Pengalaman Pemeriksaan Ibu Mengandung

Rodiah Amir
0

Pengalaman Pemeriksaan Ibu Mengandung Second Trimester

Ini pengalaman pemeriksaan kandungan semasa kandungan dah masuk second trimester. Ikut pengiraan pada tarikh 25 Nov 2015 aku ada pemeriksaan bulanan di Klinik Ibu dan Anak Setapak. Baby bump dah mula nampak. Ikut usia kandungan hari ini kandungan berusia 14 minggu.

Alhamdulillah dah selamat buat buku pink di klinik Setapak. Setakat ni klinik beri tarikh Estimated Delivery Date (EDD) ialah pada 27 May 2016. Hb darah cantik, pastu nurse kata nanti dah 24 minggu dia akan beri pula tarikh untuk minum air gula. terus monyok.

Bila tanya nurse kenapa kena minum sebab anak pertama aku tak kena pun minum air gula yang menyeksakan tu. Nurse terangkan oleh kerana Kementerian telah menetapkan minum air gula semasa hamil mengikut umur ibu mengandung. Ibu mengandung yang berumur 25 tahun ke atas diwajibkan ambil ujian air gula.

Ibu mengandung yang berumur dibawah umur 25 tahun mengandung tapi masih kena minum air gula maksudnya ibu tu ada sejarah keluarga yang menghidap penyakit kencing manis atau memang ada masalah kesihatan yang lain. 

Alahan Semasa Mengandung

Seperti hari-hari sebelumnya, alahan semasa mengandung masih lagi terasa kuatnya. Adalah ketika rasa berkurang tapi tak sepenuhnya sihat. Alhamdulillah walau diuji dengan alahan muntah tapi urusan pemeriksaan kandungan dia Klinik Setapak memuaskan hati.

Sebelum balik nurse beri tarikh (keesokan harinya) untuk aku datang semula untuk buat ujian HIV, kelamin dan sebagainya.

Apabila kandungan mencecah 17 minggu, aku baru mula rasa pergerakan kecil baby dalam perut. Jarak mengandung lima tahun tu buat aku rasa macam mengandung anak pertama pulak. Dapat la merasa dua kali tendangan comel dalam jarak 5 minit. ELok je aku tengah tengok tv.

Kali ni aku mengandung semua orang cakap aku nampak kurus. Oh yea semalam timbang berat 56.9kg (timbang kat office). Sah tak lain tak bukan mesti aku sebelum mengandung gemuk macam badak air agaknya. Masa mengandung aku muntah teruk, agaknya mengecut la terus. Memang aku tak boleh minum air masak langsung. Kalau minum confirm rasa nak muntah.

Pemeriksaan Kandungan Semasa Usia 18 Minggu

Aku pergi ke Klinik lagi untuk buat pemeriksaan bulanan pada 23 December 2015. Kandungan dah mencecah 18 minggu. Sepatutnya pemeriksaan aku kena datang pada pukul 8 pagi tapi aku terlewat sedikit. Jadi merasa la menunggu lama dan klinik sangat full. Hari yang sama juga ibu mengandung datang untuk ambil darah dan ujian minum air gula. Dekat Klinik Setapak memang ada hari khas acara minum air gula. Sekali jalan ramai-ramai supaya senang nak bancuh air gula kot.

Oleh sebab sebelumnya nurse puas hati dengan paras HB jadi untuk kali ni aku tak perlu dicucuk untuk ambil bacaan HB. Cucuk dekat jari je kot tapi aku memang tak suka. Selepas pemeriksaan bulanan, result tunjukkan keputusan air kencing baik, result darah pon ok.

Result pemeriksaan penyakit Kelamin and Thalassemia aku negative. Alhamdulillah. Kali ni nurse check degupan jantung baby. Bacaan jantung baby aku 151 per minit. Kira baik lah. Itu kata nurse. Oleh sebab tak ada apa so aku pon balik. Sebelum balik dapat la bekalan tambahan Vit B complex, Acid folid, dengan Vitamin C. Alahan muntah semakin kurang. Syukur sangat.  Alhamdulillah. Cuma kena elak perut masuk angin dan makan pada waktunya. 

Kebiasan aku pukul 5 petang selalu lapar so kena sumbat biskut supaya perut ada isi. Now selesema dah berapa hari dengan batuk sekali. Kegemaran mengandung kali ni suka sangat dengan rojak buah. Hoi sedapnya. Tekak aku kurang terima buah-buahan fresh. Ya ampun pelam lemak manis menjadi pilihan.  

Kandungan mencecah usia 20 minggu

Alhamdulillah genap 6 January 2016, bermaksud baby dah berusia 20 minggu. Temujanji seterusnya dalah untuk scan baby. Alhamdulillah semua ok. Hanya check tekanan darah, berat badan dan scan dengan doctor. tapi waktu menunggu kus smangat lamanya.

Muntah bermula semula. Start di awal kehamilan stop skejap masa 3-4 bulan then 5 bulan menjelma semula simptom. Perut masih kecik dan tak ada pon orang offer tempat duduk dalam train. ok fine tak nampak lagi perut. Kali ni suami teman sebab amik cuti untuk register Ikhwan Hafeez sekolah semalam. Baru dia tahu seksanya menunggu untuk check up. Penat.

Bila baca semula Pengalaman Pemeriksaan mengandung untuk second trimester rasa tak percaya aku boleh harung dugaan tu. Walaupun beribu dugaan datang aku cuba tangani dengan baik. Seriously mengandung ajar aku lebih kuat demi anak. Paling utama, kesihatan anak dalam perut aku ni. Moga nanti dia lahir semuanya baik-baik sahaja.


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)