Nuffnang BH

Mar 30, 2016

Lagi Info tentang Pusat Rawatan Sonotron di Melaka

Assalamualaikum. 

Selamat pagi. Semoga kita semua di bawah rahmat Allah. Sihat dan bertenaga.  
In sha Allah.

Tadi check kat dashboard blog, dekat search keywords banyak betul orang cari info pasal Terapi Sonotron.

So aku terpanggil nak share lagi info pasal pusat rawatan yang menyediakan khidmat terapi Sonotron ni bertempat di Melaka Bandaraya Bersejarah[Durian Tunggal].

Untuk yang tak tahu;

"Rawatan Terapi Sonotron merupakan rawatan bebas pembedahan kerana dikendalikan secara luaran oleh pakar terapi. Terapi sonotron memberi kelegaan serta-merta tanpa penggunaan ubatan atau dadah. Menggunakan teknologi Amerika Syarikat, mengeluarkan PANCARAN DISCAJ KORONA BERFREKUENSI RENDAH (0.43 MHz)"

Nak tahu lebih, boleh baca entry aku yang lama tentang  terapi sonotron dan share pasal info dan lokasi. 

Aku mencari masa tu sebab mak aku kena gout yang teruk.
Jujurnya aku masih belum berkesempatan nak bawak mak untuk cuba terapi Sonotron ni.

Mungkin ada rezeki in future  boleh la.
Lagi pun kesihatan mak aku beransur pulih dengan cara ubatan lain. Alhamdulillah.

Alang-alang mencari mencari memang aku ada follow satu facebook page klinik terapi Sonotron.

Nama dia Pusat Rawatan An – Nur.
Page dia masih aktif sehingga march 2016.
Jadi siapa yang teringin nak cuba boleh contact and follow fb mereka.


alamat lengkap dan detail
untuk semua umur dan harga yang aku rasa masih lg mampu bayar
Harapnya membantu sesiapa yang ingin mencuba, dan share la keberkesanan dia kalau dah cuba ok.

Mar 25, 2016

Cadangan tempat makan Steak puas hati... Menate Steak hub

As salam semua,

Minat aku terhadap makanan memang tak dapat dipisahkan.
Kalau bagi aku, semua aku tak tolak. Aku memang suka mencuba. Terima kasih Allah.
Amat berlainan dengan suami yang lebih banyak tak minat dari minatnya.

Rugi betul. Dan memang tak pelik sebab aku dah jumpa orang yang memang tak makan buah..sayur dan segala mak nenek makanan pelik-pelik.
Rugi satu nikmat syurga dunia. Syurga sementara.

Beberapa bulan lepas (baca tahun lepas) aku ambil peluang ajak suami makan steak di Menate selepas terpengaruh dengan viral yang Azwan Ali maki peminat tu.
End up restaurant tu yang popular. Rezeki dia.

Aku sekeluarga makan dekat branch Wangsamaju yang betul-betul depan Wangsa Walk Mall tu.
Rasanya branch tu masih wujud.
Kalau tak korang boleh pergi Menate branch Jalan Genting Klang kat Danau Kota tu. Lagi luas dan selesa.

Step dia, sebelum pilih seat, pergi pilih daging (beef or lamb), then ko cakap la ko nak steak ko di masak macamana.
Makan dan bayar. Boleh pulang dengan hati gembira.
Air free flow dan bayar untuk makanan je. Harga masih mampu bayar.

Ikut la protion mana korang pilih. Makin tinggi kualiti daging makin mahal la.
Ukur daging di poket sendiri. aku ukur di poket suami. J

So far aku puas hati. Alhamdulillah. Nak repeat tak tahu bila lagi.  

hari tu nak try medium well sekali masih ada merah-merah. Geli geleman nak makan. kata Well Done worst ever steak harus la elak kan. hahahha suami amik well done terus nak mintak sikit. 

makanan lain pon ada and harga berpatutan

yang ni aku punya..ni lamb apa tah bahagian dia. Medium well

sebab rindu dan sedap aku up dua kali gambar dia

suami pon amik lamb tapi bahagian lain. ni la Well Done ok

ini anak aku punya. nampak kosong tapi terasa la flavour dia. Sausage dia sedap woi. 

Mengandung dan kena food poisoning..seksanya..

As salam.

Semalam hari yang mencabar bila malam after 11pm, perut start tak selesa.
Angin  bergolak dalam perut.
Memang selalunya aku susah nak lelap mata bila kandungan 28 minggu ke atas. Macam first pregnancy dulu.

Tapi kali ni tak boleh tidur campur tak sedap perut, mula la sapu minyak kat betis dan belakang badan.
Tak tahan punya pasal. Cuba bawak tidur tapi tidur sambal merintih.

Perut sakit. Elok pukul 2.00 pagi aku bangun minum jus delima bancuh air sikit pastu terus muntah.
Muntah yang keluarkan semua isi perut aku makan malam tu.

Dan muntah tapi masih perut tak selesa.

Alhamdulillah, boleh buang angin tapi buang air besar memang tak ada rasa langsung.
Cuba tidur semula, tidur-tidur ayam.

Kali kedua muntah teruk pukul 4.00 pagi. Kali ni perut betul-betul kosong.
Memang kepala pusing, dan rasa nak rebah je.
Mintak suami urut apa yang patut dan tidur mengerang sambal berpeluh seram sejuk.

Berselimut. Seksanya ya Allah.

Bila suami and anak bersiap nak pergi kerja dan sekolah, aku baru nak cuba tidur dengan tenang.
Dapat la lelap sekejap pastu bersiap pergi jumpa klinik.
Alhamdulillah walau perut meragam, anak aktif dalam perut.

Risau dia tak selesa macam aku, pergi klinik dekat dengan rumah.
Sebab nak kejar masa, tak dapat nak pergi klinik mengandung aku tu.
Pergi klinik biasa ni so consultation dia tak ada la focus kepada ibu mengandung.
Jawab pon sepatah dua kata.

Lepas balik dari klinik makan roti, pisang dan limau.
Itu je yang selera. Banyakkan minum air masak, 100+, dan aku memang tak tinggal jus delima tu.

Alhamdulillah, belum recover sepenuhnya tapi boleh dah pergi kerja.
Apa aku belajar bila sakit macam ni, kena bijak tentukan apa next action.

Nak terus pergi hospital? Nak tunggu? Apa kena makan? Apa punca sakit?
Yang penting jangan gelabah, fikir dengan waras dan banyakkan berdoa.

Agak-agak sakit berlanjutan dan baby kurang movement cepat-cepatla ke hospital.
Buku merah jangan lupa bawak.

dapat ubat angin dan muntah



Mar 15, 2016

Bila dapat CPUV campaign apa perlu buat?

As salam..

Kih3 ok gelak dulu. Harap semua sihat belaka.
Tadi tergerak hati la nak check account Nuffnang sebab saja nak checks apa berlaku dengan semangat aku nak menjana income dengan Nuffnang.

Walaupun tak banyak pun aku tahu macamana nak buat duit dengan Nuffnang tapi gigih la buat pembacaan.
Walau ada yang tak faham dan buat-buat paham. Hahahhaha.
Tapi aku masih belajar untuk fahamkan.  

Jadi jadilah seperti Rodiah, Rodiah tak putus asa nak belajar pasal Nuffnang.
Sebenarnya bukan banyak pun naik tapi sangat excited sebab siapa nak kasik even 0.20 sen kan?

Ok, bagi beginner yang macam aku ni yang terkapai-kapai apa nak buat bila ada campaign yang sedang berlangsung.
Dan tertanya-tanya apa langkah seterusnya? Dan macam-macam lagi persoalan lain maka teruskan la membaca.

Harapnya boleh membantu walau tak seberapa.

Macam ni, bila korang check kat bahagian Earnings kat account Nuffnang korang then nampak campaign status yang sedang on line maka tandanya Nuffnang telah memilih blog korang sebagai platform untuk meng advertisekan iklan mereka.

Semakin banyak CPUV campaign yang masuk semakin tinggi potensi $$ akan di creditkan ke account kita.

So bila dah dapat campaign jangan segan-segan nak update entry selalu untuk welcome reader visit blog kita. Visit tinggi mean $$ tinggi.

Ada paham?

Tahu kan dua jenis income Nuffnang kasik:

CPUV (COST-PER-UNIQUE-VISIT) CAMPAIGNS – Nak dapatkan CPUV ni kena maintain kan unique visit ni atleast 100 view sehari. Bila Nuffnang dah aware unique visit kita tinggi so janganla Semangat update blog tu merudum. Kena active.  Maintain kan untuk naikkan lagi $$.

CPC (COST-PER-CLICK) CAMPAIGNS – yang ni setiap kali iklan kita di click so dapatlah income.
Ok saja nak share campaign yang sedang berlangsung: Sharp Air Purifier (2), Petronas – Experience 2B(3), dan yang tengah up kat blog aku jugak skang ialah Atria Book Fest Banners (3).

Hari tu dah baca pasal campaign Sharp Air Purifier, kalau baca semua kelebihan dia yang blogger buat review memang telan air liur jugak.
Memang tertarik tapi tunggulah pindah rumah baru dulu and tengok keadaan kewangan. Mana tahu ada rezeki.

Yang menarik mata aku ialah pasal World Book fest yang sedang berlangsung sekarang sehingga 27 March 2016 di Atria Shopping Gallery Damansara Jaya.

Aku membaca tak ada la gila sangat tapi minat membeli tu tinggi. Suami selalu sound-sound buku yang aku beli banyak lagi tak khatam.

Aku kalau stress masuk MPH mesti lega. Aku duduk dalam tu sejam pon tak apa.  
Itu saja kot aku rasa aku boleh share. Nanti aku tahu aku share lagi.

Harapnya rezeki aku dipermudahkan dan aku semakin rajin nak buat entry. Aamiin.

Untuk korang yang lain yang masih nak memahami selok belok Nuffnang aku ucapkan selamat berjaya.  :)


Kawan juga adalah satu bentuk rezeki

As salam,

Alhamdulillah. Dalam kehidupan, aku berjumpa dengan orang-orang yang aku boleh gelar lebih dari seorang kawan.

Aku anggap tak ubah macam adik beradik yang perlu aku jaga hati perasaannya.  
Perjalanan aku mencari yang betul-betul namanya kawan memang mencabar.
Rezeki aku berjumpa yang betul di tempat kerja.
Terima kasih kawan, anda tahu anda siapa. 


Dan aku juga berterima kasih dan menghargai kawan-kawan yang pernah hadir  dalam hidup aku semasa zaman kecil, zaman belajar dan seterusnya zaman bekerja.

Itu semua rezeki.

Aku pernah merasa dikecewakan kawan, ditinggalkan, keseorangan.
Semasa aku ditindas tak ada siapa yang stay di belakang aku. aku tak nak ulangi semua tu. serik.
Aku pernah menangis aku tiada kawan untuk meluahkan perasaan.

Ya, manusia berubah selari dengan peredaran masa. Dulu aku berdendam.
Tapi sekarang aku belajar melepaskan. Melepaskan rasa.
Nak tahu siapa kawan kita, tunggu masa kita sama-sama kesusahan.
Masa tu kau akan nampak mana satu kawan mana satu syaitan.




Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud: “Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

*gambar semua dari google image

Mar 9, 2016

Blood Sugar Result dan jumpa Doc Zana di Gombak Medical Centre (GMC)

As salam

Dapat call dari London weight Management offer pakej nak kuruskan badan. Macamana dia tahu aku gemuk sekarang ni. Hahhahaha.  

Ok back to topic last Monday monthly check up di Klinik Kesihatan Setapak. As routine, check urine for sugar & protein then HB, pastu dah menjengah 28 weeks so kena jumpa doctor untuk scan.
Dapat jugak MGTT result (minum air gula);  alhamdulillah bebas diabetes.
My Fasting blood sugar is 4.4 with reference range (3.5 – 6.0) [First cucuk]
Modified Glucose Tolerance Test is 7.3 with reference range <7.8 – normal, 7.9 – 11 Impaired Tolerance, >11.0 Diabetes Mellitus. [Lepas 2 hours minum air gula]

Keesokkan hari baru sedar yang lab test report ni ic number aku ada salah. ok cuak. Kang tetibe dia ckp kena buat lagi skali memang tak nak la.
Panic call lab KK Setapak then dia explain yang its ok result still valid Cuma typo sahaja. KK Setapak hantar blood ke panel poliklinik untuk dapatkan result.
Yg terjadi typo bila tulisan nurse macam cakar ayam then bila staff poliklinik buat data entry maka terjadilah typo.

Tapi no ic bukanlah satu-satunya rujukan untuk blood test tu. dia ada la no reference lain.
Lab kata boleh call direct poliklinik suh dia anta semula result test yg baru.
Apesal aku yang kena call? Bukan klinik? Tp soalan tu dalam hati jela. As long as result valid Tarik nafas lega.

Setel check klinik then terus lunch and menuju Gombak Medical Centre.
Pilihan aku dan suami untuk bersalin anak ke dua ni.
Sebab apa pilih, sebab dia Islamic concept, doctor pakar perempuan, agak dekat dengan rumah sewa sekarang, harga yang masih mampu.

Nak tengok detail tengok pamphlet bawah ni.tu je aku dapat kongsi.
Sila la rajin pergi soal siasat tentang pakej lebih puas hati.
Deposit kena letak ialah RM1K. Aritu staff kata tak payah lagi tunggu second check up baru bayar. 
Oh untuk booking standard term is minimal check-up dengan doctor pilihan adalah sebanyak dua kali.
Ada dua doctor, aku pilih Doc Zana since dia Doc pakar kat situ dan sorang lagi Doc Hamizah kalau xsilap.

Doc Hamizah pun tengah mengandung expect due date bulan June.
So amik precaution pilih doctor yang tak mengandung dan pakar la. Senang.
Doc Zana cantik, peramah, dan dia baca Bismillah. So ok la. Sejuk hati aku, sebab sebelum tu tunggu 3 jam sebab ada kecemasan.

It je kot nak share kali ni. Sekian.




Mar 1, 2016

Teringin dan gelagat peniaga

As salam..

Kisahnya petang balik dari kerja dari dalam train dah berhajat nk minum air mcm cha time tu. Pepanas kan sedap la minum.

Turun dari tangga stesen lrt nampak la gerai jual air2 coffee cafe ni. Standard price rm5. Dalam hati beli jela nak tolong anak muda..peniaga melayu islam pulak tu.

Lepas beli baru sakit hati sebab:

1. Air sedang2 je rasa dia.
2. Kat bunting dia ada tulis big cup rm5 small cup rm3. Bila mintak small cup..rupanya xjual. Eh tipu eh..
3. Lepas beli air lepak dekat-dekat situ sambil tunggu suami. Yg jual tu budak muda (2 lelaki), 3 orang termasuk la awek/bini yg bg moral support kot. Yang xbestnya masa xde customer boleh pulak awek tu usap-usap rambut laki tu kat tgh2 public tu. Yang laki buat muka kucing birah. Ada la adegan tu berlangsung selama 2 minit. Ko meniaga minuman kot. Kebersihan paling utama bro. Aku yg beli air ko ni geli geleman dgn perangai manja2 birah ko dicampur ragu2 tgn ko bersih ke tidak.


Yelah rezeki ko kan. Tapi aku doa moga ko insaf la and xulang adegan birah ko tu sebab ada la dlm 3 kali aku bagi jelingan maut kat ko berdua. Tak kisah la kalau korang dah halal sekalipun. Nak mesra-mesra kat rumah aje. Tp jarang la laki bini nak tunjuk mesra kat public. Hahahhaha



Bila anak kena chicken pox

As salam.

Alkisah Jumaat (19 Feb) lepas Ikhwan ditumbuhi bintik-bintik berair dekat badan.
Hati mula tak sedap dan terus bawa jumpa doctor favourite dekat kilinik dalam Aeon Alpha Angle Wangsamaju.
Tak lain tak bukan Klinik Ng dan Lee.  Dr. Abdul Rahman kalau tak silap nama dia.
Selain ubat yang sangat murah dan alhamdulillah ubat-ubatan serasi untuk kami sekeluarga.
Consultation pon ok tapi memang kena banyak tanya sebab doctor macam pendiam je. Hiihih.
Doctor sahkan Ikhwan kena chicken pox.
Alahmdulillah dia tak merengek cuma few days before kena memang dia layu aje.
Pastu memang kuat berangan. Rupanya biji-biji tu nak keluar.
Tanya serba sikit dan of course panic la takut berjangkit kat aku.
So far doctor kata ibu mengandung yang 3 bulan kebawah ada risiko affect heart baby dalam kandungan.
Ikhwan doctor nasihatkan jangan makan seafood. Yang lain doctor tak sebut pun.
Alhamdulillah.
So bergilir ganti cuti dengan husband. Nak cuti straight je macam tak best pulak.
Ini first time Ikhwan kena so aku expect dia mesti longlai habis.
Ternyata salah. Ikhwan steady aje, cergas alamdulillah.
google la jugak apa ubat/petua traditional.

Ada suruh minum air kelapa suruh keluar semua biji-biji tu.
Cari daun semambu untuk buat mandi dan kibas(apa nama perbuatan tu xtahu) bila gatal.
Pantang lain macam tak boleh menggoreng, menumis  takut nanti pesakit gatal merenyam.
Sehari aku tahan la tak menumis, goreng bagai.
Lepas tu aku kan jaga dia kat rumah, nak tak nak ada je aku goreng-goreng tumis-tumis ni.
Tawakal ajelah. 

Air kelapa aku tak kasik, aku takut nanti kasik dia keluar banyak then Ikhwan tak tahan.
So slow2 tunggu biji-biji keluar sambil tak tinggal ubat doctor.
Hari ke7 Ikhwan kena dia dah boleh pergi sekolah. Alhamdulillah.
Hopefully tak ada la meninggalkan parut kat kulit dia. 

Kesabaran kena tinggi bila jaga anak sakit ni.