Nuffnang BH

May 24, 2012

Lelaki ajal rempuh belakang treler..lelaki tu kawan aku


Al Fatihah untuk kawan aku yang baru meninggal pagi semalam. Kawan yang aku kenal semasa study diploma dulu. Masa tu kat Jengka. Aku kenal masa aku belajar silat. Berat bila mengimbau kenangan bersama arwah. Walaupun tak rapat tapi cukup terkesan dengan kehilangan arwah.

Cerita yang aku dgr dari kawan2 yang post kat wall dia ialah; arwah dilanggar di Alor Gajah Melaka lebih kurang pukul 7am, polis datang at 9am. Dibiarkan orang yang lalu lalang di tepi jalan. Ini sangat jahat. Menurut kawan-kawan jugak kaki kiri arwah telah hancur. After post mortem by doctor; paru-paru arwah pecah dan alami pendarahan dalaman yang teruk menyebabkan kematian. Sayat hat ini. Arwah diperlakukan begitu. Tapi dalam metro dia kata arwah langgar belakang treler. Baca lebih lanjut refer ni . arwah kerja di johor dan excident di Melaka. Mungkin otw nak balik ke johor lalu Melaka dan terlibat kemalangan. Allah lebih sayangkan dia.




Semoga arwah tenang disana. Dan aku sempat baca laporan di Metro. Sah lain punca accident dan kematian dari cerita asal. Sedikit geram tapi benda dah jadi. Aku harap ada pembelaan untuk arwah. Dan orang yang langgar dia..kalau betul la, datang jumpa keluarga dan minta maaf. 

May 23, 2012

sila upgrade..kalau tak???

 Tadi saja godek old interface blogger ni, tetiba nak tukar old la kan..tup-tup perasan notice dia bagi..macam dalam gambar kat bawah ni. Ermmm.
 

Hari yang penuh dengan emosi


Aku rasa mahu menangis. Beberapa bulan lepas ada follow blog moon, cerita pasal kakak dia yang sakit barah and today kakak dia dah meninggal. Sedih. Sangat sedih. Allah Maha berkuasa. Dari Dia kita datang kepada Dia kita pulang. 

Dan tadi kawan baik masa sekolah menengah sms yang dia baru lahirkan baby boy 3.2kg dan baby di icu. Sebab masa bersalin and baby dia vacum, so kepala dia luka. Sedih. Harap baby kuat. Baby baru nak tengok dunia dan baby terluka. Kesian kau nak. Aku ni ibu, aku paham kesedihan seorang ibu. Aku menahan tangis. Aku sedih sangat. sangat-sangat. dan aku kehilangan kata.

Hari ini hari istimewa. Hari ulang tahun kelahiran arwah abah. Kalau abah masih bersama kami, abah akan sambut hari jadi yang ke 69 tahun. Tapi abah dah menghadap Ilahi. Al Fatihah untuk abah. Anak-anak semua rindukan abah. Sampai hari ni mulut aku masih lagi tersasul tanyakan abah mana and nak panggil abah makan tengahari bila balik kampung, tapi tu semua tak sempat aku nak luahkan bila terpandang mak. Mak lagi rindukan abah.


May 21, 2012

Ujian untuk manusia..ujian untuk peperiksaan



Semua manusia dalam duni ni ada ujian. Tak kira kaya, miskin, muda dan tua. Ujian lak banyak peringkat. Ada ujian kewangan, ujian peperiksaan, ujian kesihatan, ujian keamanan jiwa dan macam-macam jenis ujian lagi. ujian ni khas untuk melihat tahap keimanan dan ketakwaan hamba manusia. Aku sedang di uji. Diuji keamanan jiwa. Diuji untuk sesuatu yang di anggap rezeki. Tak layak untuk ditolak. Nanti kalau aku dah lepas ujian insyaAllah aku berkongsi disini.

Semalam aku berborak dengan adik aku, bercerita tentang seseorang yang agak rapat dalam keluarga kami. Masalah mereka sekeluarga. Ujian yang menimpa. Ujian untuk memahami kehidupan.  Atas sebab apa manusia dilahirkan. Di wujudkan dalam dunia ni. Tak lain tak bukan untuk beribadah kepada Allah. Kalau lah manusia faham konsep ni; hidup untuk bekalan akhirat mesti tak wujud manusia yang buat dosa.
Aku bukan ustazah, aku bukan juga pelajar sekolah agama, sekolah pondok. Aku kutip ilmu agama dari cd n jugak tv. Ilmu yang seciput tula aku buat pedoman. Nak lebih sikit aku beli buku rujukan agama.

Aku post entry ni pun untuk menghilangkan sesak didada. Biar keaman datang dalam jiwa. Teringat buku yang aku baca; tiga syarat wanita bergelar anak, isteri, ibu, nenek sennag masuk syurga. 1. Solat di awal waktu, 2. Menjaga aurat, 3. Menjaga pergaulan. Jaga semua, dapat masuk syurga.

Berbalik pada cerita tadi, sebesar mana pun ujian manusia kena balik ke pangkal jalan. Jangan ambil langkah mudah. Jangan bunuh diri. Kalau tersalah langkah rujuk pada yang tahu agama. Segera bertaubat.
p/s: berapa lama tak renew kefahaman tentang solat. Memang patut rujuk semula buku untuk improve kekusyukkan dalam solat. 

May 10, 2012

kalau dah namanya perempuan mesti ada entry macam ni


sebab hati tak tenteram gambar kena besar gabak..


Ok dari pagi hati tak tenteram. Otak ding dong. Aku start entry ni dengan perkataan ok maksudnya aku tak ok la tu. Aku mungkin dalam kitaran nak menghampiri period ni gamaknya, kalau tak period aku mengandung la kot...woh..ok diam... Tadi pagi sakit perut bagai. Kat bahagian peranakan. Ok aku tipu aku tak taw bahagian apa tu Cuma macam kat bawah sikit dari pinggang and perut. Tak dapat bayangkan tak apa kita proceed dengan yang lain. Mentang kentang aku cuti esok sempena majlis kahwin-kahwin sepupu suami aku so aku dapat cuti. Ok tipu aku meminta cuti la. nak balas jasa orang tua kena attend kenduri lebih awal dari semua orang. Chewah. Tipu lagi.  Kena faham la aku kan dalam kitaran nak menghampiri period so aku macam orang gila. Woh.

Aku tak lama lagi nak tolong adik aku berniaga. Nak mencari sesuap nasik memang susah. So kena la cari sumber pendapatan lain. Contohnya jual kuih raya, jual tudung, jual barangan baby, jangan jual diri dah la kan. Eh melalut. Haram tu.

Aku bersemangat nak tolong. Ermm mana taw leh bukak butik. Wah meninggi harapan dan impian rodiah ni. Bagus-bagus teruskan usaha. So berbalik kepada isu hormone tak stabil, bilamana perempuan berada dalam kitaran period maka emosi begitu tak menentu. Bagi yang dah berumahtangga awas; kalau tak period mengandung la tue..uwekk aku ke?

Rata-rata pengalaman orang aku baca nak bagi hari seindah suria yang baru terbit dari ufuk timur kena makan coklat, makan kek, benda manis-manis. Aku pulak tak suka cmtu..aku suka makan nasi. Huwaaaa..makan bermakna makan dengan banyaknya. Banyak bermaksud gemuk la. eh aku ke laut ni. Kan aku dah bagitaw aku ni tak stabil. So entry pun tak stabil.

Masa taip tadi nak share camne nak kira waktu subur, tup-tup keluar yang lain lak..waktu subur adalah hari ke 14 period ye puan-puan. Macamana hari ke 14 muncul is..kita kira kitaran hari period tolak dengan 14. So hari tersebut la kita subur. Normal kitaran is 21 – 28 hari. Ada gak yang lebih. So pepandai kire eh.. contoh 25 -14 = 11. So 11 la waktu yang subur..ye x? cer google la if xyakin eh..hahhaha tips kedua untuk mendapat baby is bersama suami pada waktu subur la of cos..hhhahha tips nak merancang anak lak..jangan bersama suami pada 5 hari sebelum and selepas waktu subur..ada paham? Ok sebenarnya aku stress ni, t aku dah tak stress aku buat entry la kalau aku tak lupa ok.

ok terpanjang lak kali ni..sekian. bosan membaca. 


May 9, 2012

baby kena dera..


As salam. Semua. hati sentap tadi bila semua kecoh kat FB masing-masing bercakap pasal video baby kene dera dengan pengasuh. Macam-macam komen menakutkan. Hati tak berani nak tengok. Rasa sedih, syahdu kot. Tetiba teringat cikuan. Aku berdoa anak aku dijauhkan perkara-perkara yang tak elok. Amin. Dan satu lagi, moga baby yang kene dera semua Selamat. Tolongla Ya Allah. Amin. 

May 8, 2012

fikirkan sebelum terlambat yooo


MUTIARA KATA YG INDAH...


Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

May 4, 2012

cikuan 8 bulan ..cikebom cikebom





Salam jumaat. Di atas tu cikuan..anak lelaki aku..ha aku ada anak hahahah macam tak caya gitu dah ada anak..rasa macam muda lagi. kihkih..ok macam gedik pulak. Anak aku genap 8 bulan masa 1 may aritu. Orang lain celebrate hari pekerja aku excited celebrate anak aku 8 bulan. Yeay.. hidup dengan jayanya. Kau happy kan anak ku???

Tadi masuk office lalu depan reception counter nampak paper Metro cakap pasal baby 6 bulan meninggal sebab kena renjatan leektrik. Ya Allah, sian dia. Dah la debab. Comel sangat. bila aku baca Kosmo online pun sama Cuma versi cerita berbeza. Dalam Kosmo dia cakap baby kene renjatan extension nyer wayar penebat tu dah rosak. And dalam Metro dia cakap baby merangkak pegang wayar belakang almari.

Whatever reason pun aku tetap terkesima. Terdiam sekejap. Aku selalu lalai bila dengan Ikhwan. Yea, Ikhwan amat bijak skang. Laju je jalan dengan walker dia tu. Meja kat tv tu sama tinggi je dengan dia so boleh capai la skali dengan wayar2 tivi. Seram sejuk aku dengar. Kalaulah berlaku. Nauzubillah.

kita ni selalu kena beringat. selagi tak kena batang hidung selagi tu ambil sambil lewa. 

May 3, 2012

semuanya pinjaman


Malam semalam, sejam sebelum masuk hari ni dapat panggilan dari kampung, my MIL masuk wad. Stroke attack. Risaunya hati. Lepas dapat call tak dapat tidur. My husband lagilah tak tenang tidur. Mahu ikut balik tapi dah bercuti lama, pending kerja yang kene submit since last week. My manager pun senyum masa aku submit kerja awal pagi tadi. Dah taw buat salah so cepat-cepat kasik la. Then my husband balik dengan abang dia je. Car pool. Tenang hati ada yang teman suami.

So tadi call my husband cakap, MIL dah ok. Alhamdulillah darah dah turun. So tak lama rasanya duk hospital. hati ni sangat risau. If anything happen to mak, n my mak; macamana nak hadapi hidup ni. Abah Allah dah amik, mak nyer turn bila-bila masa je.

Tadi adik jugak call yang my mak sakit di kampung. Aku terpegun. Aku sedih. Aku macam hilang arah sekejap. Dugaan my mak kuat sangat. sakit tak henti-henti. Mak kuat. Mujur. Tapi kalau mak dah tak kuat macam mana? Ya Allah.

I know that all this that i have semuanya pinjaman. Sekejap sahaja Allah bagi nikmat sebab hidup kat dunia ni pun sementara saja. Akhirat jugak yang abadi. Sebab tujuan utama adalah untuk dunia akhirat. Bukan dunia disini.

Ya Allah, Kau berikanlah peluang aku berkasih sayang, berbalas jasa, dan menyenangkan hati ibu ku. Berikan lah aku kekuatan untuk membalas segala budi dan jasa ibuku. Tanpa ibu, tiadalah dunia dan syurgaku.