Nuffnang BH

Mar 16, 2015

ubat kurus dan segalanya mungkin

Semalam beli baju. Size semakin meningkat seiring dengan umur yg semakin bertambah. Macam tak percaya. Tapi suami pesan, sudah-sudahla tu..berpijaklah di bumi yang nyata. Rasa nak lempang diri sendiri.

Bukak mukabuku. Nampak orang promotes product gerenti turun 1 kg 1 hari. Terus mata bulat-bulat baca product description. Baca bersungguh. Nampak tak desperate gila kat situ. Pastu timbul perasaan takut kalau apa-apa kesan sampingan. Tapi nak kurus. Nak cantik. Eh cantik tu semestinya kurus ke?

Bahu sakit dah nak masuk seminggu. Ni kesan makan seafood yang bentuk macam kerang tapi bukan kerang. Entah nama apa tapi aku gigih makan. Makan tanpa segan. Dan akibat tanggung sendiri la. Nak cari tempat urut..semua nak duit. Aish.

Malam tadi sambil jaga anak sakit sambil layan cerita tamil ABCD – anybody can dance. Tak best sangat tapi selalu kagum semangat cerita tamil. Nothing is impossible. Semua boleh. Lompat bangunan tinggi jatuh tak patah kaki. Hebat.

So kalau aku tetibe kurus so nothing impossible la kan. Wohaa.