Nuffnang BH

Sep 29, 2015

Salam AidilAdha dan jem siput khinzir

Assalamualaikum..

Selamat hari Raya Aidil Adha. Semoga semua mendapat keberkatan Qurban dan diterima segala amalan.

Ye tahu lambat nak wish. Sebenarnya, Raya kat KL je, sabtu baru balik ke Pahang untuk attend wedding anak pak ngah. Ahad dah balik semula. 

Bila fikir balik masa balik hari ahad dari Bera Pahang ke KL rasa nak menangis pon ada.

Biasa dalam 2 jam 30minit dah boleh sampai dari kampung. Ini makan masa sampai 6 jam. 

Sakit pinggang semua sekali. itu nasib keluar pukul 1 tengahari. Kalau lambat sikit lagi tragik akibatnya.

Lagi teruk bila lupa nak siap-siap kan bekal makanan. Memang sepanjang perjalanan Ikhwan memang mengadu lapar jela. Aduhai. 

Segmen Blogwalking Ceria Bersama Anizz Annisa

 segmen

Assalamualaikum.

Saja suka-suka join
Nama : Rodiah Amir
Jenis blog : Personal

Tarikh tutup :

30 september 2015 jam 6 petang

Sep 8, 2015

random babbling

google images
Assalamualaikum.. 


Hoi lately hidup macam tunggang langgang gila. Lepas je Raya aritu hidup aku tak tentu arah sebab tak sempat kemas rumah. alasan sungguh. Bila badan penat rumah terabai. Bila ter missed salah satu rutin macam basuh baju, basuh pinggan semua memang habisla rumah bersepah. Mujur suami tak bising sangat. Ok ada la dia bising sikit-sikit tapi dia paham kot kalau almost every day balik rumah sampai pukul 9 malam. Oh penat.

Sekarang setiap minggu macam janji pada diri sendiri nak cari kotak dan mula mengemas. Janji punya janji memang tak bergerak langsung. Wat the fish sungguh. Isnin ke jumaat memang dah penat kerja tinggal sabtu ahad konon hari nak berehat. Mana nak bergeraknya kerja kemas mengemas ni.

Semakin hari semakin tua, tenaga pon dah berkurangan. Mata pun cepat je ngantuk. Itu tanda quality hidup semakin menurun. Lepas ni kalau dah start pindah rumah yang lebih jauh dari sekarang macamana la gayanya. Tak kan nak ada orang gaji. Amboi. Melampau.

Arghh rasa kadang-kadang tak terkejar dengan perubahan yang berlaku. Selalu doa mintak pada Allah nak itu ini. Bila dapat dah tak reti nak manage. Macamana tu?

Tahun ni kalau diberi keizinan Allah boleh masuk rumah yang baru dibeli. Tinggal last stage saja. Tahun depan Ikhwan nak masuk sekolah dah. Satu habuk pun tak buat apa-apa lagi. Huwarghhh. Besar dah anak aku.

Pagi tadi dia cakap burung ada sayap. Kagum sekejap. Sebab burung ada sayap burung boleh terbang. Good Ikhwan good.  Last week dia mintak aku cakapkan kat makcik tengah bersembang masa azan. Suh makcik diam. Ternganga dan gelak-gelak jela aku. dia faham apa dia kata so aku rasa itu perkembangan baik walau pada pandangan orang lain bila anak semakin pandai bersuara dianggap kurang ajar.


Cukup untuk hari ini. Bersangka baik dengan setiap aturan Allah. Terima kasih Allah. 

Syaitan dia tahu kelemahan kita..manusia

Bismillahirrahmanirrahim.

Syaitan itu mengalirkan tubuh badan manusia umpama aliran darah. Maknanya apa? Disetiap penjuru yg ada di tubuh badan manusia itu menjadi tempat untuk disiasat oleh syaitan di manakah letak kelemahan orang itu untuk syaitan masuk drpd pintu yang lemah itu .

Ada orang yang kelemahannya pada harta, syaitan masuk drpd pintu harta untuk mempunyai sifat rakus. Untuk mempunyai sifat tamak. Merompak. Rasuah. Apa saja.

Ada orang yg kelemahannya adalah menghendaki takhta, drpd pintu itu syaitan akan masuk. Ha, buat! Guna apa saja yg penting itu sampai .

Ada org yg kelemahannya melalui perempuan. Maka diganggu drpd pintu perempuan.

Ada org yg kelemahnnya buang masa depan komputer untuk bagi komen. Berapa byk org yg menghabiskan masa depan komputer untuk cari pasal atau cari apa saja untuk dia komen untuk bantai sana hentam sana komen. Dan berjam-jam menghabiskan waktu didepan komputer .

Syaitan pandai. Syaitan buat kajian. Namanya saja sudah syaitan. Dia akan masuk pintu-pintu dimana letaknya kelemahan itu ada pada manusia. Di situ syaitan akan masuk. Syaitan tak punya kuasa kpd manusia untuk melakukan jenayah langsung kpd manusia. Oleh kerna itu, Allah ketika mensifatkan syaitan "was-was" dalam surah an Nas .

Berlindung kpd Allah drpd bahaya was-was. Siapa dimaksudkan was-was? Syaitan. Knp syaitan diberi nama was-was? Sebab syaitan hanya mengilhami menipu atau menyuarakan meminta merayu cakap saja syaitan. Tidak dipaksa manusia untuk melakukan pelanggaran kpd syaitan. Tapi ditipu saja .

Dan syaitan cerdik, licik. Dia akan kaji setiap manusia itu letak lemahnya dimana. Tidak semua manusia boleh ditipu oleh syaitan melalui pintu yg sama. Dicari titik kelemahannya itu dimana, disitu dia akan manfaatkan. Orang yg cerdik pandai akan bermuhasabah, akan tengok dirinya dimana letaknya kelemahannya. Disitu dia akan perkuat untuk tidak menjadi laluan syaitan menggangu masuk drpd pintu tersebut .


Daripada Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid .


Sep 7, 2015

Roti Jala Royal

Assalamualaikum.

Pon pon pon… Promosi Roti Jala kembali lagi… berminat terus whatsapp atau email tanpa segan silu. Self-picked up ya. Boleh contact no yang tertera. tq. 

Agak-agak nak pikat perut tetamu masa majlis anda jangan segan silu nak order Roti Jala Royal ni… 























Beli sekali pasti puas hati. Kalau bosan dengan warna kuning roti jala sedia ada, anda boleh request warna ikut tema untuk majlis anda. Iron man, minions, dan macam-macam lagi. Boleh request nak kari biasa atau teringin nak makan kari ayam bebetul pon boleh. Tak habis boleh makan dengan lempeng atau nasi. 

Roti Jala Royal – Min order 50 pcs (RM20)
*1kpg rm0.40 [kuah kari]

Kari Ayam/Daging Mengancam
*1kg rm37


Kalau bosan makan dengan Kari nak makan dengan serawa atau bersantan pon boleh. Nak serawa [santan] itu je pon boleh dan kalau nak tamak lagi letak durian sekali pon boleh. Harga lain-lain la.

Serawa/santan biasa 
*1kg rm18
*tambah durian..ikut harga pasaran durian





















Sekian saja. Jumpa lagi di lain entry. 

Sep 4, 2015

Jom tolong adik ni sakit Jantung berlubang..

Assalamualaikum,

Jom viralkan kisah adik ni supaya dia dapat peluang untuk teruskan kehidupan dia. Setiap sen adalah berharga. 








Sebagai seorang insan yang mempunyai naluri dan hati, adalah normal jika hati anda sebak apabila melihat gambar adik ini yang dipenuhi wayar di sana sini. Adik Imran Hakimi Bin Mohd Faizat yang baru berusia 2 bulan dan 22 hari ini memerlukan bantuan dan ehsan dari kita semua untuk mendapatkan dana pembiayaan kos pembedahan dan rawatan bernilai RM100,000.00 untuk meneruskan kehidupannya.

Ini email yang OhMedia terima: 

"Assalamualaikum. Saya wakil kepada abang saya meminta untuk Oh!media memviralkan berita tentang anaknya yang sedang sakit. Maklumat seperti berikut: Assalamualaikum. Dengan rasa rendah diri saya ingin memohon bantuan kewangan daripada anda semua untuk membiayai kos perubatan dan pembedahan jantung anak lelaki sulung saya Imran Hakimi bin Mohd Faizat yang berusia 2 bulan 22 hari (lahir pd 04/06/15). Anak saya menghidap penyakit jantung berlubang kini berada di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh, Pahang dan berada pada tahap paling kritikal saat ini. Imran Hakimi perlu membuat pembedahan jantung secepat yang mungkin tetapi memerlukan dana RM100,000.00 untuk membiayai kos pembedahan dan rawatan. Sehubungan dengan itu, sesiapa yang ingin menghulurkan apa jua jenis bantuan termasuk bantuan kewangan boleh menyalurkan sumbangan anda pada akaun Maybank saya iaitu bapa/ibu kepadanya di akaun:

Akaun Maybank: 556020059396 Bapa: Mohd Faizat Bin M.Noor

Akaun Maybank: 156057429905 Ibu: Nurul Hazwani Binti Mohamed

Anda juga boleh menghubungi saya di talian 016-9529930 untuk sebarang pertanyaan.
Mohon jasa baik anda untuk viralkan. Terima kasih


*Tak dapat tolong banyak dalam bentuk wang ringgit tapi nak jugak tolong viralkan. Semoga Allah mudahkan segala urusan buat adik. 

Sep 3, 2015

Sushi King jawab pasal status Halal, Sweet Sauce, mirin dan lain-lain

Assalamualaikum minggu lepas aku nampak  gambar kat instagram kak pinkStilettos post pasal dia makan Sushi kat oversea. Pastu ada la comment-comment pasal Sushi halal kat Malaysia. Untuk aku penggemar Sushi ni memang gelisah la kalau status halal tu diragui. Aku dan kawan-kawan memang pelanggan setia Sushi King. Keluar macam-macam nama restaurant Sushi dari yang aku mampu makan ke tempat yang mahal.

Rasanya dilema muslimin muslimat kat Malaysia ni kalau bab makan kat restaurant; ialah kalau nampak pekerja berbangsa Melayu dan bertudung baik dari pelayan sampai tukang masak, mestila rasa selamat tempat tu halal. Walau ko tak nampak pun logo halal diaorg. Itu memang lumrah kot. Tak kan diaorg nak subahat kot? kan? 

Nak kuatkan lagi keyakinan aku pada Suhsi King bahawa Sushi mereka selamat untuk dimakan maka aku telah menghantar email pada customer service dan telah dibalas oleh mereka. Oh ya sebelum ni memang aku dah baca kat website dan ada la buat pembacaan so aku yakin akan statusnya. 

Kalau sebut Sushi King selain dari chicken and beef dia ramai orang ragu-ragu dengan mirin dan sweet sauce dia. Teori aku dulu Sushi King ni tak dapat Halal mungkin sebab dia serve Alchohol to non Muslim customer [teori ni salah]. Baca je soalan aku kepada Ms. Hor Ka Min – customer service Sushi King [abaikan ayat bahasa Inggeris yang tunggang langgang asalkan Ms. Hor paham soalan aku]

 1. Do you have Halal certificate? For all branches? If not please explain why.

We would like to clarify that Sushi King Restaurants are not Halal-certified.
As most of our ingredients are imported from overseas, some of our overseas supplier does not have Halal certification although the ingredients do not contain any pork or alcohol.  As such, we are rigorously working very closely with these overseas suppliers to obtain the Halal certification.

2. Is that true that your sweet ketchup contains wine? Haram for Muslim to eat this?

It is not true that our sweet sauce (Nitsume) contains any added alcohol. You may find attachment for the halal certificate of this product.

Nitsume is Halal ok..




































3. Do you add Mirin to your sushi? Muslim can’t eat this also.

Sushi King does not use added alcohol, mirin and/ or sake in all our products including sauces, vinegar, unagi and others.

4. Do you serve alcohol?

Sushi King does not sell or use any alcohol in our restaurants.

So far empat soalan ni je aku terfikir nak tanya. Yang penting terjawab la apa aku nak tahu. So lega perasaan lepas dapat explanation dari pihak yang betul. Sesiapa yang ada info lagi boleh la sharing2 lagi eh. Sharing is caring kan?