Nuffnang BH

May 30, 2013

Warming Up Menuju Ramadhan

As Salam,

Kalau tengok kat counting gadget kat blog aku lagi 39 hari nak masuk bulan Ramadhan.  Cepatnya masa berlalu. So semalam masa jenguk FB nampak note warm up menuju Ramadhan ni. Mari kita latih diri.


May 29, 2013

Bayi dibuang dalam lubang tandas selamat


Bomba China guna gergaji, pelayar keluarkan budak tersekat dalam paip kumbahan

Beijing: Seorang bayi lelaki baru lahir, dipercayai dibuang ibu bapanya ke dalam lubang tandas, ditemui masih hidup dan berjaya diselamatkan anggota bomba di timur China, selepas tersangkut di saluran paip kumbahan semalam. 

Polis menyifatkan kes itu sebagai cubaan membunuh dan sedang memburu ibu bapa bayi malang itu. Penduduk China turut meluahkan kemarahan berikutan kejadian itu di media sosial. 
Stesen televisyen China CCTV melaporkan, bayi itu ditemui di saluran paip kumbahan di kawasan perumahan di Jinhua, wilayah pesisir pantai Zhejiang. 


Dengar tangisan 

“Bayi berusia dua hari itu ditemui, selepas penduduk melaporkan mereka mendengar bunyi tangisan,” lapor stesen televisyen itu. 

Selepas mengesan kedudukan bayi anggota bomba memotong saluran paip yang mempunyai ukur lilit 10 sentimeter menggunakan playar dan gergaji dengan berhati-hati. 

Saluran paip yang sudah dipotong dengan bayi di dalamnya itu kemudian dibawa ke hospital selepas cubaan mereka untuk menariknya keluar tidak berjaya. 
Ia kemudian diserahkan kepada doktor yang mengambil masa kira-kira sejam memotong saluran itu sedikit demi sedikit hingga berjaya mengeluarkan bayi seberat 2.3 kilogram dengan uri masih terlekat pada tubuhnya. 

Akhbar milik kerajaan Zhejiang News melaporkan, keadaan bayi itu yang diberi nama Bayi No 59, berdasarkan nombor inkubatornya, kini stabil dan selamat. 
Rakaman video kerja menyelamat itu turut disiarkan di seluruh negara. 

Berita penemuan bayi itu mencetuskan ratusan ribu ulasan di laman web Weibo yang hampir sama dengan Twitter. Sebilangan besar mengucapkan syabas dengan kejayaan menyelamatkan bayi berkenaan dan melahirkan kemarahan dengan kekejaman ibu bapanya. 

“Saya tidak dapat menerima dan memaafkan perbuatan membuang bayi dengan uri masih terlekat di tubuh ke dalam lubang tandas. 

“Bolehkah mereka dipanggil manusia? Mereka lebih kejam daripada haiwan,” kata seorang pengirim yang menamakan dirinya Jiding Jiajia. 

Saksi rakaman menyelamat 

Seorang lagi pelayar internet, If-Free, berkata beliau begitu sebak ketika menyaksikan rakaman usaha menyelamat bayi itu. 

“Melihat bayi itu mengerang dan menangis ketika saluran paip itu dibuka amat menyentuh perasaan saya. Anda terpaksa melalui saat paling getir di dalam hidup dan saya yakin masa depan anda akan cerah,” katanya. 

Laporan mengenai bayi yang dibuang sejurus dilahirkan semakin meningkat di China dan ini sebahagian besarnya berpunca daripada dasar satu keluarga satu anak yang diamalkan dengan ketat di negara itu. 

sumber : Berita Harian

cilok dr FB

May 28, 2013

cerita zaman dulu kala

Memori betul

fstep - 2009
fstep - 2009

SMKB - 2000

SMKB - 1998


May 27, 2013

Daftar adik..Real Steel

As Salam,

Hari isnin minggu selepas cuti hari Jumaat. amat cool. layan movie Real Steel sambil buat kerja memang terbaik. Lagi bertambah baik kalau duduk rumah. Movie lama, macam biasa la aku baru nak tengok.


Semalam balik dari Ampangan ikut LEKAS. Alhamdulillah tak jem. Clear dan selamat tiba siap pergi shopping. Semalam jugak discuss and pujuk our mom untuk stay dengan anak-anak. Mak separa setuju. Sayang betul dia nak tinggalkan rumah. masih mencari solution supaya mak termakan pujuk rayu anak-anak.

Adik bongsu selamat mendaftar Matrikulasi Kuala Pilah. Sayu hati sebab tak dapat teman adik register. Dulu ada arwah abah, boleh temankan. Sekarang harapkan abang yang sulong. Dan mak mesti titiskan air mata.

Btw, aku ubah sket wajah blog aku. Nak nampak lagi smart dan matang. kononla.

May 23, 2013

menjelang wesak day..baby mati lemas


As salam

Esok cuti wesak dan semalam hari pemalas. Pas berbuka aku melepek nak tidur tapi meracau sebab panas nak mati. Asyik ulang alik bilik air basahkan kaki pastu baring depan kipas. Tak pedulikan ikhwan, adik aku, dan suami. Semalam pulak suami kene rasuk hantu raya nak mengemas rumah. Dia start kemas dapur, meja makan, dan basuh kain.

Sambil bebel muka masam dan aku buat tak dengar. Nampaknya trick buat-buat pekak berkesan. Rupanya kakak dia nak singgah rumah patut mengemas beria sangat.

Semalam baca berita baby 14 bulan lemas dalam baldi. Takut jugak. Ikhwan suka main air dalam baldi. Suka main mini kolam dia. Kadang-kadang macam cuai jugak. Memang la ajal tapi kalau boleh tak mo menyesal sebab perbuatan kita anak terkorban.

baldi tu sebijik macam yang aku punya ada kat rumah
Semalam lepaskan hajat buat tempura sayur. Aku beli terung purple, bendi, and carrot. Ikhwan suka. Beli tepung dia bancuh dan goreng. Yea jadik. Tetibe rindu kehidupan lama. Nak ada masa keluar makan, main bowling, tapau makanan. Nak buat assignment, nak merasa perasaan bila class cancel, jawab test, periksa akhir tahun dan convo.

Rindunya semua tu. Kalau boleh undur masa memang tipu la kan. Hidup kene nyata. Taw mimpi or kenyataan. Malam tadi mimpi benda tak elok. Mimpi orang fitnah aku. Kurang hajar dalam mimpi pun ikut masuk jugak. 

May 22, 2013

bermuka - muka dan kaitan dengan kuih talam


Dalam kehidupan seawal kita mencelik mata kita dah ada pilihan, lebih dari satu. Pilih untuk bergembira atau bersedih, menjadi positif atau negative. Untuk kisah silam semalam aku biasanya kuburkan dengan kesimpulan untuk hari ini. Apa next action item bergantung kepada kesimpulan pagi ini. Memang apa yang dijangkakan akan terjadi jadi sebolehnya aku tolak semua unnecessary stress. Contoh: aku dengar orang bercakap buruk di belakang aku. Aku risau fikir kalau aku berdepan dan clearkan keadaan keadaan akan bertambah buruk dan aku hanya akan menambah musuh. Lihat unnecessary stress disitu bila aku mula fikir apa orang kata dan tentang menambah musuh. Aku boleh rancang atau amik satu action plan dengan muhasabah diri dan cuba menjauhkan keadaan yang boleh perangkap aku.

Aku lahir pada bulan November. Kalau ikut tafsiran bulan kelahiran oleh Dato’ fadilah kamsah orang November banyak berimiginasi dan perangainya berubah-ubah. Kalau hari ni dia Nampak taksub dengan sesuatu esok ada kemungkinan dia Nampak lesu dan benci perkara itu. Sebab along the journey sifat berimiginasi yang tinggi buat dia buka mata dan minda. Banyak kebrangkalian yang buat dia ubah fikiran. Seperti aku mungkin arini aku keluarkan kata-kata negative pasal seseorang sebab aku belum sempat kenal lebih mendalam, dan mungkin selepas sebulan dua aku menjadi akrab sebab aku kenal diri dia. Jadi orang diluar mungkin anggap aku bermuka-muka. Dulu kata tak suka, and now??

Aku tulis ini atas dasar perkara ni berlegar di minda. Kalau sesiapa terasa. Padan muka kau. 

May 21, 2013

Ikhwan Hafeez perkembangan menuju 2 tahun



 As Salam,

Tadi blogwalking ada satu blogger cerita pasal perkembangan anak dia. Fuh terus seram sejuk dan gusar tak tentu hala. Ni namanya unnecessary stress. Gelakkan diri sendiri. Ikhwan Hafeez dah nak masuk 1 tahun 19 bulan so alang-alang tu aku pun semak-semak la apa patut aku tahu kat link ni pama

12 hingga 24 bulan
Checklist:

Pada peringkat ini kanak-kanak biasanya sudah pandai berkata-kata. Contohnya. “Mana mama?”
Ikhwan pandai sebut banyak perkataan dah Cuma belum pandai gabung dua perkataan.
Ketika bercakap, mereka akan fokus terhadap apa yang mereka cakapkan itu.  
Kalau nak makan Ikhwan dah pandai amik alas tikar rasanya dia faham dan focus dengan perkataan yang keluar dari mulut aku.
Semasa membaca buku bersama, mereka akan turut menyebut nama objek-objek yang ada di dalamnya.
Alhamdulillah Ikhwan akan cari dan selak halaman buku untuk tunjuk objek yang dia kenal.
Kanak-kanak dua tahun juga semakin pandai naik dan turun tangga.
Masih lagi nak stabilkan diri. Setiap kali balik mesti nak naik tangga sambil aku pegang tangan. Sambil langkah dia sebut Allah. Comel.
Boleh membuka zip yang bersaiz besar.
Ermm yang ni Ikhwan taw kot
Sudah pandai melukis.
Salah aku takut nak kasi dia main pen. Takut tercucuk mata. Pasni boleh beli dah colour untuk dia.
Semakin pandai memegang dan menggunakan sudu. Tip: Beri anak anda sudu dan garpunya sendiri ketika makan untuk merangsang kemahirannya memegang sesuatu benda.
Ikhwan memang ada set pinggan makan dia. Nak belikan yang baru je pasni.

siap buat checklist takut anak sendiri tak capai pe yang patut dial eh buat u all. So far Alhamdulillah. Now dah ada ilmu kene amalkan. Baru anak satu camni tanggungjawab. Kalau anak sepuluh? Sepuluh kali aku kene monitor. Aiyak.
Nak tengok perkembangan anak, kene tengok 5 asas utama iaitu perkembangan fizikal, bahasa, kognitif, sosial emosi dan estetika serta daya kreatif. 
1.    Perkembangan Fizikal
Si manja mengalami perubahan dari segi bentuk dan saiz; kebolehan mengawal pergerakan motor kasar dan halus serta koordinasi anggota badan. Motor kasar berkaitan dengan otot-otot kasar seperti merangkak, memanjat, berjalan dan berlari. Manakala motor halus berkaitan dengan hal yang menggunakan saraf seperti melakar dan melukis.
Tip rangsangan: Berikan anak kertas dan pensel warna. Biarkan dia melukis apa sahaja yang diingini untuk memupuk kreativiti mereka.

2.    Perkembangan Bahasa
Anak anda akan mengalami perubahan daripada tahap mengeluarkan bunyi-bunyian kepada penerimaan, kefahaman dan mengeluarkan kata-kata sebagai tindak balas kepada rangsangan. Dia akan belajar menyebut apa sahaja yang didengarkannya. Sama ada melalui percakapan ibu bapa, bahan bacaan yang dibaca kepadanya, menonton televisyen dan mendengar radio.
Tip rangsangan: Ajaklah anak menyanyi lagu dengan lirik ciptaan anda sendiri agar anak boleh belajar menyebut perkataan dengan betul. Misalnya,“Masa mandi, gosok gigi, gosok gigi, gosok gigi...baru bersih.”

3.    Perkembangan Kognitif
Ini bermaksud keupayaan kanak-kanak mengumpul maklumat dan menyelesaikan masalah. Perkembangan kognitif kanak-kanak berbeza mengikut tahap usia. Interaksi dan komunikasi orang dewasa dengan kanak-kanak adalah perlu. Kanak-kanak memahami dan akan belajar meniru sebutan berbahasa dengan betul setelah melakukan pengumpulan maklumat.
Tip rangsangan: Setiap kali melakukan sesuatu, beritahu anak apa yang anda sedang buat. Misalnya, “Mama nak buka lampu ni,” lalu tekan suis dan lampu akan menyala. Dengan cara ini anak anda akan memahami perbuatan tersebut.

4.    Perkembangan Sosial Emosi
Kanak-kanak mula belajar bergaul, berinteraksi dan meluahkan perasaan. Mereka semakin membesar dan pastinya perkembangan emosinya berbeza seperti gembira dan marah. Asuh kanak-kanak dengan mendengar perasaan yang diluahkan dan bimbing mereka ke arah emosi yang positif. Jangan dibiarkan menangis berterusan tanpa mengambil berat emosinya. Tenangkan mereka supaya tidak menangis berpanjangan. Minta mereka memberitahu masalah dan berikan dorongan atau pujian sekiranya mereka boleh menguasai emosinya.
Tip rangsangan: Galakkan anak berkawan dengan rakan sebaya agar dia pandai berkomunikasi dan bertolak ansur.

5.    Perkembangan Estetika dan Kreativiti 
Lihat kemampuan si kecil mengembangkan daya kreativitinya. Kemahiran ini diperoleh menerusi aktiviti dan projek berkaitan seni visual yang mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir. Proses ini mengaktifkan pemikiran kritikal kanak-kanak dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan. Selain itu, aktiviti pendidikan seni visual menggalakkan kanak-kanak melakukan eksplorasi dan eksperimen dalam kehidupan seharian.
Tip rangsangan: Ajak anak bermain permainan gambar sama. Ambil beberapa keping gambar dan buatkan dua salinan. Campurkan kesemuanya dan biarkan anak asingkan gambar yang sama. Cara ini mengasah kemahiran anak menyelesaikan masalah.

May 20, 2013

Gold Coast Morib 2013


As salam,

Pagi tadi dalam tren akak aku yang sulong tanya pasal price hotel yang aku stay masa bercuti dengan group “Europian fstepian cunz” kat Morib last month. Kerlass kan nama group kat whatsapp aku tu..hihiih later leh cite pasal diaorang dalam entry lain. Aku ingat-ingat  lupa plak bila aku pergi hahaha. Ok confirm dah ingat, I went in April 2013. Dekat-dekat hujung bulan jugak. Pergi sebab menenangkan jiwa plus memang akan ada activity bersama group. So after discussion and suggest few places akhirnya pergi ke tempat yang dekat, santai dan yang penting boleh lepak dan berborak.

Sebelum pergi dah baca-baca pengalaman yang stay kat Gold Coast Morib ni. Memang ada pengalaman buruk dan ada yang seronok bercuti kat sana. For me pulak tak boleh nak expect yang superb la since bayar pon tak da la mahal sangat. Sedang-sedang je.
Owh pakej ni kitaorang amik yang promotion punya; so dapat dinner, breakfast, and water theme park pass for two. Harga total bayar RM 190++. Murah der. Sebab baru check website tadi harga dah naik ke RM250..gulp telan air liur.

Hotel – room – Studio Suite

Bilik yang aku dapat sebijik dalam website. Cantik siot, katil best, standard la yang ada TV, peti ais kecik, bantal extra etc. Paling the best is jakuzi dia. Sangat terpesona. Hahahhaha. Kat rumah tak de so amik kesempatan la. Berendam dalam jakuzi. Bilik aku level 1 menghadap theme park dia. Start check in memang Ikhwan tak senang duduk nak terjun dari bilik. Memang meriah dengan kanak-kanak. View malam memang tenang tengok air kolam. Fiuhh best.

*gambar amik dr FB kwn aku, kecuali katil tu yang lain semua sama. aku dapat katil sebijik dlm website.  

Food

Memang penting kene makan food yang sedap semasa bercuti. Alhamdulillah even tak banyak sangat buffet choices masa dinner still kenyang. Breakfast memang awesome. Makan pun menghadap laut. Lot of choices.
Cuma masa breakfast kat depan pantai tu lalat banyak bila orang start turun makan. Ok geli. Tapi bagi yang turun awal macam aku around 7 am lalat tak de, lalat tak bangun lagi. Hahhahaha.

Water theme park

Tak banyak pun mainan dalam theme park tu tapi dah cukup buat aku yang penakut ni. hahahha aku rasa pertambahan usia kot aku jadi penakut. Tak berani yang tinggi-tinggi ni. ikhwan tak payah cakap la. Even dah kecut pon still tak mau naik.

Pantai Morib

Memang tak jauh dari tempat kitaorg hotel, 5 minit je kot. So petang after check in melepak la di pantai minum-minum sambil tunggu nak maghrib and dinner. Dinner malam tu sungguh naseb baik sebab after selesai je makan tetibe bau busuk tak ingat. Memang dah jangka akan ada bau busuk tu so cepat-cepat lari balik bilik. Mujur sliding door tutup. So memang tak masuk bau. So far itu la keburukan dia. Busuk tak leh nak describe rasanya dari kandang haiwan. Tak bernafas. Balik dinner tengok tivi and tidur.

keluar amik angin petang after check in
tepi pantai sambil minum2

May 9, 2013

KERJA



As Salam,

Wah lamanya tak menulis. Rindu betul. Ada sesiapa rindu? Ok fine memang xde. Hahhaha kenapa lama tak menulis? Busy campur malas campur bosan. Bosan dengan kehidupan. Well even malas nak update blog tapi blogwalking tetap diteruskan. Nak taw jugak update kawan2 dan dunia blog.

Kalau ada orang asyik update pasal tempat makan, pasal anak, pasal event aku plak rasa macam nak tulis pasal kerja je. Banyak benda yang aku tak leh nak tahan kalau pasal kerja. Kalau tak leh tahan mean aku memang kene tulis kat blog. Hiihihihih.

Last time company aku ada restructure in term of organization sket, aku kalau dulu satu department banyak unit skang aku dah pindah new department yang lagi besar job scope tapi hanya ada dua unit. Dan unit aku, hanya ada aku dan boss. We all report to big boss. Aku kurang kisah kalau kerja banyak as long as aku tahu aku leh manage lagi. Bila one time aku realised aku macam hilang arah mula la aku panic.

Bukan kerja banyak yang aku nak gembar gemburkan. Tapi rewards after aku complete kan kerja yang banyak tu. Erm tak setimpal. You know what reward ni penting. Bila xde reward staff rasa tak dihargai dan akan pengaruhi staff punya performance. Dan aku rasa performance aku turut dipengaruhi sebab aku rasa tak berbaloi usaha aku.

Well, aku masih mencari dan berusaha untuk kembali bertenaga. I mean nak kerja dengan senang hati dan redha dengan apa aku dapat. Aku dah berjumpa boss dah mintak pendapat dan aku akan cuba tukar work culture la. I try. But if tak boleh jugak..i have to do something.