Nuffnang BH

Jun 25, 2012

majunya dunia

ehsan google image


As salam,

Dunia sudah berubah kan? Banyak sangat berubahnya. Maju nya Subhanallah. Last week aritu aku balik kampung selesaikan urusan harta arwah abah. Berjumpa dengan peguam untuk bicara hal tanah. Alhamdulillah rezeki abah. Ada la sikit untuk mak and anak-anak.

Hal bicara tanah nanti aku ceritakan kemudian. Aku nak cerita anak saudara aku yang baru 14 tahun bersekolah agama dah ada blog. What? Blog? Aku ni ada blog pun umur berapa?ok aku lupa. Tapi memang dah besar la. Of cos la after 20th baru aku pandai berbelog. Dan sampai la ni pun aku tak taw apa ilmu aku share.

Tadi bila aku baca blog anak saudara aku, sentap hati mak nak. Aku rasa tak lama lagi dia akan jumpa blog aku gak. Ala taip jela kat google search. Camtu lah aku jumpa blog dia. Tapi aku harap dia tak jumpa la. Hahahhahah

Cakap pasal ilmu yang dikongsi mungkin indirect kot aku share. Sebab aku rasa bosan kot kalau berceramah terus bila buat entry. Orang pun bosan baca. Even tak de orang baca aku kisah apa.hahhahaha.

Itulah. Pejam celik pejam celik sekejap je masa berlalu. Aku dah nak masuk 27 tahun. Sudah lama hidup. berapa lama lagi Allah izinkan aku hidup. wallahualam. Ikhwan baru nak masuk 10 bulan. Aku maish berjuang nak kasik dia susu ibu. Tapi susu aku dah merudum. Tapi tak putus asa. Chaiyok...



Jun 19, 2012

masalah berat badan masalah dunia

credit to google image
As salam semua,

Ok penduduk dunia, aku ada masalah. Ok ada orang peduli tak? Tak peduli sudah aku nak bercerita jugak. Masalah aku kira besar jugak la. Sebab makin aku diam makin menjadi-jadi. Stress je habislah. Eh tak stress pun sama jugak. Dulu aku tak heran sangat, tapi sekarang tidak lagi sebab aku dah perasan yang aku kurang happy.

Masalah aku ialah masalah berat badan. Berat badan bagai di pam – pam.. Last Sunday timbang mesen 20sen tu berat aku dah lebih 50kg..What the heck... dengan kerendahan 152cm yang tak berapa tinggi aku kelihatan macam rendang nak mampus macam bonzai. Kalau baju kurung boleh cover kot, tapi kalau weekend aku pakai skirt and tshirt sebab blouse aku tak banyak and pakai tudung sarung tu. Sah sebijik macam orang gaji cikuan je. Pembantu rumah je la. Sadis la rodiah ni.

Ok back to topic, aku kecewa dalam diam. Asal malam je aku confident nak diet la kengkonon. Then bila pagi aku lapar kuasa kuda, singgah kedai beli nasi goreng mencekik bagai tak pernah makan..hahaha terus padam nak diet.

Ok pastu..see berapa banyak aku guna ‘ok’ dalam entry ni mean aku tengah tak ok la sangat. aku pun wat la research camne nak hadapi hari-hari mendatang. Dengan perut begini, perangai makan tak ingat dunia aku search and dapat solution: boleh try..

    1.jangan biar perut lapar – bila perut kosong and makan bila tengah lapar ya amat, potensi nak makan jumpah yang besar amatlah tinggi. So before makan tu tegukla air masak segelas dua..so t da kenyang kuantiti makanan yang diambil pun sikit..
    2. ambik sesuatu yang pahit before makan - minum kopi or kumur before makan. boleh bantu bantutkan selera makan. 
     3.    Minum 8 gelas air sehari
     4.    Jangan minum air gas
     5.    Kurangkan garam
     6.    Makan sarapan pagi
     7.    Makan jangan gelojoh, kunyah jadi kecik2
     8.    Makan gula2 getah sebagai pengganti snek
     9.    Minum fresh orange or limau nipis tanpa gula untuk bantu pembakaran kalori.
     10.  Jangan timbang berat badan selalu kerana ia melemahkan semangat untuk berdiet

Sebenarnya banyak lagi cara tapi aku malas nak taip dah ahahha. Yang penting letak target dan selalu beringat yang mahu kurus. Owh ye aku pernah baca buku, penulis kata amalan membasuh tangan and berkumur mulut dapat menghindar hidup dari dibelengu hutang. Wallahualam. 

Jun 12, 2012

Ikhwan yang botak sudah

 As salam,

Yea...selamat hari selasa guys..moga semua ceria menjalani kehidupan dengan sebaik-baiknya. Last weekend aritu activity agak padat dengan plan yang x dirancang..eh yeke..hahhaha ok yang aku ingat aku and husband potong rambut ikhwan..dari ada rambut to botak.. hari sabtu hari bersuka ria menyegarkan diri buat rawatan muka..eh facial. Then jalan-jalan cari baju raya..tapi tak jumpa yang berkenan pun.

First potong rambut ikhwan is masa umur dia 8 bulan lebih kot..then second time potong sebab gonggot..eh paham gonggot tu apa..maksud dia is macam potong tidak sekata..ada yg terpendek..

ni masa 8 bulan bercuti di kampung 
setelah dipotong rambut nya
setiap kali tangkap gambar mesti pose cmni 

Jun 6, 2012

random talk


Random talk

1. Arini ternampak kawan office tengok website kedai bunga and tengah cari-cari bunga untuk dihadiahkan kepada seseorang. Teman wanita mungkin. Wah bahagia ada orang nak kasik bunga. Suami aku? ermm bukan jenis lelaki camtu kot.

2. Semalam. Penuh rumah dengan adik beradik. Rumah jadi pit stop before continue journey to Cameron highland. Dengan tidur tak cukup bantal, selimut, berebut air jadi motivasi aku nak beli rumah dengan segera. Biar mak merasa duk rumah aku sendiri. mungkinkah?

3. Esok lusa. Ada townhall meeting kat office. Akan ada makan-makan dan cakap-cakap yang panjang berjela. Sediakan otak dan telinga jela.  

4. Sedang mencuba untuk baiki diri sebagai isteri, kawan, pekerja, ibu, anak, dan hamba Allah. Satu tip untuk dikongsi, andai kata syaitan berjaya memesongkan kita dari melakukan amalan yang wajib/baik sila tebus semula kekalahan kepada syaitan dengan membuat perkara yang pahalanya lebih besar. contoh sedekah.