Standing Instruction Pembayaran Kereta Bank Muamalat

Rodiah Amir
0

Standing Instruction Pembayaran Kereta Bank Muamalat

Untuk pembayaran bulanan pinjaman kereta aku dan suami pilih Bank Muamalat (BMMB) sebab masa tu aku bekerja dan BMMB offer rate yang bagus untuk syarikat aku. 

Sewaktu tandatangan perjanjian, staff BMMB advise untuk aku buat Standing Instruction (SI) supaya urusan bayaran lebih mudah. 

Standing instruction juga adalah untuk elak aku lupa bayar pinjaman. Kiranya pinjaman automatik ditolak pada setiap bulan.

Ini pertama kali aku buat SI jadi banyak benda yang aku masih kurang arif. Aku memang ikut bulat-bulat apa yang staff tu advise la.




Apa itu Standing Instruction atau Arahan tetap?

Aku kongsikan Standing Instruction atau Arahan Tetap untuk Bank Muamalat dan tak semestinya bank lain pun buat benda yang sama ya. Lebih baik rujuk bank untuk terma dan syarat.

Standing Instruction atau Arahan tetap merujuk kepada cara membuat pembayaran automatik sejumlah tetap untuk pinjaman, bil atau kredit kad pada waktu yang sama (minggu/bulan). Pembayaran boleh dilakukan dari akaun simpanan atau cek. 

Selalunya orang guna standing instruction untuk bayar pinjaman kereta, gadai janji, dan bil utiliti. Ada caj tertentu yang dikenakan oleh bank dan setiap bank caj amount yang berbeza.



Proses Apply Standing Instruction

Berbalik kepada kisah aku buat Standing Instruction dengan BMMB, aku berurusan dengan Bank Muamalat cawangan Taman Melawati. 

Sebelum meneruskan cerita, entri ini bukan nak aibkan sesiapa cuma nak kongsi pengalaman supaya orang lain boleh amik langkah sepatutnya, menjimatkan masa, dan terhindar dari stress.

Masa submit pinjaman kereta, aku juga isi borang untuk SI sebab aku nak elak terlupa bayar. Masa tandatangan perjanjian jual beli kereta semuanya ok. Pinjaman lepas. 

Oleh sebab siang aku bekerja, jadi jumpa dengan sale officer tu pada waktu malam. Waktu tu bulan Ramadhan jadi agak tak selesa keluar malam hari. 

Tapi demi melancarkan urusan aku setuju je lah. Tak lama lepas tu aku terima panggilan dari staff bank dan cakap borang SI aku di tolak oleh HQ BMMB kerana masalah bahagian SIGNATORY.

Rupa-rupanya signatory aku tak serupa dengan signatory masa aku buka akaun dengan BMMB satu ketika dulu. Waktu tu aku dah frust sebab mana aku ingat signatory zaman tok kaduk tu woi.




Sekali lagi aku jumpa staff bank tu dan dia terangkan sebab musabab. Dari sabar terus hilang sebab staff tu bagi aku beberapa form untuk aku sign. Kira macam ikut nasib la dia akan submit beberapa form ke HQ.

Aku ada la pertikaikan tiada solusi lain ke contoh submit lampiran buku akaun ke. Aku expect staff tu akan bagi solution. 

Tapi tidak ya, dia nekad suruh aku balik dan practice untuk tiru signatory. Oleh sebab dah frust aku ikut saja kehendak dia.

Selepas beberapa hari sekali lagi terima call dari bank dan kali ini aku dikehendaki untuk pergi ke HQ BMMB dan buat update signatory. Sengal terasa disitu ya. Lebih baik staff tu advise aku dari awal untuk terus ke HQ sahaja. Buang masa dan tenaga sungguh.


Kesimpulan

Alhamdulillah urusan di kaunter HQ smooth je. Hanya isi borang untuk update signatory dan selesai. Moral of the story, urusan Standing Instruction ni mudah sahaja. 

Untuk BMMB, apa sahaja urusan yang melibatkan Saving Account yang perlukan signatory perlu pastikan signatory sama masa buka akaun. If not jadi macam kisah aku la ye.

Update Julai 2020: Notis dari BMMB.

Mulai 1 Julai 2020, perkhidmatan Instant Bank Fund Transfer (IBFT) bagi Pindahan Dana (Fund Transfer) termasuk Arahan Tetap (Standing Instruction) ke bank-bank lain tidak lagi ditawarkan di i-muamalat.

Untuk membuat Pindahan Dana Antara Bank atau membuat Arahan Tetap yang baharu, boleh menggunakan perkhidmatan DuitNow atau Pindahan Segera (Instant Transfer).


Tags

Catat Ulasan

0Ulasan

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Terima kasih sudi comment.

Catat Ulasan (0)