Nuffnang BH

Sep 20, 2012

Pen..pen..pen...penatttt


As salam, ah dui. Penatnya diri ini. Macam perdana menteri je. Ok isnin aritu cuti so masa bekerja is 4 days this week. Memang bekejar-kejaran anak. Eh ada ke? Peduli kan. Ok semua orang i mean my geng pergi lunch then i skip lunch semata sebab aku perlukan masa nak berehat. Nak siapkan kerja yang bila tah nak siap. Ok memang dah organize and put remarks kene siapkan so aku macam orang gila cakap sorang-sorang yakinkan diri boleh buat.

Matilah mak macam ni hari-hari. Semalam hari membeli makanan ikhwan di jaya jusco. Walaupun tak penting tetap nak cerita jugak. Beli buah kiwi, anggur, makanan kami dan cuci mata. Tak larat lama-lama sebab ikhwan semakin membesar. Lenguh tangan nak dukung. Ok anak cepat berjalan senang mama and abah ok. kesian ikhwan menu makanan ruji dia tetap sama, maaflah mama kau ni kering idea. Kalau bangun pun lambat jawabnya menu kau memang makan nasi dengan telur la.
Dalam blog ni kebanyakkan aku cerita pasal anak and hal aku. jarang sekali nak cerita pasal suami kan? Nak keji-keji amhupun puji-puji..kih3 mana leh buka hal rumahtangga dalam blog. Tak gitu? So far en husband ok je. Tak da gaduh besar. Setakat sikit2 ada. Alhamdulillah. Berjalan lancar.

Pagi tadi dalam tren husband cakap, end of this month after dapat gaji balik Melaka (mean rumah mak mertua) then secara spontan nya aku jawab..for what? Kah3 derhaka betul kan? Setelah menyedari kesilapan ku itu terus say sorry and cover ayat baik punya. Ok sebab balik bila cuti panjang extra sehari ke. Tapi tak pela asyik balik Pahang je kan. Chewah.

Tak taw la jadi ke tak nak balik. Tunggu jela dia nyer keputusan. If yes kemas dan ikut balik. If tak duk rumah jela basuh kain. Lipat kain. Wah banyak keje tak siap lagi. ok da habis membebel. Nak sambung semula kerja. Kerja la sangat. 

see serabut there

ehsan google images

Sep 7, 2012

demam selesema dan raya dan mood swing


As Salam,

Burp kenyang makan arini. Alhamdulillah murah rezeki banyak makanan orang jamu. Tadi makan di level bawah ada jamuan raya. Makanan plak sedap-sedap. So makan sederhana je sebab kat level sendiri ada jamuan jugak. So meriah la. Kenyang memang tak boleh dibendung. Kebetulan big bos pun keluar so macam happy gile staf-staf sambut raya sambil makan-makan. Kerja jalan ke tak belakang kira la. Hari ni je kot.

Then pagi tadi kesihatan aku ok sikit. Aku masih boleh bertahan. Tapi masuk je ke tengahari aku dah tak tahan. Ha masa aku tengah taip ni aku menahan muntah. Aku diserang gejala selesema. Aku sakit kepala dan hidung aku sejuk macam kucing. Mana aku taw hidung kucing sejuk sebab aku selalu pegang la masa kat kampung.

Aku bukan takat rasa cam tu je, aku nak buang air besar sekali. Ok fine cukup lengkap buat aku nak balik cepat. Aku da lesu nak suh masa cepat berlalu. Aku kalau demam macam ni. Dan bila biasanya aku demam is bila nak dekat-dekat tarikh period. Aku memang selalu or tiap-tiap bulan tak pun selang-selang bulan la.

Kalau bujang dulu aku akan senggugut teruk sampai tak pergi kerja, muntah-muntah, dan cirit birit. Tapi tukar selepas kahwin aku akan mula demam dan mungkin selesema, muntah-muntah, cirit birit, pening kepala. Pas kahwin senggugut tetap ada tapi kurang la.

Malam tadi aku marah-marah laki aku, smalam aku mengamuk lambat makan. Banyak kerja and lapar-lapar. Mood aku lak swing aje. So kawan-kawan sekeliling cakap aku mengandung ke? Entah aku tak peduli la. Mengandung pun apa salahnya. Eh tak de la salah tapi if mengandung takut juga la. Aku baru nak berehat. Anak yang satu aku da stress ni plak anak dua tiga.

Ok doa jam putar laju-laju and mintak2 muntah ni go away. Aku tak tahan la. Aku nak sihat. Ya Allah tolong. Dah sakit baru ingat Allah. Dasar manusia lupa daratan macam ni la. 

Sep 3, 2012

gaduh adik beradik



As salam

Selalu bercakaran dengan adik beradik tak? Bagi aku yang ada adik beradik seramai 10 orang ni memang tak lepas la nak bergaduh, terasa ati, dendam kesumat dan macam2 lagi. hal perasaan and perangai tak leh nak cakap la. Ada 10 perangai yang berbeza. Yang baik, yang buruk. Semua ada. Campur. So macamana nak terlepas dari sakitkan hati sesame sendiri? aku tak da jawapan. Dan kadang2 bila aku fikir balik macamana kami lepas semua peringkat sakit hati tu aku jadi macam sedikit kagum. Ok wow.

Erm benda sakit hati ni memang tak akan habis sampai ke mati. Untung la seseorang yang boleh jaga hati orang di sekeliling. Macam islam tekankan jaga lidah, sbb lidah lebih tajam dari pedang. Sekali terlajak kata buruk padahnya.

Ditambah dengan hasutan syaitan yang tak henti-henti kalau tak kuat agama mungkin dah berbunuhan dah. See i told you, kerana mulut badan binasa. Bagi aku yang bermulut lepas dan suka berlawak kasar tahap gaban tapi berhati sensitive ni aku akan cari adik beradik yang aku leh gi. Maksud leh gi adalah boleh berbicara dengan wajar and amat jarang aku nak terasa.

Biasa aku buat bila aku sakit hati ialah aku akan balas balik pe orang cakap kat aku. pastu duk kat tempat tak de orang, kalau kat kampung aku suka buat muka pastu gi cakap dengan itik dalam reban. Hahhahahaha. Pastu aku mogok dalam setengah jam. Dan pastu aku malas nak layan dah. Borak dengan mak lagi best.

Tapi tula, since umur dah menginjak aku akui terasa tu kurang dah, Cuma lebih kepada nak fahami adik-adik yang baru nak menapak dewasa ni. Baru aku paham kenapa kakak2 lebih sensitive bila aku menjawab kecik2 dulu. Skang aku da jadi kakak aku paham perasaan tu.