Nuffnang BH

Jul 13, 2015

Ramadhan 6 yang akhir..ucapan Raya

Assalamulaikum.

Enam hari menuju Syawal in sha Allah. Cepat betul Ramadhan nak tinggalkan kita. Rasa sedih. Amalan tak seberapa. Badan penat jiwa meracau. Tekak pahit. Semalam marathon masak untuk berbuka terus buat kuih requested by anak lelaki, popia crab. Mujur mintak yang senang. Cuma leceh. Nak hiris sayur dan balut. Demi anak. Kerana Allah Taala.

Semalam berapa kali urut dada, nak marah. Bila penat benda kecil jadi hal besar. Berapa kali otak suh istigfar dan fikir mahal harga tiket ke syurga. Pernah baca, jangan harapkan suami untuk bahagia kan kita. Untuk cari syurga. Tapi letak pengharapan pada Allah. Allah la yang paling berhak. Kebahagiaan milik Allah. Jadi aku motivasikan buat kerja kerana Allah. Aku masak, aku mengemas, aku berkorban tenaga kerana aku mahu ia jadi tiket aku mendapat bahagia. Tiket ke syurga mudah-mudahan. Aamiin.

Tadi berbincang adik beradik plan untuk raya. Rancang nak buat semula activity yang biasa kami buat tahun-tahun sudah. Bila berkumpul ramai-ramai mesti ada je game aku buat untuk hiburkan hati. Raya la peluang kami. Berkumpul semua. Tapi. Kali ni mungkin terpaksa batalkan. Ada antara kami yang diduga kehidupannya. Tak elok bergembira sedangkan mereka bersedih atau game tu buat mereka bahagia? Entah.

Raya tanpa abah. Bila sebut pasal abah. Lidah aku kelu. Harus bagaimana mahu aku simpulkan perasaan rindu yang teramat. Ya Allah, tempatkan lah ayah ku di kalangan orang yang beriman. Orang yang mendapat Shafaat Nabi Muhammad S.A.W. Moga kita sekelurga bertemu di sana kelak. 

Selamat menyambut Syawal yang bakal tiba. Mohon ampun kemaafan di atas segala keterlanjuran.

kali ke lima raya tanpa arwah abah
*post ni aku peram dari last week, hari ni baru ingat nak post. hewhewhehw

Jul 2, 2015

Semak penyata selepas Ujrah dan apa PTPTN buat bahagian 1


Assalamualaikum.

Selamat petang. Ramadhan ke 15 aku terima email penghargaan dari PTPTN yang sudi [dengan izin Allah] memberi aku pinjaman masa belajar dulu. Diploma dan degree. Macam entry aku lepas pasal kenapa-memilih-ujrah-dan-hujah-pasal. dan cara mohon

Kali ni nak kongsi tentang apa yang jadi selepas aku berjaya bertukar dari conventional ke Ujrah. Oleh sebab macam rasa panjang sangat so aku akan buat lebih dari satu entry tentang apa berlaku selepas aku tanda tangan setuju memilih Ujrah. 

naseb pandai amik hati cakap terima kasih. terus sejuk hati nak bayar sampai habis.
in sha Allah.. muntah hijau.
 















Recall balik apa berlaku:

Apply Ujrah hujung December 2014 di cawangan Kl Sentral.
Ikut jadual bayaran balik aku kena start bayar January 2015 tapi aku lambat bayar, aku terlupa so aku bayar dua kali masa bulan February.

Dari aku mohon Ujrah sampaila saat aku terima email dari PTPTN ni barulah aku tergerak hati nak semak dan study apa berlaku pada pinjaman aku.

Semak baki bayaran. 

Aku semak dan buat perbandingan untuk dua penyata. Conventional dan Ujrah.

Untuk conventional system akan mintak no pinjaman dan ic kita. Untuk Ujrah pulak kena ada kata laluan. Aku ingat-ingat lupa bila aku daftar so aku just reset password. PTPTN akan hantar email new password. Ha yang ni pening sikit sebab system diaorg email aku sampai 3 kali dan ketiga-tiganya adalah password yang berbeza. Jadi guna password paling last dia bagi. Tak pun ikut nasib la yang mana boleh. Ihihihi.  Lepas dapat log in korang tukar la password yang korang nak.


Korang refer gambar bawah ni untuk lagi clear k. 


melalui email tadi dia bagi link..korang click je


masukkan kad pengenalan then nanti appear dua link..
yang ni page kalau click penyata pembiayaan Ujrah..
yg penting kena ada kata laluan


yang ni page kalau click penyata pembiayaan  Konventional..
yg penting korang hafal no pinjaman..


















Untuk kata laluan dan sebagainya aku dah setel awal-awal dulu. aku tak suka call PTPTN so aku walk in sahaja ke kaunter KL Sentral. Senang nak tanya.  yang tak ada masa boleh la cuba call hotline diaorg. 

Next entry aku kongsi apa yang berubah pada penyata pinjaman aku mengikut kefahaman aku.