Nuffnang BH

Aug 30, 2013

Sambutan Hari jadi, Tiup Lilin dan Hukumnya

As Salam,

Bulan September bulan yang dinanti oleh aku sebab ulang tahun kelahiran anak sulong aku. September juga bulan kelahiran anak-anak saudara dan adik bongsu. Dalam enam orang kalau tak salah. So bila dah ramai terkeluar la idea nak menyambut beramai-ramai. Part yang tu memang suka. Adik cadangkan buat majlis bacaan Yassin dan jamu jiran sekeliling. Dan mahu membeli kek sekadar menggembirakan anak-anak yang bawah umur.

Dan bila cakap pasal majlis hari lahir mesti dalam otak fikir acara tiup lilin dan hukumnya. Aku ada baca satu entry pasal berdakwah kat blog ustaz noramin yang bincang pasal ni. Sila baca dengan lapang dada. Entry pasal sambutan ulang tahun dan lilin. 

Bolehkah menyambut hari jadi dengan meniup lilin dan bernyanyi?

Sesetengah orang cakap tak boleh...kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu "Allah selamatkan kamu"?

Jawapannya:

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram.

Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud :

“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku”

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka.

Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.

(so pandangan ustaz ini adalah: dibolehkan menyambut hari kelahiran dengan bersyarat. Lilin pula adalah haram)

Yang cuba aku highlightkan adalah salah satu comment dari pembaca blog dari entry Ustaz Noramin ialah yang kat bawah ni:

                 
Ust telah setuju mengenai hari jadi :
"Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita menginggati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat".

Namun berbeza pula pendapat ustaz mengenai :
""Barang siapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam".

Alasan yg diberi Ust adalah :
"haram sebab dia bukan dari budaya Islam". Berlandaskan kepada hadis berbentuk umum :
"“Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.”

Persoalan :
1. - Adakah benar hadis umum tersebut boleh menjadi 'ilat untuk mengharamkan perbuatan tersebut?.
2. - Adakah benar setiap perbuatan "bukan budaya Islam", haram dilakukan?.

Jelas sekali bahawa hadis itu bukan berbentuk umum, dimana setiap setiap perbuatan perbuatan yg menyerupai perbuatan orang bukan Islam adalah haram. Kerana perkataan "tasyabuh" dlm hadis tersebut tidak mengikat perbuatan yang dilarang. 

Terdapat dikalangan ulamak yang mentafsirkan "Tasyabuh" sebagai sesuatu yang berkaitan dengan aqidah dan keagamaan, bukan perbuatan yang berkait dengan adat dan budaya. Kerana banyak daripada budaya dan adat yang diamalkan sebelum kedatangan Islam terus diamalkan pada zaman Rasulullah SAW oleh para sahabat RA.

Ustaz menyatakan:
"perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat".
Adakah sesuatu yang berasal dari budaya barat diharamkan dalam Islam?.

Apakah benar setiap budaya barat bertentangan dengan Islam dan mesti diharamkan?.

Pada tahun 60an, memakai tali leher dan topi diharamkan, 'ilat kepada pengharaman tersebut adalah "tasyabuh" dgn pakaian orang barat, dimana kebanyak org barat adalah kafir (kristian).

Namun pada hari ini, hukum tersebut tidak lagi relevan, dimana pakaian tersebut tiada kaitan dengan agama dan akidah seseorang. Bahkan pakaian tersebut dipakai kerana kesesuaian dengan budaya dan iklim masyarakat barat.

Perbuatan meniup lilin di atas kek semasa menyambut hari jadi tiada kaitan dengan upacara keagamaan dan aqidah agama Kristian. Perbuatan ini hanya budaya barat, yang mungkin asing daripada budaya melayu.

Mungkin kaedah sadu az-Zaraie' boleh diguna pakai untuk menentukan hukum perbuatan ini, namun tidaklah sampai mengharamkan sesuatu budaya yang tiada kaitan dengan akidah dan budaya. 

Disokong pula oleh pembaca lain dalam comment yang ini:

Salam,
artikel yg menarik perhatian, lg2 hari jadi sy dh hampir. Tp sy brsependapat dgn PakTehPas. Sbb bkn golongan yg nak menghalalkan benda yg dilarang tp alasan pengharaman sambut hari jadi dgn tiup lilin adalah kurang kuat.

Contohnya, melayu dan Islam adalah dua benda berbeza. Budaya melayu bukan budaya Islam tp banyak budaya Islam sama dgn budaya melayu. Walaupun ada adat melayu yg tiada asal usul dari Islam, tk bermakna adat itu dilarang.

Barat walaupun majoriti agama kristian, tp mereka masih ada penganut Islam. Maka selagi budaya yg dtg dari Barat tk bercanggah dgn akidah dan syarak, saya merasakan tiada salah kalo nk diamalkan dgn acuan Islam. Cuma pandangan, maafkan kalo silap fakta. ~Yugi~

Comment balas dari:

Salam Kepada Pak Teh Pas syukran atas teguran yang diberikan dengan penjelasan yang cukup baik, dan saya harap diskusi baik seperti ini dapat berlansung di dalam komen2 di blog saya, saya hargai paktehpas atas perkongsian ini.

saya juga adalah insan biasa, kadang2 artikel-artikel yang dibuat ikutkan nafsu, kadang2 ikutkan sedikit ilmu. jadi kesimpulannya saya insan yang lemah dan selalu lakukan dosa.. dan saya perlukan teguran dan peringatan dari anda semua.

Maksud budaya barat itu saya jelaskan terlalu umum, itu kesilapan saya.. tapi pada maksud yang saya nak sampaikan di sini, adalah budaya kristian dan nyayian... dari menyanyi lebih baik berdoa atau buat apa2 yang lebih baik lagi.

Di dalam artikel saya di atas juga menjelaskan budaya tiup lilin ini datang dari upacara agama kirstian dan lilin itukan salah satu alat ibadah mereka.

Pandangan Ustaz Azhar Idrus dalam ceramah nya di You tube: video UAI 


(ustaz kata sambut adalah Harus, dan tak menggalakkan letak lilin sebab takut tergolong dalam hadis Nabi Muhammad S.A.W “Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku”)

Comment seterusnya – ini comment dari pembaca nama yg bernama Hairil tapi dia comment tentang hukum lain tapi PakTehPas ulas yang berkaitan tentang kelayakan seseorang memberikan pendapat tentang hukum.

hairil kata :
"sama jugak pengharaman rokok n poco2.. mufli2 tidak sependapat tentang larangannya.."

Dalam perundangan Islam, perbezaan hukum yang dikeluarkan oleh para ulamak bukan merupakan hujah untuk membebaskan kita dari mana-mana hukum. Sesuatu hukum syarak akan dianggap tepat dan benar bila hukum tersebut menepati kehendak al-Qur'an dan as-Sunnah.

Para fuqaha telah menggunakan pelbagai kaedah supaya setiap hukum yang dikeluarkan selari dengan kehendak al-Qur'an, as-Sunnah dan maqasid as-Syarieyah. Antara kaedah-kaedah yang diguna pakai adalah kaedah al-Istishab, al-Istihsan, al-Maslahah al-Mussalah, al-Adat dan Fatwa as-Sahabah. 

Pengkaji sejarah perundangan Islam telah mengemukakan beberapa sebah berlakunya perbezaan hukum di kalangan fuqaha'. Antara sebabnya adalah :

1- Perbezaan ilmu yang dimiliki oleh seseorang ulamak.
Dimana inilah punca utama timbulnya perbezaan hukum di kalangan alim ulamak negara kita. Secara fitrah ilmu yang dimiliki oleh seseorang ulamak tidak sama taraf dengan seseorang yang lain. 

Misalnya, seseorang mempunyai ilmu dan kepakaran dalam bidang tasauf, kebolehan yang dimiliki berbeza dari seorang yang memiliki kepakaran dalam ilmu hadis. Latar belakang kepakaran ini menjadi tunjang kepada ketepatan hukum yang dikeluarkan oleh seseorang ulamak.

Bolehkah seorang yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang fiqh mengeluarkan hukum fiqh yang menepati kehendak syarak dan maqasid as-Syarieyah?. 

Bagi masyarakat melayu, asas penting ini tidak diberikan pertimbangan yang khusus. Kesan dari pengabaian ini, pelbagai hukum telah dikeluarkan tanpa hujah dan rujukan yang tepat. Sikap masyarakat yang beranggapan "semua ustaz pandai dalam bidang hukum" telah mendatangkan kecelaruan kepada masyarakat.

Keadaan ini makin parah, bila ahli agama yang memiliki nama, namun tidak memiliki ilmu, secara mudah mengeluarkan hukum berdasarkan kelemahan ilmunya.
Contoh yang paling mudah adalah, adakah mereka yang diberi kuasa untuk mengeluarkan fatwa atau dipanggil mufti memiliki kepakaran dan pengkhususan dalam mengeluarkan hukum fiqh?. Apabila kepakaran ini tidak dimiliki oleh seseorang mufti, dengan mudah masyarakat akan mempertikaikan sesuatu fatwa yang dikeluarkan. 

Contoh lain yg boleh dijadikan rujukan, apabila seorang ustaz yg dimasyhurkan sebagai seorang ulamak pembaharuan. Beliau secara mudah membidaahkan setiap amalan yang dipraktik oleh orang melayu dengan alasan menyalahi sunnah. 

Bila kita selidiki latar belakang ustaz ini, kepakarannya dalam ilmu hadis. Maka hukum yang dikeluarkan terlalu mudah, sama ada bidaah atau sunnah. Dimana setiap amalan yg tidak diamalkan Rasulullah SAW adalah bidaah yang menyesatkan, dan setiap yang sesat adalah haram diamalkan.

Seorang yang mempelajari perundangan Islam akan menghukumkan sesuatu berasaskan lima hukum yang ditetapkan. Untuk memudahkan umat Islam mengamalkan ajaran agama dan menjalani kehidupan mereka hanya satu sahaja yang ditegah daripada melakukannya, iaitu sesuatu yg dihukumkan haram.
Ini bermakna sesuatu yang wajib, sunat, harus dan makruh tidak diharamkan.
Dan ini cadangan dari pembaca lain:
Salam ustaz sepatutnya ceritakn sekali dlm post ni budaya barat yg ditiru masa sambutan hari jadi, bukan mslah tiup lilin kek je tapi perbuatan sebelum tiup lilin tu yg ptut ditekankan dan diperingatkan iaitu memohon hajat. blh rosakkan akidah tu..

Entry terpanjang setakat ni..tapi aku benar-benar rasa berbaloi bila update tentang ni. Ceteknya ilmu yang sedikit ini. Pandang semula diri. Muhasabah. Allah, diri ini masih banyak lagi untuk diperbaiki.

Aku masih lagi belajar memahami. Jauhi yang was-was. Yang tak mendatangkan pahala jauhkan lah. 

56 years of Independence


Selamat Menyanbut Hari Kemerdekan Yang ke 56
Artwork dari kawan kat office ni
Beribu Pengertian bagi kemerdekaan


Aug 29, 2013

Apa yang digapai/dicapai?

ini pernah aku tulis dalam tahun 2010 tentang hari lahir yang ke 25. tapi aku tak post kan, sekadar ingatan.

Tanggal 13 november 2010 yang lalu genaplah umur aku 25..yea dah 25. Sudah berganjak setahun. Syukur kepada Yang Maha Esa dengan limpah kurniaNya dapat lagi aku merasai nikmat 5 pancaindera dengan sempurna.Thank you Allah. Dan setelah angka 25 tahun di gapai, pencapaian yang dicapai setakat ini adalah:

1.      Keputusan SPM yang suam-suam kuku membolehkan aku menyambung pengajian di peringkat diploma di Uitm di hatiku. Diploma in Banking.

2.      Setelah berhempas pulas diperingkat diploma aku nekad mahu menghadiahkan diri dengan segulung ijazah pentadbiran perniagaan major dalam Perbankkan Islam. Juga di Uitm.

3.      Diterima mengikuti Financial Sector Talent Enrichment Program (FSTEP) di anjurkkan oleh IBBM dan disokong oleh BNM, seterusnya menjadi anak angkat BNM.
4.      Menerima latihan sistem perbankkan Islam di Beirut, Lubnan selama sebulan. Dihantar oleh syarikat bekerja sekarang.

5.      Berjaya menamatkan kursus di OBS lumut selama 10 hari. Diseksa mental dan fizikal habis-habisan.

6.      Menukar status dara pujaan kepada isteri MrZ.
Dan setelah meneliti list di atas aku agak terkilan, pencapaian yang kurang membanggakan. By the way. Selamat ulang tahun Rodiah.

aku taip google image "capai" keluar muka Najib, taip gapai pun ada muka Najib..pasrah jela credit to google image

Aug 23, 2013

Kemanisan bersahabat.

*ini sepatutnya entry isnin lepas. tapi hari ni baru berjaya post.

Salam Selasa.

Masih berbekas penat lelah semalam. Harini tertewas bila selesema. Nak makan pun tak berapa selera. Walau penat tapi Alhamdulilah kepuasan amat menakjubkan. Walau ada yang keruh sebelum ni harap selepas event semuanya jadi jernih. Syukur, syukur, syukur  Ya Allah.

* tip dipermudahkan segala amalan, murahkan rezeki, jauh dari stress ialah amalkn baca Al Ma’thurat. InsyaAllah.


Semalam PST Riang Raya Aidilfitri. Sesuai dengan nama, memang riang ria kami semalam. Tetamu yang datang pun gembira. Kenyang. Hati pun senang. Semua bagi comment yang marvellous sebab apa yang diberi pada kami sesuatu yang kaku. Jadi kami sedaya upaya menghidupkan sesuatu itu. Allah izinkan. Alhamdulillah. Sesetengah orang pandang rendah dengan keupayaan kami. Dan kami Berjaya buktikan kami boleh. Yeahaaa.

*bila hati susah, gaji sentiasa tak cukup, selalu marah2, hilang arah maknanya Allah suruh manusia audit hal solat, hubungan dengan Allah, hubungan dengan manusia.


Setelah sekian lama, baru dapat rasa semula kemanisan sahabat. Dulu, lama dahulu pernah satu ketika mereka-mereka meninggalkan kesan buruk dalam hidup, tapi sekarang sesuai dengan peredaran masa mereka kembali mengukuh siratulrahim. Tak lama dahulu ada yang terasa sebab lidah, Alhamdullilah itu sudah terubat. Syukur. Masa itu tidak lama.

*belajar memaafkan agar kehidupan dapat diteruskan. Siapalah kita nak berdendam. Siapa kita nak menidakkan nikmat Allah berikan. Sucikan hati supaya Hidayah dan doa mudah kita terima.




Aug 15, 2013

Perempuan jangan lupa..jadi isteri kene sentiasa muda dan cantik

As Salam,

Terbaca entry ni kat blog yang saya follow. kakak suzie. Lepas baca rasa sentap. Bila cuba check diri sendiri dengan kisah kat bawah ni..eh macam banyak je persamaan. Minta Allah kukuhkan ikatan kami. Amin. 


Pembaca Semua,

Saya ingin berkongsi pengalaman ini dengan semua kerana saya ingin puan-puan tahu apa sebenarnya tersirat di dalam benak sesetengah suami dan bagaimana dia melihat kita dari pandangan mata mereka. 

Walaupun mereka tidak pernah komplen tentang perawakan kita tetapi di sudut hati mereka, mereka menilai secara diam2 dan membanding kita dengan perempuan lain.
Barangkali suami puan-puan tidak begitu, tapi ini boleh jadi panduan.
 


Saya seorang isteri baru berusia 29 tahun dan mempunyai 3 orang anak. (Aku 28 tahun dan satu anak)
Perawakan saya biasa sahaja, tidaklah hodoh, sedikit gempal setelah melahirkan 3 orang anak. (ok ini aku betul..lemak ada tapi xde la banyak sangat)

Saya berkerja sebagai seorang eksekutif dan suami saya berkerja biasa saja. (suami saya boleh tahan la..sama je kot)
Kebanyakan belanja seperti ansuran rumah dan kereta, saya yang membayarnya demi suami yang mempunyai gaji tidak seberapa.(yang ni kami suami isteri fair, sama bahagian)
Suami saya bolehlah dikatakan menarik jika dibandingkan dengan saya.(suami saya ada daya tarikan..bahaya2)
Suami saya tinggi, cerah kulit dan menarik minat ramai perempuan semasa bujangnya.(suami saya rendah, kulit xcerah xgelap sgt tapi masa bujang banyak yang minat..ok bukan puji terlebih tapi itu kenyataan)

Saya mengabdikan diri seluruhnya untuk rumahtangga, pagi sebelum pergi kerja saya akan masak utk anak2, sarapan utk suami, saya memandu sendiri ke pejabat dan setelah balik ke rumah pada petangnya sayalah yang menyediakan segala keperluan rumahtangga.(saya masak bila free, tak memandu, dan suami wajib tolong)

Sepanjang perkahwinan suami tidak pernah komplen pasal perwatakan saya. (Suami saya ada jugak konplen kata saya semakin gemuk walau berlawak..cis)

Saya memakai tudung, dia nampak biasa saja, tetapi dia tidaklah sentiasa tertarik kepada saya semasa di rumah seperti cuba mencium saya, memeluk atau memegang saya, kami akan bersama bila waktu malam apabila dia perlukan saya.(saya pakai tudung..tapi yg cium semua tu kami masih malu2..hahahha ini tak tipu..saya masih malu)

Baru-baru ini saya mendapat tahu dia mempunyai kekasih di tempat kerja sendiri. 
Gadis tersebut bukanlah muda dari saya tetapi sudah berumur 30 tahun. 
Saya mendapat tahu juga yang suami saya sering ke rumah gadis tersebut semasa waktu kerja. 
Hubungan yang terjalin nampaknya telah sampai ke tahap hubungan se**.
(Pentingnya didikan agama, minta aku tidak di uji sebegini)


Bila saya bersemuka dan bertanya kepadanya, pada mulanya dia menafikan, tetapi setelah dikemukakan bukti dan sebagainya, baru dia mengaku. 

Saya ingin tahu kenapa dia menjalin hubungan. 
Apa kurangnya saya, dia akhirnya berterus terang mengatakan memang tiada apa yang kurang dengan saya. 
Saya menjaga makan minum, membantu kewangan, menguruskan rumahtangga dengan baik tetapi saya hanyalah setakat itu sahaja. 

Dia tiada rangsangan lagi bila melihat saya.
Baginya, dia kadangkala ingin bersama wanita yang dilihat cantik, menarik minat lelaki lain dan bila berjalan sama menimbulkan cemburu pada lelaki lain.
Dia dengan berani memberitahu saya bahawa teman wanitanya mempunyai kuku yang cantik, perut yang nipis, bau yang sedap, fashion yang menarik.(hancur hati bila baca)

Sedangkan saya menurutnya walaupun tidak hodoh tetapi hanyalah wanita yang sangat biasa saja, kuku saya pendek dan kadang kala rosak kerana memasak, rambut pulak kadang kala berbau bila balik kerja kerana bertudung sepanjang hari. 

Kulit perut saya pula tebal, tidak menarik di rumah bila hanya ber t-shirt dan berkain batik.
Hari-hari melihat saya dia merasa tiada apa yang dibanggakan tentang saya, bercakap di rumah pula hanyalah tertumpu pasal rumah dan anak-anak. 

Tiada topik menarik separti teman wanitanya yg boleh bercakap pasal politik, career, mempunyai taste yang tinggi dan dapat membantu dia mengenali dunia yang baru mengenai fashion, korporat, jadi dia merasakan seperti lelaki yang berjaya bila bersama wanita tersebut.

Memang saya akur tentang perawakan saya kerana pertamanya memang saya dilahirkan begini, kedua saya terlalu sibuk untuk membelek diri sendiri, ketiga saya tidak mempunyai cukup wang untuk berbelanja sepenuhnya untuk kecantikan.

Begitulah hati budi lelaki sebenarnya walau bagaimanapun kita menjaga dia tetapi dia masih mementingkan fizikal jauh di sudut hati ingin bersama wanita menarik yang boleh membuat dia berasa bangga.

Saya telah pun berpisah dengan suami sekarang tetapi saya tidaklah duduk meratap tetapi menghadiri slimming session dan membelanjakan duit separuh untuk kecantikan bukan untuk lelaki tetapi untuk kepuasan sendiri, biarlah saya pendek dan sedikit tembam tetapi saya berazam untuk menjaga kebersihan dan kelihatan menarik.

~ Muslimah sejati ~



Pengajaran yang aku rasa boleh aku amik ialah:

- Isteri ditakdirkan bekerja lebih keras dalam kehidupan di dunia sebab ganjaran syurga terlalu mudah utk isteri yg taat. bekerja lebih jaga suami, jaga kecantikkan, jaga anak dan lain2
- Walau suami tak complain isteri kene sedar diri
- kene ada masa untuk diri sendiri dan sentiasa jadi isteri yg tak pernah tua..woi ini susah hahha
- Positif, positif dan positif

Aug 14, 2013

Masa bakal tiba

Salam,

14 August 2013. Saat orang lain menghayati Hari Raya aku dalam kesesakan nafas memikirkan hal kerja. Hal yang bakal mengubah persepsi orang atasan terhadap aku. Nampak kecik tapi besar akibatnya. Selagi 19 August tidak berlalu selagi itu hati tidak tenteram. Kertas kerja pun dibawa balik ke rumah. Nekad nak bagi yang terbaik. Semoga Allah permudahkan.

1 September 2013. Ikhwan bakal genap dua tahun. Janji pada diri no more calling him as baby, even Ikhwan sentiasa baby dihati mama. Owh anak. Ramai tanya bila nak anak kedua. My answer is biarlah rahsia. Kalau boleh biar kakak dapat anak dulu. Kasihan dia. Dulu anak dia meninggal masa dalam kandungan mencecah lapan bulan. Mesti tertekan kalau aku dah nak masuk anak kedua. Menjelang dua tahun Ikhwan dah tahu erti "hantu". Sebolehnya aku ajar dia ghost tu tak wujud. Aku nak ajar syaitan kot dia tak paham so aku ajar "monster" lebih enak aku fikir. Tapi kita merancang Allah yang izinkan. Semalam menangis masuk bilik air tak mau mandi pastu sebut "hantu2". Dalam otak fikir tempat pengasuh yang takutkan sebab Ikhwan suka main air. Suka mandi. 

12 August 2013. Aku lukakan hati seorang kawan. Suami kata aku selfish sebab asingkan diri dari kawan. Aku hanya menjaga hati aku sendiri. Aku malas mengharap. Aku tarik diri. Kalau tak mahu memberi komitmen jangan berani menabur janji. Macam drama melayu kan?


Aug 13, 2013

Raya 2013

Salam Syawal 2013.

Raya pertama di Melaka. Petang raya ke dua balik Pahang. Raya ketiga tanpah arwah abah. maaf entry berkecamuk.. sesuai dengan jiwa yang malas sangat sekarang ni. Nak taip entry panjang2 tapi..nantilah.


still nk buat gyomi..aptb
rumah saudara Melaka
amir's 
nyawa
kami
cousins
2 xde ... 1 laki 1 perempuan
my nyawa

love u mak
sayang  selamanya
psoing manja katanya..muntah