Nuffnang BH

Jan 19, 2012

gosok gigi dengan pencuci muka..


Pernah sibuk melampau? Pernah rasa nak muntah sebab otak failed nak fikir benda lain selain kerja? Pernah makan tapi tak rasa apa mulut kunyah? Pernah rasa nak jerit kat orang supaya bertolak ansur? Dan pernahkah gosok gigi dengan pencuci muka, bukan ubat gigi. Semuanya sedang belaku kat aku. tempat paling aku banyak berfikir  dan membuat keputusan adalah ketika aku berada dalam bilik air.

Aku tak taw orang lain tapi aku camtu. Masa time aku nak cuci muka, mandi la paling banyak idea datang. Macam idea nak berbelog ke, plan nak setelkan kerja ke. Tak kisah la. Itu aku terbabas gosok gigi dengan pencuci muka tuh.

Pas seminit gosok baru aku sedar rasa semacam dan xde rasa mint macam biasa. Cepat-cepat aku bilas. Nak muntah. Memang stress tahap gaban aku ni.
Kerja memang melampau banyak. Sebab pending because depend dengan orang lain. Selagi orang lain tak kasi info so aku tak leh buat kerja. So skang aku nak tarik nafas dulu. Nak siapkan satu-satu. Amin. 

Jan 11, 2012

ini cerita tentang KEADILAN

Arini terdetik nak cerita pasal diri aku..eh perkahwinan..eh entah layan jela. Hahhaha. Ermm pejam celik, gaduh baik dan setahun pun aku kahwin. Dan setahun hasilnya adalah anak lelaki yang demuk. Harini jugak since pagi asyik terdetik dalam hati bahawa aku TIDAK matang dan selalu berfikiran tidak terbuka. Hahahha asyik nak menegakkan KEADILAN  kononnya. Macam peristiwa malam tadi. Balik kerja yang penat selepas seharian bergumpal kat opis..cis macam wrestling plak.

buat muka garang ewwww
Jalan laju-laju menuju rumah pengasuh Ikhwan then jalan lagi naik tingkat lima, fuh dengan mendukung Ikhwan bukan tugas mudah. Hahahha semput mak. Stamina tak da. Sampai rumah terus capai penyapu, sapu ala kadar tak nak habuk takut effect Ikhwan ni. Tarik cadar ganti baru sebab subuh semalam Ikhwan MUNTAH SUSU. Tak sempat pagi tadi nak kemas. Cepat-cepat buat sebelum Ikhwan nangis.

wajah ketika tidur yg mencairkan hati yooo
Ok macam dah ready nak bagi Ikhwan susu, tapi tak. Baru teringat susu dalam beg kena letak dalam peti ais. Lari laju-laju sambil tengok Ikhwan tengah syok tatap syiling hihiihiih. Then on the way sempat tekan switch kipas then capai kain lampin dan dengan jayanya susukan Ikhwan. Sambil susukan USAP kepala dia, GOSOK-GOSOK telinga dia, then pesan suh dengar cakap dan tanya apa dia buat kat rumah pengasuh. Cit macam Ikhwan paham..tapi tak pe itulah cara Ikhwan belajar. Atleast dia RESPON jugak. Jawab aaa. Tak sampai sepuluh minit dia lelap.

keranamu baby demuk mama sanggup
Ok cantik siap-siap nak solat maghrib, then kena MEMASAK dalam masa yang sama TANGAN LAJU capai apa yang patut nak basuh kain. Gila ah terer. Kengkonon la padahal biasa je. Lepas masak kena hiding kat suami, buat VICO panas and goreng keropok & cempedak. Pastu rasa PENAT SESANGAT. Emosi mula menguasai diri. Nak-nak bila tengok suami balik kerja dia tukar baju dan berehat sambil tengok-tengok Ikhwan jer. Eh..syaitan cucuk-cucuk hati ni, makin pedih. Siot je. Tapi aku diam. Kang aku bunyi boleh gaduh. Hahhaha. Mula la fikir kalau tak kahwin tak perlu buat semua ni. KAN SENANG.eh jahat ok.

Sambil menahan amarah sambil tu buat kerja sampai siap. Pas beberapa minit duduk di dalam bilik akibat menahan geram di hati, keluar bilik nampak suami tengah lipat kain. Owh TERUS CAIR hati ini. Sebab suami dah tolong yeay. Bukan suami malas tapi suami aku jenis lambat buat kerja. Aku lak pas setel buat kerja baru rehat, suami sebaliknya.

Ni lah peristiwa malam tadi and KEADILAN  yang aku konon-konon nak TUNTUT tu. Aku rasa di BULI bila aku penat wat kerja sorang-sorang. Tapi sebenarnya AKU YANG TAK MATANG. Adatlah itulah TANGGUNGJAWAB seorang ISTERI, dan juga IBU. Yer kalau ikutkan hasutan syaitan aku selalu tewas gak. Tapi aku percaya GANJARAN  ALLAH nak bagi untuk semua PENGORBANAN aku buat. Peace yo. 

Jan 6, 2012

tak da tajuk..

Hari ini hari jumaat. Hari yang paling sesuai untuk dipersalahkan (owh xbaik) dan dijadikan alasan untuk tidak membuat kerja. Membaca blog-blog orang tadi. Macam-macam yang berlaku. Ada yang buat entry bagi tips, ada yang meluahkan perasaan cinta, and gaduh-gaduh pun ado. Aku? aku malas la nak update skang. Yer dan terfikir kenpa la aku ber belog sebelum ni yer.

Dah habis fikir rasanya, aku berbelog pun sebab aku nak hilangkan stress je. Tak da tujuan lain. Kepala malas nak fikir hal berat-berat. Keluar rumah pagi tadi pun sebal je rasa. Ok fine aku gaduh sket dengan somi. Nyampah ah dia tak nak tolong iron baju. Sakit hati. Tapi tu lantaklah ada aku kesah.

Pagi-pagi bos ajak meeting muka cam karipap je. Takda mood dan sangat sikit untuk bercakap. Benda-benda yang jadi dalam hidup aku 2 3 menjak ni tak bapa best sangat. banyak kejutan dan tengoklah nanti apa yang jadi. 


Jan 3, 2012

kenangan lalu

2010 hampir ke penghujung.

Tuhan,

Dengarlah luahan hati hambaMu ini. Aku ingin berkongsi rasa tapi seakan tiada tempat mengadu. Mengapa ujian untukku macam tak pernah putus. Aku bukanlah sekuat mana, iman juga bukanlah setebal mana. Poket apatah lagi. Hampir putus asa. Hampir menitiskan air mata.

Tuhan,

Berikan aku kekuatan. Adakah kerana aku minta kekuatan jadi aku juga diberikan ujian supaya impian aku untuk kuat dimakbulkan? Kuat setelah Berjaya menempuh ujian. Tapi, jika aku tewas dalam ujianMu? Harus bagaimana?

Tuhan,

Jika benar ini yang ditakdirkan untukku maka aku harus benar-benar redha, yakin, dan lapang dada untuk semua ini. Maafkan aku Tuhan andai aku kadang-kadang terlupa, tergelincir dari landasan, dan lupa diri.

Tuhan,

Kenapa aku merasakan tiada jawapan untuk setiap persoalan. Tiada penyelesaian untuk kebuntuan. Kenapa? Aku kah yang tidak bersyukur?

*ini sepatutnya aku post tahun 2010 tapi aku peram je..kenapa yer?

hadiah untuk diri

Saya mahu menulis tentang sesuatu yang gembira. Mahu buat hati gembira dan juga bahagia. Jadi saya menulis lagi pada diri sendiri...

1.      Saya hadiahkan kasut jenama J*** berharga sekitar RM 70 khas untuk kaki kerana selalu penat utk saya. Sanggup berjalan tanpa henti bila saya mahu lepaskan stress, mencari barangan keperluan serta macam2 lagi.

2.      Saya belikan ketam dan kemudian masak lemak cili padi hari sabtu lepas sebagai ganjaran untuk perut, kerana tidakselalu meragam pada tahun ni (jika bandingkan dengan tahun lepas selalu sakit perut)

3.      Saya bercadang nak belikan baby dgn pakaian baru. Bila dapat pakaian yang baru sekaligus membantu menaikkan semangat dan tahap keyakinan J

4.      Saya kasihan kan pergelangan tangan a.k.a tangan yang kelihatan kosong tanpa apa2 perhiasan so saya dah hadiahkan jam polo yg sy beli dgn harga yang murah selepas 70% discount..huhuhuuh

5.      Untuk menaikkan mood dan mencantikkan muka yang x seberapa nih, sy telah beli eye liner, perfume dan bedak compact dar ijenama yg sy sukai.

6.      Saya berjaya memujuk teman serumah untuk teman saya ke kedai gunting rambut. Saya harap rambut saya suka dengan penampilan barunya. 

Mungkin pelik mungkin benar

Perempuan cantik dan seksi

Mungkin dia percaya dia tu cantik dan mungkin ada orang pernah cakap orang yang cantik luaran ni  tak semestinya cantik kat ‘dalaman’ kat dia . So dia nekad untuk membuktikan dia memang cantik luar dan dalam, kenalah tunjuk. Dia takda la rasa bersalah sangat sebab bukan dia sengaja pun nak tunjuk, Cuma nak bukitkan kata-kata orang kat luar sana tu salah je. Tu yang terkeluar komen-komen kata “seksi juga adalah fesyen”. Kepala hangguk kau.

Perempuan kurang cantik kurang lawa

Dah memang sedar muka kureng, terpaksa la tunjuk yang cantik sikit. Baru la ada orang pandang. Pakai baju kebaya ketat, pastu kain terbelah nampak betis, barulah orang akan pandang. Kan terpaksa jugak tunjuk, bukan niat dia nak seksi meksi ni. Terpaksa la konon.

Eskelator tak sepanjang/seluas tangga kat LRT/Star stesen

Mungkin orang yang mereka cipta eskelator ni memikirkan soal keselamatan para pengguna la kot. Bila semakin luas/panjang eskelator tu semakin membahayakan pengguna. Yela benda tu kan bergerak, buatnya ada yang tersungkur sebab takda tempat nak pegang kan haru. Tapi kewujudan escalator yang sedia ada ni memang aku tak berapa minat. Sempit. Nak2 kalau peak hour. Orang sebuk nak cepat ada la yang gatal2 berdiri di sebelah kanan and stop. Stupid betul. Mungkin yang stop sebelah kanan tak pernah pandang atau baca sign yang pihak stesen letak kan. “Please stand on the left to let other pass”. Lebih kurang la kot.

Priority seat dalam Putra/Star

Dah cantik  poster dalam train diaorang tampal suh bagi seat pada golongan kurang upaya seperti ibu mengandung, warga emas, orang yang sakit etc. Tapi still ada golongan yang zalim dan takda sivik buat derk je bila hadapi situasi ni. Kalau betul2 memang tak sihat ok la. Tapi yang segar bugar siap leh baca paper and main henset memang tak boleh diterima akal. Mungkin masing2 ada alasan tersendiri. Alasan kukuh mungkin. Mungkin diaorang ingat pompuan yang macam mengandung tu sebenarnya tak mengandung. Mungkin perut tu nampak buncit je. Yela kang offer kang rupenya dia tak mengandung. Buat malukan orang je huuhuhuh.. sebab tu lebih baik diam kan diri dari bagi orang duduk. Takut malu. Hihiih

Kereta besar mewah dan bergaya

Apa saja kereta yang lebih mahal, bergaya dan lebih besar dari kereta laki aku dah dikategorikan sebagai mewah. Sekarang aku pakai perodua je. Yang peliknya bila kat jalan raya kereta yang kecik2 dan tak berapa nak mewah ni pandai hormatkan pengguna lain, tak pandai bagi signal bila nak mencelah etc. Yang meluatnya kereta mewah dan besar ni berlagak tak nak kasik signal, pakai redah je. Ingat apa? Jalan tu kau punya. Tapi mungkin dia ingat yang kecik selalu mengalah kepada yang besar. Tu sebab diaorang tak bagi signal. Pandu ikut suka hati. 

Kenapa rasa itu perlu hadir bila aku telah lama melangkah jauh

Kenapa rasa itu perlu hadir bila aku telah lama melangkah jauh
Jauh dari kamu, jauh dari kisah silam dan jauh dari kenangan.
Kenapa rasa itu begitu mencengkam dan merobek hati
Biar pun aku tahu mustahil akan terjadi sesuatu antara kau dan aku.

Telah tertulis aku ini bukan untuk mu
Diri kamu bukan untuk aku

Bersalahkah aku?
Atau itu hanya bisikan syaitan yang penuh dengan tipu daya
Yang cuba merobohkan tembok kekuatan dan sempadan aku

Sampai bila harus begini?
Sampai bila harus wujudnya rasa pedih dihati?
Sampai bila harus aku membawa diri?


*ni aku dah tulis lama dahulu baru sekarang rasa nak post.