Nuffnang BH

May 26, 2016

Honest Review: Doctor Zana Gombak Medical Centre - Pengalaman & Pakej Bersalin

As salam, very short update since ada request from reader yang nak tahu pengalaman bersalin dengan Dr Zana di Gombak Medical Centre. Hi Ieda, hopefully entry ni membantu since Ieda tak mentioned pon nak tahu part yang mana so I assume nak tahu bab admitted dan layanan semasa bersalin. hiihihih.

Alhamdulillah selamat melahirkan anak kedua; seorang princess pada hari Jumaat penuh barakah seperti yang aku idamkan. Tak ada la idam sangat tapi hati tergerak memang kata akan bersalin on Friday. Detail lain aku cerita entry lain.

Pakej Bersalin & booking:

Start jumpa Doc Zana since kandungan 7bulan, bayaran deposit Rm1000 dibuat pada check up ketiga, bayaran selebihnya adalah selepas selesai bersalin. Ada dalam 5kali appointment (kalau tak silap) berjumpa dengan Doc sebelum bersalin. Ikut syarat sekurangnya 2 kali. Kos setiap kali check up dari range Rm75- Rm120 (urine test, ctg, ultrasound & consultation – berbeza setiap kali check up).

Walau waktu menunggu lebih lama dari check-up di KK tapi oleh sebab factor layanan Doc Zana buat aku selesa, selamat, dan mesra. Tolak tepi penat menunggu. Datang awal kalau nak awal sebab ramai gila datang check up. Aku selalu amik hari sabtu.

Bayaran bersalin aku ialah Rm 2,236 dan disambut oleh Doc Zana. Kos cover - bilik Rm 1,800 untuk satu malam termasuk breakfast, snack after deliver, dinner. Bayaran bersunat baby Rm70, ubat cucuk tahan sakit Rm 100++, pampers memang banyak aku mintak so diaorg charge jugak dan etc. kalau nak epidural dia charge Rm1, 000.

*kawan aku admitted pada kandungan 36 minggu, then disambut oleh bidan kat GMC since doctor Zana tak available masa tu. untuk dua hari di wad ialah Rm2,200. Doctor & Bidan bayaran berbeza.

Bilik, Layanan, & kemudahan:

Aku admitted pada pukul 4.30 pagi dan sebelum tu aku dah call siap-siap doc Zana kata air ketuban dah pecah. Bilik aku dapat nama Teratai, ada TV, attached bilik air, sofa untuk yang menunggu, katil, locker, almari siap dengan sejadah dan kain sembahyang. Bilik semua selesa. Ada bilik yang aku perasan tak attach dengan bilik air so kena berjalan keluar la. Rezeki aku kat situ. Boleh bawak toto untuk tidur kat lantai bagi siapa yang menunggu nak bersalin.

Layanan dari doc Zana superb, mesra, ramah dan tak kedekut nak jawab semua soalan mengarut. Dia selalu baca bismillah pastu ayat-ayat dia kelakar dan tak buat kita panic. Itu penting ye. Bonusnya, Doc Zana seluk tak sakit. Ikut je cakap dia, in sha Allah ok. Layanan staff nurse kat sana jugak bagus. Tekan loceng terus datang kecuali waktu memang ada kes. Bilik lain memang banyak so jangan takut la sesak ke apa. Masa aku bersalin memang tak putus orang keluar masuk.

Kemudahan lain macam parking sangat ok untuk pelawat dll, kedai barangan baby Manjaku sangat dekat in case barang-barang ada tak sempat beli, kedai mamak, runcit etc. waktu melawat start 9.30 pagi sampai 9.30 malam. Memang adik beradik aku berkampung masa petang lepas aku bersalin tu. diaorang pun puji GMC.

Apa lagi nak share ye.

So far itu sahaja kot. apa aku tulis adalah berdasarkan layanan yang aku terima, aku lihat dan rasai. Lain orang lain pengalaman nya. Buat Ieda jangan risau, masa admitted akan ada staff nurse explain pakej, charge, waktu melawat, waktu keluar etc. Dia akan bagitahu harga sebelum buat. Seeloknya suami ada sekali untuk dengar.

Nanti jumpa aku share pulak pengalaman bersalin anak kedua. Harap membantu.

May 12, 2016

#honestreview - Cream Leuna ... Buang bulu tanpa cukur

Assalamualaikum.

Kali ni nak buat review pasal satu cream ni. Ini bukanlah paid review. Oleh sebab aku dah pernah sapu empat kali dan tahu kesannya so muncullah #honestreview ni. Bukan satu kali sapu tapi tak panas macam Bella nak kurus ok. hahahahha.

Terpengaruh bila nampak iklan ni kat Instagram. Promote buang bulu tanpa cukur. Bulu apa? Segala bulu la. Sebab dah lama aku nak try buang bulu guna wax macam Norah hair removal tu. Wax yang harus dipanaskan dahulu then tampal kat bahagian nak buang bulu. Macam sticker.

Tapi I is penakut so tak mau sakit. Bertangguh la nak beli hatta banyak review kata tak sakit pon. Memang aku tak percaya. Sebab penakut.

Dan bila keluar iklan krim Leuna ni, terpengaruh la. Owner ig kata ada promotion masa tu, kira 30 pembeli terawal dapat harga istimewa dan free postage. Harga cream tu, RM60 ringgit untuk satu botol (40ml). Kecik molek dan ringan aje.

Dia cream putih macam cream shave tu, cara apply is sapu kat tempat bulu tunggu 10-15 minit then boleh sapu dengan tisu. Aku kan gelojoh, sapu pun ala-ala kedekut sebab nak jimat. Hahahha. Masa first aku try 5 minit je then sapu. Tak tanggal sangat. Masa second attempt aku gigih tunggu 15 minit dan sapu tebal sikit. Baru la berkesan. Gosok aje terus tanggal. Cream ni bau dia aku tak suke (xtaw nak explain, macam bau ubat) dan dia berangin kat kulit bila apply.

Punya la gembira terus bagi testimony kat seller. Excited kan. TAPI kusangka panas sampai ke petang rupanya hujan gerimis ditengah hari. Lepas dua hari aku tak selesa sebab bulu aku tumbuh semula. Hahahha. Tak ada la terus panjang tapi terasa la bila disentuh-sentuh. Ni aku try kat ketiak.

Loh dah sama je macam aku guna pencukur aje cepat je tumbuh semula. 

Aku tak rasa seller ni penipu sebab dia tak ada pulak cakap cream ni akan lambatkan penumbuhan bulu dan aku tak terfikir pulak nak tanya soalan bulu cepat tumbuh semula atau tak. Next time tanya ye kawan-kawan.

So aku agak kecewa atas factor itu. Ni kira part of marketing/selling strategy jugak. Kalau cepat tumbuh then pengguna akan terus guna cream sampai habis diaorang akan beli lagi. Untung company. Kalau tak silap aku product cream ni product baru company tu. so mungkin ada la kot penambah baikkan in future. Harapnya la.

Jujurnya untuk beli lagi mungkin tidakla. Baik aku guna petua traditional. Rajin dengan tidak je. Selain harga yang aku rasa agak mahal dan kesan-kesan jangka masa panjang yang aku tak ketahui so aku stop la. Dan malam tadi seller tu whatsapp tanya khabar. bagusla nak jaga customer.


Untuk sesiapa yang nak cuba apa product pon sila buat kajian dan baca review pengguna lain. Gunakan otak sebaik mungkin. lain orang lain kesannya. Dan ini hanya pengalaman aku yang guna cream ni sebanyak empat kali dan aku tak berniat nak jatuhkan perniagaan orang lain. Sekadar review jujur sahaja. Ambil yang elok ok. 

Update entry ni since ramai yang baca dan tinggalkan comment. Kalau nak cari product untuk buang bulu boleh follow instagram norahwaxwangsamaju_rodiah atau contact no aku 017-9270848. Aku recomend product organik yang in sha Allah dapat bantu selesaikan masalah. 

boleh refer link: 

Cream Buang bulu - Bahagian Satu
Tampil Yakin dan cantik tanpa bulu
Biar Norahwax bantu anda



May 11, 2016

Menjelang detik 38 minggu kehamilan.

Assalamualaikum.

Hari ni genap 37 minggu 7 hari. Semakin berdebar nak menunggu saat kelahiran anak kedua. In sha Allah semoga semuanya dipermudahkan Allah. Macam-macam yang terlintas kat kepala. Bersalin pukul berapa? Sakit yang macamana? Ada dengan siapa? Sempat ke nak pergi hospital? Dan macam-macam imiginasi lain.

So far official submit surat doctor kepada HR adalah pada 5hb May lepas. Jadi 6hb aku mula bercuti atas nasihat doctor. Menunggu detik 27 May. Memandangkan aku berulang alik ke office dengan menggunakan public transport so decided untuk habiskan masa kat rumah sementara menunggu detik-detik melahirkan.

So here I am.

Jumaat lepas, 6hb check up mingguan di KK. Alhamdulillah semua ok. Darah kena ambil dan nurse cucuk di bahagian siku. Kena hantar lab untuk uji hb, platlet, etc. Nurse explain, ujian darah yang dihantar ke lab diambil pada awal kehamilan, minggu ke 28 dan 36.

Kalau cucuk biasa untuk tengok hb tu biasanya nurse cucuk di hujung jari sahaja. Kali ni check nurse puji sebab aku berjaya kekalkan sticker putih kat muka depan buku rekod tu. ada sticker putih, hijau, merah, kuning dan boleh google apa maksud sticker-sticker tu. putih so far tiada apa-apa masalah sepanjang kehamilan.

Senyum jela. Alhamdulillah. Memang rasa lain sikit mengandung kali ni.
Disebabkan aku ni penakut jarum dan masa kandungan pertama aku dapat sticker hijau disebabkan hb tak cantic so kali ni memang aku betul-betul menjaga. Kesedaran tu banyak sikit la berbanding mengandung kali pertama.

Untuk cantikkan hb, kawal nafsu makan, berat badan, pedih ulu hati aku memang amalkan jus delima. Jenama favourite aku Gulsan. Aku dah try jenama lain yang murah sikit tapi Gulsan juga tetap di ahti.
Alhamdulillah berat naik 10kg je kali ni berbanding 13kg masa first baby. Hb aku cantik aje. Pastu aku memang banyakkan makan iron tablet. Awal kehamilan aku makan obimin sebab folid acid buat aku mual. Dari 7 bulan ke atas aku makan VCO.

Disiplin kan diri untuk elak susahkan diri dan baby di kemudian hari. Kali ni mengidam makanan pun  tak adalah over sangat. Dapat dikawal. Cuam cepat menangis aje.
Cuma dugaan heart burn bermula kandungan 6 bulan, then stop jap 7 bulan dan datang semula pada kandungan 8 bulan. Dan now dua hari berturut menahan sakit. Makan jus delima pon sekejap je hilang. Hai la ujian.

14 may ni in sha Allah ulang tahun  suami ke 33. Kalau diizinkan mana tahu anak kedua lahir pada tarikh yang sama. Suami tak habis-habis ulang suruh anak dia keluar tarikh tu. in sha Allah tarikh tu jugak pergi check dengan Dr. Zana di GMC. Kalau makbul permintaan suami, senangla urusan. Sekali check dengan admitted terus. Amboi cita-cita. Hahhahaha.


Ok kalau diizinkan Allah aku menulis lagi. Semoga aku dipermudahkan urusan bersalin. Aamiin. 

May 5, 2016

Video confession perempuan gemuk yang emosi sebab krim kurus tak panas . Bella.

Assalamualaikum semua.

Pagi tadi tengah belek-belek FB terumpa Video Si budak Pompuan nama Bella.
Kelakar la hoi. Dia marah penjual product Melayu yang menjual product untuk kurus.

Aku syak seller tu recomend dia cream sapu-sapu terus kurus agaknya.
Sebab Bella complaint pakai tak panas pun. Macamana nak kurus.

Mungkin dalam otak bella fikir bila panas akan membakar lelemak di badannya.
Paling kelakar sekali pakai terus nak kurus ye pompuan?

Ko ingat magic ke apa?

Hoi tak panas la bagus. Aku ni dedulu pernah try jugak cream nak kurus bagai ni.
Usia muda kan, cepat la terpengaruh mana tahu kot berkesan.

Sudahnya pakai sekali aje.
Aku pakai malam tu macam nak meninggal effect dia punya panas dan menghakis.
Kena pulak peluh. Perghh bagai kulit di curah acid. Hahahhahha.

Sekali tu jela pakai. Pastu aku give up. Buang duit aje.
Mahal ok. Dalam RM160.

Pastu usaha aku nak cantik tak pernah pudar, aku terpengaruh beli pulak collagen.
Si Hanis Zalikha jual tu, masa tu yang serbuk taw. Tak ada cecair yang macam sekarang.

Tourjours ke apa nama.

Aku dapat minum dua kali aje. Sebab dia rasa sisik ikan.
Bluek nak muntah. Itu mahal jugak tu hahahhaha.
End up aku kasik kawan aje. Tahu dak suami mahu marah.

Bila umur cecah 30 an ni, memang perasaan nak cantik kurus semua ada dik non.
Semakin meninggi nafsu nak cantik tapi masih sedar diri.

Kalau makan tak ingat dunia, malas nak exercise celah mana nak kurus woi.
Pastu supplement ni bukan la 100% penyumbang terus ko cantik.

Apa-apa nak buat kena ada ilmu. Bukan percaya 100% iklan kurus cantik ni.
Aku kesian jugak kat dia kena bash dengan netizen.

Tapi aku lagi kesian bila dia keluarkan kata-kata amarah kecam produk Melayu.
Pastu siap bongkak ada 10K la itu ini la.

Adui. Tak perlu dik non. Tak perlu la sampai begitu.

Ini semua ujian. Ujian untuk kita.
Generasi kita dah semakin hilang adap sopan. Malu tu tiada.

Islam semakin pudar. Mari sedar semua. Tengok diri dan anak-anak kita.
Hari ni hari Bella. Mana tahu esok keturunan kita.


Nauzubillahiminzalik.