Nuffnang BH

Feb 22, 2016

pedih ulu hati / heart burn & i hate u

Assalamualaikum.


Setelah beberapa minggu ni bertarung dengan sakit pedih ulu hati akhirnya aku surrender jugak makan Gaviscon. aku tak suka rasa dia.. yarkk
Sebelum makan Gaviscon macam-macam aku try and telan kot-kot serasi.
Tapi haprak. Tidak la jugak ok nya.
Mungkin la sikit kurang sakitnya tu disini. Eh.
Masa mengandung anak first dulu aku memang kena masa kandungan 6 bulan dan ke atas.
Last time aku tahan je kot sampai la dia hilang sendiri.
Tapi now dah berusia ni tak kuasa nk menahan je sakit tuh.

Kalau ikut pembacaan aku, ramai suggest:

  • kunyah chewing gum – habis je gula chewing gum terus rasa sebu pedih tu muncul kembali. Macam kurang dari 5 minit je sakit dia hilang. Pastu rasa semula.
  • Minum susu Dutchlady – full cream buat aku jadi pedih ulu hati + muntah, tapi minum low fat aku ok untuk setengah hari. Alhamdulillah. Sebab asyik lupe nak beli susu jadinya sakit tu selalu la.
  • Minum yakult dan seangkatannya – effect sama macam susu tapi sebab malas nak beli.
  • Letak minyak angin kat dada – ini selalu aku letak, dan kena usahakan untuk sedawa. Once sedawa gas keluar pedih t upon kureng.
  • Gaviscon – aku makan satu paket kecik tu. aku memang tak suka rasa dia. tapi sebab dah tak tahan makan jugak la. Aku makan dalam 11.30 pagi till now aku menaip pukul 4.34 petang rasa sebu dah tak ada alhamdulillah. Dengan izin Allah.

Harapla sangat dapat bebas dari pedih ulu hati ni.
Start awal mengandung sampai 4 bulan aku muntah-muntah yang teruk.
Dari 4 bulan ke 5 aku dapat merasa rehat jap. Selera makan ok.
5 bulan ke atas slow-slow pedih ulu hati ni hinggap.
Alhamdulillah selera makan bertambah baik.

Semoga kandungan dan kesihatan aku baik-baik sahaja. 

*beli gaviscon tp yg tablet ambil yg normal after pharmacist ckp tak elok makan selalu. takut effect apa-apa. 
credit to google image - kalau boleh amik yang normal punya sebab double action biasa org normal yg mmg gastric teruk. 


Makan dan gembirakan hati di Restoran Aroma Hijrah

Assalamualaikum.


Isnin menjengah lagi. Aku okey je dengan Isnin bukan tak suka hari Isnin.
Tapi tula, Isnin permulaan hari. Setiap yang mula ni kan amik masa sikit nak okey.
Alasan sungguh.

Nak cerita Sabtu lepas bawak Permaisuri hati lunch.
Dari rumah agak lambat sebab banyak kejadian yang tak disangka.
Dalam pukul dua sampai rumah adik di Syeksyen 19 Shah Alam, waze restaurant yang dingini dalam 2.30 petang sampai sana. Oh btw ni bukan la review berbayar.
Saja share pengalaman kot ada yang dah tak ada idea nak makan di mana. 


Suami dari hari tu cakap nak lepas hajat makan nasi Arab.
So tanya la rakan office mana nasi Arab sedap.
Dia suggest Aroma Hijrah. Guna waze memang boleh sampai. In Sha Allah.
Kaki melangkah masuk disambut dengan dessert dan barang-barang makanan lain yang kebanyakkan kedai Arab jual.
Susun atur kedai dan decorasi suami aku suka, Cuma Permaisuri je kata lampu mentol kuning tu sakitkan mata.
Tak buang masa, tengok menu dan order nasi set untuk 4 orang .
Banyak pilihan dan harga berpatutan.


Masa makan nasi macam tak sedar dah banyak kali tambah. Nasi dia panjang-panjang ok.
Ringan dan cepat mendarat di perut.
sos, sup, salad dia semua aku suka. Aku bagi 5 bintang.
Permaisuri makan bertambah maksudnya kena la selera dia. alhamdulillah.


Hasil pembacaan ramai blogger kata air paling laris pineapple plum.
Kami amik set untuk 4 orang dan tukar je air. 
Dapat nasi dalam dulang dan kambing dia bagi dua jenis (Grill dan moist masak dengan nasi)
Memang tak menyesal langsung. 
Kena la makan kambing pastu air masam-masam.
Kalau order ala carte pon xde la mahal sangat.
Husband kata boleh jadi our favourite place untuk lepas rindu pada nasi Arab in future.
Tempat ni aku recommend untuk buat reunion, makan bersama family.
Staff friendly, service cepat, dan makanan sedap.

 Nak tahu detail gambar & update post boleh lawat Aroma Hijrah Facebook dan siapa nak call atau waze boleh guna address bawah ni. 

Restoran Aroma Hijrah, TTDI Jaya, Shah Alam
+603-78321524
 Nasi Arab, Masakan Arab, Kambing
 Sun - Mon 11:00am - 10:30pm

Feb 15, 2016

Pekerja Bangaldesh vs robot.. Malaysia masih aman

As salam,

Tadi baca di kosmoonline, robot ancam berjuta-juta pekerja di Washington. 

Tapi di Malaysia di ancam dengan 1.5 Juta pekerja Bangladesh yang akan di bawa masuk dalam tempoh 3 tahun.


Apa nak jadi wahai Malaysia??  credit Kosmo and Sinar Harian Online.

Feb 12, 2016

kisahnya bila kena minum air gula waktu mengandung

Assalamualaikum.

manis dia 5 kali ganda air Tropicana Twister atau lebih lagi 
Last week Friday, 5 Feb genap kandungan 24weeks so aku dengan jayanya gagahkan diri minum air gula. Sebelum tu hari-hari set kat otak air gula is not a bad thing. Untuk bayi jugak. Tapi selalunya kata-kata Semangat tu diakhiri dengan jeritan batinku. Hahahahha.

Setelah puas baca pengalaman orang yang rata-rata berjaya harungi ujian getir ni so dapat la bayangkan proses dan rasa tu macamana. Bayangkan ok belum rasa lagi.

Pengalaman aku pulak, apa yang penting sebagai persediaan untuk minum air gula adalah memahami diri sendiri. chewah kau dah macam apa kan? Sebagai contoh: aku orang yang tak kuat manis..tak suka manis-manis so memang la Semangat tu kena gila meninggi. Peperangan minda berlaku tiap saat selama dua minggu selepas dapat tarikh untuk minum air gula.

Kenapa perlu minum air gula?

nurse cakap ibu mengandung berusia 25 tahun ke atas klinik dah wajibkan untuk minum air gula sebagai langkah persediaan mencegah diabetes. Kalau ada sejarah ahli keluarga (mak/ayah) ada penyakit kencing manis maka kena amik dua kali ujian air gula (kandungan 4 bulan dan 6 bulan). Kalau sejarah clean and clear maka kena la macam aku sekali je.

Air gula aku dapat segelas/ secawan besar air pasar malam orang jual tu. dalam 5 kali teguk baru berjaya habiskan. Sebelum minum kena amik darah bukan kat jari tapi kat lengan tu (benci L), pastu lepas dua jam sekali lagi amik darah. Result diberitahu dalam masa seminggu bergantung kepada klinik.


Nurse pesan kalau kandungan gula aku tinggi dia akan call. Kalau tak call maksudnya kandungan gula aku ok.

Tips:

  • Ada orang kata elok minum air gula masa suam supaya kurang mual. Air gula aku dapat kurang suam. Tapi kalau suam pon aku rasa tak banyak beza.
  • Sekali teguk cuba telan banyak-banyak so cepat habis. Banyak jangan sampai termuntah pulak. Hati-hati. Bila rasa nak muntah terus stop sekejap ok.
  • Lepas telan gerak-gerakkan kaki/badan. Aku duduk dan hentak-hentak kaki seolah-olah mendengar muzik paling best.
  • Aku minum di tempat yang kurang orang dan menghadap dinding. So aku kurang pressure dan bebas nak buat mimik muka.
  • Lepas berjaya telan bagitahu nurse supaya nurse dapat catat masa so dua jam bermula dari saat kita habiskan air gula. Sepanjang 2 jam tak boleh makan atau minum.  
  • Aku ingat part telan je yang mencabar, rupanya part menahan selama dua jam selepas minum air gula lagi mencabar. Tak boleh muntah. Kalau muntah merasa la appointment lain kena minum sekali lagi. Tak sanggup.
  • Bawak minyak angin. Tonyoh la belakang kepala..hidung semua bagi berangin.


Itu je kot aku dapat kongsi pengalaman. Semangat kena kuat. Fikir baby. Apa-apa selawat..zikir..doa Allah mudahkan urusan.