Nuffnang BH

Oct 22, 2012

proses pekerjaan duniawi semata


As Salam semua,... ambik kau tajuk xboleh blah. 

Ok hari ni and esok tak akan masuk office. Sebab ada workshop kat Holiday Villa Subang. Mengantuk ni dengar orang present and gaduh-gaduh..(sila baca discuss dengan suara kuat) macam kat parlimen tu. Tadi lunch makan kambing kurma so macam effect kat kepala otak. Jap lagi turn aku lak nak present maksud aku team aku. kalau manager suh present, buat jela. If tak , tak payah la. 

Ikhwan tengah demam teruk kat rumah. Nak ponteng workshop ni compulsory pulak. So abah dia je yang terpaksa cuti. Kesian anak mama. Menggigil demam. Abah kata ikhwan ikut mama selalu demam. Kalau abah demam jarang2 tapi sekali kene boleh tahan.

Otak weng2 lagi ni. Ok teruskan la presentation tu. Cepat bila orang nak baling kerusi tak sabar ni. Sila imagine ada orang baling kasut. Aku jadi pemerhati. sekian. Mama rindu Ikhwan. 

ikhwan mama demam sbb geraham nak keluar..jahat geraham ni taw!!

blablablabala yayyayayya

air untuk kehidupan

Oct 15, 2012

Ahmad Muhammad..nama kamu


1. As Salam, dari mana patut mula. Kesedihan melanda keluarga kami. Kehilangan ahli keluarga memang memeritkan. Walaupun dia belum lahir ke dunia, tapi kehadiran dia dapat kami sekeluarga rasai. Alhamdulillah. Syukur atas rezeki, kesempatan Allah beri untuk kakak ku. Allah lebih mengetahui kenapa sekejap sahaja Allah pinjamkan Ahmad Muhammad. Cantik kan nama Ahmad Muhammad. Nama Rasul kita. 

2. Dilahirkan pada hari jumaat, tengahari. Ahmad disahkan meninggal dalam perut umi dia pada hari khamis sebelumnya. Menurut pakar pada usianya 7 bulan perkembangan Ahmad sudah perlahan. Masa check up bulanan memang tak ada yang merisaukan. Tiada sebab untuk akak risau. Dan masa check up bulan ke 8, semuanya berubah. Dalam masa sebulan semuanya berubah. Allahuakbar.
3. Bermula bila akak di induce pagi jumaat dan tengahari dia dah mula rasa sakit nak bersalin. Alhamdulillah semuanya mudah walau Ahmad dah tak bernyawa. Proses bersalin tu sekejap. Syukur akak Selamat.

4. Ramai yang bertanya macamana boleh berlaku? Akak jatuh? Akak tertekan? Aku tiada jawapan. Akak ok semasa mengandungkan Ahmad. Cuma stress sedikit sebab suami jauh. Kakak di Pahang dan suami di Johor. Mungkin sebab itu. Tapi..macam aku cakap Allah izinkan sekejap je. Bersama akak.

5. Dan di rumah ada adik yang masih dalam tempoh berpantang. Anak perempuan. Bayangkan perasaan kakak melihat anak adik aku. mesti dia terkenangkan Ahmad Muhammad.

6. Kakak masih dirumah. Kadang-kadang dia mengeluh kecil rindukan Ahmad. Kadang-kadang nampak mata dia berair. Dia kuat kerana tak nak mak risau. Aku doakan dia kuat. Cepatlah masa berlalu. Biar akak aku kuat. Cepat sihat. 

Oct 8, 2012

patutkah aku pergi



As Salam, sayup2 kedengaran syaitan berbisik di telinga suh aku buat jahat. Ya. Aku mahu maki seseorang, aku mahu maki semua orang dan aku mahu maki kecelakaan yang menimpa. Rasa saat ini ingin menulis email kepada ustaz, bertanya penyelesaian masalah aku skang. Owh aku bermasalah? Ye aku bermasaalh. Masalah hati. Allahuakbar berat sungguh dugaan kali ni.

Adakah sebab aku dalam hadas besar maka aku cenderung untuk marah-marah dan hilang pertimbangan? Aku puas bersabar. Tapi. Hasil yang aku nak belum muncul. Aku bersabar dengan orang sekeliling.

Aku menahan kecewa. Patutkah aku pergi?

Oct 4, 2012

patutnya entry selasa lalu yang monyok



As salam, arini ada hari monyok sedunia. Hari aku paling tak suka setelah isnin. Kenapa tak suka? Kenapa? Kerana malam tadi aku mimpi tak best. Ok part mimpi jap g aku bagitaw. Skang reason kedua ari ni ari monyok aku adalah aku jatuh katil pagi tadi. Siot. Choi betul.  Jatuh katil tu takda la sakit sangat, tapi part paling sakit is when my laki gelakkan aku. dia boleh wat main-main pas aku jatuh. Eii astagfirullah sakitnya hati aku. rasa nak lempang je muka dia 3 kali. Da jatuh of cos la sakit sket je pon, sbb katil tak tinggi mana pon. Tapi laki aku jaga hati aku dia tolong gosok2 jela pinggang aku. cis betul, tapi sakit hati aku tak berhenti sampai situ je. Berlarutan dari pagi sampai la skang. Pagi tadi aku marah punya pasal aku anta anak sendiri ke rumah pengasuh. Laki aku cepat2 follow belakang bontot. Aku tarik muka kelat. Pastu memang tak bercakap la kan. Rasa pandang muka dia macam nak tampor2. Eii benci la.

Eh rodiah kemain ko meluat kat laki sendiri kan. Hahhahaha. Tapi tak pedulik nak marah jugak. Ni semua salah diri sendirila kan nape nak marah laki kemain gitu. Semuanya sebab pantang larang dalam hidupku. Aku paling pantang orang main2kan and tak respect aku. so sape2 gelakkan aku tetibe memang mintak penampar la. Ceh garang nak mampos anak pendekar ni. Eh tak cite lak kan cmne leh terjatuh katil kan. Sbenarnya da bangun tapi cam malas and sejuk so aku tidur semula tapi tukar port kat blakang laki aku yg kebetulan posisi dia betul2 hujung katil. Sekali aku gerak then tak sempat nak selamatkan diri sendiri then jatuh macam nangka busuk. Ok cite marah laki sendiri da tamat. Aku rasa tak sedap perut ni, ni mungkin balasan tuhan la kan. Sebab derhaka tak bertempat. Laki bagi mesej kata rindu anak n tanya anak aku reply ok je. Zalim tak? Wahahahha penuaan berlaku dengan cepat bila aku cepat naik marah and susah nak maafkan orang. Eh tipu sehari je aku tak maafkan pastu aku maafkan. Siap lupa lagi detail kenapa leh marah orang.

Ok sebab utama aku monyok arini sebab mimpi tah apa2 aku la malam tadi. Aku mimpi hampir ke waktu subuh. Sebab on kipas kemain sejuk tu aku termimpi laut/air/banjir. Woo tapi aku tak sampai la tahap terkencing kat atas katil. Aku mimpi air je. Mimpi nak start banjir. Pastu aku leh nampak bebudak macam nak selamatkan diri. Aku tak kenal pon sape diaorang. Yang nak selamatkan diri tu buat macam2 tapi tak clear sgt. Ada yang siap2 terjun kat papan peluncur macam kat waterpark. Pergh. Pastu aku tersedar. Pe maksud entah. Ahh tak mo cari walaupun dalam google mesti dapat jumpa. Huh. 

lumrah hidup


As salam,

Semalam aku gaduh dengan laki aku. apeda gaduh dengan laki pun nak bagitaw satu dunia. Aku peduli apa. Tapi itula nak bgtaw jugak la ni. Gaduh-gaduh nak lepaskan perasaan la kan. Sebab penat, tak cukup rest, banyak kerja, emosi di tempat kerja yang tak stabil dan berbagai lagi. yela tekanan hidup yang memuncak buat aku tak balance. Eh nak jatuh. Ha camtu la.

Takde isu kat sini sebenarnya aku nak bagitaw, kalau dulu; umur below 25 aku selalu marah and mesti make sure apa yang aku marah tu mesti aku bgtaw mangsa marah aku tu. Selagi tak bgtaw; aku tak tenteram. Skang umur dah 27; aku dah berubah. Yeah aku marah masa bergaduh je. Masa kejadian la. Then apa yang terbuku aku tak luah dah. Buang masa ok. aku tak bercakap dan aku lebih rela diam. Diam itu lebih baik.

Skang zaman umur meningkat suka buat kerja yang simple2. Malas nak pusing2 nak bebel panjang lebar. Buang masa dan tenaga je.

Bersabar itu tiada rugi. Dan dalam bersabar itu teruskanlah usaha lagi. kita tidak tahu apa yang Allah susun untuk kita. Tetapi kita mesti tahu, bahawa Allah hanya susunkan yang baik-baik sahaja buat kita!. Bersangka baiklah kepada Allah dan bersabarlah.


Tip menaiki teksi ikhlas dari saya untuk anda



Masa naik teksi pagi tadi teringat kisah yang suami share dalam email. Dah lama dah. Kisah perempuan hilang masa dalam perjalanan ke tempat kerja. Mungkin dia seperti saya. Menaiki tren dan kemudian naik bus atau teksi sampai ke office. Dalam cerita tu jugak yang perempuan tu ada mesej rakan sekerja bagitahu dalam beberapa minit akan sampai ke tempat kerja. So mesti dia naik kenderaan seperti teksi sebab tu boleh estimate time untuk sampai ke office. Menakutkan yang kadang2 saya juga seperti itu. Tak sempat naik bus mesti naik teksi. Dan tambang bukan murah. Menjangkau rm6 jugak even short distance.

Kemungkinan kenapa perempuan ni diculik ialah, may be dia macam saya. Saya mahu jimatkan kos. Jadi biasanya saya berjalan sikit sampai ke bus stop berhampiran dan menahan teksi yang lalu lalang. So kat situ dah jimat sikit la. Tapi sedarkah perbuatan itu bahaya? Sebab teksi yang lalu lalang ni bukan teksi sekitar tempat tu. Mungkin teksi dari daerah lain. Yang Cuma lalu untuk hantar penumpang di kawasan tu. Risiko orang tu adalah jahat adalah tinggi. So lebih secure untuk naik teksi kat tempat menunggu teksi. Contoh macam kat stesen lrt biasanya banyak teksi. Normally regular or registered teksi je leh amik and tunggu penumpang kat situ. So chance untuk berbuat jahat tu kurang.

Baru terfikir tentang ni dalam teksi tadi. So after this kene berhati. Owh ye. Selain berhati-hati pilih teksi kena la amalkan baca zikir elak sihir setiap pagi, petang and malam. insyaAllah dilindungi.