Nuffnang BH

Jun 27, 2014

aku minta maaf

Bagi sesetengah orang, bila meminta maaf 
Tandanya begitu mudah kita melupakan apa yang terjadi. 
Bila minta maaf kita lah pihak yang bersalah. 
Lagi teruk bila kita mintak maaf, 
Sebelah pihak lagi hanya diamkan diri. 
Mungkin fikirkan kita terlalu mudah memaafkan dan melupakan. 
Dan kemudian di masa akan datang 
Berfikir kita akan mengulangi kesalahan dan meminta maaf. 
Kejadian yang sentiasa berulang.

Bukankah maaf itu yang sepatutnya. 
Maaf bukan bermakna salah atau kalah. 
Maaf adalah ikhtiar kita untuk memadamkan api pergaduhan. 
Meletakkan titik kepada penghujung bermasam muka. 
Merendahkan ego, untuk sesuatu yang lebih baik. 
Bukan bermakna kita kalah kalau kita dahulu yang meminta maaf.

Kalau dulu aku membenci amalan meminta maaf. 
Aku pernah melalui fasa dimana aku begitu muak 
Dengan orang yang kerap memohon maaf 
Dan kemudian kesalahan diulang semula. 
Sampai aku begitu benci sesi bermaafan ketika Aidilfitri.

Lama kelamaan aku mula paham. 
Manusia dengan kesalahan  memang payah dipisahkan. 
Manusia itu lemah. Melakukan kesalahan dan meminta maaf 
adalah bukti hati masih lembut untuk dipujuk. 
Masih lembut menerima wahyu. 
Masih lembut menerima kritikan dan nasihat.

Dan segeralah kamu (mengerjakan amalan-amalan 
Yang baik untuk mendapat) keampunan dari tuhan 
kamu dan mendapat syurga yang bidangnya seluas langit dan bumi, 
Yang disediakan bagi orang- orang yang bertaqwa. 
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya 
pada masa senang dan susah, dan orang-orang 
Yang menahan kemarahannya, dan orang-orang 
Yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah) 
Allah mengasihi orang-orang yang yang berbuat 
perkara-perkara yang baik.” (Surah Ali Imran 3:133-134).

Aku mahu syurga Allah. 
Dan perkara inilah yang akan membantu aku semasa di dalam kubur. 

Jun 25, 2014

Masalah reading list di dashboard tak keluar semua

Ini sambungan dari entry baru beberapa minit aku publish tadi. 
Masalah reading list di dashboard tak keluar semua. 
Terkial-kial google apa masalah, maka jumpa la satu entry ni 
dia pun mengalami masalah sama macam aku. 
Pastu dia share reference link ke GoOgle Groups  ni.

Satu dunia tengah alami masalah yang sama. 
Bug telah menyerang. So bersabar  jela. Tunggu sampai semua ni pulih. 

Dashboard aku demam.. tolong ini masalah ni

Sejak dari semalam bila log in ke blogspot jadi macam ni. 
Tak keluar la pulak entry dari semua blog yang aku follow. 
Yang keluar cuma entry blogger paling latest aje. 
Bila tekan view more tak jadi apa-apa pun. 
Ini dah masuk hari ke dua. Dashboard aku demam ke? Seksa nya la hai.
Ada sesiapa boleh tolong? 



Jun 10, 2014

Jebat si penderhaka yang berOtak

Hidup ni ada naik ada turun. Ada baik ada buruk
Ada masam ada manis. Ada pasangan setiap benda
Dari pagi sampai sekarang hidup aku asyik turun je
Maksud aku emosi dan harga diri….chewah sangat
Ye tahu orang ada pangkat je orang pandang
Dan tak bermaksud orang ada pangkat dia ada otak
Jangan sebab pangkat tinggi dan pentingnya peranan seseorang
Dia boleh jadi RAJA
Sebab di sebalik RAJA  ada panglima dan bendahara yang membantu
Mentadbir negara
Panglima dan bendahara juga mampu jadi RAJA
Dan sekarang aku nak jadi Jebat
Jebat si penderhaka
Siapa tahu perasaan Jebat, pendirian Jebat?
Siapa nak paham apa yang dirasa?

Siapa? 


Jun 4, 2014

kawan..

aku berkawan dan aku punya misi
bukan sekadar berkawan
kalau boleh biarlah kawan dunia akhirat

kalau namanya kawan sampai mati
jadi mahu yang terbaik berlaku untuk kawan
dari SPM sampai Degree aku banyak sejarah pahit
pasal kawan.

Samaada aku salah pilih kawan
Atau kawan tak sama niat dengan aku
Bila berkawan aku bagi komitment
Aku letak tanggungjawab dan
Aku ikat kukuh hubungan tu
Jangan jatuh berderai, jangan terluka

tapi biasala mana ada manusia sempurna
diploma aku pernah menangis sebab kawan
degree aku jadi takut dan aku pernah menangis
sebab keseorangan.

Aku ajar diri supaya kuat bila bersendirian
Dan kebanyakkan kawan sama jantina aku
Payah nak kekal lama

Lama-lama bila usia menginjak tua
Aku semakin paham
Bila kita bersedia nak berkawan
Kita kena sedia berkorban

terkorban mati atau cacat seumur hidup.. hati cacat

Kidzoonia.. Release Stress.. happiness


Perasaan yang tak dapat terungkai dengan kata-kata
Meluangkan masa dengan anak
Tengok dia membesar
Jatuh bangun, ketawa menangis dia
Memang dasar anak kecil
Apa saja perbuatan mesti nak perhatian ibu bapa

Semalam bawak Ikhwan main dekat festival city
Main dalam Kidzoonia Mini nama eh
Port paling ikhwan suka is dalam tempat banyak bola plastic tu
Sejam pon boleh bertahan duk dalam tu
Macam semalam abah dia shopping baju
Mama and ikhwan main sampai lebam

Sempat buat kawan, kawan baru nama ani, bibah, and adik dia iman
Budak-budak hati dia bersih tengok muka pun dah rasa bahagia
Mak bibah pergi beli food, tinggalkan dia and adik dia kat situ
Oh Bibah umur 6 tahun, iman 3 tahun

Sebagai ibu rasanya tak patut mak dia tinggalkan dalam tu
Mana tahu berlaku kebakaran orang akan selamatkan diri sendiri
Ye mungkin mak dia susah nak control tapi itu tanggungjawab
Manusia payah menghargai selagi belum kehilangan

Semalam terpaksa tinggalkan aja Bibah dan iman
Nak bergegas solat dan dinner

Moga mak Bibah cepat datang 

*Bibah pakai tudung, adik dia yg rambut keriting tu

Jun 3, 2014

keep calm and plan kenduri

Apa hal la aku malas betul nak update entry
Pastu tertanya sendiri apa motif aku ada blog ni?
Berat dugaan gini.

Macam biasa musim cuti sekolah musim orang kahwin
Last week baru pergi ke kampung Selekoh, Perak
Officemate en suami
Makanan overall sedap dapat duduk seat VIP
Doorgift coklat mahal dan layanan keluarga pengantin superb

Adik aku pun bakal berkahwin tak lama lagi
Bulan November cadangnya
Sekarang family tengah sibuk tolong
Uruskan apa yang patut
Kalau duku arwah abah ada jadi ketua
Sekarang mak la tulang belakang

Knowing mak, semua benda mak nak tersedia
Semua kerja mak nak buat
Tapi dengan factor usia memang tak boleh la
So adik beradik kena main peranan penting
Bagi mak kurang risau

Overall dah bahagi tugas masing2
Hopefully apa yang dirancang menjadi
Dengan izin Allah hendaknya