Nuffnang BH

Aug 23, 2011

Sabarlah hati



Sabarlah hati

Salam, lama tak menaip kat blog. Kenapa? Sebab aku penat. Aku penat menunggu. Dan macam2 yang berlaku dalam kehidupan. Pindah office, pindah kerja, pindah tempat. Semua bertukar. Mood lari gila. Kesian diri ni, kesian baby. 

Kesian semua sekali. Sabar lah hati. Hari semalam masuk minggu ke 38 kandungan dalam perut. Aku resah aku gelisah sebab baby kurang gerak. Space tak cukup mungkin. Kiraan masih dikekalkan. Kadang-kadang aku termiss juga kira. So memang aku akan anggap 10 kali je asalkan aku rasa dia gerak. Nak sedapkan hati.

Ya. Minggu di penghujung ni aku cepat terasa. Aku cepat mengamuk. Hati terusik. Rasa seorang diri. Penat sangat.Rasa semua tak kena. Kecewa betul. Kadang-kadang tak mampu nak elak. Cuba tak nak ikutkan hati perasaan bagai tapi itulah..tewas jugak.

Kenapa tak pergi hospital? tak bahaya ke? Aku banyak sangat alasan untuk persoalan ni. Aku hanya boleh memendam. Hanya aku yang tahu. Tapi aku akan buat follow up check kat private jugak. Secepat mungkin. Mungkin aku terlalu takut, cuak fikir yang tak betul. Mengarut.


Aug 15, 2011

Sedihla


Tuhan dengarlah luahan hati aku.
Aku dalam dilema dan aku masih di persimpangan.
Aku kurang upaya dan aku sudah berusaha.
Tuhan tolonglah.

Tuhan hati ini
Semakin gelisah.

Special Entry for Blogger: HisHAm


Salam satu dunia, rasanya malas nak intro pepanjang. Aku rasa idea amat payah nak kuar sekarang ni. Dengan perut memboyot, penat nak bawak. Semua bagai la. Ok straight to the point. Aku rasa sangat happy sebab tu tulis entry ni, ok now tak happy sangat sebab masalah n perasaan happy tu berselang seli.

Mulanya kisah dia camni; ada seorang blogger ni nama dia Hisham yAng baIk hati (owh bodek ke? xla ahaks) hisham ni pernah wat entry pasal banner baru untuk blog dia. Aku pon ada comment kat situ. Macam kat entry hisham yang ni ni hah. sebelum ni aku pernah berjinak-jinak nak wat header sendirik tapi tak terror langsung so aku give up terus. Punyalah tak creative hahhahah. 

kengkonon nak try la wat sendirik..mintak tutorial bagai la..
So macam bulan jatuh ke riba la bila Hisham sudi nak buatkan header untuk blog aku skang ni.
Setelah berbalas email, explain sket-sket apa aku nak and forward gambar akhirnya header aku pon siap. Wah bersemangat gila bila check email tadi and tengok hasilnya. Santek kan? Bagi aku cukup cantik la sebab aku memang fail if suh choose colour, font, gambar bagai2. Yang ni cute sebab sedang molek je.

ni blog tanpa kepala dahulu kala
sekarang tidak perlu gusar lagi..terima kasih pada header yang membuat blog saya nampak sdikit ceria..owh yeahh
Jutaan terima kasih buat Hisham kerna sudi tunaikan permintaan aku untuk mencantikkan blog yang banyak kekurangan ni. Terima kasih daun keladi, kalau ada bagilah lagi..owh tamak melampau hahahhaha.

So kawan-kawan yang lain moh terjah blog hisham ni then mana taw korang lak dapat benda free yang lain..woohaaaa..ala main-main je. If tak dapat pun atleast boleh dapat ilmu macam-macam sebab sepanjang aku mem follow blog dia ni, banyak tips-tips dia share dengan blogger lain. Tak lokek ilmu woo. So meh terjah yer.

Aug 9, 2011

readY ke Nak KaHwiN



Salam. Kali ni aku nak bercakap pasal perkahwinan dari kaca mata aku. itu maksudnya adalah 100% pendapat aku berdasarkan apa yang aku lalui, rasa dan apa yang aku nampak di sekeliling aku. Aku di ijabkabul pada 2 Oct tahun lepas. Kalau kira dengan jari baru je nak masuk 8 bulan aku berkahwin. (la baru 8 bulan apsal aku rasa dah macam bertahun tahun?).

Pernah tengok drama melayu kan? Yang mak bapak kecoh bila anak lelaki or anak perempuan yang reject untuk kahwin awal atau lebih mementinkan kerjaya dari perkahwinan. Korang rasa kenapa lah makhluk-makhluk ni tak nak berkahwin? Macam-macam alasan akan keluar, nak enjoy dulu la, tak cukup duit lagi, tak jumpa pasangan yang memahami dan beribu alasan terkeluar dari mulut.
Bagi aku yang dah dan tengah melalui zaman perkahwinan ni sedikit sebanyak aku jumpa jawapannnya. Aku rasa aku macam perempuan normal lain yang melalui fasa kehidupan. Berjumpa, bercinta, berkahwin, dan punya anak (ni otw). Apa maksud perkahwinan sebenarnya. Dari segi istilah dan bahasa aku tak sempat nak google so aku kongsi jela istilah perkahwinan dari sudut pandangan aku. berkahwin maksudnya kesediaan menerima dan berkongsi.

Kalau boleh menerima dan berkongsi maksudnya anda layak untuk berkahwin. Manusia kat dunia ni dilahirkan dengan ego. Ada yang tinggi macam KLCC, ada yang sederhana, dan ada yang turun naik ikut keadaan. Kebolehan menerima dan ego amatlah berkait rapat. Sebagai contoh bila berkahwin; tema langsir rumah. Isteri nak warna cream tapi lelaki bertegas nak warna coklat. Ego akan masuk campur bila kena buat keputusan. Sampai bermasam muka bila pasangan tak dapat terima idea yang diberi. Walhal perkara remeh je. Bila terkeluarnya soalan; kenapa aku harus ikut cakap pasangan aku?  pilihan aku lebih baik, dan aku tak akan mengalah, tu tanda-tanda ego semakin menguasai diri. Matlamat sama Cuma jalan ke arahnya berbeza.
Yang kedua berkongsi. Kongsi harta benda, kesukaan, perasaan dan segala-galanya. Sanggup berkongsi? Sanggup berkorban untuk mendapat sikit daripada biasa?

Dalam hal yang mudah seperti beli barang-barang pun boleh jadi isu. Bayangkan suami kurang mampu menyediakan nafkah zahir; bila isteri beli baju baru menggunakan duit sendiri, secara automatik isteri akan teringatkan suami. Kalau masa bujang boleh beli baju berharga rm100 sehelai, tapi bila bersuami, isteri mula berkongsi . dah berkahwin isteri akan beli baju rm50 sehelai dan belikan suami baju rm50 jugak. Kesudian isteri untuk berkorban dan berkongsi yang penting. If korang dah boleh buat macam tu maknanya korang dah layak nak fikir hal kahwin ni. Kalau rasa belum, korang enjoy la dulu hidup solo ni.

Aku bagi contoh yang simple-simple je; sebab hal yang simple la membuatkan pasangan bergaduh. Memang la masa bercinta dulu sanggup berkorban apa saja, kalau makan boleh share 1 set McD makan berdua, dah berkahwin jangan haraplah. Mana cukup babe. Hahhahahah. Bila bercinta kita akan berjumpa sekejap je, paling lama pun tak jumpa bila balik tidur. Kalau dah kahwin pasangan tu 24/7 akan bersama. Banyak peel yang akan kita jumpa dan tahu. Kebaikkan keburukan masing-masing. So kebolehan menerima dan berkongsi sangat-sangat memainkan peranan penting.

Aku pun masih belajar menerima dan berkongsi.  Payah babe. Percayalah. Tapi tak mustahil kita berjaya. Kalau yang dah dapat seru nak berkahwin teruskanlah, mana yang ada kesempatan nak baiki diri eloklah korang fikir banyak kali. Masih tak terlambat. Aku menulis pasal entry kahwin ni pun bukan tak bagi korang kahwin, tapi fikirlah semasak-masaknya. Setiap saat kita belajar dari kehidupan jadi tak timbul soal menyesal kahwin awal or lambat. Yang dah terkahwin masih ada peluang nak perbaiki. Latih diri berkongsi dan menerima.

Jangan kongsi suami sudahla ye. Aku pun tak sanggup. Chaos.


Aug 5, 2011

entry Tertangguh

Minggu ni tulis entry satu perenggan pastu aku delete. Tulis hari-hari last-last semua aku delete. Ape kena la aku skang ni. Mood nak menulis lari betul. Kurang menulis mean aku kurang tension la kot? Kan? Yeke ? tak la sama je. Bezanya stress aku lepaskan dengan jalan-jalan di bazaar. Sibukkan diri dengan fikir menu yang sesuai untuk berbuka. Sibuk sampai pening.

Last Wednesday en Suami request mee kari. Asyik menyebut je so rasa macam bersalah kalau tak buat. Even perut memboyot gagahkan jugak la nak masak. Dah la aku memang jarang makan kari, sebab tu macam fail sebab tak reti nak agak letak kari banyak mana. Tapi Alhamdulillah. Puas hati. En suami pun suka.
Minggu ni minggu pertama aku berpuasa and mengandung. Ada baby dalam perut. Penat sikit la berbanding puasa solo ni. Tapi tak pe, aku excited nak puasa penuh. 25 tahun hidup tak pernah puasa full pas akil baligh. Kecik-kecik dulu ada la.

Banyak benda berlaku tapi tak terluah dalam entry kali ni. Mungkin nanti-nanti aku akan tulis. Mungkinkah? Sekarang dalam otak, hati berdoa aku dapat habiskan puasa dan banyak kali cakap kat baby suruh keluar after raya. Senang aku nak makan biskut, ketupat, rendang, sate, lemang.
Dahla. Aku stop dulu. Kalau rajin ada la entry lagi pas ni. Badan penat kot. Aishhh tak baik la.

Aug 1, 2011

Ramadhan pertama tanpa abah


Ramadhan pertama tanpa abah. Memang memilukan. Semalam kami adik beradik yang balik ke kampung bersama mak ke kuburan membacakan Yassin untuk abah. Pagi semalam tenang sangat. Kata kak La (ustazah dalam family kami) ada dalil yang mengatakan yang roh akan balik menjenguk keluarga semasa bulan Ramadhan. Aku nak abah balik tengok aku. Rindu sangat.
Abah,
kalau abah ada dengan kami sekarang macam-macam yah nak bagitaw; kandungan yah dah masuk 35 minggu. Mungkin tak lama lagi cucu abah ni dah nak keluar. Semua orang excited tunggu dia. Abah mesti happy kan dapat cucu lagi.
Abah,
Mak rindukan abah. Bukan mak je. Kami semua. Kami adik beradik perempuan (yang 7 orang tu) selalu mimpikan abah balik jenguk kami. Selalu tiba-tiba emosi dan menangis bila teringat kenangan dengan abah. Semalam dalam kereta masa balik dari kampung pun kiah and yah tak putus-putus cerita kenangan dengan abah. Nak-nak time puasa and raya ni. Abah sangat ‘lorat’ kalau tak beli daging orang sembelih awal-awal. Risau anak-anak tak dapat merasa.
Abah,
Tahun ni tahun pertama kami adik beradik tak dapat cium tangan abah. Tak dapat nak mohon ampun dengan abah. Tak dapat cium tangan abah yang selalu sejuk, keras dan ada bau rokok tu (abah kuat bekerja, kuat merokok dan selalu masuk sungai tangkap ikan). Tak kisah walau macamana bau sekalipun yah rindu nak cium tangan tu. Tak dapat lagi berebut duit raya dari abah. Tak merasa nak beratur panjang-panjang duk barisan belakang dengan cucu-cucu abah untuk mintak duit raya. Sebab bagi abah, cucu adalah keutamaan. Mesti bagi cucu dulu baru anak-anak.
Abah,
Walau abah takda kami adik beradik insyaAllah ingat pesan abah. Abah tak suka kami bergaduh dan kena tolong menolong antara satu sama lain. Abah jangan risau, kami akan jaga mak elok-elok. Kami Cuma nak bagitaw kami rindu abah sangat-sangat. Moga roh abah tenang kat sana. Moga abah ditempatkan dikalangan orang beriman. Yah nak jumpa abah nanti. Yah rindu.