Nuffnang BH

Jul 24, 2013

Farah..diuji..mencuri..cctv

Salam,

Last week ada baca kat blog hiburan pasal pengacara tv pompuan bertudung mencuri dan ada rakaman cctv tu. Memang suspen bila semua orang main sebut-sebut nama Wardina la, farah la, Nurul Syuhada la. Yela semua calon-calon tu muka baik gila, ada didikan agama. 

Nak dijadikan cerita tadi tengok kat blog ni kayabun  ada update pasal ni. Terperanjat. 

"Sepanjang minggu lalu, Farah AF atau nama sebenarnya Farah Diana Anuar menjadi tumpuan ramai apabila beliau di’tuduh mencuri dan terlibat dengan kes mencuri di set penggambaran sebuah program TV.
Pengacara Nasi Lemak Kopi O ini di’tuduh sering tidak memulangkan baju yang di’pinjamkan untuk tujuan penggambaran & satu ketika ada satu pihak yang cuba untuk menguji kejujuran Farah AF ini.
Pihak tersebut meletakkan kertas kertas yang dicetak seperti wang kertas ke dalam poket baju yang dipinjamkan kepadanya — apabila dipulangkan, kertas yang konon-kononnya duit itu hilang begitu sahaja.
“Saya ingin jelaskan bahawa saya tidak pernah lakukan perbuatan terkutuk sebegitu pada bulan Ramadan ini. Ceritanya macam ini, setelah selesai mengacara, saya ke bilik persalinan untuk menukar baju dan di situ terdapat banyak baju. Ketika saya nak pakai tudung, saya ternampak duit yang sudah terkeluar dari satu poket baju. Saya tak tahu mengapa saya terlalu baik hati untuk mengambil dan berniat untuk memulangkan semula duit tersebut kepada pihak yang sepatutnya”
“Kebetulan, ayah saya merupakan bekas pengawal keselamatan di TV3. Jadi, saya fikir untuk menyerahkan duit tersebut kepada ayah saya. Ini kerana ayah saya kenal dengan ramai pengawal di situ dan tahu ke mana duit itu sepatutnya dibawa,” jelas Farah AF kepada Kosmo! hari ini.
Ketika kejadian itu berlaku, Farah AF mengakui hampir pengsan dengan tuduhan serta cercaan yang di’lemparkan kepadanya dan usaha beliau untuk menghubungi ayah serta suaminya gagal kerana telefon bimbit kehabisan bateri.
Menurut Farah AF lagi, isu duit itu sudah pun selesai dan menurutnya tuan empunya duit itu lebih bersahaja dengan isu ini berbanding orang di’sekeliling yang melebih lebih."

Cerita kat atas macam confuse sikit. last statement kata owner duit lebih bersahaja.. pastu ada pihak ingin menguji kejujuran Farah. Pihak yang uji ni owner duit tu ke? Amboi rajin nyer nak test orang. Tapi ini dah ke arah nak jatuhkan maruah orang. Moga Farah tabah. 

Rasanya aku faham situasi Farah yang dicerca tu, sebab dulu aku pernah alami keadaan seakan-akan apa yang dia alami la. Aku tak de la dituduh mencuri, aku lebih kepada gila kuasa sedangkan aku buat sebab tak da siapa nak buat. Lupa kan cerita aku. Orang sekeliling tahu comment je. Sebab tak pernah merasa jadi mangsa. Hope keluarga sentiasa support dia. 

gambar ni aku dapat kat google image. jangan kata aku mencurik lak. aku dah bagi credit ni.. Idzwan Junaidi halakan ye. Gambar ni je paling atas bila aku type nam farah. panjang lak explain
cerita pasal curi2 ni nak Raya ni berhati2 la. Bila balik kampung pastikan rumah selamat. last week pon rumah aku hampir dicerobohi pencuri. sempat ditendang grill pintu dan patah. sekarang masih fobia nak tinggal rumah. Dan blok belakang rumah pun dah kene samun dengan parang. Gila manusia sekarang. Sungguh berani membunuh.

Jul 12, 2013

Berpuasa Di Bulan Ramadhan kekdahnya

Salam,

Lama tak menaip sebab tak banyak kot cerita nak share. Hari ketiga berpuasa. Hari pertama makan nasi ambang. Kedua makan kat aeon big, nasi ayam sweet sour tp rasa lebih kepada sour je. Hari ketiga masih berfikir.

So far sahur masih gagahkan diri masak nasi dan lauk. Sekali pakej bekal Ikhwan la. So baru macam perasan Ikhwan cam debab makan nasi hari2, ke sebab aku puasa aku tak larat nak dukung dia? Ermm.

Hari pertama Ikhwan behave tak bangun kacau sahur pun, masuk hari kedua telinga dia sudah alert bila aku memasak. Cis.. dah la asyik nak melekat. Sekejap2 nak mama nak wash.. mama pis..mama tek.. dan macam2 lagi. Pandang abah dia sebelah mata je.

 Hari ni plan nak berbuka di rumah kakak ipar. Pastu sahur t nak goreng ikan bilis dengan bawang tu. Pastu telur ada. Telur dadar cukupla.

Bab baju raya untuk kedua pihak aku dah setelkan. Baru je. Adoi penat cari baju. Raya sebelah mertua ke ejaan dia mentua ha? Belasah je.. kami pakai warna hijau turquoise, sebelah Pahang pakai pink. Yes. Mr Zamri setuju nak pakai pink. Yeaahahhaha. Bukan baju melayu pon. Kemeja sebab balik Pahang dah raya ketiga mungkin. sobs.

Kuih raya dah order Cuma t tambah-tambah sikit. Pastu duit raya anak buah tak allocate lagi. Gaji still sama takde pun dapat tambah bila nak raya so kene bijak guna duit ni.


Hope raya kali ni berjalan lancer. Btw, before this gaduh nak balik raya. Tup2 boss suh mausk kerja awal. Kan dah kena. Allah tu Maha Mendengar. Gaduh lagi kan da dapat balasan.   

Jul 1, 2013

Program Ramadhan Palestin bersama Aqsa Syarif

 As Salam,

Biar gambar bercerita: