Nuffnang BH

Nov 20, 2012

kuterima khabar mu dengan redha



As salam you all semua. apa khabar hari ini?? Meletop? Gembira? sakit hati? Amboi ko mak jah macam buat konsert tanya khabar bagai. Hari ni ketenangan aku diragut oleh berita yang disampaikan oleh laki ku sendiri melalui email kirimannya. Mula dah sastera aku kan. Kereta ku telah disaman oh apakah. Maksud aku kereta laki aku. kereta ku gelemer. Sila refer gambarajah.



Geram sangat hokey. Punya la aku membebel setiap kali di lebuhraya suh slow, jangan tekan minyak.asalkan Selamat bla3. Tapi kini akhirnya terkantoi juga. Kan da kene bayor. Rugi duit taw. Stress sangat. aku malas nak tolong bayar. Sakit hati ini bagai dihiris sembilu. Gitu.

Kejadian malang berlaku semasa kami otw pulang ke kampung terchinta di Pahang. Pukul 9.30 gitu kat lebuhraya karak. Sentap sangat sebab masa tu area turun bukit ye kawan2. Speed trap tersembunyi kat divider ke ape tah laki aku explain tadi. Tak minat nak taw sbb hati sakit. Kih3. Had dibenarkan 90km/j laki aku terover 103km/j. ala sket je lebih itupon sebab tak tekan minyak. Jahat taw nak saman jugak.

Balik kang aku nak gelak kaw2 kat dia, pastu nganjing bagi dia fobia xnak drive dah. Hahhaha pastu sape nak drive kalo dia fobia, harap aku memang xla kan.kah3. xpela amik buat pengajaran. Orang terpilih je boleh kene saman ni. Ayat sedapkan hati yang membara. T lainkali dia laju je aku akan pastikan ceramah aku disertakan dengan pukulan dan cubitan. Baru ko taw nak slow kan.

Dan laki aku baru install AES detector. So after dis kene rajin on dan bersiap sedia slow bila kat kawasan sepatutnya. Kepada orang lain yang kene saman. Selamat membayar saman. Anggapla mencuci dosa semua tu. 

tora datang lagi..kemain ko hebat


As Salam taraa… lama gila tak update. Perlu ek update? Oppp hahhaha. Ok setelah melalui musim haji..bercuti..bekerja semula then cuti India ni baru aku nak update. Kemain ko busy. Duniawi sangat. dalam banyak masa yang aku luangkan, start aku terasa busy itu vole dikatakan 70% busy dengan kerja. Aku penat di office, penat di rumah dan hari-hari terlepas begitu saja. Mulanya nak update wish Selamat hari raya haji tapi kemain liat nak update.

Nak cite masak rendang first time, kukus pulut pon first time, buat tiramisu pon first time. Semua nak first time. Hikikhik. Gelak gatal. nantila kalau semangat ku seru sampai mas ayu akan update resepi dan gambarajahnya. tapi tak janji la. eh ada orang kesah hahahha. 

Pe motip kali ni nak update? Tak de update. Sensaja nak hiburkan ati di hari selasa setelah bertungkus lumus buat kerja pejabat. eh skema. kerja la sangat. 

erm skang dah masuk musim tengkujuh ni sokmonye la hujan. bila hujan mula la sejuk. sejuk-sejuk sedap tidur woo. so malam aku berlalu dengan indahnya di bilik tidur. mujur ikhwan pon senang nak tidur sekali. tepuk-tepuk, main cak-cak dan sekian penat tidur la. 

tulis tidur terus idea aku pun terkubur..muahahahhaha. sambung next entry. 

Nov 7, 2012

harus bagaimana aku nak tolong...



As Salam,

kalau masih ingat entry aku pasal ahmad-muhammadnama-kamu mesti ingat pasal kehilangan akak aku. kehilangan yang hari-hari dia rasakan. dia hadapi seorang diri bila suami jauh dari pandangan. kami sekeluarga harap dia tabah. ye sebanyak mana nasihat pun diberi yang penting kakak yang menerima. mungkin nak lapangkan dada mak dia berpura ok. kuat nak terima. tapi jauh kat dasar hati dia meronta. 

harus bagaimana aku nak tolong...