Nuffnang BH

Apr 26, 2012

ayuh..eh mcm apa da...


ehsan google image


Kenapa hati mudah tak tenang?
Sebab iman tak kuat, asas mudah goyah..amalan wajib ditinggalkan.

Kenapa diri cepat marah? Cepat melatah?
Kurangnya rasa sabar dan terlalu mudah dipengaruh syaitan.

Siapakah yang paling malang?
Orang yang tidak bersyukur.

Adakah masih ada peluang untuk orang yang salah kembali ke jalan yang betul?
Masih ada jika keinginan bertaubat masih ada. Yang penting HIDAYAH.

Adakah orang bodoh di dunia ini?
Ada.

Apakah jawapan kepada semua masalah?
Allah.

*itu soalan-soalan yang aku tanya diri sendiri dan aku jawab sendiri jugak. Harini. Pagi tadi mulanya hari yang aku rasa agak teruk. Aku tersasar. Aku menjadi keras. Keras hati dan keras kepala. Aku harap aku jadi lembut bila aku pandang anak aku bila aku kat rumah nanti.

yang berlaku tadi


Harini hari pemalas. Since pagi kena stand by untuk event office so kerja nya is tengok2 orang wat kerja, makan dan jumpa bos.

So gambar ni aku amik sambil aku buat kerja. Tengok jela yer. Tetibe teringat hukum jangan upload gambar yang tak tutup aurat *ada gambar aku cancel nak upload..so ni yang balance ler.

towards 30/3

kuih talam cendul yg ada 2 warna tu..sedap wooo

kuih cucur badak n apam.manis sekali

ni dato' A n org kuat dia

ni guest

guest lagik

tukang control majlis..

ni sengaja kasik senget

Apr 24, 2012

preggy


Mari bercerita pasal mengandung. Oleh sebab aku kini berbadan dua maka apa sahaja info yang berkaitan tentang mengandung mesti aku amik tahu. Untuk pengetahuan semua, kandungan aku kini berusia 2 bulan. Aku doakan anak dalam kandungan ni sihat walafiat dan berjaya survive. Memang nervous bila date yang sepatutnya aku datang period tapi period ku tak kunjung tiba. Hah syak wasangka pon bermula. Alamak betul ke. So atas sokongan dan dorongan puan roses suh aku sendiri beli pregnancy test kat Watson dan check sendiri la baru aku taw aku ni positif pregnant. Yeah. Owh rasa nak menjerit. Alamak. Takut. Macam la aku mengandung anak tak da bapak. Nak takut buat apa. Bukan, bukan bab tu. Takut sebab aku rasa aku kecik je lagi. macamana nak carry perut yang besar. Nak jadi mak kepada budak. Tugas besar tu.


Dugaan paling besar bagi aku masa mengandung so far is morning sickness. Ya Allah setiap masa nak muntah. Asal terjaga je nak muntah, sebelum makan muntah, pas makan muntah, tidur, jalan2 semua nak muntah. Alahai. Puas dah cakap kat anak dalam perut tolong la aku ni. Jangan muntah teruk sangat. sampai hari ni dia macam paham sket la. Dia muntah tapi senang je nak keluar isi. Sebab sebelum ni rasa nak muntah ada plus dia macam tarik isi perut aku sekali. Seksa betul .

Okeh walaupun aku rasa penat sangat, selalu je demam teruk tapi aku percaya setiap kesakita dan kesusahan semasa mengandung ni satu jihad. Yang aku taw dapat menghapuskan dosa-dosa kecil yang pernah aku lakukan.

Kawan yang seangkatan dengan aku banyak tol aku dengar dia mengidam, nak makan itu, nak ini. Mujur yang senang2, if tak, menangis la tak dapat. Meleleh air liur anak tu nanti bila lahir, tu orang cakap la. Macam aku, mengidam tak teruk sangat kot, aku lebih kepada alahan je. Yang aku idamkan buah rambutan je. 3 malam aku mimpi aku beli buah rambutan. Perghh punya la nak. Maklumlah bukan musim memang payah. Last2 masa dinner kat kampung baru aku singgah pasar chow kit nampaklah orang jual, sekilo rm10. Gila mahal. Oleh sebab aku nak sangat beli la jugak. Aku pun pelik nape mahal sangat, aku tanya la. Pastu dia kata ni rambutan anak sekolah dik, tu yang mahal. Eh nama pelik ok. Aku taw rambutan sama je.

Pregnant ni aku suka sangat makan ulam2, aku suka ikan masin tenggiri, dan cili padi. Mak aku marah dah selalu sangat makan cili padi. Tak elok untuk baby. Aku sekat2 juga diri makan pedas2. Kesian baby lak t.

-sampai sini je entry aku..yg ni pun masa aku mengandung dl la..skang Ikhwan dah nak masuk 8 bulan hokeii..alamak lamanya peram..ihihh



JumaAt SeSuci EmBun Pagi..entry lama yang mencucuk hati

Salam pagi yang suci mUrni, pagi Jumaat semoga semua makhluk mendapat Hidayah. ameen. sebelum pergi keja, sebelum bersalam-salaman dengan suami sempat berbual-bual pendek pasal kehidupan kami selepas berkahwin. Pagi tadi sebelum mandi suami sempat cakap:
suami: "sayang, barang baby kita tak beli apa2 pun lagi kan?" (mood: kerisauan..keluhan berat)
isteri: aku hanya angguk. takpa awal lagi..jawab aku pendek" (mood: mamai..badan penat)

masing-masing diam..tak lama pastu suami tanya lagi..

suami: "kenapa la kita diduga macam ni sayang..kita ada buat salah ke?"
isteri: ermm..telan air liur dan cakap"kita ni hamba yang lemah, tak layak nak mempersoal kenapa Allah berikan ujian. semua yg kita ada sekarang ni pun pinjaman je. terpulang kat Allah kalau Dia nak amik semula bila-bila masa."

dan perbualan tu tamat camtu je..memang berat nak terima ujian. nak lepasi setiap ujian yang menimpa bolehlah diibaratkan dipaksa menelan duri. pedih, boleh terluka dan berdarah. tajamnnya duri. Lain orang lain penerimaannya.

aku bukanlah boleh terima je ujian, memang la aku boleh jawab seperti aku kuat nak terima, tapi aku terpaksa. kalau aku juga ikutkan hati. menangis, berfikir negative. memang hidup akan selamanya murung.
Apa yang aku buat, tingkatkan keyakinan aku, percaya dengan setiap yang berlaku ada hikmah. SABAR.

Sabar maksudnya, percaya setiap yang berlaku ada hikmah dan percaya dengan Allah. bukan PASRAH. Pasrah ialah bila seseorang itu menerima sahaja dan tak belajar apa-apa dari kejadian yang menimpa. dan aku suka fikir macam tu. sekurangnya buat hati aku lega.

DownTown..kat LuBnan (ni ada dlm draft aku..lama dulu)

Hey guys kali ni meneruskan entry bercerita tenteng tempat menarik di Beirut lagi..jgn bosan nak baca sudah ok. skang perut tgh xsedap sbb smalam melantak nasi arab dgn banyknya..wah sedap sbb dah lama tak jumpa nasi malaysia.btw, kali ni nak cerita tentang downtown, jauh beza dgn downtown/uptown malaysia.. di sini lebih banyak tempat melepak terutama untuk sesisi keluarga. banyak shop utk shopping dan tempat untuk makan. suka datang kesini kerana ice cream nya sedapppp dan pemandangan mmg cool. weeeeee.

 ni gereja..ms taxi turunkan aritu kat Monot Street so jln kaki sket dlm 5 minit dah blh nmpk d.town. kat cni banyak gereja. ada yg ckp Muslim area di west while christine area kat east beirut.


ok stelah hamper lelah berjalan sbb xbese exercise ada depan masjid yg sgt besar, nm dia msjid Rafic Hariri, if nak taw sape dia clink link nih http://en.wikipedia.org/wiki/Rafic_Hariri terasa begitu kagum dengan keindahan masjid ni.muhasabah diri seketika.


ni time wktu isya'. sempat dengar azan dan tgk org berjemaah. aku? amik gmbar dan solat di apartment...hehehhehe

jalan sket lg da nmpk mcm tugu tp xde plak tulis pe2 kat situ so xtaw nape diaorg letak situ. mcm mnarik so amik jela gmbar.


dlm hati ada taman..hikss

ni entrance utk msk 1 of da street yg ada kat sn. sbb ms tak mengizinkan so jalan2 kat street ni pon da amik 2/3 jam+dinner disini.


shopping..agak mahal

center of downtown..

tempat lepak

da penat jalan2..ces br stengah jam then cr tmpt makan lapar..

tringat 1st date makan dgn syg.huhuuhuh

nasi xde..mkn ni jela

dan muka kekenyangan

suasana d malam hari..penat nak jalan slepas mkn..rs mls amek gambar..fiuhhhh

*ni la entry lelama kot aku lupa nk publish..July 2010 aku g..n now april 2012 baru nak upload..mak aih

terkedu..termangu..terganggu


Salam sedunia,

Bersykur dengan apa yang kita ada. Alhamdulillah. Ingat setiap apa yang kita ada ni semua pemberian dari Nya. Walau kecik bersyukur dari tiada apa. Hidup aku seharian sama je kot Cuma beza kerja yang aku lakukan la. Tak siap kerja hari ni sambung esok, tak siap esok sambung la esok lagi.

Rutin pun lebih kurang, naik tren turun tren, tunggu bus then jalan kaki sampai office. Memang itu perjalanan aku seharian. Dan tadi masa dalam bus aku nampak, seorang mak dukung baby dia, jalan kaki bersama suami. Aku sedih. Sungguh aku sensitive lepas ada anak ni. Aku kesian kat anak tu, mak ayah dia tak mampu.

Aku hanya mampu doa semoga dia dimurahkan rezeki, so dia tak akan berpanas nanti. Amin. 

Apr 18, 2012



ASSALAMUALAIKUM..

APA KHABAR ORANG KAMPUNG SEMUA, HARAP SIHAT..BUDGET ORANG KAMPUNG BACA BELOG AKU..ADA AKU KISAH. OK SKANG MOOD DING DONG SO LAYANLAH MOOD MEREPEK NI. HARI KEDUA PEOD. SAKIT PERUT TIDAK MENENTU. KALI NI BUKAN NAK MENGARUT PASAL PEOD TAPI PASAL ANAK AKU. STRESS OK.

ANAK AKU SI IKHWAN SIHAT. ALHAMDULILLAH. YANG BUAT AKU FRUST IS ANAK AKU DAH BOLEH CAKAP..HA BERCAKAP MEAN SEBUT SIKIT2 LA..YE MEMANG HAPPY TAPI..DIA PANDAI SEBUT ABAH, NANAK, AND KAKAK WHICH IS ANAK PENGASUH IKHWAN TU. WAH MAMA KAU TAK SEBUT PEREMPUAN ITU JUGAK KAU SEBUT. MAMA MERINTIH NAK.

OK MEMANG EMOSIONAL AWAL2, BUT NOW AKU REDHO..PASRAH AJE ANAK TAK SEBUT MAMA LAGI. SEMENJAK JADI MAMA NI AMATLAH SENSITIP. NAMPAK ANAK MENANGIS SKIT MULA LA SEDIH JUGAK, NAMPAK BABY MAK BAPAK BAWAK NAIK MOTOR MULA SEDIH DOA BABY DIA LEH DAPAT KERETA, KESIAN. NAMPAK BAPAK HISAP ROKOK DUKUNG ANAK KECIK, RASA NAK BAGI PENYEPAK JE.

ANAK AKU NAK BERDIRI DAH. DIA MACAM TAMO MERANGKAK JE, TAPI MENIARAP LAJU LAK GERAK. GIGI BAWAH DAH KELUAR PANJANG DAH, GIGI ATAS BARU NAK KELUAR AND ASYIK MENGGESEL GUSI SBB GATAL LA WEH. SIAPA MANGSA? AKU LA ASYIK KENE GIGIT JE MASA SUSUKAN DIA. OWH ANAK.

AKU MENUNGGU HUJAN BERHENTI. DAN MAHU KEMBALI KEPANGKUAN KELUARGA TERCINTA. MUAH-MUAH. OK DAH HABIS MENGARUT. DAH. 

Apr 8, 2012

Satu malaM di concert Creativity & Spritual Path


Assalamualaikum semua,

Semalam patutnya dah nak tulis entry pasal concert aku attend dengan my laki on Sunday night lepas. Kita orang pergi berdua je. Dating loh nak romantic sket. Ikhwan aku pas kat adik suh jaga kejap. Kang bawak kang haru concert tu..hihiihih.

Pergi awal at 7 pm dah sampai sebab nak solat bagai. Aku pakai ala kadar je sebab tak sempat shopping. Thanks mr laki sebab teman bini shopping selendang macam orang gila kat car4. Aku yang paling excited nak g sebab dia buat kat Sime Darby Convention Center. Memula dapat flyer dia ada UStaz Don Danial yang ohsem itu, tapi rupanya dia attend seminar on Saturday je. Aku tak g pon Saturday sebab..owh tiada sebab ye.

Macam kecewa jugakla. Tapi masa acara start aku dah excited semula. Best sgt dengar bacaan doa dari brother.. suara dia fullamak. masyaAllah sedapnya. Kalau la dia azan confirm ramai datang solat jemaah. Overall concert tu best.

Makan dia best walau nampak  biasa aja. Then persembahan dia sangat la mengkagumkan. And aku dapat dengar Live Jihad Band yang aku rasa minat sangat2. Jatuh hati sebab ada pompuan main gitar. Tapi drum tetap dihatiku la.

Kesimpulan yang aku buat is: ISLAM ITU INDAH DAN TAK PERNAH MENYEKAT UMATNYA NAK BERSUKA RIA SELAGI MENJAGA BATASNYA.
Layan la gambar-gambar aku snap dengan tab7.0 ni..


ni bunting n pintu masuk dia
dengan rakan kerja..kak su n kak aisyah
menu menjilat jari..kambing masak kuzi is the best la
nila gitaris dia..rock wooo
with Jihad Band..u all the best la
tentative program
ada lagi gambar tapi aku malas nak upload kuang3..t ada masa aku kasik lagi la..

Apr 3, 2012

utk aisyah..wajah baru blogger

Assalamualaikum.

Ni quick entry khas entry utk my best friend click la dia ada post pasal new look  blog ni. Aku dah try aritu sj nk godek tapi biasa la benda baru aku malas nak study lelebih..

Aku tukar balik old interface..so sya don’t worry kita leh tukar sesuka hati bila kita nak.. after kau click upgrade to newlook dia keluar page kat bawah tu, then...
Ko g je kat screen aku tunjuk kat bawah ni, ko click yang rupa ‘star’ tu then just click old interface. T blog ni akan jadi dashboard lama la..

Sekian.