Nuffnang BH

Jan 19, 2016

Lancar atau ulang

As salam,

Setelah hampir dua minggu bersekolah dan Ikhwan dah start belajar mengaji Buku AlQuran dia sebolehnya setiap malam aku dan suami akan check catitan ustazah dia. Pernah ustazah dia explain kalau ustazah letak remark “lancar” maksudnya murid dapat sebut dengan baik dan kalau ustazah letak “ulang” maksudnya murid masih lagi ada masalah dengan sebutan dan kenal huruf la rasanya.

Dan terjadilah apa yang aku takutkan. Ikhwan memang dari dulu susah nak ingat/kenal huruf Jim/Ha/Kha. Dan semalam aku check buat pertama kalinya anak aku dapat remarks ulang. Selama ni rilek dapat lancar. Huwaaa. Rasa gagal jadi mama yang baik. Tingginya harapan aku. kesian pulak anak aku.

So puas la malam tadi aku mengajar dia. cari cara terbaik yang boleh dia ingat. Aku ni mengajar memang tak boleh. Sifat singa tu melebihi segalanya. Pas 3 minit kalau anak tak catch up jugak mula la aku bulatkan mata dan tinggi suara. Oh tak tahan sungguh. Mujur la aku berjaya jugak control malam tadi walau ada la terlepas sikit. Hahhaha. Ikhwan tak ada la buat drama air mata.

Apa aku buat nak bagi dia mudah ingat: aku sebut Jim – dia ada mata kat perut bunyi dia Ja. Kalau Ha dia tak ada mata/ tak ada apa-apa bunyinya Ha, dan kalau Kha – mata dia kat kepala/atas bunyi nya kha. Dengan gaya Bahasa aku tunjuk kat Ikhwan. Aku geletek-geletek perut dia bila describe Jim tu. harapnya berkesan la. So far sampai pagi tadi aku test dia dalam kereta dia dah tahu apa yang mata kat perut. Hahahah. Jangan la dia confuse dengan benda lain dahla.

Oh aku ada jugak sebelum tidur ajak dia main teka-teka. Aku describe benda alah tu pastu aku suruh dia teka siapa saya. Alhamdulillah aku nampak la level creative dia. Cuma bila aku suruh dia main teka-teka dengan abah dia, dia tak mahu. Dia malu. adoi. ni nak kena naikkan level confidence dia ni. Abah dia pon satu, tak creative langsung nak encourage anak tu nak berfikir, bercakap. Anak ni apply apa kita buat. So kena la tunjuk contoh dulu baru dia ikut.

Aku doakan sepanjang perjalanan aku jadi mama ni aku boleh bersabar lah. Boleh ajar dia baik-baik dan dia jadikan aku kawan baik dia. sebab Ikhwan dah start perangai apa kelemahan dia, dia suka suruh aku rahsiakan. Sikit-sikit cakap mama ni rahsia taw, jangan bagitahu abah. Tak dapat bayangkan kalau dia berahsia dengan aku. terasa hati mama.

Bila kenang balik cara aku ajar anak-anak buah aku dulu memang aku rasa diaorang memang takut la nak berguru dengan aku. Macam sekarang pon untuk anak-anak saudara aku yang masih bersekolah bila ada peluang balik kampung, aku akan tiba-tiba je tanya sifir la, hukum itu ini la, suruh hafal bab agama la. Aku bagi masa 30 minit hafal dan fahamkan; sekali tak hafal memang aku suruh ketuk ketampi dan suruh ulang semula hafal dan paham. Ha memang lenguh-lenguh la kaki diaorang. Mak aku sokong je aku buat sebab mak aku kata budak sekarang memang manja pastu lembap. Hahahhaha. Nanti Ikhwan aku kena buat jugak. Siap kau. Nasib la kau anak.


menipu ni dah jadi budaya.. parah dah ni

As salam.

Semuanya bermula bila baca tentang perkahwinan Sam dgn Syatilia tuh. Bukanlah minta sangat Cuma bila baca headline news beria menafikan hubungan bla3. Tup2 semalam keluar cerita buat press conferences nak kahwin. That’s a good news. Masjid bakal dibina tapi mengundang makian orang ramai. Apa la punya manusia. Satu family pulak tu menipu. Banyak lagi kot cara lain nak elak tapi semestinya bukan dengan menipu. 

“Sehingga saat ini juga saya tidak dijemput ke majlis minum petang yang melibatkan Sam itu. Kalau dijemput sekalipun, bagaimana saya hendak ke sana kerana masih terikat dengan jadual penggambaran. Saya sendiri tidak tahu mengapa orang asyik naikkan kisah yang sama sahaja tentang kami sedangkan antara kami tiada apa-apa, percayalah cakap saya.” – Syatilia Melvin

Menipu dah jadi benda biasa. Apa nak jadi la.

Sebelum ni kisah budak perempuan nama Nor Amira yang kononnya diculik menggunakan van putih. Memang viral bila rakyat mula prihatin dan simpati. Siap ada rakaman panggilan telefon perbualan Amira dengan kawan baik untuk mintak tolong. Dan aku juga la salah sorang yang bersimpati. Membayangkan nasib bila anak gadis diculik, dan membayangkan macam drama-drama dalam tv tuh.
Hidup-hidup kena tipu. Macam orang celik sengaja langgar tiang rasa dia. Penyek muka.

Kenapa wujudnya kisah-kisah menipu macam ni? Dari mana diaorg dapat idea nak menipu? Ada lagi banyak kisah penipuan yang tak dibongkarkan baik di peringkat keluarga, institusi dan lebih teruk negara. Mereka belajar dari persekitaran. Berita, cerita, dan apa sahaja di sekeliling yang boleh memberi inspirasi. Bagi aku, pendapat peribadi kalau dalam keluarga siapa akan ditunding jari? (tunding bukan la 100% tapi mak bapak masih menyumbang kepada faktor berlakunya penipuan) Mak bapakla punca utama.. kalau negara? Sendiri mau ingat la. 

Orang-orang berpengaruh dan ada hak untuk tegakkan keadilan pun biasa menipu, dan penipuan amatla tak logik. Tapi berani mengeluarkan pembohongan. Memang logik anak-anak seawal dan semuda usia Amira hanya copy paste teknik menipu. Sebab dia tak rasa menipu tu salah dan beri impak besar dalam hidup dia.

Aku risau keadaan akan jadi semakin parah.

"Siakap senohong gelama ikan duri
Bercakap bohong lama-lama jadi menteri pencuri"

Jan 14, 2016

Ustaz dah pesan


Ustaz Azhar Idrus 
''Orang yang tak solat akan banyak masalah,tidak tenang,cepat marah,susah nak terima kenyataan dan selalu nampak salah orang lain''

Ustaz Kazim Elias
''Walaupun ayah kita penagih dadah sekalipun,bila dia suruh solat,kita sebagai anak WAJIB tunaikan''

Datuk Ismail Kamus
''Selalulah solat berjemaah walaupun payah sekalipun,boleh jadi jemaah itu dapat menampung pahala berlipat kali ganda''

Ustaz Haslin Baharin
''Kalau sakit,jangan takut untuk solat,at least kalau mati,mati dalam solat''

Habib Ali Zainal
''Selepas solat jangan tergesa-gesa,baca subhanaAllah 33,Alhamdulillah 33,Allahuakhbar 33, doa kemudian baru bangun''

Ustaz Don Daniyal
''Tidak solat punca utama penceraian rumah tangga?Jaga solat,InsyaAllah bahagia''

Tuan Guru Syeikh Nuruddin Marbu
''Kalau orang yang solat pun belum tentu masuk syurga,apatah lagi orang yang meninggalkannya''

Syeikh Abdullah Jahaf
''Jagalah solat anda,kerana solat itu adalah hubungan antara Allah dan hambaNya''

Ustaz Dasuki Rani
''Menjaga solat boleh jadi membersihkan dalaman kita.Puasa juga boleh membersihkan jiwa seseorang''

Tuan Guru Harun Din
''Jangan cakap,'Pergi solat,kalau tak masuk neraka!'Tapi cakap,'Jom solat,nanti kita masuk syurga Allah sama-sama ya?InsyaAllah'.

Ustaz Pahrol
''Kalau dalam solat tak dapat ingat Allah,mana mungkin di luar solat mampu ingat Allah''

Jan 13, 2016

Tahun 2016 tahun mencabar

As Salam,

Emosi bergetar betul la seminggu ni. Bila throwback semula tahun 2015 dengan pelbagai ujian dan kesenangan Allah bagi hampir mengalir air mata. Baru selesaikan performance appraisal di tempat kerja. Bila buat appraisal haruslah otak bekerja keras fikir apa pencapaian setahun lepas dan semestinya ayat karangan mesti terjebak. Bila mengarang mula lah macam-macam kenangan dan idea bertubi-tubi menjengah otak. Amboi. Sastera sangat.

Secara automatic kehidupan sebagai isteri dan ibu pun haruslah terpalit kesan yang sama. Kesalahan, kesilapan 2015 aku cuba nak tinggalkan dan cuba atasi dengan penyelesaian. Berkobar-kobar nak imrove diri dengan harapan Allah izinkan aku dan orang-orang tersayang dipanjangkan usia. Aamiin.

Tahun 2016 bermula hidup dengan ekonomi yang amat mencabar. Siapa kata GST tak beri kesan. Menteri mana yang kata GST barang jadi murah? Pastu kalau tak mampu jangan beli barang etc. jangan keluar berjalan. Ya Allah mudahnya menuturkan kata. Permulaan 2016 amat beri kesan sebab aku rasa macam tak cukup je gaji. Allah..bukan xcukup..bukan x bersyukur tapi duit sedang2 cukup aje. Pantang terlepas belanja mulalah gelabah.

Kebaikkan yang aku belajar memang akan membeli yang perlu dan memang tak membazir. Kasihan pada yang gaji bulanan rendah dengan anak ramai nak sekolah. Apa la yang mereka makan? Sedih memikirkan nasib anak bangsa kebuluran di tanah air sendiri. Malu kat Allah sebab manusia yang tamak orang lain kesempitan. 

Ya Allah kau murahkan la rezeki kami dan permudahkan la urursan kami hidup di dunia yang serba mencabar ini.


image credit to blog : Vitamin Cerdik

Jan 8, 2016

masuk sekolah 2016 - Ikhwan Hafeez

As salam.

Kan sekarang musim mak2 cerita anak masuk sekolah. Aku pon tak ketinggalan nak share jugak sebab nanti atleast ada la kenangan anak sendiri masuk sekolah. Kami memang rancang nak masukkan Ikhwan ke sekolah bila umur 5 tahun. 4 tahun macam terlalu awal. Takut nanti dia bosan dengan sekolah. So kisahnya, berjayalah daftar taski di Pusat Bimbingan Huffaz Wangsamaju. Alhamdulillah. Setel bayar yuran semua pada oct 2015. Sengaja bayar awal nanti tak pening kepala.

Mula sesi persekolahan pada 5hb Jan 2016, hari Selasa. Bagi kesempatan ibu bapa yang nak teman anak ke sekolah rendah dan menengah dahulu. So tak la kelam kabut ibu bapa lain. Aku dan suami memang ambil cuti temankan Ikhwan untuk dua hari. Setakat sejam je kot tunggu. Memang masa umur dia 4 tahun dah start brainwash dan perkenalkan sekolah. Cerita itu ini. Risau nanti dia menangis nak ikut balik. Alhamdulillah Ikhwan suka sekolah. Excited.

Ustazah dan mak bapak lain semua puji sebab Ikhwan sangat berdikari. Allah punya kuasa. Hari pertama dia sekolah balik rumah berdiri depan cermin rakam diri sendiri sikat rambut. Mungkin terpengaruh dengan gaya rambut kawan2 kat sekolah agaknya. Berkenan nak sikat rambut pacak. Gelak je kami tengok gelagat dia. Ikhwan ni dia suka observe persekitaran dia. hopefully sebelum dia berani nak buat apa2 dia akan tanya dulu la. Risau mengikut yang tak elok je.

Hari kedua pun excited pergi sekolah. Untuk hari pertama dah pesan kami memang jemput dia dari sekolah. Untuk hari kedua nak biasakan dan nak tengok kat mana ustaz akan hantar Ikhwan ke rumah pengasuh. Alhamdulillah kami senang hati dengan arrangement transport. Ustaz hantar sampai ke depan pintu. Hari kedua dah pandai tegur kawan nama dia Aiman. Ikhwan cakap kuat2 “mama..dia la yang menangis semalam” hahahha gelak je aku dengar pastu suruh Ikhwan slowkan suara.  

Untuk hari ketiga dan seterusnya kami dah bahagikan tugas suami isteri. pagi macam biasa sebolehnya aku sediakan breakfast ringan2 then suami akan drop aku di lrt dan suami teruskan perjalanan hantar Ikhwan pastu parking di area rumah pengasuh. Hari ketiga bersekolah Ikhwan dah start baca buku Al Quran. Bangga mak nak kau dah pandai baca even satu muka surat. Perangai mak2 sangat ni. Hahhaha.

So far alhamdulillah Ikhwan serasi dengan sekolah. Kami memang berkenan dengan ustaz dan ustazah. Semoga urusan belajar Ikhwan dipermudahkan. Terang hati nak belajar menerima ilmu. Aamiin. Oh ye Ikhwan masih tak dapat baju seragam sekolah sebab hanya dia so far yang request baju size S.  So kena la pakaikan baju biasa dahulu. Itu pon excited dah. Kira ok la.





dapat kawan dah nama aiman



alhamdulillah