Nuffnang BH

Aug 28, 2015

Baki hutang PTPTN - Ujrah selepas 7 bulan bayar

google image

Assalamualaikum.

Setelah 7 bulan melaksanakan tanggungjawab sebagai penghutang PTPTN akhirnya aku boleh tarik nafaz lega bila jumlah tunggakan hutang semakin lama semakin surut. Siapa yang pernah baca entry aku ini  , ini dan ini pasal PTPTN tahu la sejarah aku apply Ujrah ni.

In short aku start bayar pada bulan January 2015 dengan amount Rm212.16 sebulan. Jumlah akhir yang patut aku bayar ialah Rm 33,277.50 itu termasuk segala caj yang PTPTN kenakan. Tadi semak penyata lengkap dan tarikh akhir pada 1 august 2015 baki hutang aku adalah Rm 31,846.45.

Penurunan jumlah pinjaman dah turun sikit so hati banyak lega. Kalau dulu asyik naik je kan..hahhahah. 180 bulan tempoh bayaran balik. Semoga liku kehidupan kau membayar hutang dipermudahkan oleh Allah. 15 tahun woi. 15 tahun tuh.

baki semasa

Aug 25, 2015

Bila Roti Jala berwarna warni dan kari ayam sedap masuk dalam entry blogger glamour

Aku ni semangat nak berniaga memang dari dulu lagi. Nak jual itu nak jual ini tapi kemahiran langsung tak ada. Selepas beberapa ketika aku menganalisis diri ini..chewah. aku rasa aku tak ada kepakaran dalam memasak, menjahit, menghias etc. Maka terpaksa batalkan hasrat nak buat semua itu. Tapi tu semua tak padamkan Semangat aku nak kaya dengan berniaga. Walau aku tak ada bakat tapi aku ada kelebihan which is aku kenal orang yang boleh men supply makanan untuk di jual. Tak lain tak bukan kak ipar aku. Yes dengan pengalaman berbelas tahun jadi chief mcm rugi la kan kalau bakat yang dia ada di sia-siakan.

Paham-paham la kalau chief kerja hotel ni. Dia ada standard quality makanan yang diaorg kena deliver. So bila dah terbiasa masak macam tu bertahun lamanya of cos la memang akan masak yang sedap-sedap la selamanya. Dengan sikap yang memang masak makanan untuk orang makan dan tak kedekut bahan. Sebab prinsipnya biar orang puas hati orang pasti nak lagi.

Back to semangat aku nak berniaga ni jadi aku menekadkan diri dengan belajar apa yang patut. Aku dengan rela hati nak jadi marketing manager kepada kakak ipar aku. kira macam aku cari customer dia tolong masak. Begitu. Aku harap sangat Semangat aku ni tak hangat-hangat taik hayam je.

Dan paling seronok bila nampak roti jala buatan akak ipar aku terpampang kat blog suraya sulatin tu. Suraya ni kalau promote makan seolah-olah benda tu sedap nak kojol. Tapi memang sedap pon roti jala and kari ayam tuh. Aku selalu rasa aku tahu la hahahhah. Oh dan akak ipar aku bukan stakat makanan melayu, kuih muih semua tu..western pon boleh. Cakap je nak apa in sha Allah dia boleh buatkan.

Sesiapa yang teringin nak order, nak cuba jangan malu2 contact aku..sebab aku kan manager dia hahhahahah. 

Hand phone – 017 – 9270848 [rodi] / 019 – 2234650 [mimie]

credit gambar to blog Choyaya Secret Garden

Aug 21, 2015

Sayangnya Allah pada kita


Assalamualaikum. 

Menyedari hakikat betapa besarnya nikmat Allah kurniakan pada aku, memberi nyawa dan melihat kehidupan hampir mencecah 30 tahun. Tak ternilai dengan duit. Satu pemberian lengkap, kesempurnaan anggota badan dan kebolehan lain, seorang suami dan seorang anak. Masih banyak yang tak tertulis di sini. Syukur. Terima kasih Allah. Kau Maha Pemurah lagi Maha Maha Penyayang. Tapi aku seperti biasa manusia hina yang amat tak tahu bersyukur. Berbilion malah nikmat yang infiniti Kau kurniakan, aku balas dengan ucapan atau perbuatan yang sekadar berterima kasih. Bukan bersungguh. Malu. Kalau solat yang lima pun buat dalam keadaan tergesa-gesa dan di akhir waktu. Mana rasa syukur yang patut aku tunjukkan. Manusia tak kenang budi.

Allah.

Dalam menjalani hidup seharian aku sebagai anak, kakak, adik, isteri dan kawan setiap detik aku cuba berfikiran positif. Aku tanamkan bersangka baik. Baik pada caturan Allah hatta sesama makhluk. Aku juga cuba ajak orang lain untuk positif. Untuk sentiasa bersangka baik. Nekad aku nak jadikan budaya. Jadi aku pilih kelompok yang aku rasa selesa, iaitu adik beradik dan kawan rapat. Dan bukan la semudah yang aku taip ni nak latih hati bersangka baik. Nak ubah diri bersangka baik punyalah mencabar inikan nak ajak orang lain.

Setelah hampir setahun aku cuba bersangka baik aku rasa aku lebih tenang. Aku marah pun sekejap je. Marah pun ada berperingkat. Apa yang aku paham, bila aku mula bersangka baik maka yang baik-baik sahaja akan datang dalam kehidupan aku.

Bila aku marahkan sesuatu terjadi dan fikir yang bukan-bukan maka aku akan terhenti pada suatu keadaan yang mana, hati akan bertanya semula. Siapa yang tetapkan ini berlaku? Siapa yang izinkan semua berlaku? Kenapa perlu berlaku? Dan macam-macam lagi. Dan akhirnya aku sedar semua ini milik Allah. Yang baik dan jahat pada pandangan kita itu semuanya aturan Allah. Semuanya milik Allah. Kalau aku marah, kalau aku benci maksudnya aku marahkan Allah. Pemilik sekalian alam. 

Nauzubillah.

image google

Aug 20, 2015

Badan penat jiwa resah hati cepat sentap

Start dari puasa bawak ke Syawal lepas tu balik kampung Melaka Pahang pastu drag sampai balik kampung Pahang semula masa end of Syawal.

Dengan baju bertimbun rumah tak berkemas sangat walau reality memang tak kemas mana pun. Pastu keadaan kesihatan yang berturut sakit. Lama pulak tuh. Mula-mula aku, lepas tu suami, suami tak habis lagi, anak dah kena. Ujian.

Bila cuti habis dan mula bekerja memang tak ada excuse la kenapa tak boleh perform kan? Dulu masa puasa boleh la bagi alasan sebab perut kosong. Now perut kenyang pun masih pemalas. Semulajadi sangat perangai la.

Sekarang kalau kat office setiap kali waktu lunch memang tak mampu sangat nak fikir makan apa. Selalu end up makan tapau sup tulang yang memang ada tempat feveret kawan-kawan kat office ni. Makan ramai-ramai. Tengah nak kumpul Semangat nak bawak bekal ke pejabat. Moga-moga tercapai dan berkekalan la hendaknya Semangat itu.

Cabaran dia kena bangun awal untuk masak nasi dan lauk semua atau masak lauk sahaja. Nasi boleh tapau kat kedai makan dekat pejabat. Nak mula memang payah.

Aku ni biasa sangat kalau badan dah penat aku mula sentap. Mula berkira. Tak kira dengan siapa la. Mula kedekut tenaga, idea, dan senyuman. Orang mintak tolong mula la malas. Dah rasa kejam mula la menyesal sebab berlaku tak elok kat orang.

Sebut pasal tak elok, ada kejadian pagi tadi. Tak besar mana sangat. Aku pernah baca. Bila kita nak berdakwah ni memang akan ada orang yang akan sentap dengan kita. Sama ada dengan cara kita tegur atau kita tegur benda yang salah [maksudnya pemahaman aku sendiri salah]. Biasanya bila aku cuba nak berdakwah [walau aku tahu aku tak sempurna mana] masa buat aku rasa yakin, tapi bila lama sikit contohnya petang. Pasti akan ada kejadian yang buat aku terfikir dan ragu-ragu dengan apa yang aku dakwahkan.


Istidrajkah aku? poyo ke? Biadap ke? Aku sound sebab emosi atau atas benda betul aku tegur. Inilah dugaan. Aku tahu aku jauh dari imej muslimah. Tapi Allah sayang aku, aku tutup aib aku. aku tunjukkan yang baik-baik je. Alhamdulillah. Kadang-kadang rasa malu sebab apa orang cakap tu jauh sangat dengan keperibadian aku. tapi cakap-cakap pon satu doa. Mana lah tahu. Suatu hari nanti. Mustajab. Aamiin.  

Aug 18, 2015

perasaan sekarang

Assalamualaikum,

Sekarang ni setiap kali up entry mesti fikir eh over ke kalau aku share kat blog? Tak apa ke? Padahal bukan ada yang baca pon. Hahhahaha. So setiap kali timbul perasaan camtu aku end up delete semula apa aku tulis. Cis. tapi kali ni macam nekad menaip jela.

Jenis aku bukan reti nak explain setiap inci yang jadik dalam kehidupan aku. macam lepas-lepas aku tengok semua entry aku entry sedih. Yang happy aku tak share langsung. Tengah happy lupa segalanya. Hahahhaha. Adakah blog aku melambang kan siapa aku? hahahhah tidak2. Blog ni setaKat 10 – 20 % dari kisah kehidupan aku.

Kehidupan berlangsung macam biasa. Setiap hari struggle meneruskan kehidupan. Ikhwan semakin membesar dan perkembangan yang semakin memberangsangkan. Dan benda-benda seperti: “mama cepat la jangan terhegeh –hegeh” “mama cari guna mata kan? Bukan guna hidung”. Hamik kau.sebijik dia copy aku punya cakap. Dan bersedialah nak bawak Ikhwan kembali ke pangkal jalan. Hahhahaha.

Sekarang bila Ikhwan dan menginjak 4 tahun aku dah start rindu nak ada baby. Dulu ye penakut nak mengandung kali kedua. Tapi bila Ikhwan mengeluh tak ada kawan mula la rasa bersalah. Dan orang-orang sekeliling pon dah start amik berat. Dan secara terang-terang bagi pendapat yang aku anggap sebagai doa jela. In sha Alah, suatu hari nanti kalau Allah izinkan.

Perasaan mengandung ni pun bermusim. Kalau aku penat dan busy dengan kehidupan di pejabat mahupun keluarga aku lupa la sekejap. Sebut hal keluarga, macam-macam jadi. Dengan keadaan kesihatan yang turun naik, masalah kewangan dan macam-macam lagi. Lumrah kan? Manusia.

Nanti sambung lagi la. In sha Allah.


Aug 7, 2015

Muhammad Adam Rayyan Bin Muhamad Nasir--Kanser Neuroblastoma,Stage 4 Diusia 4Tahun.

Assalamualaikum.

Hati ibu atau hati manusia mana yang tak terkesan bila tengok Adam ni. Bila baca dan tengok gambar2 lain kat blog makcik Adam ni lagi la laju air mata nak mengalir. Boleh follow blog Nur Safiyyah Binti Osman

Menurut makcik Adam, dia start sakit awal tahun lepas. Confirm cancer lepas beberapa andaian dibuat oleh doctor. Kencing tikus, kurang kalsium la.

Dan keluarga mereka terus diuji bila pendengaran Adam dah terganggu sebab cancer dan rawatan yang adik Adam kena tempuh. Sedih. Sedih. Tak dapat nak bayangkan. Dengan umur sekecik tu Adam dah diuji. Sakitnya. Kuatnya dia.

So now keluarga dia tengah kumpul dana nak beli alat bantuan pendengaran berharga RM6800. Nak derma boleh la masukkan ke account kat bawah:

Pada yang ingin menderma sedikit duit ringgit,boleh masukkan ke acc dibawah :

Bank : Maybank  
A/c No : 512370401004
A/c holder name : Nur Safiyyah Binti Osman 

Tolong tulis dekat recipient reference : Derma Adam.

P/s : Nur Safiyyah satu-satunya ahli keluarga y ada current account,so bank xakan block kalau ramai y transfer/bankin duit.

Keluarga mereka sangat tabah. Semoga impian keluarga nak buat adik Adam rasa selesa, dan terus kuat untuk hidup tercapai.
ini sebelum adik Adam disahkan cancer

in gambar terbaru adik Adam

Aug 5, 2015

mencari aku yang hilang

Teringin nak menulis dan rasa sesuatu tapi seakan tersekat di kerongkong. Bila nak luah tak dapat, nak telan rasa sakit. Paham? 

Sakit dada. Tahan.

Terlalu banyak benda yang berlegar di kepala. Demam dua minggu seakan bagi kesan yang teruk. Otak lambat nak berfikir dan badan jadi malas. Malas ambil berat dan malas nak fikir. Cuma nampak, kunyah dan hadam. 

Tak perlu kunyah pun seronok jugak. Telan saja.

Hari berlalu, masa berputar. Malam ke siang dan seterusnya. Saling bertukar. Langsung tak toleh belakang walau sekejap. Esok belum pasti. Yang terus jadi tanda tanya, apa aku dapat hari ini. Macam tak ada langsung kesan. Macam hidup yang tak ada tujuan. 

Teruk. Jadi manusia kosong.

Orang lain dah berlari laju. Jauh. Aku? masih meraba dalam kabus malam. Gelap. Selagi tak terhantuk selagi tu tak tukar arah tujuan. Tak buta tapi tak boleh guna mata. 

Siapa pernah berada di tempat aku? sebelum ni, punya banyak plan aku fikir. End up sekarang aku rasa kosong. Aku di awangan. Aku tak tahu aku kat mana.


Aku kat mana? Aku..aku kat mana. 

bila demam batuk dan selesema

Assalamualaikum.

Lama tak menaip rindu pulak rasa.

Dah nak masuk 2 minggu kot aku dapat penyakit berpakej ni demam+selesema+batuk.

Hazabnya Allah yang tahu.

Bila tua-tua ni dapat penyakit terasa tak kuatnya badan.

Sakit tu penghapus dosa. In sha Allah.

Alhamdulillah, sakit start selepas raya.

Betul-betul sehari sebelum habis bercuti.

Kiranya sempatla bergembira dan makan apa yang yang teringin masa raya tu walaupun tak pernah puas pun kalau bercuti kat kampung.

Banyak hikmah yang aku nampak bila aku ditimpa penyakit ni.

Allah buka mata dan hati aku melihat kebaikan suami aku. biasa je bagi orang lain.

Tapi bagi aku sebagai isteri bersyukur sangat sebab aku rasa suami boleh diharap.

Dia la basuh baju, uruskan anak dan buat semua kerja.

Aku kalau dah tak sihat memang tak ada mood nak buat apa-apa.

Memang terbaring la jawabnya.

Ikhwan jugak bagus tak buat perangai. Pandai anak mama. 

Terima kasih Allah.

Atas anugerah ni. Syahdu pulak.