Nuffnang BH

Nov 29, 2011

Kecintaan baru


Untuk buat hidup menjadi indah bagai dunia aku yang punya aku amatlah perlu cari sesuatu yang boleh membahagiakan kehidupan. Sesuatu itu haruslah manis, sejuk, dan menyegarkan minda. Dan pastinya sesuatu itu ialah makanan. Setelah berpenat lelah mengharungi kehidupan penuh ranjau, macam di zaman perang aku betul-betul terdesak cari sesuatu yang boleh buat aku bersemangat sekuat tiger. Hiihih

So kalau dulu aku pernah jatuh cinta dengan si bulat yang comel..donut Big Apple..tapi kini kecintaan aku beralih arah kepada..

Jeng..






Jeng..







Jeng..








Jeng..



Ini dia, Cool Blog..


Dengan perisa kegemaran OreoCrush ditambah topping rainbow, segalanya mampu kuharungi. Amboi bila cerita bab makan ni semangat macam tengkok bola, harimau muda pulak. 

Nov 25, 2011

makhluk: haruskah kau tiada di muka bumi ini

xbole bunuh2 okes..

Tadi kawan aku meluahkan apa yang terbuku dalam hati dia. Masalah kami sama so memang kena la buku dengan ruas (entah aku lupa peribahasa, tak taw betul ke x). Masing-masing meluahkan apa yang terbuku dalam hati. Memang ada sesalan. Sesal kenapa semua terjadi. ada salah kat mana-mana ke? Kelemahan dalam hidup ke? Puas fikir sampai effect kehidupan seharian. Sumpah kalau membunuh tu dibenarkan dalam islam dan Negara memang dah lama aku membunuh. Naluri karnivor/pendendam membuak-buak.  Aku dah duduk, tarik nafas dan berfikir habis-habisan. End up dengan solution paling simple. Angkat bontot dan jangan campur urusan makhluk yang aku tak suka tu. Walaupun dia darah daging aku sendiri.

Air mata, tenaga, perasaan aku terlalu mahal untuk aku bazirkan untuk dia. Tak berbaloi. Kalau tanya aku sayang kat dia tak? Aku akan fikir sejuta kali. Kalau bagi upah 3 juta untuk jaga dia aku akan tolak. Aku serius. Dulu aku pernah doa mintak kat Allah supaya sesorang yang penting dalam hidup aku mati cepat (sebab aku rasa keadaan AKAN jadi lebih elok) tapi sebenarnya TIDAK. Dan aku MENYESAL. Jadi aku tak nak menyesal ke dua kali. Aku doa kat Allah supaya makhluk ni berjaya dan tak susahkan sesiapa. Supaya tak ada kesesalan.

Puas aku berfikir positif tapi last-last aku fed up and give up. Banyak peluang disia-siakan. Aku tenang bila aku tak fikir tentang dia. Mungkin kalau aku tulis cerita pasal makhluk ni, then aku suh David Teoh produce jadi filem boleh laku kot. Mana taw boleh menang anugerah Skrin. Cerita air mata ni melayu suka. Meleleh air mata tengok. Nak pulak cerita anak derhaka.  Ending dia aku nak makhluk ni insaf pastu menderita 3 ke 4 tahun macam tak leh bercakap tapi leh bergerak supaya dia xsusahkan orang makan minum n berak. Pastu mati kah3.

Nov 24, 2011

orang dah kahwin paham kot entry ni..kotla

(dah ada anak aku ni..yeah)


Orang yang dah kahwin dah ada anak macam aku mesti faham entry aku tulis kali ni. Maksud aku faham ialah akan tersenyum bila apa yang aku tulis macam terkena tempias kat diri sendiri. Macam biasa, sangatlah normal blogger akan tulis based on their experience. Macam aku jugak la. Ni apa aku rasa sebelum dan sesudah kahwin.

Jimat.

Masa bercinta ingat bila berkahwin akan dapat jimat duit, masa, minyak kereta dan seangkatan dengannnya. Yelah bila bercinta kena keluar duit makan sebab makan luar, nak dating kena bawak kereta, jenjalan semua.
Dah kahwin rupanya nafsu lagi tinggi nak makan itu ini, beli tak ingat dunia dan masak kat rumah. Lenguh badan shopping barang dapur kononnya. Membazir bila tak habis makan, habis tenaga sebab bertungkus lumus nak siapkan dish sebijik macam chef dalam tivi masak, tapi rasa out.

Sentuhan Elektrik.

Bila syaitan sibuk duk hasut buat maksiat memangla tak boleh bersentuhan antara satu sama lain. Getaran nya mak aih Allah je yang tahu. Godaan tak payah cakap la. Kadang-kadang kalah gak. Mata bersinar bak mutiara, bau badan yang wangi, muka dicalit lipstick semua. tiap kali kulit bersentuhan tiap kali tu la kena renjatan elektrik. Itu yang konon-konon nak cepat kahwin ikut sunnah elak dosa.
Bila dah dapat full license nak sentuh satu sama lain, voltan letrik dah jadi slow dah. Nak-nak pas dapat anak. Feel tu dah tak macam masa bercinta. Syaitan dah tak da mood nak goda. Dah halal. Dah tak da masalah. Perfume, make up semua tolak tepi. Alasan; malas.

Suprise.

Bila tarikh-tarikh penting macam anniversary couple, birthday, tarikh kali pertama keluar dating mesti sambut. Macam WAJIB. Akan mesti dapat message jiwang, penuh dengan harapan dan doa untuk hubungan. Rasa macam bahagia dunia kami yang punya.
dah depan mata, hidup jadi separa kucar kacir, busy nak handle hidup laki bini plus anak so tarikh-tarikh yang biasa di sambut tak akan ingat dah. Nak wish pun malas. Hari-hari depan mata jadi lupa. Patutnya senang nak ingat and celebrate.

Itu jela yang aku rasa benda-benda yang dah berubah bila status aku berubah. Dari bujang jadi bini orang then jadi mak orang. Cepat betul masa berlalu. Sedar-sedar aku dah ada anak satu. Dari ada abah aku dah tak da abah. 

Nov 18, 2011

emo di hari jumaat


Aku nak gelak betul la dengan perangai manusia yang aku jumpa sekarang ni. Aku ada bos 2 orang. Bukan la big boss but i have to report to them. so boss asked me to compile proposal and for that i’ve emailed all representative yang would like to get business. Ada la one of the company yang i kena contact ni. Because of this CEO of that company ada bau-bau bacang so nak submit proposal pun macam take for granted la. Confident like boleh dapat even they charge overprice. Bab harga lantak la sebab duit company even aku unsatisfied dengan culture diaorang bagi business kat kaum kerabat kan. 

Things that make me felt annoyed ni is tak terus terang. Dah taw lambat nak submit bebel panjang-panjang dalam email dengan harapan our department will consider la. Hurm if dengan boss 1 memang kau boleh lepas but if my boss 2, payah sikit la. Nak tunjuk power siap anta 2 orang explain why they nak postpone date nak submit proposal. hak tuihhh.

Pe eh orang klasifikasikan orang macam ni? Ke typical company malay cmni? Kerana setitik nila habis rosak susu sebelanga. Aku kalau boleh nak masuk tempat kerja yang bersih. Bersih dari ‘kabel’, bersih dari kaki kipas dan duit bawah meja ni. But the thing is ada ke company macam tuh?

Lagi satu benda yang aku tak dapat terima bila communicate with senior executive. Requested data or info. Mintak isnin jumaat dapat itupun if send gentle reminder if not they will take longer than that. Bukan diaorang tak buat kerja, unfortunately they all macam buat work repetation je. Everytime mintak then baru nak update, start from A. Terfikir cara kerja diaorang; masa dapat data diaorang tak update ke? Letak tepi baru buat ke ape? Entah. Payah orang buat kerja laju dengan orang buat kerja lemah gemalai ni.  


*menyampah nak mengaku but orang gila kaki kipas selalu pegang jawatan tinggi. 

Nov 17, 2011

wahai perempuan..nak kawin?


Sebab perempuan tak mau kahwin?
1.    Dah ada kerjaya dan duit sendiri. tak perlukan suami untuk sara kos hidup dan juga shopping.
2.    Takut body figure lari. Kang termengandung and terbersalin kan dah kena diet nak kurus. Benci gemuk.
3.    Rasa lebih selesa kerana tak ada komitmen.
4.    Tak perlu masak jika malas. Kan biasa lelaki nak perempuan yang boleh masak utk jadi bini.
5.    Boleh save banyak duit sebab tak payah tolong suami bayar hutang.
6.    Tak perlu berkongsi; katil, bilik air, bla3.
7.    tak payah nak minta kebenaran nak buat apa-apa pun.
8.    Tak jumpa calon yang dikehendaki.
9.    Untuk elak kan hati disakiti.
10. Boleh tidur sepanjang hari masa hujung minggu.

Sebab perempuan nak kawin awal?
1.    Dah tak dapat kawal nafsu nak berlaki.
2.    Takut BF dirampas orang.
3.    Mak bapak suruh untuk elak maksiat.
4.    Kawan baik dah kawin so nak kawin jugak.
5.    Dah sampai seru.
6.    Kena tangkap dengan pak imam.
7.    Saja ikut trend semasa, habis sekolah terus kawin.
8.    Nak ikut sunnah.
9.    Pegang prinsip ‘ perempuan setinggi mana pun belajar, akhirnya duk kat ceruk dapur jugak’.
10. Nak lahirkan anak yang ramai. 


*entry ni tak de kaitan dgn mana2 pihak. ni semua pendapat aku je. sekian.

Nov 11, 2011

Betul ke apa yang berlaku dalam hidup satu kebetulan?

Penat badan gila hari ni. Tak sabar nak sabtu nak rehat badan, otak bagai. Nak bersenang lenang kat rumah. Minggu ni minggu aku bertemu orang-orang pelik dalam kehidupan. Masa lunch aritu jumpa kak Maimon, pagi tadi jumpa awek Olympia, semalam jumpa lelaki gatal. Banyak-banyak orang aku terjumpa/terborak semuanya macam kebetulan aje. Ada ke kebetulan dalam kehidupan kita ni. Macam lunch aritu aku jumpa kak Maimon masa aku lunch sengsorang, aku tumpang meja dia, dan dia start cite-cite pasal kerja and sempat bagi nasihat suh kerja elok2. Suh jaga prestasi etc. ok gak atleast tak da bosan aku ngadap makanan sengsorang.

Yang aku nak cite bukan orang-orang yang aku jumpa tapi apa yang berlaku dalam kehidupan manusia. Setiap yang berlaku dah ditakdirkan, so after this takdala keluar ayat ‘eh kebetulan betul dapat itu ini’. Kebetulan jumpa seseorang. Sebab apa yang berlaku memang dah ditakdirkan oleh yang Maha Kuasa. Macam skrip cerita melayu la kan, kita tak leh mengubah takdir. Sebab skrip tu la ramai orang tak membangun. Mana tak nya sebab masing-masing guna alasan dah takdir so biar jela. Tapi Allah ada kata, tak sesiapa boleh mengubah nasib sesuatu kaum melainkan mereka sendiri. So marilah berubah. Janganlah asyik salahkan takdir aje.

Note: tadi selepas subuh aku doa mintak kat Allah permudahkan urusan hari ni, Alhamdulillah baik semuanya. Berjalan lancar. Rajin-rajinlah berdoa dan sedekahkan alfatihah pada kedua ibu bapa. 

Nov 3, 2011

Dulu aku kutip kacang; Skang Budak ni kutip baja tanaman.


Rasanya semua orang ada baca cover page metro arini. Tersengih aku sengsorang bila baca header dia. Tak da la lawak mana pun Cuma teringat aku dedulu cmtu la gak perangai. Pengutip. Hiihih Hah sekali baca berita kat metro tadi budak kecik telan baja tanaman yang disangka gula-gula. Aku sengih-sengih pun aku still rasa kesian budak tu kena operate. Sakit tu. Dengan wayar kat tangan. Aku paling benci kena macam tu. Terbayang kalau la anak aku kena alahai takut betul.

Budak tu telan banyak jugak kot, yang menakutkan ialah masa mak dia nampak anak dia telan ‘gula-gula’ tu just sebesar kacang, after few days anak dia vomit dan keluar baja tu sebesar guli. Aiyoo takut. Baja tanaman tu boleh membesar berkali ganda saiznya if rendam dalam air. Dah sangkut kat usus kecik sah2 ada air kan..

Aku kuat mengutip masa umur 5/6 tahun jugak kot baru hilang tabiat tu. Paling last aku ingat aku tengah syok duduk kat beranda rumah, melepak dengan abang aku yang no 2. Beranda rumah aku dulu beranda kayu. So ada la celah-celah kayu tu macam habuk, serpihan makanan kecil, dan macam-macam kotoran lagi. masa kecik mana amik kisah kotor ke bersih. Selamba tak pandang kiri kanan bila aku ternampak kacang kat celahan kayu tu, jari automatik kutip dan masuk mulut.

Sebelum sempat kacang tu singgah kat mulut abang aku tadi tengking sekuat hati. Amik kau, sebab terperanjat kacang tu terpelanting mana tah. Tu la last aku kutip makanan. Takut punya pasal. Pas tu aku tak mengutip dah.

adik ifti ilya Farhana


Nov 2, 2011

Kalau anda gembira buat apa?

Today hari yang menarik. Walaupun aku agak stress dengan kehidupan kat kota ni tapi kejutan hari ni buat aku tersenyum. Pagi td selepas stress pergi kedai nak beli top up, hajat di hati nak pecahkan duit rm50, tetiba aku terpilih menang gift dengan syarat terus top up kat depan cashier tu. Hadiahnya jeng3..aku dapat sebotol vanilla coke 150ml. Kelakar betul.

Teruskan perjalanan pulak naik cab, then jumpa duit rasanya ada la dalam rm 30 tak pun lebih. Dalam hati kesian tul pelanggan yang naik taxi before this sian habis duit dia. Aku pass kat uncle taxi. Tup2 sampai kat office n im asking for the fare uncle tu kata its ok, for free sebab dia bagi aku duit so dia kasik naik cab free la. Hihiih untung rm6 aku pagi ni.

Itulah namanya kehidupan. Walaupun selalu je aku kena telan benda2 pahit tapi Allah tak zalim dan bagi aku rasa jugak kenikmatan manisnya kehidupan. Yang dalam otak berlegar sekarang ialah teruskan kehidupan maju ke hadapan. Biarlah apa orang nak kata yang penting kita di landasan yang benar.