebergantungan pada makhluk.

Assalamualaikum.
Semalam balik dengan perasaan marah. Sungguh.
Dengan badan penat, bawak barang berat. Emosi unbalance.

Marah sebab apa? Sebab manusia.

Dalam bilik air mulut kumat kamit masih mengeluh.
Otak ligat cari point nak salahkan orang.
Hati tengah panas macam tu la. Tak nampak langsung salah sendiri.

Perkataan toleransi, timbang rasa, memaafkan semua dah hilang.
Keluar bilik air baru lega. Dapat lepaskan marah.
Hasutan syaitan stop sekejap.

Tapi dosa dah tercatit. Tak boleh undur semula.

Istigfar dan fikir.

Dan saat itu, Allah hadirkan perasaan “kebergantungan”.
Kenapa perlu berharap dan bergantung selain daripada Allah.
Teguran Allah. Malu rasanya. Tepat pada masanya.

Berkali Allah tegur, jangan mengaharapkan balas pada manusia.
Kelak pasti kecewa. Tak akan pernah bahagia.
Jadikan iktibar.