Nuffnang BH

Jun 30, 2016

#Honestreview; Bersalin di Hospital Swasta atau Hospital Kerajaan?

As salam

Sebelum aku menaip lebih panjang, tujuan entry ni adalah bukan berniat untuk memburukkan atau menjatuhkan mana-mana pihak yang disebut dan diharap entry ni dapat membantu orang-orang terlibat buat keputusan dekat mana nak bersalin. Entry berkaitan kenapa bayar lebih?

Aku dulu memang dalam dilema masa nak pilih bersalin di Hospital Swasta atau Hospital Kerajaan. Banyak khabar angin baik mahupun buruk aku dengar. Kena banyak bertanya, membaca pengalaman orang kat blog-blog dan lagi bagus kalau pergi sendiri hospital tu untuk dapatkan info.

Anak pertama aku bersalin di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh. Masa tu tahun 2011, September. Pengalaman pertama kali Untuk anak kedua aku berpeluang bersalin di Gombak Medical Centre pada May, 2016. review GMC Kalau nak bandingkan antara dua hospital ni tak kisah dari segi apa pun memang macam langit dan bumi.

Kebetulan anak pertama aku dijangka bersalin lepas Raya, so memang bulat-bulat la keputusan aku bersalin di Hospital kerajaan je. Sebab dah alang-alang balik beraya. Untuk anak kedua aku lebih teliti. Dah tahu rasa bersalin di Hospital kerajaan so nak merasa lah pulak bersalin di swasta.

Kos

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh – bersalin NORMAL. aku tak pasti wad kelas berapa (bilik 6 katil 1 bilik – kalau xsilap aku) dan aku hanya stay 2 hari 1 malam sahaja.. makan tiga kali sehari, katil dan bilik air bersih, ada aircond, dibekalkan ubat luka (ubat basic). Bayaran masa check out adalah RM3. Ok murah sangat

Gombak Medical Centre – total Rm2,236. bersalin NORMAL. Single room untuk 2 hari 1 malam. Ada Tv, makan tiga kali sehari, attached bilik air, ada aircond, dibekalkan macam-macam ubat (sembelit, tahan sakit, ubat cuci pusat baby), dapat goodie back (newborn) dalam tu ada dua kotak kecik susu, segala sample barangan penjagaan baby. Kos cover sunat baby dan ubat tahan sakit masa contraction.

Proses bersalin 

Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh – sampai hospital dan buat CTG pada pukul 2 pagi dan bersalin dalam pukul 7.25 pagi. Disambut oleh bidan perempuan (tak tahu pangkat) sebab doctor semua busy. Masuk bilik khas sebab bilik bersalin pun penuh.

Masa contraction tanggung sorang-sorang dan suami hanya dibenarkan masuk ketika betul-betul masa nak meneran sahaja. Doktor lelaki yang check bukaan dan terasa sakit.

Tiada kata-kata peransang semasa nak meneran yang aku hanya dengar, kalau rasa sakit masa tu awak kena push sekuat hati, jangan angkat punggung nanti koyak besar, dan bengkokkan kaki awak dan pegang betis awak. Hampir putus asa nak meneran. Dalam setengah jam bertarung meneran.
Rezeki bersalin disambut jururawat perempuan.

lepas bersalin terbaring kat katil dan diletakkan sementara dalam bilik bersalin (agaknya) dan memang orang lalu lalang tepi aku. yang pasti ada katil ditutupi langsir dan aku boleh dengar orang merintih sakit dan suara doctor bagi arahan. Terbaring sepi dengan uri kat tepi. Sejuk woi.. tunggu pulak wad kosong.

Gombak Medical Centre – sampai pada pukul 4.30 pagi dan buat CTG dan bersalin dalam pukul 10.40 pagi. Bacaan Al Quran dipasang. Suami memang berada di sisi dari awal sampai semuanya selamat.
Lepas CTG masuk bilik menahan contraction bersama suami sementara tunggu waktu bersalin. Selesa dan bebas mengeluarkan suara kesakitan. Jururawat explain pakej bersalin dan kos tambahan jika perlu di ambil.

Segala pertanyaan dan permintaan dijawab dan dilayan baik oleh jururawat dan doctor. Check bukaan tak rasa sakit. Doctor Zana layan terbaik, perbuatan dimulai dengan Bismillah dan guide cara bersalin yang betul. Walau sakit tapi tak panik. Tak perlu push cukup sekadar batuk. Kurang dari 20 minit baby selamat keluar.

Aku rasa itu sahaja kot point utama yang perlu diambil kira. Kalau korang jenis hati keras, tahan sakit rasanya bersalin kat mana-mana tak kisah. Cuma berdoa la aurat kita terjaga setiap masa.

Bezanya kalau swasta kita bayar dan perhatian sepenuhnya pada kita. Kalau kerajaan kan ramai pesakit dan tak kan dia hadap kita sorang shj. Ini penting ya, sebab perasaan takut, tak tahan sakit, cuak, dan perasaan ingin tahu tu berlegar-legar tanpa henti sampai la discharge.

Apa perlu buat?

Niat dan meminta pada Allah.

Ini perkara utama. Tanamkan dalam hati dan lafazkan dalam doa supaya dipermudahkan dan dimakbulkan niat nak bersalin di tempat pilihan dan bayi disambut oleh doctor pilihan.

Bagi diri aku, dari sebelum mengandung aku berhasrat nak bersalin dan bayi disambut oleh doctor wanita. Banyak sangat aku baca mengenai isu aurat dan darurat bersalin di sambut oleh doctor lelaki. dapat atau tak belakang kira tapi niat dan doa mintak kat Allah memang kena mula sejak awal.

Kemampuan kewangan diri dan pasangan.

Bila dah ada niat, mesti diri dah ready nak mulakan tabungan. Buat tabung khas untuk cover cost bersalin. Simpan sebanyak mungkin. Kena ada anggaran cost bayaran bersalin andai kata berlaku sesuatu yang tak di ingini ketika proses bersalin. Bersalin normal, ceaser, epidural dan lain-lain.

Aku doakan semua bakal-bakal ibu dipermudahkan segala urusan dan enjoy every moment. Jangan stress sebab apa yang berlaku tak boleh ulang semula. Mintala pada Allah. Kita merancang dan Allah yang menentukan sebab Allah sebaik-baik perancang.


Jun 28, 2016

Idea dessert untuk open house yang simple dan sedap – Kek Puding Buah Nenas

As salam,

Kali ni nak share resepi pencuci mulut yang boleh dijadikan hidangan masa Hari Raya nanti atau nak buat makan-makan kat rumah.

Simple je bahan-bahan dan jimat masa. Dalam masa 10 minit In sha Allah siap. 

Resipi refer dari Facebook user; Izra Ismail – Kek Puding Buah Pic.

Oleh sebab tak berapa minat dengan Buah Pic so aku tukar dengan buah nenas. Nak tukar buah lain pon boleh Cuma tak taw la sedap ke tidak.

Apa yang diperlukan;
1 biji Kek Marble
1 tin Buah Nenas
1 tin Susu Cair
3 sudu Tepung Custard
1 sudu Gula

Semua bahan kat atas aku main agak-agak je. Resepi aku manis ala kadar so tambahlah gula kalau nak manis lagi.



Potong kek dan susun dalam bekas. Potong kek dengan ketebalan yang sekata dan bekas cari yang bersegi baru cantik kalau nak potong nanti.


Masukkan susu cair, gula dan tepung custard. Masak di atas api yang sederhana. Kacau custard sampai masak.




Tuang air buah nenas ke atas kek tapi jangan terlalu banyak nanti kek jadi lembik. Itu jadi kat kek aku. hihiih. Kalau nak elok je kek dengan custard bercantum simpan dalam fridge semalaman. 

Dah masak custard boleh la curah atas kek tadi. Susun buah atas custard dan sila sejukkan dalam peti ais.


Makan sejuk-sejuk amatla nikmat. Selamat mencuba.

Jun 26, 2016

Shopping Raya online.. expectation vs reality

As Salam

berkenan baju ni
Tahun ni agak berbeza sambutan dan persiapan Raya.
Puan blog masih lagi dalam keadaan berpantang.

Dan secara rasminya suami menggalas tugas untuk cari kelengkapan anak-anak untuk beraya.
In sha Allah 3 hari sebelum Raya genapla pantang ke 44 hari.

Dapatla merasa juadah Raya. Andai di izinkan Allah.
Hari tu lepas gian ikut mak dan suami cari baju Raya.

Tak banyak gerakan Cuma bila turun naik tangga lutut memang lari.
Terus panik. Lutut macam beralih arah. Kih3.
Mana taknya hari ke 23 berpantang dah keluar bandar bawak baby dan pilih baju Raya anak dan suami.

Baju aku memang tak sempat nak cari la.
Cuma sempat grab dua helai shawl.
Dan sedar diri tak mampu jalan jauh maka bershopping online la.

Kalau ikut pengalaman aku ber shopping online sebelum ni
Membeli di alam maya ni memang la berisiko dan agak leceh.
Pastu pernah beli then kualiti kain tak memuaskan.

Mula-mula happy sebab harga dan pilihan yang banyak, tapi bila bab kualiti memang fail. 

Frust sangat.

Tema tahun ni warna pilihan Ikhwan, warna merah,
Seram bayangkan abah dia berkelipan dengan warna merah tu. hahahha.
Jadinya gigih la search kat Facebook cari idea dan paling penting the right size.
Berkenan banyak baju tapi stock tak available. Sadis.

Last sekali pilih satu baju then buat bayaran.
Bayar Isnin, Jumaat baru selamat sampai.

Sayang baju corak cantik tapi baju yang diterima agak tersasar dengan gambar ilustrasi.
Ditambah dengan minimal defect, kain macam kesan iron terbakar atau jahitan teruk di bahagian punggung.

Rezeki puan blog, penjual nak ganti baju baru. Yeay.
Semoga baju sempat sampai sebelum Raya.  


agak berbeza kan terutama dari segi colour.. 



Jun 24, 2016

Cegah sebelum parah - Rahsia Ulam - Ulaman

As Salam, 

Aku kongsikan untuk kebaikkan bersama. Dapat dari group whatsapp keluarga. 

Dan memang ada antara sayur-sayur ni mak aku ajar makan dari kecil. 

Mencegah lebih elok dari mengubati ok. 








Viral - Kes Cabul Kanak-Kanak 6 tahun

As Salam, 

sumber facebook

Viral kat Facebook pasal suri rumah yang jadi saksi dan laporkan pada pihak polis kes cabul budak berusia 6 tahun. Berlaku di Kota Tinggi Johor.

Astagfirullahalazim. Masyarakat kita semakin tenat.  

Walau dalam FB tak mention pun apa agama saspek, tapi aku percaya setiap agama melarang keras perbuatan tu. Apa salah anak kecil tak berdosa tu. jadi mangsa kerakusan nafsu manusia. Syaitan.

Aku ingat lagi, pernah dulu,aku habiskan masa lapang selepas SPM, aku sempat kerja sementara di kedai baju di Klang. Aku masih ingat masa tu cuti Tahun Baru Cina. Aku dan seorang lagi pekerja perempuan Melayu dipaksa bekerja.

Kebanyakkan kedai sebaris dengan kedai tempat aku bekerja tu tutup dan mujur kedai sebelah jual carpet  bukak. Atleast tak la sunyi sangat. Masa tu tak fikir langsung tentang keselamatan. Ye la. Kami berdua je perempuan. Buatnya perompak datang merompak acu pistol memang mati katak kat situ la.

Dijadikan cerita, di tengah hari yang panas lip lap ada seorang lelaki naik motorsikal dan tutup mulut dia dengan kain towel good morning (ni mak aku je yang panggil tuala good morning, pasai apa xtaw) pastu lalu usya line dua tiga kali depan kedai aku kerja.

Elok kali ketiga dia lalu dia berhenti betul-betul depan kami berdua dan tunjuk kemaluan dia sambil sengih-sengih. Walau muka dia separuh je aku nampak tapi kegembiraan terpancar jelas kat wajah dia. muka puas. Binatang sungguh. Masa tu kami tengah duduk area depan kedai sambil tunggu customer.

30 saat pertama aku terpegun tengok mamat tu sebab masa tu aku tak paham apa dia cuba tunjukkan. Aku cuma nampak dia tengah gerak-gerakan (kibarkan) sesuatu kat raga motor. Lepas satu minit baru sedar dia tengah syok bermain dengan kemaluan dia sendiri.

Apa lagi terus menjerit la kami berdua. Kelam kabut pergi kedai sebelah minta tolong. Tak sedar air mata mengalir, tangan menggeletar, suara tersekat-sekat. First time kena macam tu. mamat tu terus blah, panic sebab kami menjerit.

Peristiwa itu la yang ajar aku kenal erti lelaki gila seks. Peristiwa hitam yang sampai bila-bila aku akan ingat. Syukur Allah selamatkan kami dan tiada perkara buruk berlaku. Dan aku terfikir, kalau la aku di uji seperti suri rumah tu, sesungguhnya sangatla berat bebanannya.


Aku doakan baik suri rumah mahupun adik tu di anugerah kekuatan lebih dari biasa untuk menghadapi ujian Allah ni. Dan juga untuk keluarga mereka yang terlibat. Allah Maha Mengetahui apa yang terjadi. 

Terjebak akhirnya. Biskut popia salut coklat Nestum.

As salam,

Kan meriah kat Facebook orang share resepi kuih raya, juadah bukak puasa la memacam lagi. Pengaruh facebook, sorang nak buat yang lain pun nak buat. Walau tiada bakat. Kihkihkih.

Aritu viral ice cream Malaysia aku terjebak buat jugak. Kali ni terliur nak cuba Popia coklat salut nestum tu. bahan-bahan pun simple dan penting murah. Kalau tak menjadi tak la menyesal.

Popia salut coklat Nestum;

Bahan-bahan:

1 paket kulit popia  standard size yang besar tu – aku potong 6 tapi aku rasa panjang sangat better potong 12.
1 bar coklat masakan – cairkan guna kaedah double-boiled
Minyak masak – aku lupa nak beli butter. Sukatan agak-agak je supaya coklat senang mengalir.
Nestum
Air – untuk dijadikan gam. aku malas bancuh tepung guna air melekat jugak.
Straw – nak gulung kulit popia
Minyak masak untuk menggoreng.

Step:

1.      Gulung kulit popia then goreng.
2.      Cairkan coklat then masukkan popia yang digoreng. Masa aku buat coklat tu memang sedang elok cukup nak salut semua popia jadi aku campak je dalam bekas aku cairkan coklat. Jangan risau kulit popia tu tak mudah pecah dan masih rangup.
3.      Tabur nestum dalam dulang dan Golekkan kulit popia bersalut coklat dengan nestum. Susun dalam bekas. Letak dalam fridge kalau nak hasil lagi power. Aku tak sejukkan pun ngap terus, sedap jugak.


Selamat mencuba. 

*pic credit to Bake N' Flake. Siapa nak beli contact la sendiri. ni aku dapat kat Facebook. Aku punya tak sempat nak snap picture. 

berbaloi kalau buat sendiri tapi kalau dah malas kau beli aje lah. 

Jun 19, 2016

Entry khas sempena Hari Bapa. Khas buat suami.

As Salam,



Tak pernah pun celebrate Hari Bapa sebenarnya. Cuma excited bila rata-rata wish kepada Bapa milik mereka. Aku pun tak ketinggalan wish suami kat FB and IG.

Sebelum post puas perah otak nak buat ayat. Dah siap karang fikir pulak baik buruk kalau post. Last-last post jugak.

Sebelum sesiapa terasa geli-geli dan nak muntah baca entry ni lebih baik cepat-cepat tekan butang pangkah atas tu. hahhahahah. Ya ini entry up suami sendiri.

Entry ni pun sebagai tanda penghargaan dan terima kasih kepada suami yang bergelar bapa kepada dua anak aku. anak kita ye suami..

Kalau nak puji orang kemain mencurah-curah idea di ladang gandum, bila nak puji suami sendiri..ermmm sendu. Malu agaknya. Terlalu banyak benda nak dipuji.

Aku bukan la jenis yang mudah menutur kata manis, beri puji-pujian. Romantik, jiwang ni hoi jauh sekali.

Untuk suami kalau awak baca ni; Terima Kasih

+ Selalu ingatkan kenapa Allah jodohkan kita berdua.
+ Tak pernah putus asa untuk teruskan hubungan kita.
+ Menjadi kawan baik, sparring partner, teman pencadang, pendengar setia, pengkritik tetap dan     banyak lagi.
+ Menjadi abah terbaik di mata kami anak beranak.
+ Sentiasa sabar dan mendahulukan kami dalam apa jua situasi.
+ Berkorban wang ringgit dan menggembirakan hati kami.
+ Banyak lagi yang mungkin tak tertype kat sini. Semoga suami sentiasa sihat, dirahmati Allah dan semoga Allah panjangkan jodoh kita sekeluarga sampai ke syurga.

We love u so much.


#missionkeJannahtogether

Jun 18, 2016

Kisah lama - Throwback 2014 part 2

Pernah menulis dahulu tentang pelbagai rasa. Dah 2 tahun berlalu. Aku simpan dalam draft. Hari ni baru terdetik nak post. 

#Throwback 2014; Manusia dan rasa

Manusia ada macam-macam topeng.
Ada macam rupa, macam-macam perangai.
Perangai pelik yang paling menarik perhatian

Pelik sebab sibuk hal orang lain
Tanya soalan yang tak sepatutnya
Pelik sebab berani menidakkan hak orang
Pelik sebab gila kuasa
Pelik sebab kau yakin kau betul tapi cara kau salah

Bila tanya soalan bodoh lepas tu kau jawab sendiri


#Throwback 2014; Perasaan

As Salam,

Lama sungguh tak menaip weh. Taip delete,taip delete. Serba tak kena.  Busy dengan kerja kat office. Biasalah oktober ni bulan untuk office aku buat appraisal. Sebulan jugak tempoh HR bagi so sebulan jugak struggling menaip memikir dan berbincang dengan boss.

Bila hati sedih hati menangis patut tenangkan diri. Bebaskan dari hasutan yang negative.
Yang boleh menghancurkan. Yang boleh membawa kepada kemusnahan.
Makan hati dengan sekeliling tak bermaksud dunia itu hancur.

Kekuatan diri, kejernihan hati, kematangan perasaan. Harus dibidik tepat jantung hati supaya tertanam tertusuk dalam sedalamnya. Agar bila hasutan negative datang hati tak mudah goyang, mata tak mudah muntah.

Sibuk mengagungkan gajah di depan mata sampai bakteria baik dipijak dipandang sepi. Layan seminima mungkin supaya layanan kepada gajah adalah yang terbaik. Walhal bakteria paling banyak berjasa.

Satu sisi mendapat goresan dalam dan satu sisi Nampak satu cahaya harapan kebaikan. Penghargaan. Pentingkan diri dan tahu limit manusia. Tahu mana satu hak mana satu tanggungjawab. Tahu mana batasan tahu harga diri. Tahu mana bumi dipijak. Tahu bila satu ketika bila ketika semua di saat kehancuran masih ada satu tempat berpaut. Keluarga.

Masa yang singkat tak seberapa untuk menuju tempat abadi. Masih begini. Masih kaku. Hidup diteruskan walau masa tak banyak. Jangan terbang tinggi-tinggi kalau takut patah riuk.

Punya satu cita-cita supaya dapat berbakti kepada mak. Menjaga mak di usia tua. Memberikan yang terbaik kepada mak. Membuat mak berasa gembira. Menurutkan segala kemahuan mak. Buat mak sentiasa tersenyum. Jauhkan kekusutan dalam hati dan fikiran mak. Mahu lihat mak sihat dan senang beramal ibadah.

Dengan apa yang ada sekarang, hanya sempat melakukan yang termampu. Pujuk mak tinggal bersama. Umpan mak dengan cucu dan makanan sedap. Dan selalu tak berjaya.


Kisah lama - Throwback 2014 part 1

Pernah menulis dahulu tentang pelbagai rasa. Dah 2 tahun berlalu. Aku simpan dalam draft. Hari ni baru terdetik nak post.

#Throwback 2014; Impian

Tahun 2014 sebenarnya banyak impian. Impian nak memajukan diri dan keluarga. Tapi kalau setakat impian tanpa usaha memang tak tercapai la. Salah satu impian ialah menjana pendapatan dan menjadi lebih kaya. Kaya dari segi rohani dan jasmani.

Hari-hari cuba jadi positif dan elak aura negative. Nak rendahkan ego dan jadi manusia yang lebih baik. Banyak cita-cita tapi masa dan kesediaan diri tu macam kosong sangat.

Bila tanya pernahkah Solat Tahajjud sepanjang 28 tahun hidup? Malu nak mengaku. Solat hajat dan Istikharah pernah la buat dulu itupun bila nak exam, pastu bila nak berkahwin. Bila susah dan nak mintak sesuatu. Bila senang cepat je aku tinggalkan.

Wah manusia. Memang macam ni sikap. Nak yang terbaik. Nak kaya tapi selalu lupakan Pencipta.
Nak disiplinkan diri tapi selalu letak alasan. Payahnya macam suruh jogging keliling tasik titiwangsa. Ha macam tu la keadaan bila nak set diri supaya nak Berjaya. Contoh kat pejabat, nak siapkan report. Tapi bila pandang report, otak mula tak focus. Malas makin menebal. So kerja akan tertangguh. Pemalas.


#Throwback 2014; Rasa yang pedih.

Apa aku rasa hari ni tak akan pernah sama rasa untuk hari esok
Hari ini puas aku cium anak aku ikhwan hafeez
Entah esok lusa dia akan tolak aku

Mahu keadaan ini pegun, beku bia selamanya aku berpeluang cium dia
Bila dia semakin membesar, belajar banyak benda
Teringin nak rakam segala benda, setiap detik
Setiap hari tak pernah sekalipun dia lupa sebut “ sayang mama”


#Throwback 2014; Surat untuk abah

Assalamualaikum.
Kehadapan abah yang kini berada di alam lain. Semoga abah berada di bawah lindungan dan rahmat dari Allah s.w.t. Moga satu hari nanti kita sekeluarga dapat berjumpa. Rindu pada abah membuak-buak. Moga dengan izin Allah.


Jun 17, 2016

Mama Mata Panda

As Salam.

Hari Jumaat yang penuh barakah In sha Allah
Ramadhan hari ke 12
Raudah Sakinah berusia 29 hari

Ohoi kalau dulu orang mengeluh tak dapat tidur malam, anak meragam aku hanya mampu kata sabarlah itu bahagian kau. 
Be strong. 

Ujian.

Sekarang bila turn aku pula bermata manda. Sesak nafas oi.
Bukan aku beza-bezakan anak. 
Pengalaman kan?

Tapi kalau abang dia dulu, Ya Allah.

Sebaik-baik baby. Menangis minta susu sahaja. Itu pon tangisan pendek.
Tiada rajuk, tiada lagu nangis sendu.
Sepanjang pantang aku berehat sempurna. Kualiti tidur first class.

Sekarang.

Berbeza memang berbeza.
Adik lebih menunjukkan perasaan dia.
Lebih ber ekpressi. Tahu setiap anak beza lakunya.

Allah Maha Adil kan.

Kalau dulu luka jahit bersalin agak teruk; Allah permudahkan kirimkan Putera kacak penyejuk hati.
Sekarang luka jahit tiada la seteruk mana; Allah hantarkan peringatan yang Puteri comel ini adalah amanah yang perlu dijaga sempurna.
Tanda ingatan Allah pada hambaNya.

Perancangan Allah tak pernah tak sempurna.

Yang Benar,
Mama Mata Panda.

Jun 15, 2016

Kisah benar..Life experiences..skim Ponzi..ajakan jemaah Tabligh

As Salam..

KIsah satu: Skim Ponzi

Dua hari lepas saudara sedarah sedaging call mak. Rancak berborak.
Butir-butir perbualan aku dengar, pasal duit, boleh percaya ke, nanti la fikir dulu dan nanti call semula.
Dah tak sedap hati bila mak sebut pasal duit ni.

Ada orang nak meminjam ke? Jual ubat lagi ke? Mak tu senang terpengaruh.
Agak-agak dah nak habis perbualan mak pass telefon pada aku.
Tadah telinga pula dengar penjelasan.
Ajak join project signboard katanya. Ada pakej pilihan serendah RM300.
Dijanjikan pulangan paling awal seminggu, paling lambat dua minggu.
Ah sudah. Kena kencing ni.

Kalau ambil pakej RM300 nanti dapat pulangan RM600, dah tiga kali akak dapat pulangan.
Itu testimoni kalau join pakej kecik.
Tarik nafas; aku cuba nasihat selembut habis. Risau di cop kurang ajar.
Orang kalau dah terpengaruh dan ada bukti dapat pulak pulangan memang gelap mata la.
Moga akak tak terjebak jauh. Aamiin.

Kisah dua: Ajakan Tabligh

Aku memang tak tahu sangat cara dakwah Tabligh. Jadi tak mampu comment takut jatuh fitnah.
Yang pernah tengok mereka duduk di masjid dan akan bergerak berkumpulan pergi ke rumah-rumah orang sampaikan ilmu.
Ajak ke arah kebaikkan.

Dijadikan cerita anak saudara umur 14 tahun lelaki; diajak join dan setuju untuk keluar rumah selama 3 hari.
Ikut janji jumpa lepas isya’ di masjid Felda sebelah.
Mintak izin ibu ayah dan pelik bila orang tu pesan jangan bawak kad pengenalan.
Tak banyak aku bersoal siasat dengan assumption ibu ayah dia dah tahu detail segala benda.
5 minit lepas ayah dia hantar anak saudara aku pulang semula ke rumah.
Muka pucat, kata macam kena pukau masa solat Isya berJemaah tadi.
Kawan-kawan dia dalam belasan orang yang solat dan berada si saf belakang ditepuk bahu dan terasa di awangan.

Separa sedar.

Selesai solat rasa tak sedap hati dan mereka baru terdetik nak rujuk imam setempat.
Imam dan jawatankuasa masjid tak tahu menahu Jemaah Tabligh yang ajak keluar berdakwah.
Bayangkan kalau mereka teruskan rancangan ikut Jemaah tu.
Kalau hilang tak balik siapa je yang tahu kisah mereka.
Kenapa sasarkan budak-budak semuda tu, kenapa bukan lepasan SPM? yang banyak masa lapangnya.
Anak saudara aku kata, petang sebelum kejadian;
ketua Jemaah tu sempat pesan suruh naik van pergi dahulu ke tempat mereka rancang tu
Dan mereka akan menyusul kemudian.
Dan apa yang terjadi dengan izin Allah. Syukur tiada yang buruk berlaku.

Alhamdulillah.



Jun 11, 2016

Tersingkap tirai kenangan zaman sekolah

As salam.

Singkap tirai kenangan zaman persekolahan.
Banyak cerita banyak kisah gembira, kisah sedih.
Kerana orang-orang yang pernah hadir dalam hidup aku menjadikan siapa aku sekarang.
Kawan gelak, kawan menangis, kawan buat jahat.




Aku tak ramai kawan perempuan.
Satu-satunya kawan rapat aku budak Felda sendiri; Tini bt Johari
Atlet sekolah. 
Kenapa aku kawan dia? banyak sangat istimewa nya dia.
suka imbas balik kenangan bila baca surat2 kami utuskan sesama sendiri.
itu dulu. Sekarang masing-masing dengan komitmen sendiri.




30 tahun aku hidup dan berkawan; ada beberapa insan yang aku rasa kesal dalam perhubungan.
Paling yang memberi kesan kalau perhubungan yang bermula dengan baik dan diakhiri dengan kenangan yang seakan mengkhianati persahabatan tu sendiri.

Atas alasan tersendiri, penerimaan, dan pemahaman.
Aku takut bila aku meluah rindu pada kawan lama, salah paham berlaku.
Lillahitaala. Aku berkawan kerana Allah.

Tak bermaksud aku akan hancurkan hidup dan hubungan orang lain.
Lama dahulu aku usaha, aku mencari. Akibatnya aku telan sendiri.
Aku tak pernah berhenti berdoa moga satu hari nanti aku akan terserempak dengan kau kawan.

Betapa aku rindu.

Aku nak hidup dalam ketenangan. Aku cuba terima kelemahan kawan-kawan lama aku.
aku cuba letakkan diri aku di tempat mereka.

Aku telan yang buruk aku hanya ingat yang manis dan baik.
Aku jugak tak sempurna. Dan juga mereka. 

Tahun ni aku doa aku dapat jumpa kawan-kawan lama aku.
Aamiin.

Terima kasih Allah, atas laluan kehidupan  yang kau tetapkan.  

Jun 8, 2016

Selamat berpuasa..

Selamat berpuasa semua.

Semoga diberi kesempatan merasai Lailatul Qadar.

Kali ni tiada rezeki nak berpuasa tapi rezeki menjaga anak kecil.

Ramadhan kali ini jauh dari suami.

Ramadhan kali ni tak payah pening kepala nak beli juadah berbuka.

Ramadhan kali ni tak payah berperang nafsu nak beli macam-macam jenis air batu.

Ramadhan kali ni hari-hari dapat tengok muka mak. Syukur. In sha Allah.

Alhamdulillah atas segala nikmat.

Doa yang baik-baik sahaja.